The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalil5115, 2021-01-20 21:16:00

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2020 BAHAGIAN 1: PENGENALAN

Bahagian 1: Pengenalan

TEKNIK MENJAWAB SOALAN
KESUSASTERAAN MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020

BAHAGIAN 1
PENGENALAN

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU JALIL

KANDUNGAN
1 Format Kertas Kesusasteraan Melayu SPM 1

2 Petua Lulus Cemerlang 2

3 Kata Kunci Soalan 3

4 Menulis Jawapan 5

5 Teknik Menganalisis Teks 6

FORMAT KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU SPM

BAHAGIAN SATU (SOALAN STRUKTUR)

JAWAB SEMUA SOALAN

GENRE JUMLAH SOALAN MARKAH

PUISI TRADISIONAL 1 4

PROSA TRADISIONAL 2 8

PUISI MODEN 1 4

DRAMA 2 8

CERPEN 2 8

NOVEL 2 8

JUMLAH 10 40

BAHAGIAN DUA (SOALAN ESEI)

JAWAB 3 SOALAN

IAITU SATU SOALAN DARIPADA TIAP-TIAP BAHAGIAN

(BAHAGIAN A, BAHAGIAN B & BAHAGIAN C)

BAHAGIAN GENRE JUMLAH JUMLAH SOALAN MARKAH
SOALAN YANG PERLU
DIJAWAB
1
PUISI

A TRADISIONAL 1 1 20
PROSA

TRADISIONAL

B PUISI MODEN 1 1 20
DRAMA 1

C CERPEN 1 1 20
NOVEL 1

JUMLAH 6 3 60

1

PETUA LULUS CEMERLANG
1. Buku teks perlu dibaca.
2. Memahami glosari Kesusasteraan Melayu.
3. Tahu teknik menjawab kertas Kesusasteraan

Melayu.
4. Bilangan isi jawapan yang dikehendaki bagi

setiap aspek sastera, maksimum 4 isi jawapan
sahaja. Jika anda dapat menguasai dengan baik
5 isi jawapan berserta contoh bagi setiap aspek
tersebut sudah memadai.
5. Tidak menghafal nota. Belajar membuat nota
sendiri.

6. Untuk memudahkan anda mengingat isi cerita,
cerita semula isi cerita teks yang telah dibaca
secara lisan atau tulisan.

7. Membuat banyak latihan pengkaryaan
(puisi tradisional, puisi moden, drama, cerpen
dan novel).

8. Mempunyai azam yang cukup tinggi untuk lulus
kertas Kesusasteraan Melayu SPM dengan
CEMERLANG.

9. Menghormati ibu bapa dan guru.

10. Sentiasa berdoa kepada Tuhan.

2

KATA KUNCI SOALAN
Anda hanya perlu memberi fakta tanpa contoh atau
huraian sekiranya kata kunci soalan ialah:
1. Berikan
2. Senaraikan
3. Nyatakan

Soalan:
Nyatakan dua ciri syair yang terdapat dalam
petikan puisi tersebut.

Jawapan: tidak
Rima akhir puisi tersebut adalah sama.
Jumlah suku kata dalam setiap baris adalah
sama.

Sekiranya anda memberi contoh untuk jawapan
tersebut, markah diberikan untuk isi jawapan sahaja.
Tidak ada markah yang ditolak.

3

KATA KUNCI SOALAN
Anda perlu memberi fakta berserta contoh atau
huraian sekiranya kata kunci soalan ialah:
1. Berikan … berserta contoh
2. Senaraikan … berserta contoh
3. Nyatakan … berserta contoh
4. Huraikan
5. Jelaskan
6. Terangkan

Soalan:
Berdasarkan Sastera Hikayat, Hikayat Parang
Puting, huraikan dua nilai murni yang terdapat
dalam Sastera Hikayat tersebut.

Jawapan:
Nilai kasih sayang. Contohnya, bonda kepada

budak miskin menyuruh hambanya mencari budak
miskin kerana bimbangkan keselamatan anaknya
setelah anaknya tidak pulang ke rumah selepas
keluar menjejaki anak naga.

4

MENULIS JAWAPAN
1. Bilangan isi jawapan yang dikehendaki ada

dinyatakan dalam kertas soalan. Anda boleh
memberi isi jawapan lebih daripada yang
dikehendaki.
Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya
Anwar Ridhwan, huraikan tiga latar masyarakat
yang terdapat dalam novel tersebut.
2. Anda hanya perlu memberi isi jawapan serta
contoh atau huraian tanpa perlu menghuraikan
maksud istilah berkenaan.
Soalan:
Berdasarkan sajak Sepi Syawal Tanpa Bonda
karya Amylia Hussain, nyatakan dua gaya
bahasa berserta contoh yang terdapat
dalam sajak tersebut.
Jawapan:
Metafora. Contohnya, kelongsong kesabaran.
Sinkope. Contohnya, tika.

5

TEKNIK MENGANALISIS TEKS & MENULIS NOTA
(petikan daripada buku teks Kubentang Sehelai Peta,

muka surat 53)

daripada itu dia mungkin bukan orang pertama yang
akan sampai ke sisiku seandainya aku disinggahi
kemalangan atau kecemasan. Dia mungkin tidak mampu
untuk berada di sini secara fizikal secepat teman-teman
yang ada di sekitarku. Tetapi Rosa mampu mengisi
kekosongan ruang jiwa dan emosi. Sesuatu yang tidak
bisa disentuh oleh mana-mana pancaindera ini.

Rosa sebenarnya bukan seorang sahabat, tetapi dia
ialah rafik!

Kini aku kehilangan rafik yang seorang ini.
Pedra menjadi punca.

Sudah tiga bulan e-mel daripadanya Teknik plot:
bungkam. Peti suratku tidak lagi teknik suspens.
dijengah nota dan mesej
daripadanya. Selama itu juga aku
jadi ternanti-nanti kehadiran e-mel
daripada Rosa. Aku hampa. SMS Sudut
aku taip berkali-kali ke telefon pandangan
bimbitnya. Bimbang kalau aku orang pertama.
kirimkan pesanan kepada penerima
yang bukan dituju. Aku menekan-
nekan butang telefongku dengan
pantas dan berhati-hati sehinggakan

6

aku rasa seperti aku terlatih untuk
menyertai cabaran Maxis Speed
Master! Tidak ada satu pun balasan
yang singgah di kotak pesananku.

Aku mula mati akal apabila
panggilan telefonku pula tidak
berangkat. Mustahil dia menukar
nombor telefon bimbit dan telefon
apartmennya serentak tanpa
memaklumkan kepadaku. Dia tahu
yang aku mencarinya.

Sesak nafasku seketika. Aku Persoalan:

nyaris kehabisan ikhtiar. Tetapi aku Kegigihan

tetap berpegang kepada prinsip berusaha/

selagi ada kemahuan, jalan Semangat tidak

keluarnya pasti akan datang. mudah berputus

asa.

Nilai murni:
Nilai kegigihan

Pengajaran:
Kita hendahlah
gigih berusaha.

7

“Fik, ada tugasan untukmu,” ujar Persoalan:

Ketua Pengarang. Kepatuhan

Aku terima tanpa banyak soal. kepada arahan.

Nilai murni:
Nilai kepatuhan.

Pengajaran:
Kita hendaklah
patuh kepada
arahan ketua.

Ketika pesawat Singapore Airlines itu Latar tempat:

mendarat dengan selamat di Lapangan

Lapangan Terbang Changi, aku Terbang Changi

mengucapkan syukur berkali-kali. Latar tempat:
Aku belum bersedia untuk menjadi Taiwan
statistik mangsa kemalangan udara
seperti yang berlaku di Taiwan ketika Persoalan:
pesawat dari syarikat penerbangan Amalan
ini meletup di landasan. Aku masih mengucapkan
mahu mencari Rosa di apartmennya. rasa syukur
kepada Allah.

Nilai murni:
Nilai kesyukuran

Pengajaran:
Kita hendaklah
sentiasa
bersyukur kepada
Allah.

8

Aku sulam antara tugasan Latar tempat:

mendapatkan skop tentang Woodlands

kedudukan terkini Pulau Batu Putih Avenue

dengan lawatan ke apartmen Rosa di Latar
Woodlands Avenue. Dia tiada di situ. masyarakat:
Jiran di sekelilingnya pula tidak Masyarakat yang
cukup mesra untuk disapa, apatah sombong.
lagi untuk bertanya dengan lebih
Persoalan: Sifat
lanjut.
masyarakat yang

sombong.

Pengajaran: Kita
janganlah
bersikap sesama
manusia.

9


Click to View FlipBook Version