The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Melayu Pemahaman Umum dan Sastera - Tahun 1 SVM MPP ( 30 Jun 2021 )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fuziahmarzuki, 2021-06-29 06:58:27

Bahasa Melayu Pemahaman Umum dan Sastera - Tahun 1 SVM MPP

Bahasa Melayu Pemahaman Umum dan Sastera - Tahun 1 SVM MPP ( 30 Jun 2021 )

MARI BELAJAR BERSAMA
CIKGU GEE

Assalamualaikum…
Apa khabar anak-anak?
Semoga semua sihat untuk
mengikuti PDPR hari ini…

JOM Kita teruskan…

Baca Doa

Kata-kata semangat untuk diri

Saya POSITIF Saya HEBAT

Saya RAJIN BERUSAHA
Saya BOLEH menghadapi CABARAN

Saya NAK BERJAYA

Pemahaman Petikan
Umum

& Petikan Sastera

BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL

STANDARD PEMBELAJARAN

Pemahaman Petikan Umum

2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan
tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.

2.3.1 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai
bahan teks dengan betul.

2.3.3 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.

STANDARD PEMBELAJARAN

Pemahaman Petikan Sastera

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional
dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
dengan betul mengikut konteks.

PANDUAN
MENJAWAB

SOALAN
PEMAHAMAN

Terdapat dua soalan pemahaman

1. soalan 6 – pemahaman petikan Umum
2. Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera

Contoh soalan 6 – pemahaman petikan Umum

Contoh soalan 6 – pemahaman petikan Umum

Contoh soalan 6 – pemahaman petikan Umum

Contoh Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera

Contoh Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera

Contoh Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera

Peruntukan Markah

soalan 6 – pemahaman petikan Umum

12 markah

Soalan 7 – Pemahaman Petikan Sastera

13 markah

Bagaimana cara nak
menjawab???

Jom kita
teruskan..!

1

Kenal pasti

Kehendak soalan
berdasarkan

Kata kerja dan kata kunci pada soalan

CONTOH

Jika arahan soalan
seperti :

Nyatakan / berikan punca – nyatakan isi ( punca ) tanpa huraian

Kemukakan langkah – nyatakan isi ( langkah ) + sedikit huraian ( agar...)

Jelaskan / Huraikan kepentingan – nyatakan isi ( kepentingan ) + huraian
kepentingan tersebut dengan lebih jelas

2 Tentukan

konteks soalan

Contoh

Bila? – masa dahulu, kini, hadapan
Siapa? – murid, remaja, keluarga, masyarakat, kerajaan, dan media massa
Di mana? – di rumah, di dalam kelas, di sekolah, di negara ini, serantau, dunia
Adakah wujud unsur perbandingan? – masa dahulu dengan masa sekarang, di

bandar dengan di kampung, di rumah dengan di sekolah

Apakah bentuk soalan yang
dikemukakan???

Jom kita
teruskan…!

SOALAN 1

SOALAN MAKSUD LITERAL

1. Soalan ini merupakan soalan maksud rangkai kata atau maksud
frasa dan maksud rangkap

2. Pelajar mesti berikan maksud kedua-dua patah perkataan yang
diberikan( rangkai kata, frasa atau rangkap )

3. Buat dalam ayat yang lengkap dan gramatis. ( tidak dalam bentuk
point )

Contoh soalan 1

Kata kunci soalan

( i ) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata mencemarkan

kesejahteraan. [ 2 markah ]

Jawapan ayat lengkap dan gramatis

( i ) Maksud rangkai kata mencemarkan kesejahteraan ialah menjejaskan
ketenteraman..

SOALAN 2

SOALAN KONTEKS

1. Merupakan soalan pemindahan maklumat dalam petikan ke dalam jawapan. (
cari jawapan dalam petikan )

2. Perbandingan kedua-dua bahan ( Bahan 1 dan bahan 2 )

3. Jawapan terdapat dalam kedua-dua bahan.

4. Jawapan terdapat dalam petikan, jangan ambil dari luar.

5. Mesti nyatakan dari kedua-dua bahan, jangan ambil dari satu bahan sahaja.

6. Jumlah isi bergantung jumlah markah ( 3 isi – 3 markah ).

7. Buat ayat yang lengkap dan gramatis dengan mengambil sebahagian ayat
dalam soalan ( ambil dari kepala soalan )untuk menjawab soalan . Gabungkan isi
menggunakan penanda wacana ( tidak menjawab dalam bentuk point )

Contoh soalan 2 Kata kerja

( ii ) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faedah-faedah hidup

berjiran. [ 3 markah ]

Jawapan ayat lengkap dan gramatis

( ii ) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, faedah-faedah hidup berjiran
ialah mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana.
Selain itu, dapat menjamin keselamatan setempat daripada sebarang
ancaman. Seterusnya, dapat membentuk perpaduan dalam kalangan
rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

SOALAN 3 (

SOALAN KBKK / KBAT

( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi )

1. Jawapan hendaklah berdasarkan pendapat anda sendiri
fikirlah sendiri )

2. Anda bebas berikan apa sahaja jawapan tetapi mestilah logik dan
berkaitan dengan soalan yang dikemukakan.

3. Jangan ambil jawapan dari petikan bahan, mesti ambil dari luar bahan.

4. Jumlah isi bergantung jumlah markah ( 3 isi – 3 markah )

5. Buat ayat yang lengkap dan gramatis dengan mengambil sebahagian
ayat dalam soalan untuk menjawab soalan . Gabungkan isi
menggunakan penanda wacana ( tidak menjawab dalam bentuk point )

Contoh soalan 3

( iii) Pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh komuniti setempat dalam
memupuk semangat kejiranan.

Pada pendapat anda, bagaimanakah penduduk di kawasan tempat

tinggal anda boleh memupuk semangat tersebut? [ 3 markah ]

Contoh soalan 3

Jawapan ayat lengkap dan gramatis

( iii ) Pada pendapat saya, penduduk di kawasan tempat tinggal saya
boleh memupuk semangat kejiranan antaranya ialah mengadakan
aktiviti gotong-royong. Selain itu, mengadakan majlis rumah terbuka.
Seterusnya menubuhkan unit kawalan atau rukun tetangga bagi
menjamin keselamatan penduduk kampung.

SOALAN 4

SOALAN ARAS APLIKASI

1. Merupakan soalan penyelesaian masalah ( situasi ).

2. Jawapan berbentuk KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi )

3. Anda mesti menyelesaikan satu situasi masalah dalam jangka masa
tersebut. Maksudnya jawapan yang diberikan hendaklah dapat
menyelesaikan masalah yang ada dalam kadar segera.

4. Bilangan isi ( jawapan ) mesti sama dengan bilangan markah yang
diperuntukan. Jika 4 markah, mesti ada 4 isi jawapan.

5. Buat ayat yang lengkap dan gramatis dengan mengambil sebahagian
ayat dalam soalan untuk menjawab soalan . Gabungkan isi
menggunakan penanda wacana ( tidak menjawab dalam bentuk point )

Contoh soalan 4

( iv) Sedang anda menelaah pelajaran pada waktu dinihari, anda
menyedari rumah jiran anda telah dijilat api. Kebakaran yang bermula
dari bahagian dapur itu begitu cepat merebak kerana rumah tersebut
dibina daripada kayu. Anda mengagak jiran anda mungkin tidak
menyedari kebakaran tersebut kerana tidak kelihatan apa-apa
tindakan yang diambil.

Sebagai seorang jiran yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang
wajar anda ambil dalam menghadapi situasi tersebut?

[ 4 markah ]

Contoh soalan 3

Jawapan ayat lengkap dan gramatis

( iv) Sebagai seorang jiran yang bertanggungjawab, Tindakan yang
wajar saya ambil dalam menghadapi situasi tersebut antaranya ialah
menelefon pihak bomba. Selain itu, berusaha memberitahu jiran
bahawa rumahnya telah dijilat api. Seterusnya, sama-sama cuba
memadamkan kebakaran tersebut. Akhirnya, berusaha untuk
menyelamatkan nyawa jiran sebelum pihak bomba sampai.

Contoh Penanda
Wacana

Antara, selain itu, dan, seterusnya,
disamping itu, justeru, malah, akhirnya

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar

01 02

Menulis jawapan dalam Tidak menggunakan
bentuk point penanda wacana untuk

03 menyambung isi.

Menulis singkatan 04
perkataan seperti yg, utk
Mengabaikan
penggunaan Kata Nama

Khas dan tanda baca



Tahniah!

SEMOGA KALIAN BERJAYA

Sekian,
terima kasih


Click to View FlipBook Version