The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DRAMA ANNA & DRAMA MAT PIAH DAN MR BLACKWAY_ Nota dan Latihan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalil5115, 2020-11-02 18:57:08

DRAMA

DRAMA ANNA & DRAMA MAT PIAH DAN MR BLACKWAY_ Nota dan Latihan

KANDUNGAN 1
1 Sejarah perkembangan drama di Malaysia 1
2 Teknik penulisan drama/ Ciri-ciri drama 1
3 Definisi drama realisme 1
4 Ciri-ciri drama realisme 2
5 Drama Anna 16
6 Drama Mat Piah dan Mr. Blackway

1

2

Babak Satu SINOPSIS

Anna bergegas ke lapangan terbang.

Semasa di lapangan terbang, Anna terkenangkan
ayahnya, Thomas Carpenter. Ayahnya pernah
menasihatinya:

i. Supaya tidak mengikut hati mudanya.
ii. Anna tidak akan tahan hidup dengan pemuda

Melayu kerana cara hidup mereka yang berbeza.
Zaki akan lebih setia kepada ibunya kerana orang
Timur sayang akan ibu dan saudara-mara mereka
lebih daripada orang Barat. Orang Melayu
mengamalkan sikap berkerjasama dan gotong-
royong, tidak sama dengan orang barat yang
hidup atas kekuatan sendiri-sendiri .
iii. Ayahnya juga memberitahu Anna yang ibu Anna
yang berbangsa Melayu mati dibunuh oleh
komunis kerana mereka curiga terhadap orang
Inggeris.

Ayah Anna tidak sampai hati untuk melepaskan Anna
tetapi membenarkan juga Anna berkahwin dengan
Zaki dengan harapan pada suatu hari nanti Anna
akan pulang juga kepadanya.

Anna mengakui kebenaran kata-kata ayahnya kerana
menurut Anna, Zaki di bawah telunjuk ibunya.

Penerbangan Anna ditangguhkan setengah jam lagi
kerana masalah teknikal.

3

Babak Dua
Zaki datang ke lapangan terbang menemui Anna. Berlaku konflik antara mereka.

i. Anna memberitahu Zaki yang dia ingin berpisah dengan
Zaki kerana dia tidak berasa bahagia dalam perkahwinan
mereka.

ii. Anna memberitahu Zaki jika tidak kerana Zaki dia akan
menjadi seorang anak yang setia kepada bapanya
sebagaimana Zaki setia terhadap ibunya.

iii. Anna tidak berasa menyesal untuk meninggalkan Zaki dan Tina kerana
baginya penyesalannya yang sebenar adalah kerana tidak mendengar
nasihat ayahnya supaya tidak berkahwin dengan Zaki.

iv. Anna menyindir Zaki yang Zaki amat setia kepada ibunya kerana itulah
dasar orang Timur.

v. Anna memberitahu Zaki yang dia meninggalkan ayahnya dan pengajiannya
di London semata-mata kerana mencintai Zaki.

vi. Anna memberitahu Zaki yang ibu Zakilah yang memecahbelahkan kasih
sayang Zaki terhadapnya.

vii. Anna berharap dengan pemergiannya, Zaki dapat memberikan perhatian
sepenuhnya kepada ibunya serta menjaga Tina dengan baik.

viii. Anna memberitahu Zaki yang Zaki dan Mak Munahlah yang berhak
menjaga Tina. Jika Zaki keberatan menjaga Tina, dia sanggup menjaga
Tina.

ix. Anna juga berpesan kepada Zaki iaitu apabila Tina telah dewasa, berilah
peluang kepada Tina untuk mencari ibunya.

x. Anna turut mempersoalkan sebab ibunya dibunuh sedangkan ayahnya
seorang Inggeris yang banyak menolong memberi pekerjaan kepada ramai
orang miskin di Malaya ketika itu.

xi. Anna juga percaya jika dia tidak meninggalkan Zaki dia juga akan
terkorban seperti ibunya.

xii. Anna juga beranggapan yang Zaki seorang yang terlalu mencintai tanah
airnya. Sudah tentulah Zaki mempunyai prasangka buruk terhadapnya
yang berketurunan Inggeris.

4

Zaki menafikan kata-kata Anna.
i. Bagi Zaki, Anna terlalu mengikut perasaan dan begitu
cepat berputus asa untuk memulihkan hubungan
mereka berdua.
ii. Dia masih tetap menyayangi Anna dan Tina ialah
lambang kasih sayang mereka.
iii. Zaki cuba memujuk Anna dengan meminta Anna
mengenangkan kembali saat-saat bahagia mereka
semasa di White Christmas dan Trafagar Square.

iv. Zaki memberitahu Anna akan pengorbanan ibunya yang membiayai
perbelanjaannya di universiti selama lima tahun sehingga tanah ibunya
tergadai.

v. Zaki memberitahu Anna yang dia ingin memberikan sebanyak mungkin
kebahagiaan pada sisa-sisa hidup ibunya lagipun hanya Zaki seoranglah
anaknya dan ditambah pula dengan keadaan ibunya yang hampir buta.

vi. Zaki memberitahu Anna yang ibunya sayang kepada mereka bertiga.
vii. Zaki memberitahu Anna yang ibu Anna dibunuh oleh komunis kerana

komunis curiga terhadap orang Inggeris dan ibu Anna menjadi mangsa
keadaan.
viii. Zaki memberitahu Anna yang dia ingin diberi waktu untuk membuktikan
kasih sayangnya terhadap Anna.
ix. Zaki menyangkal kata-kata Anna yang dia membenci orang-orang Inggeris
kerana baginya walaupun Inggeris banyak meninggalkan parut-parut luka
kepada rakyat negara ini tetapi banyak contoh baik yang boleh dipelajari
daripada Inggeris.

Babak Tiga

Dr. Chan datang bersama ibu Zaki dan Tina di lapangan terbang.

5

Sementara Zaki mendapatkan ibu dan anaknya di dalam kereta, Dr. Chan
berbual-bual dengan Anna.

i. Dr. Chan menasihati Anna supaya tidak bertindak terburu-buru.
ii. Dr. Chan juga menasihati Anna supaya memikirkan nasib Tina

bukan Zaki atau ibu mentuanya.
iii. Dr. Chan memberitahu Anna yang Zaki memang sayang akan

Anna. Hanya dia inginkan masa untuk merawat mata ibunya
dan menebus tanah ibunya yang tergadai.
iv. Harapan Dr. Chan apabila Anna tiba di England, dia akan
memikirkan semula nasihatnya yang diberikan secara ikhlas.

Bagi Anna pula:

i. Anna memberitahu Dr. Chan yang dia tidak pernah
berasa bahagia selama empat tahun hidup bersama Zaki.

ii. Anna berasa ada sesuatu dalam dirinya yang hilang.
iii. Anna mahu Zaki memberi perhatian yang sepenuhnya

kepada rumahtangga iaitu kasih sayang hanya kepada
dirinya semata-mata.

iv. Anna berharap mata Mak Munah akan baik seperti sediakala dan kasih
antara ibu dan anak akan bertambah kuat sepeninggalannya.

v. Bagi Anna, ibu mentuanyalah yang menjadi penyebab perpisahan antara
dia dan Zaki.

vi. Anna ingin meneruskan kehidupan bersama-sama bapanya serta
menyambung kembali pelajarannya yang terkandas.

Babak Empat

Zaki menolak kerusi roda ibunya diikuti oleh Tina sambil memeluk
teddy bear.

Tina bertanyakan destinasi ibunya dan inginkan ibunya membeli
teddy bear yang lebih baik. Anna memberitahu anaknya yang dia
akan pergi jauh untuk berjumpa datuk Tina.

Mak Munah bertanya kepada Anna sama ada Anna memarahinya.
Mak Munah menyerahkan Zaki kepada Anna kerana katanya dia
sudah tua dan akan mati tidak berapa lama lagi. Mak Munah
memohon maaf sekiranya dia penyebab hati Anna terluka.

6

Anna menyatakan yang Mak Munah tidak bersalah cuma masalah
itu adalah antara dirinya dengan Zaki. Anna juga teringatkan
aruah ibunya dan tidak mahu dirinya menjadi seperti ibunya.
Katanya lagi, kalau panjang umur mereka akan berjumpa lagi dan
berpesan supaya Mak Munah menjaga Tina. Anna berharap Mak
Munah membiarkan dia pergi demi kebaikan bersama.

Tina memeluk ibunya dengan kuat kerana ingin mengikut ibunya.
Anna menolak Tina. Tina jatuh dan teddy bearnya tercampak. Tina
mengejar Anna dari belakang dan memegang gaun ibunya tetapi
ditolak oleh Anna menyebabkan Tina jatuh. Zaki berlari
mendapatkan anaknya.

Anna melangkah masuk ke dalam bilik menanti dan terus ke lapangan terbang.

Zaki memujuk anaknya.

Mak Munah berdoa semoga Allah selamatkan rumah tangga anaknya,
selamatkan Anna dan selamatkan Tina.

Bagi Zaki, Anna memerlukan banyak waktu untuk berfikir tentang
rumah tangga mereka. Harapan Zaki ialah Anna akan tahu juga
nilai kasih sayangnya terhadap Anna. Walaupun Anna pergi
namun ibunya, Mak Munah mesti melihat dunia kembali. Zaki
berharap Dr. Chan akan berjaya merawat mata ibunya.

Dr. Chan berkata dia akan cuba sedaya upaya tetapi semuanya
dengan kuasa Tuhan belaka. Dr. Chan juga berharap Zaki
bertenang dan memberikan Anna waktu yang cukup. Katanya lagi
semoga Zaki bahagia bersama ibunya, dan Tina.

Kapal terbang bergerak meninggalkan lapangan terbang. Dr. Chan
dan Zaki sambil membimbing anaknya, Tina dan menyorong kerusi
roda ibunya meninggalkan lapangan terbang.

PEMIKIRAN
Pemikiran drama ini ialah konflik rumah tangga kerana kegagalan
memahami budaya pasangan hidupnya yang berlainan bangsa. Contohnya,
konflik rumah tangga antara Anna yang berperanakan Inggeris-Melayu dengan
suaminya, Zaki yang berketurunan Melayu berlaku kerana Anna gagal

7

memahami budaya orang Melayu yang masih mengambil berat kebajikan ahli
keluarga asalnya walaupun telah berkahwin.

PERSOALAN
Persoalan tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya, Zaki meminta
Dr. Chan merawat mata ibunya yang hampir buta kerana itu adalah
tanggungjawabnya sebagai anak.
Persoalan kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, Zaki amat
menyayangi ibunya kerana ibunya telah banyak berkorban untuknya.
Persoalan semangat cinta akan tanah air. Contohnya, Zaki
memberitahu Anna yang dia sayang akan negaranya.
Persoalan amalan sikap mengenang jasa. Contohnya, Zaki mengenang
jasa ibunya yang telah banyak berkorban untuk melihat kejayaannya dalam
pengajiannya di universiti.
Persoalan kesabaran menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Zaki tetap
bersabar walaupun kata-kata yang dilemparkan kepadanya oleh Anna amat
menyakitkan hatinya.
Persoalan pengorbanan ibu terhadap anak. Contohnya, Mak Munah
sanggup berkorban sehingga terpaksa menggadai tanah-tanahnya kerana
membiayai kos pengajian Zaki di universiti.
Persoalan kepentingan diri. Contohnya, Anna mahu suaminya, Zaki
memberi lebih perhatian kepadanya tanpa memikirkan yang Zaki juga terpaksa
mengambil berat terhadap ibunya yang sakit.
Persoalan kegagalan memahami budaya bangsa lain. Contohnya, Anna
gagal untuk memahami budaya masyarakat Melayu yang masih mengambil
berat tentang keluarga asalnya walaupun telah mendirikan rumah tangga.
Persoalan pengorbanan demi cinta. Contohnya, Anna sanggup
meninggalkan ayahnya, Thomas Carpenter dan pengajiannya di universiti kerana
ingin berkahwin dengan Zaki dan mengikut Zaki untuk balik ke Malaysia.
Persoalan kedegilan mendengar nasihat. Contohnya, Anna tidak
mendengar nasihat Dr. Chan dan pujukan suaminya untuk tidak pulang ke
London demi kebahagiaan rumah tangga mereka.
Persoalan perasaan simpati terhadap permasalahan orang lain.
Contohnya, Dr. Chan menawarkan diri untuk merawat mata ibu Zaki yang hampir
buta kerana dia bersimpati dengan nasib yang dialami oleh ibu Zaki.
Persoalan amalan tolong-menolong sesama manusia. Contohnya, Dr.
Chan sedia menolong Zaki merawat mata ibu Zaki yang hampir buta.

8

Persoalan amalan percaya kepada takdir. Contohnya, Dr. Chan berjanji
kepada Zaki yang dia akan mencuba sedaya upayanya untuk merawat mata ibu
Zaki tetapi dia menyerahkan semuanya itu kepada kuasa Tuhan.

Persoalan keyakinan diri. Contohnya, Dr. Chan memberitahu Zaki yang
dia akan mencuba sedaya upayanya untuk merawat mata ibu Zaki.

Persoalan amalan berdoa kepada Tuhan. Contohnya, Dr. Chan
menasihati Zaki agar berdoa kepada Tuhan agar ibu Zaki selamat menjalani
pembedahan mata.

PERWATAKAN ZAKI
Seorang anak yang bertanggungjawab. Contohnya, Zaki meminta Dr.
Chan merawat mata ibunya yang hampir buta kerana itu adalah
tanggungjawabnya sebagai anak.
Seorang yang penyayang. Contohnya, Zaki amat menyayangi ibunya
kerana ibunya telah banyak berkorban untuknya.
Seorang yang mempunyai semangat patriotik. Contohnya, Zaki
memberitahu Anna yang dia sayang akan negaranya.
Seorang yang mengenang jasa. Contohnya, Zaki mengenang jasa
ibunya yang telah banyak berkorban untuk melihat kejayaannya dalam
pengajiannya di universiti.
Seorang yang sabar menghadapi cemuhan. Contohnya, Zaki tetap
bersabar walaupun kata-kata yang dilemparkan kepadanya oleh Anna amat
menyakitkan hatinya.
Seorang anak tunggal. Contohnya, Zaki adalah satu-satunya anak Mak
Munah.

PERWATAKAN ANNA
Seorang yang mementingkan diri sendiri. Contohnya, Anna mahu
suaminya, Zaki memberi lebih perhatian kepadanya tanpa memikirkan yang Zaki
juga terpaksa mengambil berat tentang ibunya yang sakit.
Seorang yang gagal memahami budaya bangsa lain. Contohnya, Anna
gagal untuk memahami budaya masyarakat Melayu yang masih mengambil
berat tentang keluarga asalnya walaupun telah mendirikan rumah tangga.
Seorang yang tidak suka mendengar nasihat orang lain. Contohnya,
Anna tidak mendengar nasihat Dr. Chan dan pujukan suaminya untuk tidak
pulang ke London demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

NILAI MURNI
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Zaki meminta Dr. Chan merawat mata
ibunya yang hampir buta kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai anak.

9

Nilai kasih sayang. Contohnya, Zaki amat menyayangi ibunya kerana
ibunya telah banyak berkorban untuknya.

Nilai patriotisme. Contohnya, Zaki memberitahu Anna yang dia sayang
akan negaranya.

Nilai mengenang jasa. Contohnya, Zaki mengenang jasa ibunya yang
telah banyak berkorban untuk melihat kejayaannya dalam pengajiannya di
universiti.

Nilai kesabaran. Contohnya, Zaki tetap bersabar walaupun kata-kata yang
dilemparkan kepadanya oleh Anna amat menyakitkan hatinya.

Nilai pengorbanan. Contohnya, Mak Munah sanggup berkorban sehingga
terpaksa menggadai tanah-tanahnya kerana membiayai kos pengajian Zaki di
universiti.

Nilai simpati/ keprihatinan/ /belas kasihan. Contohnya, Dr. Chan
menawarkan diri untuk merawat mata ibu Zaki yang hampir buta kerana dia
bersimpati dengan nasib yang dialami oleh ibu Zaki.

Nilai tolong-menolong. Contohnya, Dr. Chan sedia menolong Zaki
merawat mata ibu Zaki yang hampir buta.

Nilai yakin diri. Contohnya, Dr. Chan memberitahu Zaki yang dia akan
mencuba sedaya upayanya untuk merawat mata ibu Zaki.

NILAI MURNI YANG ADA PADA WATAK ZAKI
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Zaki meminta Dr. Chan merawat mata
ibunya yang hampir buta kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai anak.
Nilai kasih sayang. Contohnya, Zaki amat menyayangi ibunya kerana
ibunya telah banyak berkorban untuknya.
Nilai patriotisme. Contohnya, Zaki memberitahu Anna, isterinya yang dia
amat sayang akan negaranya.
Nilai mengenang jasa. Contohnya, Zaki mengenang jasa ibunya yang
telah banyak berkorban untuk melihat kejayaannya dalam pengajiannya di
universiti.
Nilai kesabaran. Contohnya, Zaki tetap bersabar walaupun kata-kata yang
dilemparkan kepadanya oleh Anna amat menyakitkan hatinya.

PENGAJARAN
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarga.
Contohnya, Zaki meminta Dr. Chan merawat mata ibunya yang hampir buta
kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai anak.
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contohnya, Zaki amat
menyayangi ibunya kerana ibunya telah banyak berkorban untuknya.

10

Kita hendaklah mempunyai semangat cinta kepada negara.
Contohnya, Zaki memberitahu Anna yang dia sayang akan negaranya.

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah banyak berkorban
untuk kita. Contohnya, Zaki mengenang jasa ibunya yang telah banyak
berkorban untuk melihat kejayaannya dalam pengajiannya di universiti.

Kita hendaklah bersabar dengan cemuhan/ penghinaan daripada
seseorang. Contohnya, Zaki tetap bersabar walaupun kata-kata yang
dilemparkan kepadanya oleh Anna amat menyakitkan hatinya.

Kita hendaklah sedia berkorban demi kebahagiaan orang yang kita
kasihi. Contohnya, Mak Munah sanggup berkorban sehingga terpaksa
menggadai tanah-tanahnya kerana membiayai kos pengajian Zaki di universiti.

Kita janganlah bersikap mementingkan diri sendiri. Contohnya, Anna
mahu suaminya, Zaki memberi lebih perhatian kepadanya tanpa memikirkan
yang Zaki juga terpaksa mengambil berat tentang ibunya yang sakit.

Kita hendaklah belajar memahami budaya bangsa lain agar dapat
hidup dalam harmoni. Contohnya, Anna gagal untuk memahami budaya
masyarakat Melayu yang masih mengambil berat tentang keluarga asalnya
walaupun telah mendirikan rumah tangga.

Kita hendaklah mendengar nasihat orang demi kebaikan diri kita
sendiri. Contohnya, Anna tidak mendengar nasihat Dr. Chan dan pujukan
suaminya untuk tidak pulang ke London demi kebahagiaan rumah tangga
mereka.

Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang dialami oleh
seseorang. Contohnya, Dr. Chan menawarkan diri untuk merawat mata ibu Zaki
yang hampir buta kerana dia bersimpati dengan nasib yang dialami oleh ibu Zaki.

Kita hendaklah memberi pertolongan kepada insan yang ditimpa
kesusahan. Contohnya, Dr. Chan sedia menolong Zaki merawat mata ibu Zaki
yang hampir buta.

Kita hendaklah percaya kepada takdir yang telah ditentukan oleh
Tuhan. Contohnya, Dr. Chan berjanji kepada Zaki yang dia akan mencuba
sedaya upayanya untuk merawat mata ibu Zaki tetapi dia menyerahkan
semuanya itu kepada kuasa Tuhan.

Kita janganlah menyimpan perasaan benci terhadap orang lain.
Contohnya, ibu Anna seorang Melayu yang berkahwin dengan orang Inggeris
ditembak oleh komunis kerana mereka membenci orang Inggeris.

Kita hendaklah mempunyai sikap yakin diri. Contohnya, Dr. Chan
memberitahu Zaki yang dia akan mencuba sedaya upayanya untuk merawat
mata ibu Zaki.

11

Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Tuhan. Contohnya, Dr. Chan
menasihati Zaki agar berdoa kepada Tuhan agar ibu Zaki selamat menjalani
pembedahan mata.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Mak Munah dan anaknya,
Zaki saling menyayangi.
Masyarakat yang mengamalkan kahwin campur. Contohnya, Thomas
Carpentar, ayah Anna seorang Inggeris berkahwin dengan orang Melayu
manakala Anna yang peranakan Inggeris dan Melayu berkahwin dengan Zaki
yang berbangsa Melayu.
Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Zaki, Anna dan Dr
Chan belajar di universiti.
Masyarakat yang berbilang kaum/ masyarakat majmuk. Contohnya,
Zaki dan ibunya orang Melayu, Anna peranakan Inggeris dan Melayu dan Dr
Chan berketurunan Cina.
Masyarakat yang sedia berkorban. Contohnya, Mak Munah
menggadaikan tanahnya untuk membiayai pengajian Zaki di universiti dan Anna
pula meninggalkan pengajiannya di universiti dan bapanya di England untuk
berkahwin dengan Zaki.

PERANAN WATAK
Peranan watak Dr. Chan

Dr. Chan sebagai doktor. Contohnya, Dr. Chan akan merawat mata ibu
Zaki yang hampir buta.

Dr. Chan sebagai sahabat. Contohnya, Dr. Chan ialah sahabat kepada
Zaki.

Dr. Chan sebagai penasihat. Contohnya, Dr. Chan menasihati Anna agar
tidak meninggalkan Zaki dan Tina untuk pulang ke London meninggalkan Zaki,
Tina dan Mak Munah.

NILAI KASIH SAYANG
Kasih sayang antara emak dengan anak. Contohnya, Mak Munah
membiayai pengajian anaknya, Zaki di London kerana dia begitu menyayangi
anaknya.
Kasih sayang antara anak dengan emak. Contohnya, Zaki memberi
perhatian kepada ibunya yang sedang sakit kerana dia begitu menyayangi
ibunya.
Kasih sayang antara anak dengan ayah. Contohnya, ketika menatap foto
ayahnya, Anna mengatakan yang dia sayang akan ayahnya.

12

Kasih sayang antara ayah dan anak. Contohnya, Thomas Carpenter
berasa begitu berat untuk melepaskan anaknya, Anna mengikut suaminya, Zaki
pulang ke Malaysia.

Kasih sayang antara isteri dan suami. Contohnya, Anna sanggup
meninggalkan pengajiannnya di London dan mengikut suaminya, Zaki datang ke
Malaysia.

Kasih sayang antara suami dan isteri. Contohnya, Zaki memberitahu Dr.
Chan yang dia menyayangi isterinya, Anna.

UNSUR KONFLIK
Konflik antara Anna dengan Zaki. Contohnya, Anna berasa menyesal
dengan perkahwinannya bersama Zaki/ Anna tidak berasa bahagia dengan
perkahwinannya bersama Zaki/ Anna menuduh Zaki lebih mementingkan ibunya
daripada dirinya sebagai isteri Zaki.
Konflik antara Anna dengan Mak Munah. Contohnya, bagi Anna, Mak
Munahlah yang yang memecahbelahkan kasih sayang Zaki terhadapnya.
Konflik antara Zaki dengan Anna. Contohnya, Zaki berasa kecewa
dengan sikap Anna yang tidak mahu memahami dirinya.
Konflik antara Anna dengan Dr. Chan. Contohnya, Anna tidak mahu
mendengar nasihat Dr. Chan untuk tidak meninggalkan Zaki, Tina dan Mak
Munah.
Konflik antara Anna dengan Tina. Contohnya, Anna menolak Tina apabila
Tina ingin mengikutnya ke London.
Konflik antara Anna dengan komunis. Contohnya, Anna menyalahkan
pihak komunis yang menembak ibunya yang tidak berdosa.
Konflik antara komunis dengan orang Inggeris. Contohnya, pihak
komunis berasa curiga terhadap orang Inggeris.

13

Ujian Pantas 1 UJIAN PANTAS mengenang
tanggungjawab yakin diri jasa

gagal kasih sayang Persoalan pengorbanan percaya
memahami Perwatakan kepada takdir
sabar Nilai murni berdoa
budaya cinta akan Pengajaran tolong- degil
bangsa lain menolong
negara kepentingan
simpati diri

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat perwatakan Zaki.
3. Huraikan dua perwatakan Anna.
4. Huraikan empat nilai murni.
5. Huraikan empat pengajaran.

Ujian Pantas 2 sedia berbilang
penyayang berkorban kaum

berpendidikan tinggi Latar mengamalkan kahwin campur
Masyarakat

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
masyarakat.

14

Ujian Pantas 3 Doktor Penasihat
Sahabat
Peranan watak
Dr. Chan

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraian tiga peranan
watak Dr. Chan.

Ujian Pantas 4

antara suami
dan isteri

antara emak antara anak
dengan anak dengan emak

Unsur antara ayah
kasih sayang dengan anak

antara anak
dengan ayah

antara isteri
dan suami

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat unsur
kasih sayang.

Ujian Pantas 5 Anna dengan Zaki Anna dengan
Unsur Konflik Dr. Chan
Anna dengan
Mak Munah Zaki dengan Anna Komunis dengan
orang Inggeris
Anna dengan Tina

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat unsur
konflik.

15

16

Babak Satu SINOPSIS

Di hadapan pintu Hotel E & O sekitar jam 2.32 pagi, Mat
Piah berada di atas becanya menunggu rezeki
terakhirnya.

Dia melihat berjejeran keluar lelaki dan perempuan yang
memakai pelbagai jenis pakaian beragam.

Mat Piah membunyi-bunyikan loceng becanya sambil
memanggil-manggil mereka. Mereka tidak memperdulikan
panggilan Mat Piah. Mat Piah mengeluh kerana tiada
rezeki dia pada malam itu.

Mat Piah bercadang untuk pergi tidur di Padang Kota.

Tiba-tiba muncul James Blackway berwajah berpakaian
tentera armada Inggeris zaman Francis Light. Mat Piah
terperanjat apabila Blackway menepuk bahunya daripada
belakang. Blackway meminta Mat Piah membawanya
pergi berjalan-jalan. Mat Piah terlopong seketika apabila
mendapati Blackway bercakap kepadanya dalam bahasa
Melayu.

17

Babak Dua

Di bandar Georgetown sekitar jam 3.00 pagi. Mat Piah
bertanya kepada Blackway sama ada dia salah seorang
peserta pakaian beragam di Hotel E & O yang dilihatnya
tadi. Blackway memberitahu yang dia tidak kenal
mereka. Mat Piah memuji kebolehan Blackway bertutur
dalam bahasa Melayu. Balackway juga memuji
kebolehan Mat Piah bertutur dalam bahasa Inggeris.
Apabila ditanya oleh Mat Piah di mana Balackway belajar
bertutur dalam bahasa Melayu. Blackway menjelaskan
yang dia sudah 300 tahun tinggal di Pulau Pinang.
Jawapan Blackway membuatkan Mat Piah ketawa. Mat
Piah menyangka yang Blackway mabuk.

Apabila nampak papan tanda yang tertulis Lebuh Light,
Blackway menyuruh Mat Piah berhenti. Mat Piah terkejut
dan segera menekan pedal brek becanya. Blackway
turun dari beca dan pergi ke arah papan tanda yang
tertulis Lebuh Light. Blackway merenung papan tanda
tersebut dan timbul rasa bangga di hatinya. Mat Piah
hairan melihat gelagat Blackway.

Blackway memberitahu Mat Piah yang Light itu ialah
kawan baiknya. Mat Piah bergurau dengan Blackway
dengan mengatakan yang dia juga mempunyai sahabat
yang bernama traffic light. Blackway menaiki beca sambil
menunjukkan perasaan marahnya terhadap Mat Piah.

Babak Tiga

Di padang Kota Lama berhadapan dengan Fort
Cornwallis sekitar jam 3.00 pagi. Mat Piah dan Blackway
berada di tepi tembok Padang Kota Lama mengadap Fort
Cornwallis. Mat Piah memberitahu Blackway yang waktu
melawat ke Fort Cornwallis sudah ditutup. Fort Cornwallis
akan dibuka pada keesokan harinya jam 9.00 pagi.

18

Blackway tidak berkata apa-apa dan asyik memandang ke
arah Fort Cornwallis. Mat Piah memberitahu Blackway yang
di dalam Fort Cornwallis ini ada patung Francis Light.
Menurut Mat Piah patung tersebut sebelum ini diletakkan di
hadapan muzium sebelum dipindahkan ke Fort Cornwallis.

Blackway bermonolog yang tempat ini dinamakan Fort
Cornwallis sempena nama Lord Cornwallis. Dia
membongkok tanda memberi tanda hormat kepada Fort
Cornwallis dalam keadaan wajahnya yang sedih. Blackway
memberitahu Mat Piah yang dia kenal akan Lord Cornwallis
iaitu seorang jeneral perang yang berlagak berani tetapi
akhirnya kalah di tangan Jeneral George Washington.

Tiba-tiba terdengar bunyi enjin motosikal sayup-sayup dari
jauh. Lama-kelamaan bunyi itu semakin hampir dan cahaya
lampu motosikal-motosikal itu menyuluh ke arah Blackway
dan Mat Piah. Blackway berasa takut lalu menjerit kerana
disangkanya serangan Siam. Blackway berlari
menyembunyikan diri di belakang beca Mat Piah. Blackway
berada dalam keadaan histeria kerana ketakutan. Blackway
memberitahu Mat Piah yang Sultan Abdullah telah berpakat
dengan Siam untuk menyulanya.

Mat Piah menjelaskan yang bunyi itu ialah bunyi motosikal
mat rempit.

Apabila Mat Piah masih mempersendakannya, Blackway
memberitahu Mat Piah yang dia ialah orang besar.
Namanya ialah James Rolland Blackway. Dia merupakan
pegawai kanan kepada Francis Light. Selanjutnya Blackway
memberitahu Mat Piah yang dia ialah kawan baik kepada
Francis Light dan Stamford Raffles. Mat Piah masih
mempersendakan Blackway yang dia ialah kawan baik
kepada Prince Charles. Blackway memarahi Mat Piah
kerana mempersendakannya.

19

Blackway menegaskan yang Francis Lightlah yang
membuka Pulau Pinang. Menurut Blackway, Pulau Pinang
atau Prince of Wales milik Inggeris ialah kepunyaan
Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Mat Piah masih ketawa mempersendakan Blackway. Tiba-tiba wajah Blackway
menjadi pilu lalu menangis teresak-esak dan kemudianya meraung. Mat Piah
menyuruh Blackway bersabar. Mat Piah cuba memujuk Blackway dengan
mengatakan yang dia percaya dengan kata-kata Blackway. Blackway turun dari
beca lalu bertanya kepada Mat Piah sama ada dia kenal Francis Light ataupun
tidak.

Mat Piah memberitahu Blackway bahawa Francis Lightlah yang membuka Pulau
Pinang pada tahun 1786. Mat Piah bertanya kepada Blackway akan
pengetahuan sejarahnya walaupun dia bersekolah sehingga darjah enam
sahaja. Mendengar jawapan Mat Piah, Blackway ingin membuat pengakuan iaitu
Pulau Pinang sebenarnya dicuri oleh Francis Light daripada Sultan Kedah.

Mat Piah terkejut mendengar jawapan yang diberikan oleh Blackway. Blackway
menjelaskan yang Francis Light telah menipu Sultan Abdullah supaya
menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris. Inggeris mahukan Pulau Pinang
dijadikan pelabuhan persinggahan antara Barat dengan Timur.

Di samping itu Inggeris juga boleh mengaut kekayaan
seperti emas, timah dan perak dari Tanah Melayu.

Blackway memberitahu Mat Piah yang sudah beratus tahun dia berasa bersalah
atas penipuan dan pengkhianatan yang telah dia dan Light lakukan terhadap
Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu.

Tiba-tiba Mat Piah menjerit ke arah Blackway. Blackway cepat-cepat tunduk
memberi hormat kepada Mat Piah kerana takut dibelasah oleh Mat Piah. Mat
Piah menyuruh Blackway menceritakan fakta sebenar tentang sejarah Pulau
Pinang. Blackway akhirnya bersetuju untuk bercerita.

20

Babak Empat

Sekitar jam 4.00 pagi. Blackway mula bercerita.
Blackway memberitahu Mat Piah yang dia mula
mengenali Francis Light semasa mereka bekerja di
Firma Jourdain Sullivan de Souza.

Pada masa itu negeri Kedah diperintah oleh Sultan
Muhammad Jiwa.

Pada masa pemerintahan baginda, Kedah menghadapi
serangan daripada Bugis. Baginda meminta bantuan
daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Satu perjanjian antara Sultan Muhammad Jiwa dengan
Francis Light telah ditandatangani yang menyatakan
bahawa Inggeris akan memberi bantuan ketenteraan
kepada Kedah jika Kedah diserang oleh Bugis dengan
syarat Sultan Kedah memberi kebenaran kepada Firma
Jourdain Sullivan de Souza berniaga di Kuala Kedah.

Francis Light sebenarnya hanya mahu mencari peluang
mendapatkan Pulau Pinang dan Province Wellesley
daripada Kedah kerana pihak Inggeris memerlukan
pangkalan tentera yang baharu di sebelah Timur bagi
mengekang Perancis yang mahu meluaskan tanah
jajahannya di sebelah Timur.

21

Jadi apabila Bugis menyerang Kedah, Francis Light tidak
membantu Sultan Kedah. Sultan Kedah cuba mengusir
Francis Light tetapi Francis Light enggan berundur
malah membina kubu tentera Inggeris di Pulau Pinang.

Mat Piah marah apabila Blackway memberitahunya yang Francis Light telah
menipu Sultan Kedah dan merampas Pulau Pinang. Selama ini dia percaya
Francis Light yang membuka Pulau Pinang.

Blackway juga menceritakan bagaimana Sultan Abdullah
pula ditipu oleh Francis Light untuk mendapatkan Pulau
Pinang.

Francis Light menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah
pada tahun 1786 untuk melindungi Kedah daripada
serangan Siam dan Burma tanpa pengetahuan kompeni.

Apabila Siam menyerang Kedah, Francis Light tidak
membantu Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah murka lalu membawa tenteranya untuk
menyerang tentera Inggeris. Francis Light mendapat
maklumat yang tentera Sultan Kedah hendak
menyerang Inggeris lalu Francis Light dan tenteranya
terlebih dahulu menyerang tentera Sultan Kedah pada
waktu subuh di Sungai Perai.

Dengan tipu muslihatnya, Francis Light berjaya merampas Pulau Pinang
daripada Sultan Kedah. Pampasan sebanyak $30 000 dolar Sepanyol dijanjikan

22

oleh Francis Light kepada Sultan Abdullah tetapi hanya dibayar $6 000 dolar
Sepanyol sahaja.

Mat Piah menjerit marah menyebabkan Blackway terkejut dan melatah. Mat Piah
memarahi Blackway kerana baginya orang Melayu sahaja yang boleh melatah.
Mat Piah mencekak leher baju Blackway.

Blackway terkial-kial untuk melepaskan diri lalu meminta ampun kepada semua
orang Melayu kerana dia telah menipu, menindas dan menyamun hak orang
Melayu.

Dia berasa malu dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Sultan Kedah
dan orang-orang Melayu. Blackway mengaku bangsanya memang kejam. Dia
berkata yang dia rasa macam hendak mengamuk.

Mat Piah memberi amaran kepada Blackway supaya jangan mencuri “amuk”
kerana orang Melayu sahaja yang boleh “amuk”. Blackway bersumpah yang dia
tidak mahu mengamuk dan melatah yang menjadi hak bangsa Melayu.

Mat Piah menolak Blackway sehingga jatuh terduduk. Blackway bangun dengan
rasa terhina. Wajahnya merah menahan marah. Dia mentertawakan Mat Piah.

Tiba-tiba Blackway menghilangkan diri. Mat Piah mencari-cari Blackway. Mat
Piah bingung dengan perasaan marah dan kecewa. Mat Piah bermonolog sama
ada dia yang gila atau Blackway yang gila. Matanya dipejamkan. Kemudian
matanya dibuka perlahan-lahan. Dia berhalusinasi.

PERSOALAN
Persoalan kemiskinan hidup. Contohnya, Mat Piah hidup dalam keadaan
serba kekurangan.
Persoalan kegigihan mencari rezeki. Contohnya, Mat Piah sentiasa
berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki walaupun terpaksa berjaga
sehingga dinihari untuk mencari penumpang.
Persoalan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup. Contohnya,
Mat Piah tetap bersabar walaupun tidak memperoleh wang setelah seharian
mengayuh beca.
Persoalan pengetahuan sejarah tanah air. Contohnya, Mat Piah masih
mengingati ilmu sejarah mengenai pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786
dan menceritakannya semula kepada Blackway.

23

Persoalan perasaan sayang akan negara. Contohnya, Mat Piah marah
apabila Mr Blackway memberitahunya yang Francis Light telah menipu Sultan
Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang.

Persoalan hidup bergelandangan. Contohnya, Mat Piah tidak
mempunyai rumah dan tinggal di dalam becanya.

Persoalan keinsafan atas kesalahan yang telah dilakukan. Contohnya,
Blackway insaf dan berasa bersalah atas kesalahan yang telah dilakukannya
bersama Francis Light iaitu menipu dan mengkhianati Sultan Muhammad Jiwa,
Sultan Abdullah dan orang Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang.

Persoalan kejujuran menceritakan kebenaran. Contohnya, Blackway
dengan penuh kejujuran menceritakan kepada Mat Piah peristiwa sebenar iaitu
Francis Light bukanlah peneroka Pulau Pinang.

Persoalan kesetiaan kepada raja. Contohnya, Mr Blackway menunjukkan
taat setianya kepada rajanya, King George III dengan mendoakan kesejahteraan
baginda.

Persoalan kebanggaan penjajah. Contohnya, Mr Blackway berasa
bangga apabila melihat papan tanda “Lebuh Light” yang menunjukkan tempat itu
pernah dikuasai oleh Inggeris suatu ketika dulu.

Persoalan penipuan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Contohnya, Francis Light telah menipu dan mengkhianati Sultan Muhammad
Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang.

Persoalan gejala sosial dalam kalangan remaja. Contohnya, kegiatan
mat rempit yang melibatkan sekumpulan remaja di Pulau Pinang.

Persoalan kerakusan penjajah. Contohnya, penjajah Inggeris begitu
rakus untuk mendapatkan Pulau Pinang supaya pihak Inggeris dapat mengaut
hasil mahsul yang terdapat di Tanah Melayu.

Persoalan perjanjian yang tidak ditepati. Contohnya, pihak Inggeris tidak
mematuhi perjanjian yang telah dibuat dengan Sultan Kedah untuk membantu
Kedah apabila diserang oleh Bugis.

PERWATAKAN MAT PIAH
Seorang yang miskin. Contohnya, Mat Piah hidup dalam keadaan serba
kekurangan.
Seorang yang gigih berusaha. Contohnya, Mat Piah sentiasa berusaha
dengan gigih untuk mencari rezeki walaupun terpaksa berjaga sehingga dinihari
untuk mencari penumpang.
Seorang yang sabar. Contohnya, Mat Piah tetap bersabar walaupun tidak
memperoleh wang setelah seharian mengayuh beca.

24

Seorang yang berjiwa patriotik/ mempunyai perasaan sayang akan
negara. Contohnya, Mat Piah marah apabila Mr Blackway memberitahunya yang
Francis Light telah menipu Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang.

Seorang gelandangan. Contohnya, Mat Piah tidak mempunyai rumah dan
tinggal di dalam becanya.

PERWATAKAN BLACKWAY
Seorang yang mampu menguasai bahasa Melayu. Contohnya,
Blackway fasih berbahasa Melayu ketika bercakap dengan Mat Piah.
Seorang yang jujur. Contohnya, Blackway dengan penuh kejujuran
menceritakan kepada Mat Piah peristiwa sebenar iaitu Francis Light bukanlah
peneroka Pulau Pinang.
Seorang yang insaf. Contohnya, Blackway insaf dan berasa bersalah atas
kesalahan yang telah dilakukannya bersama Francis Light iaitu menipu dan
mengkhianati Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu untuk
mendapatkan Pulau Pinang.
Seorang yang setia kepada rajanya. Contohnya, Mr Blackway
menunjukkan taat setianya kepada rajanya, King George III dengan mendoakan
kesejahteraan baginda.
Seorang yang bangga dengan pencapaian bangsanya pada masa
dahulu. Contohnya, Mr Blackway berasa bangga apabila melihat papan tanda
“Lebuh Light” yang menunjukkan tempat itu pernah dikuasai oleh Inggeris suatu
ketika dulu.
Seorang yang penakut. Contohnya, Blackway menjerit ketakutan apabila
mendengar bunyi dan melihat puluhan cahaya lampu motosikal kerana
disangkanya tentera Siam datang untuk menangkapnya.

NILAI MURNI
Nilai kegigihan. Contohnya, Mat Piah sentiasa berusaha dengan gigih
untuk mencari rezeki walaupun terpaksa berjaga sehingga dinihari untuk mencari
penumpang.
Nilai kesabaran. Contohnya, Mat Piah tetap bersabar walaupun tidak
memperoleh wang setelah seharian mengayuh beca.
Nilai cinta akan negara/ nilai patriotisme. Contohnya, Mat Piah marah
apabila Mr Blackway memberitahunya yang Francis Light telah menipu Sultan
Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang.
Nilai keinsafan. Contohnya, Blackway insaf dan berasa bersalah atas
kesalahan yang telah dilakukannya bersama Francis Light iaitu menipu dan
mengkhianati Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu untuk
mendapatkan Pulau Pinang.

25

Nilai kejujuran. Contohnya, Blackway dengan penuh kejujuran
menceritakan kepada Mat Piah peristiwa sebenar iaitu Francis Light bukanlah
peneroka Pulau Pinang.

Nilai kesetiaan. Contohnya, Mr Blackway menunjukkan taat setianya
kepada rajanya, King George III dengan mendoakan kesejahteraan baginda.

PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih berusaha mencari rezeki. Contohnya, Mat Piah
sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki walaupun terpaksa berjaga
sehingga dinihari untuk mencari penumpang.
Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contohnya, Mat Piah tetap bersabar walaupun tidak memperoleh wang setelah
seharian mengayuh beca.
Kita hendaklah mempunyai perasaan sayang akan negara. Contohnya,
Mat Piah marah apabila Blackway memberitahunya yang Francis Light telah
menipu Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang.
Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Contohnya,
Blackway insaf dan berasa bersalah atas kesalahan yang telah dilakukannya
bersama Francis Light iaitu menipu dan mengkhianati Sultan Muhammad Jiwa,
Sultan Abdullah dan orang Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang.
Kita hendaklah bersikap jujur dalam menyatakan kebenaran.
Contohnya, Blackway dengan penuh kejujuran menceritakan kepada Mat Piah
peristiwa sebenar iaitu Francis Light bukanlah peneroka Pulau Pinang.
Kita hendaklah menumpahkan kesetiaan kepada raja. Contohnya,
Blackway menunjukkan taat setianya kepada rajanya, King George III dengan
mendoakan kesejahteraan baginda.
Kita janganlah menipu untuk kepentingan diri/ Kita janganlah
mengkhianati seseorang. Contohnya, Francis Light telah menipu dan
mengkhianati Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu untuk
mendapatkan Pulau Pinang.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang mengalami gejala sosial. Contohnya, kegiatan mat
rempit yang melibatkan sekumpulan remaja di Pulau Pinang.
Masyarakat yang tidak menepati/ memungkiri janji. Contohnya, pihak
Inggeris telah tidak mematuhi perjanjian yang telah dibuat dengan Sultan Kedah
untuk membantu Kedah apabila diserang oleh Bugis.
Masyarakat istana. Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah.
Masyarakat penjajah. Contohnya, Francis Light dan Blackway.
Masyarakat tempatan. Contohnya, Mat Piah dan kumpulan mat rempit.

26

LATAR TEMPAT
Di hadapan pintu Hotel E & O iaitu tempat Mat Piah menunggu
penumpang yang ingin menaiki becanya.
Bandar Georgetown iaitu tempat Mat Piah membawa Mr Blackway
melawat sekitar Bandar Georgetown.
Padang Kota Lama itu Mat Piah dan Blackway berada di tepi tembok
Padang Kota Lama.
Jalan raya iaitu tempat mat rempit membuat lumba haram.
Pulau Pinang iaitu pulau kepunyaan Kedah tetapi diambil secara haram
oleh Francis Light setelah menipu Sultan Kedah.
Sungai Perai iaitu tempat Light dan tentera Inggeris menyerang tentera
Sultan Abdullah.

UNSUR SEJARAH
Watak bersejarah. Contohnya, Sultan Abdullah/ Sultan Muhammad Jiwa/
Francis Light.
Tempat bersejarah. Contohnya, Pulau Pinang dan Province of Wellesley.
Peristiwa bersejarah. Contohnya, serangan Siam ke atas Kedah/
Perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1786.
Latar masa bersejarah. Contohnya, semasa pemerintahan Sultan
Abdullah/ Sultan Muhammad Jiwa.

PEMIKIRAN
Pemikiran drama ini ialah pengkisahan sejarah Pulau Pinang. Blackway
menceritakan pengkisahan sebenar sejarah Pulau Pinang kepada Mat Piah.

UNSUR KONFLIK
Konflik antara Mat Piah dan Blackway. Contohnya, Mat Piah marah
kepada Blackway kerana bersubahat dengan Francis Light untuk menipu Sultan
Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang.
Konflik antara Blackway dengan Mat Piah. Contohnya, Blackway
memarahi Mat Piah kerana cuba mempermainkannya.
Konflik antara Sultan Muhammad Jiwa dengan Francis Light/ Syarikat
Hindia Timur Inggeris. Contohnya, Sultan Muhammad Jiwa murka dengan
Light/ Syarikat Hindia Timur Inggeris kerana pihak Inggeris tidak membantu
baginda semasa Kedah diserang oleh Bugis.
Konflik antara Sultan Abdullah dengan Francis Light. Contohnya,
Sultan Abdullah murka dengan Light kerana tidak membantu baginda semasa
Kedah diserang oleh Siam.

27

Konflik antara Francis Light dengan Sultan Abdullah. Contohnya,
apabila Light mengetahui yang Sultan Abdullah dan bala tenteranya hendak
menyerang Inggeris di Kuala Sungai Perai, Light dan tentera Inggeris terlebih
dahulu menyerang dan berjaya menumpaskan tentera Sultan Abdullah.

Ujian Pantas 1 UJIAN PANTAS penipuan gejala sosial
setia
perjanjian bangga pengetahuan
tidak ditepati sejarah tanah
Persoalan
kemiskinan Perwatakan air
hidup Nilai murni
Pengajaran hidup
bergelandangan
sabar gigih

insaf kerakusan
penjajah

cinta akan jujur
negara

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat perwatakan Mat Piah.
3. Huraikan empat perwatakan Blackway.
4. Huraikan empat nilai murni.
5. Huraikan empat pengajaran.

28

Ujian Pantas 2 istana penjajah
tempatan Latar Masyarakat
yang tidak menepati/
mengalami gejala sosial memungkiri janji

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
masyarakat.

Ujian Pantas 3 Mat Piah dengan Sultan Abdullah dengan
Blackway Francis Light
Blackway dengan
Mat Piah Unsur Konflik Sultan Muhammad Jiwa dengan
Francis Light
Francis Light dengan
Sultan Abdullah

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat unsur
konflik.

Ujian Pantas 4 Pulau Pinang Bandar Georgetown
Di hadapan pintu Hotel E & O Latar Tempat Jalan raya
Sungai Perai
Padang Kota Lama

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.

Ujian Pantas 5

watak Unsur Sejarah peristiwa
tempat latar masa

Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat unsur
sejarah.

29


Click to View FlipBook Version