The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by govree2002, 2021-07-26 12:28:06

Buku Teks Perniagaan Tingkatan 4

Buku Teks

Keywords: PERNIAGAAN

4

MARKET PERNIAGAAN TINGKATAN 4
TRENDS

SUCCESS

RESEARCH
&

ANALYSIS

Harga: RM15.85
FT374001

4

MARKET
TRENDS

SUCCESS

RAENSAE&LAYRSCISH

PERNIAGAAN

Tingkatan 4

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) i
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS

PERNIAGAAN

TINGKATAN 4

MARKET SUCCESS
TRENDS
RESEARCH
PEREKA BENTUK &
LAI HUEY MIN PENULIS ANALYSIS

ZAITON BINTI HUSSIN

ZAKIYAH BINTI JALUN

MOKHTAR BIN PET

EDITOR
MOHD FARIS BIN DAIN

ILUSTRATOR

MOHAMMAD FAIZ BIN
MOHAMED HAUZA

AL HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN. BHD.
2016

NO. SIRI BUKU: 0104 PENGHARGAAN
KPM 2016 ISBN 978 967 439 277 2
Cetakan Pertama 2016 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
©Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan terima kasih ditujukan kepada semua pihak
dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan yang terlibat:
semula, disimpan dalam cara yang boleh • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
elektronik, mekanik, penggambaran semula Kementerian Pendidikan Malaysia.
mahupun dengan cara perakaman tanpa • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
kepada perkiraan royalti atau honorarium. Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia oleh: • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah
Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
No. 27, Jalan Dolomite Business Park, Kementerian Pendidikan Malaysia.
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Reka letak dan atur huruf:
Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
Muka Taip Teks: Minion Pro
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin

Dicetak oleh:
Q My Print Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan MU 1/6R, Seksyen 7,
Taman Perindustrian Meranti Utama Petaling,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

KANDUNGAN

Pendahuluan vi-x

TAJUK 1 1

TUJUAN PERNIAGAAN 3
5
Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 9
1.0 Pengenalan 11
17
Gerak Minda 1.0 33
38
1.1 Tujuan Perniagaan 49
1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan
1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain 52
1.4 Klasifikasi Perniagaan 54
1.5 Skala Perniagaan 56
1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, 58
58
Klasifikasi dan Skala Perniagaan 58
1.7 Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia 59

Gerak Minda 1.1 63
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 1
Refleksi 65
Rumusan 87
Latihan Sumatif 1
100
Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan 110
2.1 Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara 114
115
dan Serantau 115
2.2 Trend Persekitaran Perniagaan 115
2.3 Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada 116

Persekitaran Perniagaan iii
2.4 Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan

Gerak Minda 2
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 2
Refleksi
Rumusan
Latihan Sumatif 2

TAJUK 2 119

ORGANISASI PERNIAGAAN 121
123
Bab 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 124
3.1 Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 127
3.2 Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza
3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan 131
3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan sebagai 135

Panduan Perniagaan 147
3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu 151
3.6 Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat 162

dan Objektif 168
3.7 Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 169
3.8 Pencapaian Visi, Misi dan Objektif Perniagaan yang Dipilih 169
Gerak Minda 3 169
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 3 170
Refleksi
Rumusan
Latihan Sumatif 3

Bab 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 173
4.1 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 175
4.2 Tujuan Setiap Bahagian Fungsian 177
4.3 Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu 199
4.4 Penggunaan Teknologi Maklumat 202
4.5 Hubungan dan Interaksi dengan Bahagian Fungsian Lain 206
4.6 Interaksi dan Perkaitan antara Bahagian Fungsian dalam Dua
215
Perniagaan Berlainan
217
Gerak Minda 4 218
Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 4 218
Refleksi 218
Rumusan 219
Latihan Sumatif 4

iv

KERTAS KERJA PROJEK PERNIAGAAN 223

Kertas Kerja Projek 225
Panduan Tugasan Kertas Kerja Projek 227
Pengenalan 227
Panduan Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja Projek 228

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK TINGKATAN 4 233

Glosari 253

Senarai Rujukan 257

Indeks 261

Jawapan 262

v

PENDAHULUAN

BUKU TEKS PERNIAGAAN TINGKATAN 4 ini ditulis selaras dengan hasrat murni Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menjadi
panduan utama penulisan buku ini di samping penggunaan bahan-bahan rujukan yang lain.
Buku ini berkonsepkan korporat, interaktif, eye rest dan santai bagi menarik minat murid untuk terus
mempelajari mata pelajaran Perniagaan. Buku ini juga dibentuk dengan memasukkan unsur kepelbagaian
latihan dan informasi tambahan. Selain itu, elemen nilai murni, elemen merentas kurikulum dan kemahiran
abad ke-21 turut diterapkan bagi melahirkan generasi yang mencintai negara dan menjana minda murid untuk
berfikir di luar kotak.
Objektif utama buku ini ditulis adalah untuk menyediakan rujukan utama dalam proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP). Buku ini juga disediakan untuk menimbulkan minat murid ke arah bidang perniagaan. Pada
masa yang sama, buku ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti dan kemahiran
menganalisis dalam kalangan murid. Selain itu, buku ini juga bertujuan untuk membina kesediaan murid untuk
memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan sebagai pilihan utama selepas menamatkan persekolahan.
Kandungan buku ini yang meliputi tujuan perniagaan dan organisasi perniagaan, dijangka dapat
menyediakan bahan yang sesuai untuk murid memahami persekitaran mereka secara saintifik, sistematik dan
menyeluruh. Menguatkan hujah dan pembuktian, penulis telah menggunakan maklumat dan data terkini yang
diperoleh daripada sumber-sumber rasmi.
Keistimewaan Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Perniagaan Tingkatan 4 ini
adalah seperti yang berikut:

HALAMAN RANGSANGAN

Halaman rangsangan ialah halaman yang merangsang minda murid untuk memahami kandungan bab
secara umum. Halaman ini mengandungi maklumat tentang standard pembelajaran, peta konsep, previu dan
gambar foto.

Standard Pembelajaran Peta Konsep

Makna – Standard pembelajaran yang ditetapkan Makna – Grafik yang merumuskan DSKP
dalam DSKP Fungsi – Memberi pemahaman secara lebih
Fungsi – Memberi pengetahuan kepada murid mudah kepada murid berkaitan dengan isi
berkaitan dengan perkara yang akan dipelajari pembelajaran berdasarkan DSKP
dan dinilai

Makna – Pengenalan ringkas berkaitan bab Gambar foto
Fungsi – Memberi gambaran awal berkaitan
dengan tajuk yang bakal dipelajari Makna – Foto yang memberi gambaran kepada
vi kandungan teks
Fungsi – Memberi pemahaman kepada murid
melalui foto yang mempunyai kaitan dengan
kandungan teks tajuk yang bakal dipelajari

IKON TEKS

Ikon teks merupakan maklumat dan latihan tambahan yang berfungsi memberi idea kepada murid untuk
berfikir di luar kotak. Ikon teks ini merangkumi enam ikon utama, iaitu buletin keusahawanan, celik kewangan,
cintai negara, minda kreatif, EMK dan istilah perniagaan.

Buletin Keusahawanan RM Celik Kewangan

Berita berkaitan dengan perniagaan Info berkaitan dengan
dan usahawan pengurusan kewangan

Makna – Info berkaitan dengan Makna – Info untuk mendidik murid
dunia perniagaan berkaitan dengan pengurusan kewangan
Fungsi – Menarik minat murid kepada Fungsi – Memupuk budaya celik kewangan
perniagaan dan keusahawanan dalam kalangan murid

Cintai Negara Minda Kreatif

Info mencintai negara Soalan menguji minda murid

Makna – Info berkaitan dengan nilai patriotik Makna – Soalan ringkas berkaitan dengan
dan penyayang teks utama
Fungsi – Meningkatkan semangat patriotik • K eupayaan berfikir yang dapat melahirkan
dan mengukuhkan sifat penyayang dalam
kalangan murid idea baharu yang unik dan menarik
Fungsi – Melahirkan murid yang kreatif

EMK Istilah Perniagaan

Arahan: Istilah dalam bahasa Melayu
Memupuk murid mengamalkan (istilah dalam bahasa Inggeris):
lapan elemen merentas kurikulum Huraian atau maksud
Soalan: kepada istilah
Persoalan berkaitan dengan bab
dan aktiviti Makna – Glosari untuk istilah berkaitan
dengan perniagaan (EMK berkaitan
Makna – Unsur nilai tambah yang diterapkan dengan Bahasa)
dalam proses PdP selain yang diterapkan dalam Fungsi – Memberi pengetahuan kepada
DSKP (Elemen Merentas Kurikulum (EMK) murid untuk memahami perkataan penting
berkaitan Bakat dan Memupuk Nilai Murni) dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
Fungsi – Merangsang keupayaan murid untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan mencipta sesuatu

vii

NOTA DAN LATIHAN TAMBAHAN

Nota dan latihan tambahan melibatkan nota dalam bentuk contoh dan aplikasi QR Code. Selain itu, latihan
dalam bentuk jom cuba, kajian kes serta aktiviti kumpulan kreatif dan inovatif membantu menjadikan murid
lebih berdikari dan berdisiplin.

Contoh Kajian Kes Tajuk
Soalan kajian kes
Contoh yang berkaitan
dengan topik Makna – Tugasan kes bagi sub topik (projek)
Fungsi – Menilai kefahaman murid berkaitan
Makna – Contoh bagi sesuatu topik dengan topik yang dipelajari melalui aplikasi
Fungsi – Memudahkan dan meningkatkan dalam situasi sebenar
pemahaman murid berkaitan dengan sesuatu topik

Tugasan dalam dan luar kelas Makna – Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Makna – Tugasan individu berkaitan dengan (KBAT)
sesuatu topik Fungsi – Melahirkan murid berfikiran kreatif dan
Fungsi – Sebagai persediaan awal sebelum inovatif serta berupaya berfikir di luar kotak
memulakan aktiviti kumpulan atau memenuhi
masa lapang

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif
Soalan Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Makna – Tugasan berkumpulan QR Code
(Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan
dengan Kreativiti dan Inovasi) Tajuk
Fungsi – Mencungkil pengetahuan murid dan Senarai URL
memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan
ketika menyelesaikan sesuatu tugasan Makna – Aplikasi QR Code (Quick Response) dan
URL (Uniform Resource Locator)
Peta -THINK (Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan
dengan Sains dan Teknologi serta Teknologi dan
Makna – Peta pemikiran inovatif (Innovative Maklumat dan Komunikasi (ICT))
thinking map) Fungsi – Menarik minat murid untuk belajar
Fungsi – Mempertingkatkan dan membudayakan secara lebih interaktif, cepat dan mudah serta
kemahiran berfikir dalam kalangan murid mendapat maklumat yang betul dan tepat
ke arah menghasilkan murid yang kreatif,
viii kritis dan inovatif

ELEMEN DI AKHIR SUB TOPIK DAN BAB

Elemen di akhir sub topik dan bab merangkumi rumusan ringkas yang memberi gambaran secara umum
kepada bab yang telah dipelajari. Selain itu, latihan yang dibentuk akan menguji pemahaman murid dalam
setiap bab yang telah dipelajari. Setiap soalan meliputi pelbagai aras termasuk soalan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).

Gerak Minda Refleksi

Makna – Latihan formatif Makna – Imbas kembali
(Soalan objektif, struktur dan esei) (Soalan esei yang merangkumi kesimpulan
Fungsi – Menguji dan mengukuhkan kefahaman kepada kehendak DSKP)
murid terhadap sub topik yang telah dipelajari Fungsi – Mengimbas kembali topik yang
telah dipelajari melalui soalan-soalan yang
memerlukan jawapan sama ada secara lisan
atau bertulis

Rumusan Latihan Sumatif

Makna – Rumusan Bab Makna – Latihan akhir bab
Fungsi – Menyatakan isi penting bagi (Soalan objektif dan esei)
setiap bab Fungsi – Menguji pemahaman murid terhadap
topik atau bab yang telah dipelajari

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif (Bab)
Soalan Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Makna – Tugasan berkumpulan di akhir setiap bab
(Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan dengan Kreativiti dan Inovasi)
Fungsi – Mencungkil pengetahuan murid dan memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan ketika
menyelesaikan sesuatu tugasan murid yang mencakupi pengetahuan setiap bab

ix

IKON USAHA NIAGA

Sesiapa sahaja boleh jadi jutawan asalkan
berani berusaha tanpa putus asa.

Irfan Khairi
Seorang pakar perniagaan Internet dan pengasas Irfan Khairi Sdn. Bhd. (iksb).
Beliau terlibat dalam perniagaan bermula pada usia 20 tahun dan berjaya menjadi
jutawan pada usia 25 tahun. Beliau telah menggunakan kejayaan yang dimiliki untuk
membantu usahawan sedia ada dan bakal usahawan untuk turut berjaya dalam
bidang perniagaan.

Jadikan setiap masalah sebagai peluang dan
bukan sebagai halangan untuk berjaya.

Neeta Gosalia
Pengasas Neeta’s Herbal (M) Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk rambut herba dan
pusat penjagaan kulit. Beliau telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum bergelar
usahawan berjaya. Sikap ingin terus berjaya, tidak pernah berputus asa dan yakin pada
diri menyebabkan beliau berjaya mengharungi setiap cabaran yang mendatang.

Yakinlah bahawa 9/10 rezeki adalah
daripada perniagaan.

Mohd Khairul Nizam Wahiddin
Pengasas syarikat Spirit Beauty Sdn. Bhd. dan produk jenama DEWAMOR
SIGNATURE yang ditubuhkan olehnya sendiri. Beliau merupakan seorang
usahawan muda dan orang kelainan upaya (OKU). Beliau berjaya membuktikan
bahawa kekurangan diri bukan alasan atau halangan untuk terus berjaya bagi
mengubah nasib diri dan keluarga.

Berfikir positif akan membuat anda nampak
peluang di sekeliling anda.
Lee Thiam Wah

Pengasas dan pemilik mini market 99 SPEEDMART melalui syarikatnya, iaitu
99 SPEED MART SDN. BHD. Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang
berjiwa besar dan kental. Beliau berjaya membuktikan melalui usaha yang berterusan
dan semangat yang tinggi akan mengatasi setiap kelemahan yang wujud. Sikap berani
“bertindak di luar kebiasaan” menjadi pencetus kepada kejayaan yang dimilikinya pada
hari ini.

x

Tajuk 1

Tujuan Perniagaan
1

Permata Niaga

“Jika kita senang, kesenangan yang kita peroleh datang dengan
tanggungjawab. Kita perlu melakukan amal jariah. Walaupun sedikit,
biarlah yang sedikit itu ada berkatnya”.

- Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
(Syed Mokhtar Al-Bukhary) -

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://nurulnasuha208799.blogspot.my/2013/10/19-prinsip-
kejayaan-tan-sri-syed.html, capaian pada 23 Julai 2016)

2

Tajuk 2

Organisasi Perniagaan
119

Permata Niaga

“Setiap perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu
perniagaan, elok tinggalkan sahaja kerana pasti ada peluang yang
lebih baik untuk anda. Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani,
anda akan kekal miskin”.

- Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Robert Kuok) -
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang https://dahalmi

wordpress.com/2011/09/20/tan-sri-robert-kuok-usahawan
bersifat-realistik/, capaian pada 23 Julai 2016)

120

Kertas Kerja Projek Perniagaan

223

Permata Niaga

“Jika anda mahu merealisasikan impian, “belajar” bagaimana agar
impian tersebut dapat dicapai, “lakukan” dengan segera. Kejayaan
luar biasa akan menjadi milik anda”.

- Tan Sri Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes) -
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://pranataharri.

blogspot.com/2012/01/biografi-tony-hernandes.html#ixzz4FF9CAyBm, capaian
pada 23 Julai 2016)

224

1BAB

TUJUAN PERNIAGAAN DAN
PEMILIKAN PERNIAGAAN

Adakah anda tahu bagaimana sesebuah negara dapat mencapai kestabilan ekonomi?
Ukuran paling mudah yang digunakan pada masa kini ialah mengukur keupayaan negara dan rakyat

untuk menjanakan pendapatan dalam bentuk kewangan.
Di Malaysia, menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menjanakan

pendapatan yang lumayan dan mengubah sosioekonomi diri, keluarga atau masyarakat. Perniagaan ialah salah
satu aktiviti penting yang menjanakan ekonomi individu dan juga negara. Aktiviti perniagaan terbahagi kepada
barang dan perkhidmatan.

Dalam bab ini, anda akan mengenal pasti pelbagai organisasi perniagaan yang wujud dan cara perniagaan
dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara. Anda juga akan mempelajari aspek pengurusan, pemilikan
dan klasifikasi perniagaan di Malaysia.

KATA KUNCI • Klasifikasi perniagaan
• Tujuan perniagaan • Skala perniagaan
• Bentuk pemilikan • Barang dan perkhidmatan
• Francais • Perkembangan perniagaan
• Usaha sama

Standard Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
1 menerangkan tujuan perniagaan
2 membezakan setiap bentuk pemilikan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian, syarikat

sendirian berhad atau berhad, koperasi dan kerajaan
3 mengklasifikasikan perniagaan mengikut saiz kecil, sederhana dan besar
4 menerangkan skala perniagaan berdasarkan kriteria tempatan, zon dan kebangsaan
5 menjelaskan sesuatu perniagaan berdasarkan penawaran barang dan perkhidmatannya,

pemilikan, saiz dan skala serta klasifikasinya
6 membezakan perkembangan perniagaan dalam sektor utama, kedua dan ketiga

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 3

1Peta Konsep

Tujuan perniagaan dan pemilikan perniagaan

Tujuan Perkembangan
perniagaan sektor perniagaan
di Malaysia
Bentuk pemilikan
perniagaan Perkaitan antara
• Milikan tunggal penawaran barang dan
• Perkongsian perkhidmatan, bentuk
• Syarikat berhad pemilikan, klasifikasi
• Koperasi dan skala perniagaan
Skala perniagaan
Bentuk-bentuk
Perniagaan Lain
• Francais
• Usaha sama

Klasifikasi perniagaan
• Saiz perniagaan
• Sektor perniagaan

4 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.0 Pengenalan Bab 1

Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli Cintai Negara
barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli
bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti Bidang perniagaan merupakan
perniagaan melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan suatu bidang yang perlu menjadi
pembeli bagi membolehkan penjual memperoleh keuntungan. pilihan pertama rakyat bagi
Keuntungan yang diperoleh boleh dilaburkan semula untuk membantu mengukuhkan
me­majukan cabang perniagaan. Sebagai peniaga yang beretika, ekonomi diri, keluarga
sebahagian kecil keuntungan boleh digunakan untuk memenuhi dan negara.
tanggungjawab kepada masyarakat.
EMK
Setiap perniagaan dalam pasaran bertanggungjawab untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi Arahan:
keperluan dan kehendak masyarakat. Perniagaan juga turut Bincangkan dalam kumpulan.
bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan taraf hidup Soalan:
masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan. Selain Berikan pendapat anda berkaitan
itu, perniagaan juga bertanggungjawab untuk menjalankan dengan kepentingan konsep
tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti melindungi alam asas perniagaan kepada setiap
sekitar dan meningkatkan infrastruktur setempat. organisasi perniagaan.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Internet

Konsep asas perniagaan merupakan perkara utama dan asas
yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual
dengan pembeli. Setiap asas yang terdapat dalam perniagaan
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Konsep asas
perniagaan merangkumi enam komponen utama seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.1 yang berikut:

Peta -THINK

Buku rujukan Memuaskan
kehendak dan

keperluan
pengguna

Penjual dan Konsep Pertukaran
pembeli asas nilai

perniagaan

Barang dan Keuntungan
perkhidmatan perniagaan

Usahawan Kontrak Majalah
perniagaan

Rajah 1.1  Konsep asas perniagaan 5
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1

Bab 1 Minda Kreatif (a)  Barang dan Perkhidmatan

Jelaskan kaedah yang boleh Secara umumnya, kombinasi barang dan perkhidmatan dikenali
digunakan oleh sesebuah sebagai produk. Barang dan perkhidmatan ini disediakan dan
perniagaan bagi memenuhi ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
keperluan dan kehendak
pengguna yang tidak terhad. Barang ialah sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal.
Barang merupakan objek yang dapat dilihat serta disentuh.

Perkhidmatan ialah aktiviti yang memberikan faedah kepada
pengguna dan peniaga. Perkhidmatan tidak mempunyai bentuk
fizikal secara khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh
peniaga yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Contoh

Barang: perabot, makanan dan pakaian
Perkhidmatan: pengangkutan, insurans dan pelancongan

RM Celik Kewangan (b)  Memuaskan Keperluan dan
Kehendak Pengguna
Untuk menjadi pengguna dan
usahawan yang bijak, setiap Keperluan ialah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk
individu perlu berupaya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan adalah terhad dan mudah
memahami perkara yang berikut: dipuaskan serta sama bagi semua individu.
• nilai wang
• kepentingan wang Kehendak pula ialah keinginan manusia untuk hidup
• pengurusan wang dengan lebih selesa. Kehendak tidak terhad dan sukar dipuaskan
serta berbeza antara individu.

Peniaga perlu menawarkan barang dan perkhidmatan yang
dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak
manusia jika mereka mahu memajukan perniagaan.

Gambar foto 1.1  Keperluan Gambar foto 1.2  Kehendak
6 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(c)  Pertukaran Nilai EMK Bab 1

Pertukaran nilai merupakan aktiviti urus niaga yang melibatkan Arahan:
tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) Dapatkan maklumat melalui
kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. kaedah sumbang saran.
Urus niaga akan berlaku sekiranya wujud persetujuan antara Soalan:
penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan. 1 Bincangkan peranan penjual

(d)  Keuntungan Perniagaan dan pembeli dalam memacu
pertumbuhan perniagaan
Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos secara keseluruhan
yang terlibat. Contoh kos-kos yang terlibat ialah kos pengeluaran di Malaysia.
dan kos operasi. 2 Nyatakan sumbangan yang
boleh diberikan oleh peniaga
Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos kepada masyarakat.

Tahap keuntungan yang diperoleh sesebuah perniagaan Buletin Keusahawanan
boleh dijadikan petunjuk jika perniagaan itu berjaya dan mampu
bersaing di pasaran. Pada masa yang sama, keuntungan akan Akta Kawalan Harga dan Anti
melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah perniagaan. Pencatutan 2011
Apabila sesebuah perniagaan telah berjaya memaksimumkan
keuntungan seperti yang telah ditetapkan, perniagaan tersebut Akta ini berfungsi untuk
bertanggungjawab untuk menyumbang semula sebahagian melindungi pengguna dan
daripada keuntungan kepada masyarakat setempat. memastikan bahawa peniaga
berniaga secara jujur tanpa
(e)  Penjual dan Pembeli menaikkan harga barang atau
perkhidmatan secara sesuka hati.
Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau
perkhidmatan. Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan atau
menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut. Peniaga dan
pembeli melakukan urus niaga di pasaran.
Urus niaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju dengan
masa, harga, kuantiti serta tempat barang atau perkhidmatan
tersebut dibekalkan.

(f)  Kontrak Perniagaan QR Code

Kontrak ialah perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih Akta Kontrak 1950
individu. Pihak-pihak tersebut akan terikat secara sah kepada http://www.docfoc.com/akta-
perjanjian yang telah dipersetujui.
Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Contoh kontrak-1950-act-136
kontrak perniagaan ialah kontrak jual beli barang dan kontrak
sewa beli. Kontrak perniagaan berperanan untuk melindungi
pengguna dalam urusan perniagaan.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 7

Bab 1 1.0.2 Aktiviti Perniagaan

Buletin Keusahawanan Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan
barang dan perkhidmatan.

• Program 1AZAM merupakan (a) Aktiviti Berasaskan Barang
salah satu usaha atau Aktiviti berasaskan barang melibatkan penggunaan faktor-faktor
inisiatif kerajaan dalam pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal. Contohnya,
melahirkan usahawan dan kilang perabot menghasilkan perabot seperti meja, kerusi dan
mengeluarkan rakyat daripada kabinet untuk dijual kepada individu, organisasi dan kedai perabot.
kepompong kemiskinan.
Gambar foto 1.3  Kilang perabot
• Antara program yang terdapat
dalam program 1AZAM adalah (b) Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan
seperti yang berikut: Aktiviti berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barang
– AZAM KERJA tidak nyata yang dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan
Memberi kemahiran kecekapan kepada pengguna. Contohnya, pendidikan merupakan
tambahan bagi meningkatkan aktiviti perkhidmatan yang menawarkan pembangunan modal
produktiviti dan kemahiran insan dari aspek mental dan fizikal. Perkhidmatan ini melibatkan
– AZAM TANI sektor awam dan sektor swasta.
Menyediakan peluang
menjana pendapatan melalui
aktiviti pertanian
– AZAM NIAGA
Menyediakan peluang
menjana pendapatan
melalui aktiviti perniagaan
secara kecil-kecilan dengan
kemudahan latihan dan
kredit mikro
– AZAM KHIDMAT
Menyediakan peluang untuk
menjana pendapatan melalui
aktiviti perkhidmatan

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://

www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam)

Gambar foto 1.4  Perkhidmatan pendidikan
8 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Gerak Minda 1.0

SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Senaraikan empat komponen utama dalam konsep asas perniagaan.
(a)
(b)
(c)
(d)

2 Kenal pasti aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan yang berikut:

Jenis perniagaan Aktiviti yang dijalankan
Agensi Pelancongan
Percetakan
Kedai Dobi
Kilang Kopi

3 Nyatakan lima kepentingan konsep asas perniagaan kepada bakal usahawan.
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

4 Berikan dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak dalam perniagaan.

Keperluan Kehendak
(a) (c)
(b) (d)

5 Senaraikan empat contoh aktiviti perniagaan yang boleh diceburi dengan modal yang kecil.
(a)
(b)
(c)
(d)

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 9

SOALAN ESEI Kedai Haiwan Peliharaan Preety
Arahan: Jawab semua soalan. Menjual barang keperluan haiwan peliharaan
seperti makanan, pakaian, syampu dan permainan
  1 Hotel Haiwan Peliharaan Sarah
Menjalankan perniagaan penjagaan sementara
untuk haiwan kesayangan

(a) Bandingkan dua perniagaan tersebut dari aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan.
(b) Pada pendapat anda, adakah kedua-dua perniagaan tersebut beroperasi dengan konsep asas

perniagaan yang sama? Bincangkan.
2 (a) Pilih satu barang kegunaan harian. Bagaimanakah konsep asas dalam perniagaan membolehkan

barang tersebut dinikmati oleh pengguna?
(b) Gambar foto yang berikut berkaitan dengan aktiviti perniagaan.
Berdasarkan Gambar foto A dan Gambar foto B, terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Gambar foto A

Gambar foto B

3 Jelaskan bagaimanakah seseorang usahawan yang kreatif dan inovatif berupaya menjadikan keperluan
dan kehendak manusia sebagai suatu perniagaan?

4 Huraikan kaitan yang wujud antara konsep asas perniagaan dengan aktiviti perniagaan berasaskan barang
dan perkhidmatan.

10 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.1 Tujuan Perniagaan Bab 1

Menawarkan Barang dan Cintai Negara
Perkhidmatan
Setiap perniagaan perlu
Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau didaftarkan mengikut
perkhidmatan oleh seseorang peniaga atau organisasi kepada prosedur yang betul dengan
pembeli. Hal ini melibatkan aktiviti pembayaran atau pertukaran berlandaskan undang-undang
wang untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang yang telah ditetapkan. Hal
dikehendaki oleh pembeli atau pengguna. ini bagi melindungi semua
Tujuan perniagaan ditunjukkan dalam Rajah 1.2 yang berikut: pihak termasuk pengguna dan
perniagaan itu sendiri.

Tujuan perniagaan
Menawarkan barang atau perkhidmatan

Bermotifkan untung Bukan bermotifkan untung

Rajah 1.2  Tujuan perniagaan

Terdapat pelbagai jenis perniagaan wujud untuk memenuhi
keperluan dan kehendak individu yang pelbagai.

Jadual 1.1  Contoh barang dan perkhidmatan yang ditawarkan

Barang Perkhidmatan Keperluan/ Perniagaan Minda Kreatif
Nasi lemak Servis hidangan kehendak Gerai
makanan Jelaskan aktiviti perniagaan
Makanan – yang boleh diceburi oleh
keperluan asas bakal usahawan yang tidak
mempunyai pengalaman dalam
Baju Menjahit pakaian Pakaian baharu Kedai jahit bidang perniagaan.
Produk Rawatan muka Ingin kelihatan Salun
kecantikan cantik kecantikan

Fikirkan barang dan perkhidmatan yang anda perlukan atau inginkan dalam minggu ini. 11
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1

Bab 1 Barang
Barang ialah item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang.
Barang terhasil daripada aktiviti pengeluaran untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia.

Cintai Negara

Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu
menyokong produk keluaran
Malaysia bagi membantu
memperkukuh ekonomi negara
dan usahawan muda.

Gambar foto 1.5  Makanan Gambar foto 1.6  Telefon pintar

Perkhidmatan
Perkhidmatan ialah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau
sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain.
Antara aktiviti yang terlibat adalah menyumbangkan tenaga
fizikal dan mental, kemahiran, kepakaran dan pengalaman.
Perkhidmatan tiada bentuk fizikal. Pembekal perkhidmatan
boleh terlibat dalam aktiviti perniagaan tanpa menyediakan stok.

RM Celik Kewangan

Harga yang ditawarkan oleh
perniagaan perlu kompetitif bagi
memastikan semua peringkat
pengguna berkemampuan
untuk membelinya.

Gambar foto 1.7  Perubatan
Senaraikan barang buatan Malaysia dan barang import yang telah anda gunakan dalam minggu ini. Bandingkan
senarai tersebut dengan rakan anda. Siapakah yang lebih patriotik?
12 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Gabungan Barang dan Perkhidmatan Bab 1
Terdapat juga perniagaan yang menawarkan kedua-dua barang
dan perkhidmatan kepada pelanggan. Buletin Keusahawanan

Contoh

Jika anda berkunjung ke kedai kopi, anda dapat membeli barang
fizikal, iaitu roti dan kopi, di samping menerima perkhidmatan
dalam bentuk layanan yang diberikan oleh pelayan di premis tersebut.

(a)  Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)

Organisasi bermotifkan untung terlibat secara langsung dalam
aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
dengan objektif utama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan.
Organisasi ini menawarkan barang dan perkhidmatan yang
diperlukan dan diminta oleh pengguna.

Jakel Trading Sdn. Bhd. merupakan contoh organisasi yang Datuk Haji Mohamed Faroz
berjaya membantu melahirkan ramai usahawan muda dalam bin Mohamed Jakel
industri tekstil di Malaysia.
Legasi Jakel Trading Sdn. Bhd.
Gambar foto 1.8  Perniagaan tekstil yang diasaskan oleh Allahyarham
Mohamed Jakel bin Ahmad telah
berjaya membuktikan bahawa
setiap kejayaan memerlukan
pengorbanan dan semangat juang
yang tinggi. Kejayaan yang dicapai
tersebut telah diteruskan melalui
kebolehan dan kebijaksanaan yang
dimiliki oleh Datuk Faroz dengan
membawa Jakel Trading Sdn. Bhd.
ke tahap yang dikagumi dan lebih
berdaya saing. Setiap cabaran dan
dugaan yang diterima selama ini
dijadikan kayu pengukur untuk
terus berjuang dan membantu
melahirkan lebih ramai usahawan
untuk lebih berjaya.

Sebagai bakal usahawan, pilih seorang tokoh perniagaan yang anda kenali. Kemudian, kenal pasti ciri-ciri usahawan
yang dimiliki oleh usahawan tersebut yang dapat dicontohi serta meningkatkan semangat anda untuk menjadi
usahawan yang berjaya pada masa hadapan.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 13

Bab 1 Cintai Negara (i)  Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan
Keuntungan digunakan untuk mengukur tahap prestasi dan
Rakyat Malaysia perlu bersatu menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Keuntungan juga
membantu semua insan yang penting untuk mengembangkan dan memastikan kelangsungan
kurang bernasib baik untuk perniagaan. Tahap keuntungan melambangkan imej perniagaan.
bersama-sama menikmati hidup Imej yang tinggi memudahkan pemilik untuk menarik pelaburan
yang lebih baik. baharu. Di samping itu, keuntungan juga membolehkan sesuatu
organisasi perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial dengan
menyumbangkan keuntungan semula kepada masyarakat seperti
membina tempat rekreasi.

Buletin Keusahawanan

Tanggungjawab Sosial Korporat
(Corporate Social Responsibility − CSR)

Perkhidmatan ‘extra miles’ adalah Gambar foto 1.9  Pemaju membina tempat rekreasi
satu program tanggungjawab
sosial korporat Lembaga Hasil (b)  Organisasi Bukan Bermotifkan
Dalam Negeri (LHDN). Telefon Untung (OBBU)
bimbit dibekalkan kepada
Community Care Officer (CCO) Organisasi bukan bermotifkan untung ialah organisasi yang
LHDNM bagi memudahkan memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk
semua pembayar cukai mendapat bidang pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya. Organisasi
perkhidmatan secara terus ini menyediakan barang dan perkhidmatan untuk membantu
daripada CCO. golongan kurang berkemampuan, miskin tegar, gelandangan,
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan orang kelainan upaya, warga tua yang terabai dan melindungi
daripada laman sesawang http:// haiwan yang terbiar.
lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/
Tanggungjawab Sosial Korporat) Contoh

Minda Kreatif Organisasi bukan bermotifkan untung

Jelaskan cara organisasi Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia
bukan bermotifkan untung (MNAWF)
memperoleh dana bagi
menjalankan aktivitinya.

14 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(i)  Matlamat Penubuhan Organisasi EMK Bab 1
Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) bermatlamat
untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan Arahan:
kemasyarakatan. OBBU juga menyediakan ruang dan peluang Dapatkan maklumat tentang
untuk semua golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh organisasi yang berikut daripada
membangunkan masyarakat kurang berkemampuan. Contohnya, laman sesawangnya.
Persatuan Pengguna dan Rumah Anak Yatim.
Pada masa yang sama, OBBU turut membantu golongan • Gabungan Persatuan-Persatuan
yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan Pengguna Malaysia (FOMCA)
seperti perlindungan, pendidikan, rawatan dan kaunseling.
OBBU juga memastikan nasib setiap insan yang memerlukan
bantuan terus terbela dan terpelihara demi menjamin masa depan
yang lebih baik.

• Majlis Kanser Nasional
(MAKNA)

Soalan:
Kenal pasti jenis organisasi
bukan bermotifkan untung dan
aktiviti yang dijalankan oleh
organisasi tersebut.

Gambar foto 1.10  Rumah Anak Yatim RM Celik Kewangan

(ii)  Kaedah Perniagaan bagi Organisasi Bukan Setiap pengguna perlu bijak
Bermotifkan Untung menguruskan kewangan termasuk
menyediakan tabung khas bagi
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi tujuan untuk membantu golongan
bukan bermotifkan untung untuk menjalankan perniagaan, iaitu yang memerlukan.
secara percuma, jualan pada harga kos dan jualan pada harga di
bawah kos.
• Secara Percuma

Sesetengah barang dan perkhidmatan yang disediakan secara
percuma oleh organisasi bukan bermotifkan untung. Barang
dan perkhidmatan ini selalunya disediakan oleh kerajaan atau
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 15

Bab 1 Contoh

QR Code Menyediakan bantuan perubatan serta barang keperluan harian
secara percuma apabila berlaku bencana alam seperti gempa bumi
Klinik 1Malaysia atau banjir.
http://pmr.penerangan.gov.my/
index.php/1malaysia/7816-klinik- • Jualan Pada Harga Kos
Terdapat juga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada
1malaysia.html
harga kos. Jualan pada harga kos bermakna tiada sebarang
keuntungan diperoleh oleh penjual.
Harga yang dikenakan hanya mencukupi untuk menanggung
kos jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Minda Kreatif

Jelaskan kelebihan dan
kekurangan perniagaan yang
melakukan aktiviti jualan pada
harga kos.

Gambar foto 1.12 Tepung Gambar foto 1.11  Peserta bengkel di pusat kulinari dibekalkan bahan
gandum (1 kg), iaitu barang yang pada harga kos
mendapat subsidi daripada kerajaan
• Jualan Pada Harga di Bawah Kos
Barang atau perkhidmatan yang dijual di bawah harga kos

bermaksud harga yang dikenakan adalah lebih rendah
berbanding dengan kos sebenar untuk menyediakan barang
atau perkhidmatan tersebut. Secara kebiasaannya, barang dan
perkhidmatan ini mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.
Subsidi yang diberikan bertujuan untuk membantu rakyat
yang kurang berkemampuan.

Selain barang yang telah dinyatakan dalam gambar foto 1.12, senaraikan barang yang mendapat subsidi daripada pihak
kerajaan. Kemudian, jelaskan kelebihan dan kekurangan pemberian subsidi kepada rakyat dan negara.
16 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.2 Bentuk Pemilikan Bab 1
Perniagaan
Minda Kreatif
Pemilikan perniagaan merupakan entiti sesebuah perniagaan
yang dibentuk dari aspek perundangan. Antara bentuk pemilikan Jelaskan perbezaan yang wujud
perniagaan yang lazim adalah milikan tunggal, perkongsian, antara setiap bentuk pemilikan
syarikat berhad dan koperasi. Bentuk pemilikan perniagaan boleh dalam perniagaan.
dikategorikan mengikut ciri-ciri dari aspek pemilik, corak kawalan
dan struktur pengurusannya.

Peta MINDA

Dain, Siti Juna Partner

Milikan Tunggal Perkongsian

Bentuk
pemilikan
perniagaan

Koperasi Syarikat Berhad

Rajah 1.3  Pemilikan perniagaan

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 17

Bab 1 Cintai Negara (a)  Milikan Tunggal

Usahawan yang berjaya tidak Milikan tunggal ialah sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki
mengutamakan keuntungan dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja. Individu
perniagaan semata-mata tetapi yang menjalankan perniagaan milikan tunggal bertanggungjawab
berusaha untuk memastikan untuk melaburkan modal dalam perniagaan.
bahawa keuntungan yang Sumber pembiayaan diperoleh daripada wang simpanan
diperoleh dapat memberikan pemilik, pinjaman daripada saudara-mara, agensi kerajaan dan
manfaat kepada masyarakat institusi kewangan. Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan
dan negara. cukai pendapatan perseorangan. Milikan tunggal merupakan
jenis pemilikan perniagaan yang paling popular di Malaysia.

Buletin Keusahawanan

Khalif bin Samsuddin
@ Carl Samsuddin

Pengasas Butik Bella Ammara
dan beberapa perniagaan
lain. Keberanian beliau untuk
mengubah nasib diri dengan
menceburi bidang perniagaan
telah menjadi asas kepada
kejayaan beliau pada hari ini.
Kejayaan beliau bermula daripada
sembilan pasang telekung pada
Julai 2012 perlu dicontohi oleh
generasi muda pada masa ini
dengan menjadikan bidang
perniagaan sebagai kerjaya
pilihan utama.

Gambar foto 1.13  Perniagaan milikan tunggal

Ali pergi ke kedai alatan sukan untuk membeli sepasang kasut bola untuk perlawanan persahabatan antara daerah.
Kos belian kasut daripada pembekal oleh pemilik kedai ialah RM150.00. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak
RM250.00. Dia mendapati terdapat tawaran diskaun sebanyak 25 peratus untuk setiap item. Setiap item tertakluk
kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus. Kira keuntungan yang diperoleh pemilik kedai
alatan sukan tersebut.
18 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(i)  Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal Bab 1
Aktiviti perniagaan yang dijalankan secara milikan tunggal perlu
didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan di Suruhanjaya QR Code
Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 30 hari bermula dari
tarikh memulakan perniagaan. Pendaftaran perniagaan milikan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
tunggal yang menjalankan perniagaan di premis tetap perlu http://www.ssm.com.my
melalui proses yang berikut:
1 Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan
Perniagaan boleh didaftarkan dengan menggunakan

nama sendiri atau nama perniagaan. Sijil Perakuan
Pendaftaran Perniagaan akan dikeluarkan dalam tempoh
sejam selepas bayaran dibuat.

Gambar foto 1.14  Sijil perakuan pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM

Mengisi Borang Mengisi Borang A Hantar kepada Pendaftar
carian nama Perniagaan, Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM)

Membuat pembayaran Mendapatkan Borang D,
RM30.00 jika nama sendiri, iaitu Sijil Perakuan

RM60.00 jika nama tred Pendaftaran Perniagaan

Rajah 1.4  Proses pendaftaran penubuhan perniagaan

2 Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa 19
Tempatan (PBT)

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1

Bab 1 EMK (ii)  Kelebihan dan Kekurangan Milikan Tunggal

Bahagikan kelas kepada beberapa Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal ditunjukkan dalam
kumpulan kecil. Jadual 1.2 yang berikut:
Tugasan:
Jelaskan cara atau langkah yang Jadual 1.2  Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal
terlibat dalam penubuhan entiti
milikan tunggal. Kelebihan Kekurangan
Langkah-langkah: Mudah ditubuhkan Diuruskan secara berseorangan
1 Kumpulkan semua borang Tidak banyak syarat dan hanya Sukar untuk berkembang kerana
memerlukan modal kecil modal kecil
yang perlu dilengkapkan. Mudah diurus kerana saiznya Beban kerja semua ditanggung
2 Kumpulkan maklumat dan yang kecil oleh pemilik
Bebas menguruskan perniagaan Perniagaan tidak berterusan
dokumen yang diperlukan.
3 Isikan borang dengan kemas Keputusan dibuat oleh pemilik Risiko perniagaan ditutup jika
pemilik meninggal dunia
dan teliti. Beban cukai rendah Sukar berkongsi kepakaran
4 Serahkan dokumen kepada Pemilik hanya perlu membayar Pemilik menanggung liabiliti
cukai individu tidak terhad
kumpulan lain.
5 Semak kekurangan yang

wujud dalam dokumen yang
anda terima.
6 Berikan komen anda.

RM Celik Kewangan (b) Perkongsian

Kebijaksanaan dalam pengurusan Perkongsian ditakrifkan sebagai kerjasama antara dua atau lebih
kewangan akan membantu individu bagi menjalankan perniagaan. Mereka bersetuju untuk
menjamin kestabilan kewangan bergabung tenaga bagi menjalankan perniagaan berasaskan
pada masa hadapan. syarat yang dipersetujui bersama. Melalui perkongsian modal,
kepakaran, pengalaman dan pengetahuan, setiap rakan kongsi
dapat digabungkan untuk mengembangkan perniagaan.
Perniagaan perkongsian boleh ditubuhkan secara lisan atau
bertulis. Perkongsian yang wujud tanpa perjanjian bertulis adalah
tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Perkongsian 1961.
Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat akan membentuk
satu persetujuan bersama dalam surat ikatan perkongsian yang
merupakan perjanjian perkongsian. Syarat-syarat perkongsian
akan dicatatkan dalam dokumen ini untuk mengelakkan berlaku
perselisihan antara rakan kongsi.
Ahli yang terlibat dalam perniagaan secara perkongsian boleh
berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman
serta bebanan tugas. Jika terdapat rakan kongsi yang sakit atau
ingin bercuti, tugasannya dapat diambil alih oleh rakan kongsi.

20 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(i)  Kandungan Perjanjian Perkongsian Cintai Negara Bab 1
Kandungan perjanjian yang terdapat dalam pemilikan perniagaan
secara perkongsian termasuklah nama firma, nama semua rakan Setiap rakan kongsi perlu
kongsi, peruntukan berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sentiasa jujur dan amanah
rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian terhadap perjanjian dalam
keuntungan atau kerugian, cara menjalankan perniagaan dan perniagaan yang telah dibuat
menamatkan perkongsian. bagi memastikan setiap hasil
yang diperoleh dapat dinikmati
(ii)  Ciri-ciri Perkongsian oleh semua pihak, termasuk
Ciri-ciri perkongsian adalah seperti berikut: pekerja, masyarakat dan negara.
• bilangan rakan kongsi umumnya adalah dalam lingkungan
Minda Kreatif
dua hingga 20 orang.
• bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profesion seperti Kaji terlebih dahulu kelebihan
dan kekurangan setiap jenis
peguam dan akauntan, jumlah rakan kongsi adalah tidak pemilikan sebelum anda
melebihi 50 orang. memilih jenis yang sesuai untuk
• perniagaan yang dijalankan secara perkongsian juga tertakluk perniagaan anda.
di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978). Jelaskan sebab bilangan rakan
kongsi perkongsian biasa berbeza
(iii)  Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi daripada perkongsian profesion.
Perniagaan perkongsian mempunyai perbezaan dalam aspek jenis
rakan kongsi. Jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan
perkongsian ditunjukkan dalam Jadual 1.3 yang berikut:

Jadual 1.3  Jenis dan liabiliti rakan kongsi

Jenis rakan kongsi Penerangan
Rakan kongsi berhad Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada
jumlah modal yang dilaburkan sahaja
dan tiada kuasa pengurusan serta
dibenarkan untuk memeriksa rekod dan
akaun perniagaan

Rakan kongsi lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan
Rakan kongsi biasa tidak aktif dalam pengurusan serta
Rakan kongsi aktif menyumbangkan modal sahaja
Rakan kongsi
nominal (namaan) Menanggung liabiliti tidak terhad dan
berhak menguruskan perniagaan

Menanggung liabiliti tidak terhad dan Gambar foto 1.15 Perkongsian
aktif dalam pengurusan serta dibayar
gaji secara bulanan
Nama digunakan sebagai rakan kongsi
tanpa mengeluarkan modal dan perlu
menanggung liabiliti yang tidak terhad

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 21

Bab 1 (iv)  Bilangan Rakan Kongsi
Bilangan rakan kongsi adalah berbeza bagi perkongsian biasa,
Perkongsian Berhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad.

Bilangan rakan kongsi

Perkongsian biasa Perkongsian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad

Bilangan rakan kongsi yang Bilangan rakan kongsi yang Bilangan rakan kongsi yang
dibenarkan adalah antara dibenarkan adalah antara dibenarkan adalah minimum
2 orang hingga 20 orang 2 orang hingga 50 orang 2 orang dan tiada had bilangan

Rajah 1.5  Bilangan rakan kongsi maksimum rakan kongsi

Jadual 1.4  Kelebihan dan kekurangan perkongsian

Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Modal terhad
Lebih banyak modal dapat Sukar untuk berkembang
dikumpulkan oleh rakan kongsi kerana modal masih terhad
berbanding dengan
Buletin Keusahawanan syarikat berhad

YOUNG ENTREPRENEUR Mudah ditubuhkan Perniagaan tidak berterusan
ORGANIZATION MALAYSIA Tidak banyak peraturan Perniagaan terbubar jika rakan
perlu dipatuhi kongsi meninggal dunia, muflis
Generasi Muda Berjaya (GMB) atau wujud perselisihan faham
merupakan antara platform
terbaik yang menyatukan dan Berkongsi kepakaran Liabiliti tidak terhad
mengembangkan perniagaan Gabungan tenaga rakan kongsi Aset peribadi rakan kongsi
usahawan muda daripada pelbagai menambahkan pengetahuan, boleh digunakan untuk
kaum di Malaysia ke tahap lebih kepakaran dan pengalaman yang menjelaskan hutang perniagaan
baik termasuk ke peringkat dunia. diperlukan perniagaan

(v)  Jenis-jenis Perkongsian
Perkongsian terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

•  Perkongsian Biasa
Dalam perkongsian biasa, semua rakan kongsi terdiri daripada
rakan kongsi biasa. Rakan kongsi biasa menanggung liabiliti
tidak terhad. Mereka mempunyai kuasa, tanggungjawab serta
hak yang sama untuk menguruskan perniagaan.

22 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

•  Perkongsian Berhad Bab 1
Dalam perniagaan Perkongsian Berhad, terdapat beberapa
orang rakan kongsi yang mempunyai liabiliti yang terhad. Hal RM Celik Kewangan
ini disebabkan oleh liabiliti yang ditanggung terhad setakat
jumlah modal yang dilaburkan. Mereka tidak mempunyai Perkongsian modal atau
kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam Perkongsian premis perniagaan akan
Berhad, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang membantu mengurangkan
menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab kos serta meningkatkan
terhadap pengurusan perniagaan. Pekongsi dibenarkan untuk keuntungan perniagaan.
memeriksa rekod dan akaun perniagaan.

•  Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan satu bentuk
perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri
perkongsian dengan syarikat sendirian berhad. PLT telah
diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada
tahun 2013 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT) adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.6 yang berikut:

Peta MINDA

Entiti
berasingan

Ciri-ciri QR Code
PLT
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
https://www.ssm.com.my

Liabiliti Hayat
terhad berterusan

Rajah 1.6  Ciri-ciri PLT

Senaraikan perniagaan Perkongsian Liabiliti Terhad yang wujud di kawasan anda. 23
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1

Bab 1 Minda Kreatif – entiti berasingan
Pemilik dan perniagaan dalam PLT merupakan dua pihak yang
Senaraikan negara yang
mempunyai bentuk pemilikan berbeza. Perniagaan dalam PLT mempunyai hak menyaman,
jenis Perkongsian Liabiliti Terhad. didakwa, memperoleh dan melupuskan harta.
– liabiliti terhad
EMK Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad setakat
modal yang dilaburkan sahaja dan tidak melibatkan harta
Arahan: peribadi pemilik.
Bincangkan dalam kumpulan. – hayat berterusan
Kemudian bentangkan Setiap perubahan yang berlaku dalam pekongsi PLT tidak akan
dalam kelas. menjejaskan kewujudan, hak atau liabiliti PLT. Contohnya, jika
Soalan: salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, kurang siuman
1 Jelaskan cara mengatasi atau muflis, perniagaan masih boleh meneruskan operasinya
seperti biasa.
kekurangan yang wujud Kelebihan Perkongsian Liabiliti Terhad kepada pemilik adalah
dalam bentuk pemilikan seperti berikut:
secara perkongsian. – entiti berasingan
2 Jelaskan undang-undang Rakan kongsi bebas daripada tindakan undang-undang yang
yang perlu dipatuhi oleh dikenakan terhadap syarikat.
perniagaan yang dijalankan – fleksibiliti perniagaan
secara perkongsian. Rakan kongsi boleh meletakkan syarat-syarat tambahan
menurut perjanjian perkongsian.
– liabiliti terhad
Aset peribadi semua rakan kongsi dalam PLT dilindungi
sekiranya perniagaan muflis.
– penjimatan kos
PLT tidak tertakluk kepada sistem audit dan pematuhan pada
undang-undang berkanun. Selain itu, tiada had bilangan
maksimum rakan kongsi atau keperluan modal minimum.

Minda Kreatif Contoh

Jelaskan perbezaan yang wujud Contoh syarikat yang terlibat dengan Perkongsian Liabiliti
antara Perkongsian Liabiliti Terhad adalah seperti berikut:
Terhad dengan syarikat dan 1 Teguh Jaya PLT
milikan tunggal. 2 Jati Diri PLT
3 Seri Cahaya PLT
4 Che Rose PLT
5 Senang Hati PLT

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_3_2014.pdf )

24 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(vi)  Tanggungjawab rakan kongsi Cintai Negara Bab 1

Setiap rakan kongsi dalam perniagaan bertanggungjawab untuk Tindakan mengelakkan unsur
menjalankan peranan masing-masing seperti berikut: negatif dalam menjalankan
• menjaga kepentingan rakan kongsi lain perniagaan termasuk
• melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan, penipuan dan rasuah akan
menjadikan sesebuah
maklumat perniagaan dan akaun perniagaan perniagaan lebih berjaya.
• mencari peluang dan sumber tambahan bagi memajukan
Istilah Perniagaan
perniagaan yang dijalankan
• memberikan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap Entiti (entity):
Sesuatu yang diwujudkan atas
masalah yang timbul tujuan tertentu.

(c)  Syarikat Berhad

Syarikat Berhad merupakan entiti yang didaftarkan secara sah
dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat
Berhad dit­ubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan
menjalankan aktiviti perniagaan.

Keanggotaan Syarikat Berhad terdiri daripada ahli lembaga
pengarah dan pemegang saham.

Ahli Lembaga Pengarah Buletin Keusahawanan
1 Ahli lembaga pengarah yang paling kanan akan dilantik sebagai
Sime Darby Berhad merupakan
pengarah urusan syarikat. contoh Syarikat Berhad yang
2 Ahli lembaga yang lain terdiri daripada pengarah eksekutif yang berjaya dan kukuh di Malaysia.
Kejayaan Sime Darby Berhad telah
menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan-keputusan membantu negara dalam pelbagai
berkaitan dengan perniagaan. aspek termasuk mengurangkan
kadar pengangguran dan
Pemegang saham mengukuhkan ekonomi Malaysia
1 Pemegang saham merupakan pihak yang memegang ke tahap lebih baik.

kepentingan dalam bentuk milikan saham.
2 Antara hak pemegang saham dalam sesebuah syarikat adalah

seperti yang berikut:
(a) mengundi dalam mesyuarat agung tahunan
(b) mendengar dan memberikan pendapat tentang laporan

tahunan aktiviti dan laporan kewangan syarikat
(c) mempersoalkan polisi syarikat jika difikirkan perlu
(d) mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan

yang dibawa oleh ahli lembaga pengarah
(e) mengundi untuk melantik ahli lembaga pengarah

Senaraikan beberapa Syarikat Berhad yang wujud di Malaysia. 25
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1

Bab 1 Syarikat Berhad di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis
seperti yang telah termaktub dalam Akta Syarikat 1965. Setiap
jenis syarikat mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Jenis-jenis Syarikat Berhad

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Awam Berhad

Rajah 1.7  Jenis-jenis Syarikat Berhad

(i)  Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Syarikat Sendirian Berhad kebiasaannya lebih kecil berbanding
dengan Syarikat Awam Berhad. Pemegang saham terdiri daripada
ahli keluarga atau rakan-rakan yang rapat. Syarikat Sendirian
Berhad mesti memiliki sekurang-kurangnya dua orang pemegang
saham dalam syarikat.

EMK Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd.
Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
Arahan: • tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
Bentangkan dalam kelas. • bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga
Soalan:
Nyatakan kandungan Akta 50 orang
Syarikat 1965. • saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
• pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran
RM Celik Kewangan
ahli lembaga pengarah
Setiap transaksi kewangan sama • lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai
ada individu atau perniagaan
perlu dibuat secara berhati-hati operasi syarikat
mengikut panduan dan nasihat • modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
yang dikeluarkan oleh pakar • pemegang saham juga menanggung liabiliti terhad
bagi mengelakkan berlakunya • sekiranya perniagaan muflis, pemegang syer hanya kehilangan
masalah pencerobohan privasi dan
pencurian identiti. modal syer yang dilaburkan
• semua harta peribadi mereka tidak akan digunakan untuk

menyelesaikan hutang piutang syarikat
• pemegang saham terbesar syarikat berhak untuk mengawal

setiap operasi syarikat

26 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Bab 1

Minda Kreatif

“Setiap maklumat kewangan
Syarikat Sendirian Berhad
dirahsiakan daripada
orang awam”.
Jelaskan pernyataan ini.

Buletin Keusahawanan

Berikut merupakan contoh
Syarikat Sendirian Berhad
yang berjaya:

Gambar foto 1.16  NH PRIMA INTERNATIONAL SDN. BHD.
(Butik Naelofar)

Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad
Kelebihan dan kekurangan Syarikat Sendirian Berhad ditunjukkan
dalam Jadual 1.5 yang berikut:

Jadual 1.5  Kelebihan dan kekurangan Syarikat Sendirian Berhad

Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar Penawaran syer terhad
Lebih banyak modal dapat Syer hanya boleh ditawarkan
dikumpulkan melalui kepada saudara dan rakan
terbitan syer (Maksimum 50 orang)
Liabiliti terhad Beban cukai yang tinggi
Jika syarikat muflis, pemegang Kadar bayaran cukai syarikat
syer hanya rugi setakat modal adalah tinggi
yang dilaburkan sahaja

Hal ehwal syarikat Syer tidak boleh dipindah
dirahsiakan milik secara bebas
Laporan kewangan tidak Pindah milik syer perlu
perlu diumumkan kepada mendapat kelulusan daripada
orang ramai Lembaga Pengarah

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 27

Bab 1 EMK 2 Syarikat Awam Berhad
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah seperti berikut:
Arahan (a) bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang
Bentangkan dalam kelas. hingga tiada had maksimum.
Soalan: (b) sahamnya boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia.
Bandingkan ciri-ciri Syarikat (c) pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan
Sendirian Berhad dengan Syarikat kawalan atas syarikatnya jika terdapat pembelian saham
Awam Berhad. dalam kuantiti yang besar (saham majoriti) oleh pihak
tertentu dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan
syarikat daripada pemegang saham asal.

RM Celik Kewangan Gambar foto 1.17  CIMB Bank Berhad

Pemilihan sesuatu pakej pinjaman
perlu dinilai secara teliti terlebih
dahulu. Penilaian perlu dibuat dari
semua aspek termasuk jumlah
kadar faedah, kadar pinjaman asas
(BLR), kadar dasar semalaman
(OPR) dan sebagainya. Penilaian
ini adalah untuk memastikan
setiap pinjaman yang dibuat tidak
memberikan kesan negatif dan
membebankan peminjam.

Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Awam Berhad
Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad ditunjukkan
dalam Jadual 1.6 yang berikut:

Jadual 1.6  Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad

Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Proses penubuhan rumit
• Lebih banyak modal dapat dikumpulkan • Pelbagai borang dan peraturan perlu dipatuhi

kerana bilangan pemegang syer
tidak terhad

Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi
• Dapat menjalankan perniagaan • Kena membayar cukai syarikat

besar-besaran dengan modal yang besar

Liabiliti terhad Pemilik dan pengurusan yang terpisah
• Jika muflis, hanya rugi setakat modal yang • Syarikat diuruskan oleh ahli lembaga pengarah
• Terdapat risiko penyelewengan oleh pihak pengurusan
dilaburkan sahaja

Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan
• Syarikat merupakan entiti yang berasingan • Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan kepada
daripada pemilik orang awam

28 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(d) Koperasi RM Celik Kewangan Bab 1

Koperasi ialah sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan Harga yang ditawarkan di koperasi
oleh sekumpulan individu secara sukarela. Koperasi merupakan secara relatifnya lebih murah
organisasi perniagaan yang mempunyai kepentingan yang sama berbanding dengan harga yang
bagi setiap anggotanya. Matlamat penubuhan koperasi adalah ditawarkan dalam pasaran.
untuk melindungi kepentingan anggotanya. Koperasi juga
ditubuhkan dengan konsep “milik bersama” oleh semua anggota.

Gambar foto 1.18  Contoh Koperasi QR Code

Koperasi Permodalan Felda
Malaysia Berhad (KPF)
http://kpf.felda.net.my

(i)  Ciri-ciri Koperasi

Ciri-ciri koperasi adalah seperti berikut: EMK

• melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk Arahan:
memenuhi keperluan anggota-anggotanya Bincangkan dalam kumpulan.
Soalan:
Koperasi menjalankan aktiviti berkaitan perniagaan bagi 1 Nyatakan koperasi utama yang
tujuan membantu memenuhi keperluan anggota-anggotanya.
Hal ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup dan menaungi semua koperasi asas
meningkatkan ekonomi anggota-anggotanya. di Malaysia.
2 Jelaskan peranan koperasi
• aktiviti tidak berunsurkan politik tersebut dalam membantu
Aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tidak melibatkan unsur memacu pertumbuhan
koperasi di Malaysia.
politik. Hal ini disebabkan oleh matlamat koperasi ialah
menjaga kebajikan anggota-anggotanya semata-mata.

• aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta, peraturan
dan undang-undang kecil koperasi

Setiap aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tertakluk pada
peraturan yang dibentuk secara khusus untuk koperasi sahaja,
iaitu Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007).

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 29

Bab 1 Buletin Keusahawanan • modal perniagaan disumbangkan oleh anggota
Modal permulaan koperasi diperoleh daripada yuran keahlian
Pemilihan anggota lembaga
koperasi (ALK) dilaksanakan dan sumbangan daripada anggota-anggota koperasi. Hal ini
melalui proses pengundian dalam menjadikan setiap anggota mempunyai hak untuk bersuara
mesyuarat agung tahunan melalui dalam memajukan perniagaan dan pengurusan koperasi.
proses pengundian oleh setiap • setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
anggota koperasi demi menjaga Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat
kepentingan bersama. dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan koperasi.
Hal ini termasuk dalam urusan perniagaan yang dijalankan
EMK oleh koperasi.
• liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal
Arahan: atau yuran sahaja
Bincangkan dalam kumpulan. Setiap anggota koperasi hanya menanggung liabiliti yang
Gunakan kaedah inkuiri untuk terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja.
mengumpulkan maklumat
tentang Hari Koperasi pada (ii)  Prinsip-prinsip Koperasi
tahun ini.
Soalan: Rochdale Cooperative yang ditubuhkan di Rochdale, England
1 Kenal pasti tema dan aktiviti pada tahun 1844 merupakan antara koperasi yang paling awal
ditubuhkan. Oleh sebab mereka telah menempa kejayaan, prinsip
yang dijalankan. operasi mereka yang dikenali sebagai “Prinsip Rochdale” telah
2 Cadangkan aktiviti yang sesuai dijadikan asas penubuhan sesebuah koperasi hingga hari ini.
Prinsip-prinsip koperasi adalah seperti yang ditunjukkan dalam
untuk sambutan Hari Koperasi Rajah 1.8 yang berikut:
di sekolah anda.

Penglibatan Kebebasan Pendidikan, latihan
anggota dalam autonomi dan maklumat
kegiatan ekonomi

Cintai Negara Kawalan secara Prinsip Bekerjasama
demokratik oleh koperasi antara koperasi
Setiap anggota koperasi perlu anggota
sentiasa membantu koperasi Keanggotaan sukarela Prihatin terhadap
masing-masing mencapai dan terbuka komuniti
matlamat yang telah ditetapkan
demi kepentingan organisasi,
masyarakat dan negara.

Rajah 1.8  Prinsip koperasi

30 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

• keanggotaan sukarela dan terbuka Minda Kreatif Bab 1
Keanggotaan dalam sesebuah koperasi adalah secara sukarela
Jelaskan cara memajukan
tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Keanggotaan koperasi sekolah anda ke tahap
dalam koperasi terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh lebih baik.
menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela
menerima tanggungjawab sebagai anggota, tanpa mengira Cintai Negara
jantina, perbezaan sosial, bangsa, fahaman politik atau agama.
• kawalan secara demokratik oleh anggota Setiap koperasi di Malaysia perlu
Kawalan atas pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi bekerjasama antara satu sama
dengan setiap anggota mempunyai hak untuk bersuara lain bagi memastikan kebajikan
dan mengundi dalam menentukan dalam sesuatu perkara. setiap anggota dapat terus
Koperasi merupakan organisasi yang demokratik, dikawal dipelihara dan memberikan
oleh anggotanya sendiri dengan melibatkan diri secara aktif manfaat kepada semua pihak
dalam membuat polisi dan keputusan. termasuk rakyat dan negara.
• penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi
Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat QR Code
dalam aktiviti ekonomi atau perniagaan yang dijalankan oleh
koperasi. Hal ini disebabkan oleh modal perniagaan diperoleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
daripada anggotanya sendiri. (SKM)
• kebebasan autonomi
Dalam aspek pengurusan koperasi, setiap anggota berhak http://www.skm.gov.my
untuk bersuara dan menyatakan pendapat dalam sesuatu
perkara. Hal ini bagi memastikan kebajikan setiap ahli sentiasa
terpelihara tanpa dikuasai oleh mana-mana pihak tertentu.
• pendidikan, latihan dan maklumat
Koperasi bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan
dan latihan untuk anggotanya, ahli lembaga yang dipilih,
pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbang secara
berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan
maklumat kepada orang ramai terutama kepada golongan
muda dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan
faedah berkoperasi.
• bekerjasama antara koperasi
Kerjasama yang dijalinkan dengan koperasi-koperasi lain
menjadikan ekonomi koperasi menjadi lebih luas dan kukuh.
Kerjasama yang terjalin membolehkan sistem pengurusan
dan perniagaan koperasi terus dipertingkatkan dari semasa
ke semasa.
• prihatin terhadap komuniti
Selain menjaga kebajikan ahli, kepentingan komuniti setempat
juga turut dititikberatkan. Hal ini meliputi aktiviti yang
memberi impak positif kepada anggota tanpa menjejaskan
kepentingan komuniti setempat.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 31

Bab 1 EMK (iii) Keanggotaan
Keanggotaan koperasi meliputi dua aspek, iaitu jumlah dan hak
Arahan: anggota. Jumlah anggota dalam sesebuah koperasi memerlukan
Bentangkan dalam kelas. sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap anggota perlu membeli
Soalan: modal syer.
Nyatakan sebuah koperasi di
Malaysia dan jelaskan keunikan Hak anggota
yang ada pada koperasi tersebut Setiap anggota koperasi mempunyai hak masing-masing. Contoh
yang dapat digunakan bagi hak anggota dalam koperasi adalah seperti yang berikut:
membantu memperkasa koperasi • mempunyai hak untuk mengundi (satu undi) dalam mesyuarat
di sekolah anda.
agung tahunan koperasi tanpa mengira jumlah syer yang
RM Celik Kewangan dimiliki dalam koperasi yang dianggotainya
• terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan
Setiap dividen atau keuntungan • mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi
yang diperoleh perlu diuruskan • menerima pulangan dalam bentuk dividen
mengikut keperluan termasuk
membuat pelaburan semula (iv)  Kelebihan dan Kekurangan Koperasi
demi masa depan yang lebih
cerah dan terjamin. Kelebihan dan kekurangan koperasi ditunjukkan dalam Jadual 1.7
yang berikut:

Jadual 1.7  Kelebihan dan kekurangan koperasi

Kelebihan Kekurangan
Liabiliti terhad Kadar pulangan
• Anggota hanya rugi setakat • Dividen rendah berbanding

modal dilaburkan dengan pelaburan dalam syarikat
Pentadbiran secara demokrasi Pengurusan dan pemilik terpisah
• Setiap anggota diberi hak • Pekerja mungkin tidak terdorong

mengundi ALK untuk memajukan perniagaan
Tiada beban cukai Pemilikan syer terhad
• Dikecualikan daripada cukai • Setiap individu tidak boleh

Rebat memikili syer melebihi 20 peratus
• Insentif yang diberikan Pindah milik syer
• Syer tidak boleh dipindah milik
kepada pelanggan koperasi
kepada orang lain

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Tugasan: Membuat perbandingan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad
Langkah-langkah:
1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan diberikan dua set profil syarikat yang berbeza (disediakan oleh guru).
3 Murid diminta menganalisis profil yang diberikan untuk mengenal pasti ciri-ciri syarikat.
4 Murid diminta menyenaraikan ciri yang dikenal pasti dalam peta i-Think (dicadangkan agar

menggunakan peta buih berganda). Kemudian bentangkan dalam kelas.

32 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.3 Bentuk-bentuk Bab 1
Perniagaan Lain

1.3.1 Francais Minda Kreatif

Francais merupakan bentuk perniagaan yang berpotensi besar Jelaskan secara ringkas perkaitan
menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. yang wujud antara francaisor,
Francais merujuk pada hubungan antara dua pihak dari segi francaisi dan pelanggan.
perjanjian urus niaga antara fancaisor dengan fancaisi.
Cintai Negara
(a)  Ciri Umum Francais Mengikut
Akta Francais 1998 Setiap rakyat Malaysia perlu
menyokong usahawan tempatan
Ciri-ciri perniagaan francais adalah seperti berikut: termasuk perniagaan yang
• perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah dijalankan secara francais.
Tindakan ini bukan sahaja
ditetapkan oleh francaisor membantu memajukan
• perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan usahawan tempatan, tetapi
membolehkan pengaliran wang
dalam perjanjian berlaku dalam negara.
• francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan

milik francaisor
• francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi
• francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan

kepada francaisi
• francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk fi atau

bentuk balasan lain yang dipersetujui kepada francaisor
• francaisor dan fancaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan

secara berasingan

FRANCAISOR

Sokongan promosi Bayaran berkala
dan pentadbiran kepada francaisor
Bayaran permulaan
Kawalan mutu Persetujuan kepada francaisor
perkhidmatan tentang bayaran,
Penyelidikan dan
pembangunan prosedur
produk baharu operasi, hak dan
tanggungjawab

FRANCAISI

Barang dan perkhidmatan Bayaran

PELANGGAN

Rajah 1.9  Perkaitan antara francaisor dengan francaisi 33
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1


Click to View FlipBook Version