LOGIK P E N E R A P A N I L M U KUMPULAN 2 LMCW 2143 FALSAFAH SET 19 2024 Mengupas penerapan ilmu logik dalam kalangan belia masa kini dan cabaran yang dihadapi PEMIKIRAN DAN SAHSIAH BELIA PADA MASA KINI CABARAN BE L IA D ALAM MEMU P U K PEMIKIRA N KRITIS D A N L O G IK
ISI KANDUNGAN 3 APA ITU LOGIK 1 PENGARUH ILMU LOGIK TERHADAP PEMIKIRAN 4 DAN SAHSIAH BELIA 5 6 7 PERBANDINGAN ANTARA JENISPEMIKIRAN LOGIK DEDUKTIF DAN LOGIK INDUKTIF KAEDAH LOGIK CABARAN BELIA DALAM MEMUPUK PEMIKIRAN KRITIS DAN LOGIK STRATEGI MEMUPUK ILMU LOGIK BELIA MASA 8 KINI 9 PENUTUP
PENGURUS EDITOR NURUL ALIA AQILLA PENGARAH KANDUNGAN NURUL SYAFIQAH LOGIK PENYUMBANG PENULIS NUR ALYA SOFEA PENGARAH SENI MUHAMMAD SHAFIQ JURUGAMBAR MUHAMMAD AFIQ DANISH SOFEA IZATI NURADEENA DIELAILA KETUA EDITOR AISYAH NAMIRAH
MESEJ DARIPADA Editor Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Dalam era globalisasi yang penuh dengan cabaran dan persaingan ini, generasi belia kita memerlukan lebih daripada sekadar pendidikan asas untuk berjaya. Mereka memerlukan kemahiran berfikir yang kritis dan logik untuk menilai maklumat, membuat keputusan yang bijak, dan membentuk sahsiah yang kukuh. Majalah ini edisi kali ini memberi tumpuan kepada penerapan ilmu logik dalam membentuk pemikiran dan sahsiah belia di Malaysia. Di Malaysia, usaha untuk mengintegrasikan ilmu logik dalam sistem pendidikan telah menunjukkan perkembangan yang positif. Kurikulum yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah diperkenalkan di sekolah-sekolah, di mana pelajar didorong untuk berfikir di luar kotak dan mengaplikasikan konsep logik dalam pelbagai situasi. Selain itu, program-program kokurikulum yang berkaitan dengan debat, kelab sains dan matematik, serta pertandingan pemikiran kritis semakin mendapat tempat di kalangan belia kita. Penerapan ilmu logik dalam pendidikan belia adalah langkah penting ke arah membentuk generasi yang berdaya saing dan berintegriti. Majalah ini berbesar hati untuk berkongsi pelbagai makluat dan sumber dengan pakar yang akan memberikan pandangan mendalam tentang bagaimana kita semua boleh memainkan peranan dalam usaha ini. Bersama-sama, kita boleh membina masa depan yang lebih cerah untuk belia Malaysia. Selamat membaca! Dengan tulus ikhlas, AISYAH, ALIA AQILLA, SYAFIQAH, AFIQ,SYAFIQ, ALYA , SOFEA, NUR ADEENA.
APA ITU LOGIK? Logik berasal daripada perkataan Latin, iaitu logos yang bermaksud ucapan perkataan'. Istilah ini juga dapat dikaitkan dengan istilah mantiq, yang berasal daripada bahasa Arab yang membawa makna "berkata atau berucap' Logik boleh ditakrifkan sebagai ilmu, disiplin atau peraturan akal yang jika dipatuhi boleh menghindarkan diri daripada kesalahan berfikir. Oleh itu, fokus ilmu ini ialah menjelaskan kaedah dan prinsip yang perlu dipatuhi untuk membezakan antara hujahan yang sah dan benar dengan hujahan yang tidak sah dan tidak benar (Hashim, 2001). Individu yang mempelajari dan mengamalkan prinsip-prinsip ilmu ini berkemungkinan besar dapat berhujah secara sah dan benar berbanding mereka yang tidak mempelajarinya. Namun, itu tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang tidak mempelajari logik dapat juga berhujah dengan sah dan benar. Ilmu logik berperanan meneliti dan membezakan antara hujah yang sah dan benar dengan hujah yang tidak sah dan tidak benar. Terdapat pelbagai kaedah serta perincian untuk memastikan proses berfikir yang dilakukan adalah sah dan benar. 3
Logik membantu belia berfikir secara kritis dan membuat keputusan bijak..” Ilmu logik memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran dan sahsiah belia. Ilmu logik ialah keseluruhan proses yang membawa kepada keputusan melalui penaakulan yang berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan konkrit yang membolehkan belia membuat keputusan yang lebih bijaksana. Pengaruh logik melibatkan aspek pembentukan karakter dan kemampuan untuk berfikir kritis yang merupakan aset penting dalam kehidupan seharian dalam proses pembuatan keputusan. Pengaruh Ilmu logik membantu belia dalam menghadapi pelbagai ujian dan tipu daya serta membangunkan keperibadian dan sahsiah yang tinggi kerana ilmu logik membantu belia membawa kepada keputusan yang berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan ilmu logik, belia dapat membezakan memperbetul dan memandu diri sendiri ke jalan yang benar dan mengelak daripada melakukan kesilapan dalam hal berkaitan serta membimbing belia ke arah tindakan yang betul dan mengelakkan kesilapan. 4
Logik Deduktif 1 Logik Deduktif merupakan satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang umum kepada yang khusus dan perkataan ini berasal daripada istilah bahasa Latin iaitu “de” yang bermaksud daripada dan “decure” yang bermaksud memimpin, ke arah. Deduktif mempunyai kaitan rapat dengan logik klasik yang diasaskan oleh Aristotle. Logik deduktif penting dalam kalangan belia kerana ia membantu mereka berfikir secara sistematik dan menilai hujah dengan lebih efektif. Logik Induktif 2 logik Induktif merupakan satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang khusus kepada yang umum dan dikenali sebagai kaedah Bacon kerana pernah dipelopori oleh Sir Francis Bacon (ahli falsafah Inggeris). Induktif kaitan rapat dengan logik moden disebut sebagai induksi. Dalam kaedah ini, salah satu daripada penyataan tersebut iaitu sama ada premis atau kesimpulannya boleh benar dan palsu. Logik induktif penting dalam kalangan belia kerana ia membantu mereka membuat kesimpulan dan hipotesis berdasarkan fakta-fakta khusus. JENIS LOGIK 5
KA E DA H L OG I K Abduksi merupakan salah satu kaedah berfikir yang juga dikenali sebagai kaedah culikan atau ‘abduction method’ dalam kalangan ahli falsafah. Ia ditafsirkan sebagai sejenis kaedah penaakulan yang mengambil kira pengajaran dan iktibar daripada beberapa penjelasan yang lain. Pemikiran secara abduksi memilih hipotesis yang dianggap tepat dan berupaya untuk menerangkan tentang sesuatu perkara secara benar dengan bukti yang releven. Penggunaan istilah culikan adalah kerana ia merangkumi proses pengambilan satu daripada beberapa hipotesis atau penyebab kepada yang difikirkan paling logik dan tepat HEURISTIK ABDUKSI Heuristik merupakan kaedah menggunakan faktor yang membawa kepada impian. Ianya bersifat penerokaan dan memberi penyelesaian kepada masalah. Suatu teknik dan langkah awal dalam mencari maklumat mengenai sesuatu perkara. Kebiasaannya digunakan sementara dan munasabah sahaja. "trial and error" 6
21/02/2023 #12 Persekitaran pembelajaran yang tidak memberangsangkan juga menjadi salah satu cabaran belia dalam memupuk pemikiran kritis dan logik. Hal ini disebabkan kurangnya perbincangan, pendebatan dan aktiviti pembelajaran berorientasikan masalah. Selain itu, kurangnya latihan atau kebolehan dalam menilai dan menganalisis maklumat yang diterima. Ketidakbolehan seseorang dalam menganalisis sesuatu mampu menyebabkan berlaku penyebaran maklumat yang tidak sahih. Antara cabaran dalam memupuk pemikiran kritis dan logik ialah kecenderungan menerima maklumat atau mempercayai sesuatu perkara tanpa menyiasat kesahihannya. #12 cabaran belia dalam memupuk pemikiran kritis dan logik 7
STRATEGI Program pendidikan dan aktiviti luaran harus memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran kritis seperti analisis, penilaian, dan pemecahan masalah. Ini membantu belia mengasah kemahiran mereka dalam menggunakan logik untuk membuat keputusan yang berasaskan bukti dan fakta. MEMUPUK ILMU LOGIK BELIA MASA KINI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KRITIS Aktiviti seperti membaca, menonton dokumentari, atau berbincang isu semasa dengan keluarga dan rakan sebaya boleh membantu memupuk pemikiran kritis dan penggunaan logik dalam kehidupan harian. AMALAN PEMIKIRAN KRITIKAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN Penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh menjadi alat yang berkesan untuk membantu belia memperkukuhkan kemahiran logik. Aplikasi, permainan, dan platform pembelajaran dalam talian yang didesain dengan baik dapat memberi pengalaman pembelajaran yang berinteraksi dan merangsang pemikiran logik. TEKNOLOGI SEBAGAI ALAT PENDIDIKAN 8
19 TRAVEL & LIFESTYLE MAGAZINE Penerapan ilmu logik sangat penting dalam membentuk pemikiran dan sahsiah belia di Malaysia pada masa kini. Ini kerana Pemikiran logik bukan sahaja meningkatkan kualiti gaya pemikiran dan inspirasi, malah menjadikan belia lebih berkeupayaan untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta lebih berwawasan dan menjadikan sahsiah belia lebih beretika. Ilmu logik membantu belia membezakan proses berfikir yang benar daripada yang salah, serta memelihara akal daripada kesalahan dalam berfikir dan dalam sesuatu tindakan. 9 KESIMPULAN
RUJUKAN View of FALSAFAH LOGIK ARISTOTLE: IMPLIKASI, REAKSI DAN INTERAKSI TERHADAPNYA DALAM DUNIA KEINTELEKTUALAN ISLAM. (n.d.). https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2896/2154 1. Serikandimuhibbah. (n.d.). LOGIK DEDUKTIF DAN LOGIK INDUKTIF. http://serikandimuhibbah11.blogspot.com/2011/12/logik-deduktif-dan-logikinduktif.html 2. Meneroka Pemikiran Logik Melalui Penggunaan Aplikasi Mudah Alih. http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Meneroka%20Pemikiran %20Logik%20Melalui%20Penggunaan%20Aplikasi%20Mudah%20Alih.pdf 3. Penerapan Ilmu Logik Dalam Falsafah. https://jised.com/PDF/JISED-2023-52- 03-11.pdf 4. BAB 3: PEMIKIRAN LOGIK BAB 3 FALSAFAH (n.d.). Coggle. https://coggle.it/diagram/ZDX8IQAjwnrfc0_h/t/bab-3-pemikiran-logik-bab-3- falsafah 5.
KOD DAN NAMA KURSUS: LMCW2143 : FALSAFAH DAN ISU SEMASA TAJUK: TUGASAN E-MAJALAH PENERAPAN ILMU LOGIK DALAM MEMBENTUK PEMIKIRAN DAN SAHSIAH BELIA PADA MASA KINI DI MALAYSIA. PENSYARAH: DR. PUTEH NORAIHAN A RAHMAN NAMA KUMPULAN: NURUL ALIA AQILLA BINTI ABD HADI (A192378) AISYAH NAMIRAH BINTI RUSLI (A192664) NURUL SYAFIQAH BINTI NORIHSAN (A194682) MUHAMMAD AFIQ DANISH BIN MOHAMED SAFRI (A196436) NURADEENA DIELAILA BINTI HASSAN (A197212) SOFEA IZATI BINTI ALI (A197372) NUR ALYA SOFEA BINTI MOHD NAZRI (A197387) MUHAMMAD SHAFIQ BIN SHAHRIL (A200426)