The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by n.kamaruddin225, 2021-07-09 10:03:37

ARNAB YANG TIDAK JUJUR-converted

RENAB-converted

NAMA AHLI KUMPULAN:

NAMA NO. MATRIK
3202038391
NUR SYAZIYAH BINTI RAMLI 3202030791

NURAIN KAMARUDDIN BINTI 3202033051
ABDULLAH
3202030231
NADIA ATHIRAH BINTI MOHD
NASIR

QASRYN ARISSA BINTI KHARUL
ZAMAN

ARNAB YANG TIDAK
JUJUR

Di sebuah hutan, ada
seekor Raja Arnab
memerintah dengan
adil dan bijaksana.

Pada suatu hari, musim kemarau
telah berlaku.

Banyak arnab
yang mati. Raja

arnab mahu
membantu
rakyatnya.

Raja arnab memanggil arnab putih dan arnab
hitam untuk membahagikan lobak merah.
Dengan cara ini, mereka dapat mengalas perut.

“Hamba akan melaksanakan perintah
tuanku,” jawab arnab putih dan arnab hitam.

Arnab putih membahagikan makanan secara
adil. Tetapi, berbeza dengan arnab hitam.
Lobak merah yang perlu dibahagikan
dimakannya sendiri.

Setelah selesai melaksanakan tugas, arnab
putih dan arnab hitam kembali menghadap
raja arnab.

Raja arnab terus memuji mereka berdua tanpa
mengetahui perkara sebenar.

Pada suatu hari, arnab putih pergi ke tempat
tinggal arnab hitam. Ia mahu melawat
sahabatnya. Namun begitu, ia terkejut melihat
banyak bangkai arnab. Ia terus bertanya
kepada arnab hitam.

Arnab hitam sedang asyik
menikmati lobak merah. Arnab
putih bertanya dengan nada
marah, “Kamu makan makanan
kawan-kawan dan membiarkan
mereka kelaparan!”

“Kamu sungguh kejam,” kata arnab putih lagi.
“Itu urusanku, engkau jangan masuk
campur!” kata arnab hitam pula.

Arnab putih menyerang arnab hitam. Mereka
berdua bertarung dan arnab hitam dapat
dikalahkan. Ia dibawa menghadap raja arnab.

Arnab putih menceritakan segala perbuatan
arnab hitam. Akhirnya, arnab hitam dihukum
mati.

“Kamu bersikap jujur dan adil. Kamu akan
menggantikan beta apabila beta sudah tiada
nanti,” kata raja arnab kepada arnab putih.

Arnab putih menerima amanah itu. Raja
arnab berpesan supaya berlaku adil dan jujur
dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Setelah raja arnab mangkat, arnab putih
menggantikan tempat raja arnab. Ia
memerintah dengan amanah dan bersikap
prihatin terhadap rakyatnya.

PENGAJARAN:

• Apabila kita diberikan kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu
tugas itu kita mestilah berlaku adil dan jujur dalam setiap
perbuatan yang kita lakukan.

• Kita juga janganlah mementingkan diri sendiri dan janganlah
menjadi seorang yang tamak kerana orang yang tamak akan
selalu rugi.


Click to View FlipBook Version