SAINS DAN JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
TEKNOLOGI
Penulis:
Elibie Vinnieza Beran
(20DKA19F2037) MPU23042 NILAI MASYARAT MALAYSIA
Florance Connie Ak Medol
(20DKA20F2054)
Selina Anyan Anak Engkiau
(20DKA20F2019)
Nama Pensyarah: Fatin Faqeriah Binti Hamsah
Kandungan
Hasil Pembelajaran Kursus
Objektif
Pengenalan
Isu-Isu
Punca-Punca yang Berlaku
Kesan-Kesan
Cara-Cara Mengatasi
Kes-Kes yang pernah
Berlaku di Malaysia
Kesimpulan
Rujukan
Hasil Pembelajaran Kursus
Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat:
Menghubungkait minda ingin tahu
dengan cabaran-cabaran dalam
membentuk masyarakat Malaysia dalam
Sains dan Teknologi
Menerangkan pengertian
Sains Dan Teknologi
Membincangkan isu-isu yang
berlaku di Malaysia
1
Pengenalan
Sains merupakan pembelajaran dan kajian
tentang satu perkara manakala teknologi pula
adalah satu ciptaan manusia untuk
menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan
fakta dan kajian saintifik. Oleh itu, kedua-
duanya saling berkait antara satu sama lain
kerana ia memerlukan input dari kedua-dua
pihak. Dalam era urbanisasi ini,
perkembangan sains dan teknologi semakin
pesat membangun. Teknologi merupakan
hasil karya dan ciptaan manusia. Tujuan
wujudnya sains dan teknologi supaya
meringankan kerja manusia dalam memenuhi
kehendak seharian. Perubahan kemajuan
sains dan teknologi dari semasa ke semasa
merupakan bukti yang nyata bahawa
pemikiran manusia semakin maju. Dalam
kehidupan seharian, majoriti masyarakat kini
hanya mengetahui betapa canggihnya dunia
barat, walhal kalau dikaji dengan lebih
mendalam lagi, dunia Islam memiliki kejayaan
yang gemilang bahkan lebih canggih dari
dunia barat.
2
Objektif
Melahirkan insan
cemerlang yang:
Berpengalaman dan berketrampilan
dalam bidang Sains & Teknologi
Berdaya saing untuk mengurus dan
memimpin perubahan
Mahir berfikir secara ktitis, kreatif dan
inovatif.
Berakhlak mulia, beretika tinggi,
bersikap positif dan terbuka,
bertanggungjawab, bermotivasi diri.
Menyayangi masyarakat dan alam
sekitar serta peka kepada kehendak
masyarakat dan negara
Berkebolehan dalam menjalankan
penyelidikan dalam organisasi masing-
masing.
Berminat dengan pengetahuan terkini
dan cenderung belajar sepanjang
hayat.
3
Isu-Isu Tentang Sains Dan Teknologi
yang Terdapat di Malaysia
1.Pelajar masa kini kurang berminat
dalammempelajari subjek Sains dan
Teknologi
Pelajar merasakan susah atau terbeban mempelajari subjek
berkenaan selain ibubapa tidak nampak akan potensi
bidangsains terhadap pembangunan negara pada masa depan.
pihak MOSTI telah melancarkan program Sains, Teknologi,
Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta beberapa program lain
berkaitan untuk meningkatkan lagi minat pelajar.
2. Hasil kajian sains dan
teknologi.
Ini berlaku apabila kebanyakan mereka yang menaja ahliahli
sains terlalu menumpukan kepada pembangunan
produk.Tindakan ini seringkali bercanggah dengan matlamatyang
ingin dicapai oleh ahli sains di mana secara umumnya mereka
menumpukan kepada pembangunan ilmu pengetahuan sains
dan teknologi itu sendiri.
3. Remeja memandang remeh
terhadap ICT
Ramai pelajar kurang sedar ICT bukan sajamenyeronokkan malah
banyak memberimanfaat. Contohnya melalui OSS kita
bebasmenggunakan, mengembangkan ataumengendali aplikasi
tanpa membayarsebarang lesen kepada pencipta asal
4
4. Penularan wabak
Covid-19
Krisis global akibat akibat penularan wabakCOVID-19 bukan sahaja
menyebabkanpembelajaran dan pengajaran secarakonvensional
tertangguh, bahkanmenjadikan tugasan guru semakin
mencabarapabila mereka perlu menyesuaikan diridengan norma
kehidupan dan kebiasaanbaharu yang memerlukan proses
Pengajarandan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secaradalam
talian.
5. Penyebaran maklumat palsu,
gambar-gambar yang dipalsukan
serta gambar gambar yang tidak
bermoral
Perkara ini dilihat amat mudah diperoleholeh golongan remaja
yang terdedah kepadaperkara negatif tanpa kawalan dan
pengawasan. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini memberi kesan
yang besarkepada psikologi dan tindak-tanduk remajasekaligus
membawa kepada permasalahanmoral yang lebih besar.
5
Punca-Punca Berlakunya Cabaran
dalam Sains dan Teknologi
Kurang capai Kemudahan Internet
Cabaran yang didapati dalam membentuk masyarakat Malaysia
tentang sains dan teknologi ialah pembangunan di kawasan
pedalaman yang perlahan. Kebanyakan Kawasan pedalaman
masih belum dibangunkan sepenuhnya. Bukan sahaja kawasan
tersebut mengambil masa yang lama, malahan capaian internet
atau kemudahan seperti pusat kesihatan juga belum disediakan.
Jadi, masalah ini menyebabkan penduduk ataupun masyarakat
banyak ketinggalan dalam arus dunia yang moden ini
Masyarakat Menolak Teknologi Terkini
Selain itu, cabaran untuk membentuk masyarakat Malaysia
tentang sains dan teknologi juga ialah pemikiran masyarakat
yang terlalu tradisional. Segelintir masyarakat masih
mengamalkan amalan tradisional dan tidak mengharapkan
sains dan teknologi untuk memudahkan lagi kehidupan mereka.
Sebagai contoh, sesetengah masyarakat tidak begitu
mempercayai ubat-ubatan pihak hospital atau doctor namun
lebih mempercayai ubat-ubatan daripada bomoh. Ada juga
masyarakat yang masih menggunakan khidmat bidan untuk
melahirkan selain menggunakan khidmat doktor yang serba
cukup.
6
Penggunaan Teknologi yang Berlebihan
Penggunaan teknologi terkini iaitu evolusi terkini internet yang
berlebihan. Dalam arus dunia yang moden ini, semua maklumat
boleh diperolehi dalam sekelip mata. Kita dapat lihat banyak
kebaikan namun dengan menggunakannya secara berlebihan, ia
memberi kesan yang sangat buruk dalam kehidupan kita. Sebagai
contoh, penyebaran maklumat palsu. Terdapat banyak maklumat
palsu yang ‘ viral “ disebarkan seperti gambar-gambar atau berita
yang dipalsukan. Penggunaan teknologi yang berlebihan boleh juga
mengancam maklumat peribadi sendiri. Sebagai contoh,
kebanyakan pengguna internet gemar menunjukkan kehidupan
mereka di akuan media social. Tanpa kita sedari, kita banyak
diperhatikan oleh orang yang kita tidak kenali. Kesannya lagi
membahayakan jika ada individu yang berniat tidak baik terhadap
kita.
Teknologi kini Membantu Menaikkan Kualiti Kerja
Cabaran seterusnya dalam membentuk masyarakat tengtang Sains
dan Teknologi ialah mereka tidak mempercayai kebolehan sains dan
teknologi untuk membantu mereka menyelesaikan pekerjaan
seharian mereka. Sebagai contoh, petani – petani yang mempunyai
ladang yang luas ini memerlukan bantuan daripada sains dan
teknologi seperti nanoteknologi kerana sector pertanian adalah
sector utama yang mendapat faedah daripada evolusi
nanoteknologi. Aplikasi ini dalam sector pertanian membawa
kepada suatu perubahan yang berupaya meningkatkan produktiviti
dalam sektor ini dan secara langsung membantu meningkatkan
pendapatan para petani dan keluaran negara kasar (KDNK). Antara
bidang nanoteknologi yang berkaitan dengan pertanian adalah
bahan biopestisid, baja dan bahan salutan
7
Teknologi Terhadap Budaya Dengan Kehidupan Harian
Cabaran terakhir dalam membentuk masyarakat tentang Sains dan
Teknologi adalah perubahan gaya hidup dan pencemaran bahasa.
Hal ini kerana pengaruh dan dan kemajuan sains dan teknologi yang
menular dalam kehidupan moden pada hari ini jelas telah berjaya
merubah paradigma sosiobudaya dan Bahasa komunikasi
masyarakat yang berubah mengikut peredaran dalam kemajuan
Sains dan Teknologi. Penjajahan budaya hidup dalam aspek pakaian,
makanan, minuman, tingkah laku, dan hiburan telah menukar jati
dirimanusia. Pakaian tradisional setiap kaum dan bangsa hanya
menjadi pakaian rasmi atau acara perayaan. Ia tidak lagi pakaian
yang dibanggaka. Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan
makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia.
Seperkara yang menarik dalam isu Sains dan Teknologi ialah
berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan Bahasa. Bahasa ‘sms” dan
mesej atau chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah.
Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam
komunikasi harian terutamanya anak remaja. Contoh Bahasa yang
sopan untuk memulakan ‘mesej” atau chatting ialah mengucapkan
salam.
8
Kesan-Kesan
Kemusnahan Alam Akibat Manusia Lupa Diri
Manusia bongkak dan bangga diri kerana mencipta
teknologi yang terlalu canggih sehingga melupakan
dan memberi kesyukuran dari Tuhan kerana
semuanya boleh dilakukan sendiri.
Keruntuhan Nilai Kemanusiaan
Jenayah berleluasa sebab banyak peralatan
teknologi yang dicipta. Contohnya,
penyalahgunaan seperti jenayah siber (internet,
handphone dan banyak lagi)
Pembaziran Masa
Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman
sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku.
Contohnya aplikasi game. Terdapat ramai pengguna
laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi
“game", seperti farm villey fish villey, poker dan pet
society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian
kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan
tersebut.
9
Pengurangan Tenaga Kerja Dalam
Sesebuah Organisasi
Seiring dengan revolusi industri 4.0 dimana titik
bermulanya era baru dengan kemunculan pelbagai
teknologi canggih seperti supercomputer dan robot-
robot pintar, kemunculan teknologi canggih sebegini
memperlihatkan keupayaan teknologi tanpa
melibatkan manusia secara langsung dalam sesuatu
bidang atau tugasan. Perkembangan dan penggunaan
teknologi yang semakin mendapat tarikan dalam
organisasi kerja pada hari ini sememangnya
membawa kepada kemajuan dan peningkatan
produktiviti sesebuah organisasi. Namun,
perkembangan ini membawa kepada pengurangan
tenaga kerja buruh atau kakitangan awam mahupun
swasta dalam sesebuah organisasi.
Menelan Kos Yang Banyak
Teknologi sentiasa berkembang mengikut
peredaran masa, ini menyebabkan teknologi
memerlukan penambahbaikan berterusan dan ini
akan menelan belanja yang besar. Setiap
pembaharuan yang berlaku haruslah
dimaklumkan kepada pekerja iaitu melalui
kursus, bengkel atau latihan. Oleh itu, perkara
ini akan mengambil masa yang lama. Sepanjang
proses ini berjalan produktiviti syarikat akan
menurun kerana pekerja perlu masa untuk
beradaptasi dengan sistem yang baharu
diperkenalkan (Belcher, 2010)
10
Cara-Cara Mengatasi
Pelajar Giat Dalam Menimba Ilmu
Ibu bapa dan guru seharusnya berperanan mengatasi
masalah hal ini dengan memberi motivasi dan kata-
kata semangat yang positif kerana menimba ilmu
bukanlah sesuatu perbuatan yang sia-sia.
Mempromosikan Tentang Kebaikan
Teknologi
Pihak laman sosial hendaklah sentiasa mempromosikan
kebaikan-kebaikan sains dan teknologi di internet agar
orang yang melayari internet akan tahu ataupun
menyendari kebaikannya.
Mengadakan Kempen
Kelab sains dan matematik di setiap sekolah
hendaklah mengadakan kempen semasa agar
dapat menarik minat murid-murid yang lain.
11
Mengadakan Program Sains dan Teknologi Di Sekolah
Guru haruslah memberi penekanan terhadap
pengajaran amali dan penyelidikan berbanding
kepada pengajaran teori.
Ibu-bapa Memainkan Peranan Yang Sangat Penting
Dalam Memupuk Minat Anak-Anak Dalam Bidang
Sains dan Teknologi
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting
dalam memupuk minat anak-anak dalam bidang
sains dan teknologi dengan membawa anak-anak
ke pameran sains dan teknologi. Dengan ini,
ibubapa dapat menimbulkan minat dan kesedaran
terhadap budaya sains dan teknologi dalam
kehidupan anak-anak.
12
Kes-Kes Yang Berlaku Di Malaysia
Penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram
menjadi keperluan kepada masyarakat hari ini. Tidak kira latar
belakang dan peringkat umur, penggunaan media sosial
menjadi kewajipan kepada semua bagi memperolehi maklumat
dan berita semasa dengan pantas.
Lebih-lebih lagi apabila semua urusan pada hari ini
berlangsung dalam talian secara maya tanpa bertemu secara
bersemuka. Fenomena maklumat di hujung jari semakin luas
berkembang sehingga terlalu banyak maklumat yang dikongsi
tanpa melihat kepada status sama ada ia benar atau palsu.
Setiap sesuatu digunakan masyarakat, tidak dapat lari
daripada unsur negatif terutama apabila berhadapan media
sosial yang mudah dan senang diakses oleh semua lapisan
masyarakat. Fitnah dalam bentuk penulisan dan hantaran yang
disebarkan semakin lama semakin parah dengan banyak
maklumat dikongsi adalah pandangan peribadi serta disulami
pula kebencian serta kemarahan dizahirkan menerusi media
sosial.
13
Kesedaran terhadap penggunaan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) secara berhemah perlu diberi perhatian dalam
dunia siber yang tiada sempadan.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr M Iqbal Saripan,
berkata pengguna internet perlu ada etika supaya tindakan
mereka tidak mengundang kesan negatif kepada masyarakat.
"Etika ICT perlu ditekankan. Sekarang kita lihat penggunaanya
cukup berani mengkritik, walhal di luar orangnya tampak
sopan. Ini memberi konotasi berbeza. Justeru gunakan internet
dengan berhemah" katanya ketika berucap pada majlis
Pelancaran kelab rakan IDEC @ Putra Bakti UPM Jom Gegaria
ICT UPM 2018.
14
Suatu ketika dulu, penggunaan gajet seperti komputer
hanya membabitkan golongan dewasa, namun dalam
zaman serba moden ini, kanak-kanak turut menjadi
pengguna teknologi terutama Internet.
Namun, ibu bapa harus mengambil berat mengenai
kandungan yang mereka terokai bagi memastikan ia bukan
sesuatu yang boleh mempengaruhi anak-anak ke arah
melakukan perkara negatif.
15
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohammad Khaled
Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-baru ini
melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan
pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat
sekolah.
Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah
sampai ke tahap sangta kritikal walaupun banyak inisiatif
diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains.
Fenomena tersebut bukan sahaja berlaku dia Malaysia, malah
hampir di serata dunia, termasuk negara maju seperti Eropah
dan Amerika Syarikat. Di Amerika, comtohnya bilangan pelajar
yang memohon untuk mengikuti pengajan di universiti dalam
bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding
jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar
dalam aliran berkenaan pada peringkat sekolah tinggi.
16
Beberapa bulan lalu, Turki mendapat perhatian
antarabangsa selepas satu cubaan rampasan kuasa menemui
kegagalan besar. Cubaan rampasan kuasa itu, bagaimanapun,
tidak mencukupi untuk menjejaskan keyakinan penduduk
terhadap hukum alam ketika mereka menyertai sekumpulan
penyelidik barat yang membuktikan secara saintifik kewujudan
tuhan.
Pada 24 Ogos lalu, dalam satu pertemuan di hotel Conrad
Istanbul Bosphorus, saintis Turki dan Amerika Syarikat
menggunakan bukti dalam biologi, biokimia dan astronomi
untuk membuktikan tuhan itu wujud.
Saintis dari Amerika itu adalah anggota sebuah pertubuhan
berpengaruh Kristian di California yang dikenali sebagai
'Reasons to Believe' (RTB). RTB yang diasaskan oleh seorang
daripada ahli astrofizik terkenal, Dr Hugh Ross, mempunyai
matlamat mendidik generasi belia Kristian berhubung
kepercayaan kepada tuhan pencipta alam berdasarkan bukti
saintifik.
17
Kesimpulan
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat Malaysia
bukan mudah kerana Sains dan Teeknologi telah
memberi masyarakat kemudahan yang hanya di
hujung jari. Bukan itu sahaja, ia dapat memberi
kebaikan dan keburukan terhadap Sains dan Teknologi
dengan berhemah. Sains dan teknologi membawa
seribu satu kesan positif kepada manusia. Walau
bagaimanapun, terdapat pihak yang melihat teknologi
dan sains sebagai suatu perkara yang menjadikan
manusia semakin malas. Bak kata pepatah, sekali air
bah sekali pantai berubah yang menyaksikan
kehidupan manusia bakal ditentukan oleh penghasilan
sains dan teknologi yang sentiasa berubah. Oleh itu,
setiap lapisan masyarakat hendaklah menggunakan
kemajuan sains dan teknologi yang ada dengan
sebaiknya.
18
Rujukan
http://istech2017.-sains-teknologi_19.html
https://www.ukm.my/fst/ms/latar-belakang-
objektif/
https://sitinorhanani.wordpress.com/2011/12/15/kesa
n-dan-cabaran-dunia-siber-dalam-pembentukan-
akhlak-masyarakat/amp/
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-
teknologi.html
Www.bharian.com.my
https://halimatonhassanshazalli.site123.me/my-
blog/contoh-karangan-kebaikan-perkembangan-
sains-dan-teknologi-kepada-manusia
19
Sekian Terima Kasih.