KANDUNGAN 1
17
1 Sastera Panji: Raden Puspa Kencana 28
2 Sastera Epik: Hang Tuah Diutus ke Siam
3 Sastera Hikayat: Hikayat Parang Puting
1
1
SASTERA PANJI: RADEN PUSPA KENCANA
CIRI-CIRI SASTERA PANJI
1. Ada wira dan wirawati. Contohnya, watak wira dalam sastera panji tersebut
ialah Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri. Watak wirawatinya ialah Raden
Puspa Kencana/ Ken Tambohan.
2. Berlatarkan sejarah negeri Jawa. Contohnya, latar tempatnya di Cempaka
Jajar/ Jenggala.
3. Watak-wataknya daripada kalangan putera dan puteri raja Jawa.
Contohnya, Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri dan Raden Puspa
Kencana/ Ken Tambohan.
4. Terdapat watak pembantu. Contohnya, Wira Wani/ Wira Karta/ Ken
Tadahan/ Ken Penglipur.
5. Tema ceritanya tentang percintaan antara wira dan wirawati. Contohnya,
percintaan antara Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri dengan Raden
Puspa Kencana/ Ken Tambohan.
6. Cerita berakhir dengan kebahagiaan atau kegembiraan. Contohnya, Raden
Inu Kertapati/ Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana/ Ken Tambohan
hidup bahagia setelah menempuh pelbagai rintangan dalam hidup mereka/
ditabalkan sebagai Ratu dan Suri Kuripan.
7. Ada unsur magis. Contohnya, Betara Kala menghidupkan semula Raden
Inu Kertapati/ Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana/ Ken Tambohan.
8. Amalan percaya kepada mimpi. Contohnya, Raden Menteri dan Ken
Tambohan tertanya-tanya akan takbir/ alamat mimpi mereka setelah
bangun daripada tidur.
9. Ada unsur pengembaraan. Contohnya, Raden Menteri mengembara
semasa keluar pergi berburu/ Betara Kala mengembara dari kayangan
turun ke bumi untuk menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan.
SINOPSIS
Ada sebuah negeri di
Jenggala yang bernama
Cempaka Jajar.
2
Negeri tersebut diperintah oleh seorang raja yang bernama Seri
Inu yang digelar Sang Nata. Sang Nata ialah seorang raja besar
yang mempunyai beratus-ratus hulubalang dan mempunyai
banyak jajahan takluk.
Di negeri Cempaka Jajar,
baginda membina sebuah istana yang
dikelilingi oleh kota batu untuk
menempatkan semua puteri raja yang
di bawah taklukan baginda.
Puteri-puteri tersebut ditugaskan menenun kain.
Salah seorang puteri tersebut bernama Raden Puspa
Kencana. Raden Puspa Kencana mempunyai rupa paras yang
cantik. Sang Nata dan Permaisuri menggelarnya Ken Tambohan.
Sang Nata dan Permaisuri sangat sayang akan Ken Tambohan
kerana rupanya yang sangat cantik. Ken Tambohan seorang
remaja yang berumur empat belas tahun .
Pada suatu malam, Ken Tambohan bermimpi bulan jatuh
ke pangkuannya dan tubuh badannya terang benderang disinari
cahaya bulan. Pinggangnya pula dibelit oleh seekor naga. Ken
Tambohan menjadi gelisah dan tertanya-tanya akan maksud
mimpi tersebut.
3
Sang Nata mempunyai seorang putera bernama
Raden Inu Kertapati. Raden Inu Kertapati terkenal
juga dengan nama Raden Inu, Inu Bangsawan dan
Raden Menteri. Raden Menteri merupakan anak
tunggal kepada Sang Nata dan Permaisuri.
Pada suatu malam Raden Menteri bermimpi bulan jatuh ke
pangkuannya dan datang raksasa lalu melarikan bulan
tersebut. Setelah bangun daripada tidur, Raden Menteri berasa
gelisah memikirkan takbir mimpimya itu.
Sang Nata dan Permaisuri berpendapat yang Raden Menteri
sudah patut beristeri kerana Raden Menteri sudah berusia tujuh
belas tahun. Permaisuri bertanya kepada Raden Menteri adakah
dia sudah mempunyai calon isteri. Raden Menteri hanya berdiam
diri sahaja.
Lalu Permaisuri meminta pendapat Pateh. Pateh mencadangkan kepada
Permaisuri puteri kepada Ratu Banjar Kulon kerana puteri tersebut cantik dan
setaraf dengan Raden Menteri.
Pada suatu hari, Raden Menteri bersama-sama
kedayan-kedayannya pergi berburu berdekatan tempat
tinggal Ken Tambohan. Semasa berburu, baginda
menyumpit seekor burung serindit dan terkena.
Burung tersebut tidak jatuh tetapi terus terbang masuk ke dalam kubah tempat
tinggal Ken Tambohan. Inang pengasuh Ken Tambohan cuba menangkap
burung tersebut tetapi gagal. Lalu mereka mencadangkan Ken Tambohan yang
menangkap burung serindit tersebut. Burung serindit itu datang kepada Ken
Tambohan lalu Ken Tambohan menangkap burung tersebut.
4
Raden Menteri menitahkan kedayannya, Wira Wani untuk
mencari burung serindit tersebut. Setelah puas mencari akhirnya
Wira Wani sampai di pintu kubah tempat Ken Tambohan bertenun
kain. Melalui celah pintu kubah tersebut Wira melihat burung
serindit tersebut ada pada seorang puteri yang cantik. Wira Wani
memberitahu hal tersebut kepada Raden Menteri.
Apabila mendengar berita tersebut, Raden Menteri terus pergi ke pintu
kubah tersebut. Apabila Raden Menteri terpandang kecantikan Ken Tambohan
lalu Raden Menteri pun jatuh hati dengan Ken Tambohan. Wira Wani menasihati
Raden Menteri supaya tidak jatuh cinta dengan Ken Tambohan kerana puteri itu
ialah puteri tawanan, dibimbangi akan dimurkai oleh Sang Nata dan Permaisuri.
Raden Menteri enggan kembali ke istana dan meminta Wira Wani memanggil
penjaga pintu kubah tersebut menghadap baginda.
Setelah dimaklumkan oleh Wira Wani, penjaga kubah tersebut terus berlari
menghadap Raden Menteri. Raden Menteri menitahkan penjaga kubah supaya
membuka pintu kubah tetapi penjaga kubah itu enggan membukanya. Hal ini
disebabkan penjaga kubah itu patuh kepada arahan Sang Nata yang tidak
membenarkan sesiapa pun masuk ke dalam kubah tersebut. Apabila diugut oleh
Raden Menteri, penjaga pintu kubah itu pun membuka pintu kubah tersebut.
Raden Menteri masuk ke dalam kubah dan bertemu dengan Ken
Tambohan. Raden Menteri terpikat dengan kecantikan Ken Tambohan lalu
memujuk Ken Tambohan untuk berkahwin dengan baginda. Namun Ken
Tambohan bimbang untuk menerima lamaran Raden Menteri kerana Ken
Tambohan sedar yang dia tidak setaraf dengan baginda iaitu seorang anak raja.
Setelah dipujuk berkali-kali, Ken Tambohan akhirnya bersetuju untuk berkahwin
dengan Raden Menteri. Raden Menteri dengan Ken Tambohan pun berkahwin
tanpa diketahui oleh Sang Nata dan Permaisuri.
Apabila Sang Nata dan Permaisuri menyedari akan kehilangan Raden
Menteri lalu bertanyakan hal tersebut kepada Wira Wani. Akhirnya ketahuilah
mereka bahawa Raden Menteri telah berkahwin dengan Ken Tambohan. Sang
Nata merestui perkahwinan Raden Menteri dengan Ken Tambohan kerana
katanya atas kehendak Dewata Mulia Raya, namun Permaisuri tidak
merestuinya dengan alasan Ken Tambohan itu puteri tawanan yang tidak setaraf
dengan Raden Menteri. Permaisuri tidak berpuas hati dan mencari jalan untuk
membalas dendam terhadap Ken Tambohan.
Pada suatu malam, Raden Menteri bermimpi Ken Tambohan ditangkap
harimau lalu ghaib ke dalam hutan. Kedua-dua mereka pun menangis kerana
percaya akan berlaku perceraian antara mereka berdua.
5
Pada keesokan harinya, Raden Menteri pergi ke istana untuk menghadap
Sang Nata dan Permaisuri. Permaisuri memberitahu Raden Menteri bahawa
baginda tidak suka Raden Menteri berkahwin dengan Ken Tambohan kerana
Ken Tambohan puteri tawanan. Permaisuri mencadangkan puteri kepada Ratu
Banjaran Kulon kepada Raden Menteri tetapi Raden Menteri berdiam diri.
Menyedari Raden Menteri enggan dikahwinkan dengan puteri kepada Ratu
Banjaran Kulon, Permaisuri yang masih berdendam dan mahu memisahkan
Raden Menteri daripada Ken Tambohan lalu Permaisuri menitahkan Raden
Menteri pergi ke hutan memburu kijang dan pelanduk.
Sepeninggalan Raden Menteri pergi berburu, Permaisuri pergi ke istana
Ken Tambohan. Permaisuri memarahi dan menampar Ken Tambohan. Ken
Tambohan hanya berdiri diri sahaja dan tidak melawan. Semua puteri di istana
itu berasa sedih melihat Kan Tambohan dimarahi dan ditampar oleh Permaisuri.
Permaisuri menitahkan Pelebaya
membawa Ken Tambohan ke dalam
hutan untuk dibunuh. Ken Tambohan
dibawa ke dalam hutan bersama-sama
dengan dua orang inang pengasuhnya
iaitu Ken Tadahan dan Ken Penglipur.
Apabila tiba di pohon cempaka yang berdekatan
dengan pohon angsana di hutan tersebut, Pelebaya
memberitahu Ken Tambohan bahawa dia dititahkan
oleh Permaisuri untuk membunuh Ken Tambohan
kerana Permaisuri tidak mahu Ken Tambohan
bersuamikan Raden Menteri.
Ken Tambohan berpesan kepada Pelebaya supaya meletakkan mayatnya
di atas rakit dan ditaburkan bunga cempaka serta bunga angsana ke atas mayat
baginda. Ken Tambohan juga berpesan agar mayat baginda dihanyutkan di atas
rakit di dalam sungai. Pelebaya menyanggupi permintaan Ken Tambohan. Ken
Tambohan menghadiahi Pelebaya sebentuk cincin.
6
Lalu Pelebaya pun menikam Ken Tambohan dan kedua-dua orang inang
pengasuhnya. Ketiga-tiga mayat tersebut ditaburi dengan bunga cempaka dan
bunga angsana oleh Pelebaya lalu dihanyutkan di sungai seperti yang
diamanahkan oleh Ken Tambuhan. Peristiwa itu dilihat oleh dewa-dewa di
kayangan. Mereka berasa dukacita melihat Ken Tambohan berserta inang-inang
pengasuhnya mati dibunuh.
Setelah sekian lama berburu tetapi belum berjumpa dengan binatang
perburuan seperti yang dikehendaki oleh Permaisuri, Raden Menteri
dan kedayan-kedayannya pun berhenti berehat di bawah pohon
nagasari.
Mereka pun mandi di sungai yang berhampiran tempat mereka berburu.
Raden Menteri terasa berdebar-debar. Sedang mereka bermandi-manda di situ
mereka melihat sebuah rakit berisi bunga cempaka dan bunga angsana sedang
hanyut terapung-apung mendekati mereka. Kedayan-kedayan Raden Menteri
berkejar-kejar untuk mengambil rakit tersebut tetapi tidak berjaya. Lalu Raden
Menteri pun bercadang biar baginda sendiri yang pergi mendapatkan rakit
tersebut. Belum sempat Raden Menteri bergerak menuju ke arah rakit tersebut
rakit itu sendiri yang datang kepada baginda. Baginda terkejut apabila melihat
mayat isterinya, Ken Tambohan dan dua orang inang pengasuhnya di dalam
rakit itu. Raden Menteri terlalu sedih melihat kejadian yang menimpa diri isterinya
lalu baginda mengambil keris dan membunuh dirinya sendiri.
Wira Karta menyampaikan berita kemangkatan Raden Menteri kepada
Sang Nata. Sang Nata terlalu bersedih atas kemangkatan putera baginda itu.
Setelah dilakukan penyiasatan ternyata Permaisurilah yang bertanggungjawab.
Permaisuri turut menyesal akan perbuatannya. Sang Nata menjadi murka. Ketika
Permaisuri hendak mendekati jenazah Raden Menteri, Sang Nata menampar
Permaisuri. Pada malam itu Sang Nata tidak pulang ke istana. Sang Nata,
segala pembesar dan rakyat jelata bermalam di situ. Pada kesokan harinya,
jenazah Raden Menteri, Ken Tambohan dan kedua-dua orang inang pengasuh
baginda diarak ke istana.
Setelah sampai di istana, jenazah mereka ditempatkan di
sebuah candi.
7
Sang Nata menghukum Permaisuri iaitu tinggal di luar istana untuk
menjaga anjing perburuan manakala Pelebaya dihukum bunuh serta rumahnya
dibakar.
Sang Nata sangat berdukacita atas kemangkatan anakanda baginda lalu
baginda memohon kepada Dewata Mulia Raya agar Raden Menteri dan Ken
Tambohan dihidupkan kembali. Lalu Betara Guru menitahkan Betara Kala turun
ke dunia untuk menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan. Betara Kala
akur dengan arahan Betara Guru lalu turun ke dunia untuk menghidupkan Raden
Menteri dan Ken Tambohan. Betara Kala mendapatkan kembang gandapura dan
kembang wijaya mala di Taman Larangan lalu disapu ke tubuh Raden Menteri
dan Ken Tambohan. Maka mereka berdua pun hidup semula. Sang Nata berasa
sukacita lalu mengampunkan dosa Permaisuri. Setelah itu, Betara Kala
menghidupkan pula Ken Penglipur dan Ken Tadahan.
Setelah semuanya selesai, Sang Nata menabalkan Raden Menteri
dan Ken Tambohan menjadi Ratu dan Suri Kuripan menggantikan
baginda dan Permaisuri.
TEMA
Tema sastera panji ini ialah percintaan antara sesama manusia. Radin
Menteri sangat mencintai Ken Tambohan sehingga sanggup membunuh diri
setelah mendapati isterinya telah meninggal dunia.
PERSOALAN
Persoalan amalan percaya kepada mimpi. Contohnya, Raden Menteri/
Raden Puspa Kencana berasa gelisah selepas bangun daripada tidur kerana
memikirkan takbir mimpinya.
Persoalan kepatuhan kepada pemerintah/ arahan. Contohnya, penjaga
pintu kubah patuh kepada arahan Sang Nata yang tidak membenarkan sesiapa
pun masuk ke dalam kubah/ Raden Menteri sanggup meninggalkan isterinya
untuk pergi berburu kerana patuh pada arahan bondanya.
Persoalan sifat merendah diri. Contohnya, Ken Tambohan pada mulanya
tidak menerima lamaran Raden Menteri kerana menganggap dia tidak setaraf
dengan Raden Menteri iaitu seorang anak raja.
Persoalan sifat mementingkan darjat dalam perkahwinan. Contohnya,
Permaisuri tidak merestui perkahwinan Raden Menteri dengan Ken Tambohan
kerana katanya Ken Tambohan tidak setaraf dengan anaknya, Raden Menteri.
8
Persoalan sifat berdendam sesama manusia. Contohnya, Permaisuri
berdendam terhadap Ken Tambohan kerana baginda tidak suka Ken Tambohan
menjadi menantu baginda.
Persoalan kesabaran menghadapi dugaan. Contohnya, Ken Tambohan
tetap bersabar walaupun dia ditampar dan dicerca oleh Permaisuri.
Persoalan kekejaman terhadap sesama manusia. Contohnya, Permaisuri
telah mengarahkan Pelebaya membunuh Ken Tambohan di dalam hutan.
Persoalan kasih sayang suami kepada isteri/ kasih sayang dalam keluarga/
kasih sayang sesama manusia. Contohnya, oleh sebab terlalu sayang akan
isterinya, Raden Menteri sanggup membunuh diri setelah mendapati isterinya,
Ken Tambohan telah mati/ Sang Nata terlalu sedih dengan kemangkatan
anakanda baginda, Raden Menteri lalu meminta Dewata Mulia Raya
menghidupkan kembali Raden Menteri/ Sang Nata dan Permaisuri sangat
sayang kepada Ken Tambohan kerana rupanya yang sangat cantik/ Sang Nata
menasihati Permaisuri agar tidak terlalu murka kepada Raden Menteri kerana
bimbangkan Raden Menteri bersedih/ meninggalkan istana.
Persoalan amalan tolong-menolong sesama makhluk Tuhan. Contohnya,
setelah mendengar permintaan Sang Nata, Betara Guru menitahkan Betara Kala
turun ke dunia untuk menghidupkan kembali Raden Menteri/ Ken Tambohan.
Persoalan keadilan dalam menjatuhkan hukuman. Contohnya, Sang Nata
menitahkan Permaisuri duduk di luar istana untuk menjaga anjing perburuan
kerana mengarahkan Pelebaya membunuh Ken Tambohan walaupun Permaisuri
ialah isteri baginda
Persoalan perasaan simpati/ belas kasihan terhadap kesusahan orang
lain. Contohnya, semua dewa di kayangan berasa belas kasihan melihat
keadaan Sang Nata yang terlalu berdukacita setelah Raden Menteri meninggal
dunia.
Persoalan balasan kepada perbuatan jahat. Contohnya, perbuatan kejam
Permaisuri dan Pelebaya akhirnya mendapat balasan apabila mereka dihukum
oleh Sang Nata kerana terlibat dalam rancangan yang membawa kepada
kematian Ken Tambohan dan Raden Menteri.
Persoalan amalan percaya kepada takdir. Contohnya, Sang Nata
menasihati Permaisuri agar merestui perkahwinan Raden Menteri dan Ken
Tambohan kerana hal tersebut telah ditentukan oleh Dewata Mulia Raya.
9
PERWATAKAN RADEN PUSPA KENCANA
Seorang remaja. Contohnya, Raden Puspa Kencana berumur empat belas
tahun.
Seorang yang percaya kepada mimpi. Contohnya, Ken Tambohan berasa
gelisah selepas bangun daripada tidur kerana memikirkan takbir mimipinya.
Seorang yang cantik. Contohnya, Raden Puspa Kencana mempunyai rupa
paras yang cantik.
Seorang yang memiliki sifat rendah diri. Contohnya, Ken Tambohan pada
mulanya tidak menerima lamaran Raden Menteri kerana menganggap dia tidak
setaraf dengan Raden Menteri iaitu seorang anak raja.
Seorang yang sabar. Contohnya, Ken Tambohan tetap bersabar walaupun
dia ditampar dan dicerca oleh Permaisuri.
Seorang yang penyayang. Contohnya, Ken Tambohan sangat menyayangi
suaminya, Raden Menteri.
PERWATAKAN RADEN MENTERI
Seorang remaja. Contohnya, Raden Menteri berumur tujuh belas tahun.
Seorang anak tunggal. Contohnya, Raden Menteri tidak mempunyai
saudara-mara dalam keluarganya.
Seorang yang percaya kepada mimpi. Contohnya, Raden Menteri berasa
gelisah selepas bangun daripada tidur kerana memikirkan takbir mimipinya.
Seorang yang gemar berburu. Contohnya, Raden Menteri pergi berburu
bersama-sama kedayan-kedayannya.
Seorang yang patuh kepada arahan/ perintah. Contohnya, Raden Menteri
sanggup meninggalkan isterinya untuk pergi berburu kerana patuh pada arahan
bondanya.
Seorang yang penyayang. Contohnya, oleh sebab terlalu sayang akan
isterinya, Raden Menteri sanggup membunuh diri setelah mendapati isterinya,
Ken Tambohan telah mati.
Seorang yang terlalu mengikut perasaan. Contohnya, Raden Menteri telah
membunuh dirinya apabila mendapati isterinya/ Ken Tambohan telah meninggal
dunia.
Seorang yang menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri.
Contohnya, Raden Menteri menggunakan kedudukannya sebagai anak kepada
Sang Nata dengan mengugut akan membunuh pengawal pintu istana/ penjaga
pintu kubah Ken Tambohan jika pengawal itu enggan membuka pintu istana
tersebut.
10
PERWATAKAN SANG NATA
Seorang yang penyayang. Contohnya, Sang Nata sangat sayang kepada
Raden Menteri dan Ken Tambohan/ Sang Nata terlalu sedih dengan
kemangkatan anakanda baginda, Raden Menteri lalu meminta Dewata Mulia
Raya menghidupkan kembali Raden Menteri.
Seorang yang adil ketika menjatuhkan hukuman. Contohnya, Sang Nata
menitahkan Permaisuri duduk di luar istana untuk menjaga anjing perburuan
kerana mengarahkan Pelebaya membunuh Ken Tambohan walaupun Permaisuri
ialah isteri baginda
Seorang yang percaya kepada takdir. Contohnya, Sang Nata menasihati
Permaisuri agar merestui perkahwinan Raden Menteri dan Ken Tambohan
kerana hal tersebut telah ditentukan oleh Dewata Mulia Raya.
PERWATAKAN PERMAISURI
Seorang yang mementingkan darjat. Contohnya, Permaisuri tidak merestui
perkahwinan Raden Menteri dengan Ken Tambohan kerana katanya Ken
Tambohan tidak setaraf dengan anaknya, Raden Menteri.
Seorang pendendam. Contohnya, Permaisuri berdendam terhadap Ken
Tambohan kerana baginda tidak suka Ken Tambohan menjadi menantu baginda.
Seorang yang kejam. Contohnya, Permaisuri telah mengarahkan Pelebaya
membunuh Ken Tambohan di dalam hutan.
NILAI MURNI
Nilai kasih sayang. Contohnya, Raden Menteri dan isteri, Ken Tambohan
saling menyayangi/ Sang Nata sangat sayang kepada Raden Menteri dan Ken
Tambohan.
Nilai kepatuhan. Contohnya, penjaga pintu kubah patuh kepada arahan
Sang Nata yang tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke dalam kubah/ Raden
Menteri sanggup meninggalkan isterinya untuk pergi berburu kerana patuh pada
arahan bondanya.
Nilai hemah tinggi. Contohnya, Ken Tambohan pada mulanya tidak
menerima lamaran Raden Menteri kerana menganggap dia tidak setaraf dengan
Raden Menteri iaitu seorang anak raja.
Nilai kesabaran. Contohnya, Ken Tambohan tetap bersabar walaupun dia
ditampar dan dicerca oleh Permaisuri.
Nilai simpati. Contohnya, semua dewa di kayangan berasa simpati/ belas
kasihan melihat keadaan Sang Nata yang terlalu berdukacita setelah Raden
Menteri meninggal dunia.
11
Nilai keadilan. Contohnya, Sang Nata menitahkan Permaisuri duduk di luar
istana untuk menjaga anjing perburuan kerana mengarahkan Pelebaya
membunuh Ken Tambohan walaupun Permaisuri ialah isteri baginda.
Nilai tolong-menolong. Contohnya, setelah mendengar permintaan Sang
Nata, Betara Guru menitahkan Betara Kala turun ke dunia untuk menghidupkan
kembali Raden Menteri/ Ken Tambohan.
PENGAJARAN
Kita janganlah terlalu percaya kepada mimpi sehingga boleh merunsingkan
fikiran. Contohnya, Raden Menteri/ Ken Tambohan berasa gelisah selepas
bangun daripada tidur kerana memikirkan takbir mimipinya.
Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang. Contohnya, Raden Menteri dan
isterinya, Ken Tambohan saling menyayangi/ Sang Nata sangat sayang kepada
Raden Menteri dan Ken Tambohan.
Kita hendaklah patuh kepada perintah raja/ ibu bapa. Contohnya, penjaga
pintu kubah patuh kepada arahan Sang Nata yang tidak membenarkan sesiapa
pun masuk ke dalam kubah/ Raden Menteri sanggup meninggalkan isterinya
untuk pergi berburu kerana patuh pada arahan bondanya.
Kita hendaklah memiliki sifat rendah diri. Contohnya, Ken Tambohan pada
mulanya tidak menerima lamaran Raden Menteri kerana menganggap dia tidak
setaraf dengan Raden Menteri iaitu seorang anak raja.
Kita janganlah terlalu mementingkan darjat dalam kehidupan. Contohnya,
Permaisuri tidak merestui perkahwinan Raden Menteri dengan Ken Tambohan
kerana katanya Ken Tambohan tidak setaraf dengan anaknya, Raden Menteri.
Kita janganlah memiliki sifat berdendam dalam kehidupan. Contohnya,
Permaisuri berdendam terhadap Ken Tambohan kerana baginda tidak suka Ken
Tambohan menjadi menantu baginda.
Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan. Contohnya, Ken Tambohan
tetap bersabar walaupun dia ditampar dan dicerca oleh Permaisuri.
Kita janganlah bertindak kejam sesama manusia. Contohnya, Permaisuri
telah mengarahkan Palebaya membunuh Ken Tambohan di dalam hutan.
Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang ditimpa kesusahan.
Contohnya, semua dewa di kayangan berasa belas kasihan melihat keadaan
Sang Nata yang terlalu berdukacita setelah Raden Menteri meninggal dunia.
Kita hendaklah berlaku adil ketika menjatuhkan hukuman walaupun
melibatkan ahli keluarga. Contohnya, Sang Nata menitahkan Permaisuri duduk
di luar istana untuk menjaga anjing perburuan kerana mengarahkan Pelebaya
membunuh Ken Tambohan walaupun Permaisuri ialah isteri baginda.
Kita hendaklah memberi pertolongan kepada orang yang mengalami nasib
malang. Contohnya, setelah mendengar permintaan Sang Nata, Betara Guru
12
menitahkan Betara Kala turun ke dunia untuk menghidupkan kembali Raden
Menteri/ Ken Tambohan.
Kita hendaklah menerima ketentuan takdir. Contohnya, Sang Nata
menasihati Permaisuri agar menerima ketentuan takdir yang Raden Menteri
bertemu jodoh dengan Ken Tambohan.
Kita hendaklah menjaga tutur kata/ bersopan ketika berbicara/ Kita
janganlah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain. Contohnya, Sang
Nata menegur Permaisuri kerana mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap
Ken Tambohan.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang percaya kepada mimpi. Contohnya, Raden Menteri dan
Raden Puspa Kencana berasa gelisah selepas bangun daripada tidur kerana
memikirkan takbir mimipi mereka.
Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Raden Menteri dan isterinya,
Ken Tambohan saling menyayangi.
Masyarakat yang memiliki sifat simpati/ belas kasihan terhadap kesusahan
orang lain. Contohnya, semua dewa di kayangan berasa belas kasihan melihat
keadaan Sang Nata yang terlalu berdukacita setelah Raden Menteri meninggal
dunia.
Masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong. Contohnya,
setelah mendengar permintaan Sang Nata, Betara Guru menitahkan Betara Kala
turun ke dunia untuk menghidupkan kembali Raden Menteri/ Ken Tambohan.
Masyarakat istana. Contohnya, Sang Nata, Permaisuri dan Raden Inu
Kertapati.
Masyarakat dewa. Contohnya, Betara Guru dan Betara Kala.
Masyarakat orang biasa. Contohnya, Pelebaya, Wira Wani, Wira Karta,
penjaga kubah tempat tinggal Ken Tambohan, Ken Tadahan dan Ken Penglipur.
LATAR TEMPAT
Istana yang dipagari kota batu iaitu tempat tinggal semua puteri tawanan.
Cempaka Jajar iaitu negeri yang diperintah oleh Sang Nata.
Di dalam hutan/ di bawah pohon cempaka iaitu tempat Pelebaya
membunuh Ken Tambohan, Ken Penglipur dan Ken Tadahan.
Kayangan iaitu tempat tinggal Dewata Mulia Raya, Betara Guru dan Betara
Kala.
Sungai iaitu tempat Raden Menteri bertemu mayat Ken Tambohan yang
dihanyutkan di atas sebuah rakit.
Candi iaitu tempat mayat Raden Menteri dan Ken Tambohan diletakkan.
13
Taman larangan iaitu tempat adanya kembang gandapura dan kembang
wijaya mala
UNSUR KONFLIK
Konflik antara Permaisuri dengan Raden Menteri. Contohnya, Permaisuri
tidak suka Raden Menteri berkahwin dengan Ken Tambohan.
Konflik antara Permaisuri dengan Ken Tambohan. Contohnya, Permaisuri
tidak suka Ken Tambohan berkahwin dengan Raden Menteri/ tidak suka
bermenantukan Ken Tambohan/ memarahi/ menampar Ken Tambohan kerana
berkahwin dengan Raden Menteri.
Konflik antara Raden Menteri dengan penjaga pintu kubah/ pengawal pintu
istana Ken Tambohan. Contohnya, Raden Menteri mengugut akan membunuh
pengawal pintu istana/ penjaga pintu kubah Ken Tambohan jika pengawal itu
enggan membuka pintu istana/ kubah.
Konflik antara Sang Nata dengan Permaisuri. Contohnya, Sang Nata
menitahkan Permaisuri tinggal di luar istana/ menjaga anjing perburuan kerana
Permaisurilah yang menyuruh Pelebaya membunuh Ken Tambohan.
Konflik antara Sang Nata dengan Pelebaya. Contohnya, Sang Nata
menitahkan Pelebaya dibunuh/ rumahnya dibakar kerana membunuh Ken
Tambohan.
UJIAN PANTAS
UJIAN PANTAS 1
mimpi kepatuhan merendah diri berdendam mementingkan
sabar darjat
tolong- PERSOALAN kekejaman
menolong PERWATAKAN adil percaya
kepada takdir
kasih sayang NILAI MURNI
PENGAJARAN simpati
balasan jahat
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan Raden Puspa Kencana.
14
5. Huraikan empat perwatakan Raden Menteri.
6. Huraian dua perwatakan Sang Nata.
7. Huraikan dua perwatakan Permaisuri.
UJIAN PANTAS 2 dewa memiliki sifat penyayang
istana simpati
mengamalkan LATAR percaya
sikap tolong- MASYARAKAT kepada mimpi
menolong
orang biasa
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
masyarakat.
UJIAN PANTAS 3 Candi Di dalam hutan/ Sungai Kayangan
Istana yang di bawah pohon
dipagari kota Cempaka
batu cempaka Jajar
Taman LATAR
larangan TEMPAT
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.
UJIAN PANTAS 4 Permaisuri Raden
dengan Ken Menteri
Permaisuri Tambohan dengan
dengan penjaga pintu
Raden UNSUR kubah
Menteri KONFLIK
Sang Nata
Sang Nata dengan
dengan Pelebaya
Permaisuri
15
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan tiga unsur
konflik.
UJIAN PANTAS 5 Cerita Tema
Watak- berakhir ceritanya
dengan tentang
wataknya kebahagiaan percintaan
daripada antara wira
kalangan atau dan wirawati
putera dan kegembiraan
puteri raja
Amalan
Jawa. percaya
Terdapat kepada mimpi
watak
pembantu Ada unsur
pengembaraan
CIRI-CIRI
SASTERA Berlatarkan
sejarah negeri
PANJI Jawa
Ada unsur
magis
Ada wira dan
wirawati
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat ciri
sastera panji.
16
17
SASTERA EPIK: HANG TUAH DIUTUS KE SIAM
CIRI-CIRI SASTERA EPIK
1. Cerita tertumpu kepada seorang watak wira yang menjadi tokoh bangsa.
Contohnya, Hang Tuah/ Laksamana.
2. Watak wira ini memiliki sifat kepahlawanan/ keberanian/ kegagahan.
Contohnya, Hang Tuah/ Laksamana dapat mengalahkan pendekar Jepun
yang bernama Cin Cu/ mengalahkan pendekar-pendekar Jepun yang
marah apabila Hang Tuah/ Laksamana membunuh Cin Cu/ mengalahkan
orang-orang Jepun yang menyerang rombongan dari Melaka yang dalam
perjalanan balik ke Melaka.
3. Sastera epik ini mempunyai watak yang ramai. Contohnya, dalam cerita ini
terdapat masyarakat Melayu Melaka, masyarakat Siam dan masyarakat
Jepun.
4. Latar tempatnya yang luas. Contohnya, di Melaka, Patani, Bukit Seguntang
dan benua Siam.
5. Terdapat unsur luar biasa/ magis. Contohnya, Laksamana/ Hang Tuah
membaca pustakanya menyebabkan bedil/ meriam orang-orang Jepun
yang menyerangnya/ rombongan dari Melaka tidak berfungsi.
6. Sastera epik ini menggambarkan sistem sosiobudaya/ adat istiadat
masyarakat pada masa dahulu. Contohnya, adat mengutus surat untuk
dihantar oleh Raja Melaka kepada Raja Siam/ adat menghadap raja Siam/
adat menyambut surat yang dihantar oleh Raja Melaka kepada Raja Siam/
adat memberi persalinan kepada orang yang berbakti kepada raja.
7. Mengamalkan sistem pemerintahan feudal. Contohnya, negeri Melaka/
benua Siam mengamalkan sistem pemerintahan feudal.
UNSUR SEJARAH
1. Terdapat tokoh bersejarah atau watak bersejarah. Contohnya,Hang
Tuah, Raja Melaka.
2. Ada peristiwa bersejarah. Contohnya, Hang Tuah ke Siam untuk membeli
gajah.
3. Latar masanya ialah latar masa bersejarah. Contohnya, semasa
pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.
4. Latar tempatnya ialah tempat bersejarah. Contohnya, Melaka dan Siam.
5. Sistem pemerintahan bersejarah iaitu sistem pemerintahan bercorak
fuedal. Contohnya, Melaka dan Siam mengamalkan sistem pemerintahan
feudal.
6. Ada jawatan bersejarah. Contohnya, bendahara, laksamana dan
syahbandar.
18
7. Ada adat-istiadat bersejarah. Contohnya, adat mengutus surat untuk
dihantar oleh Raja Melaka kepada Raja Siam/ adat menghadap raja Siam/
adat menyambut surat yang dihantar oleh Raja Melaka kepada Raja Siam/
adat memberi persalinan kepada orang yang berbakti kepada raja.
8. Ada peralatan bersejarah. Contohnya, keris.
9. Ada kenderaan bersejarah untuk kenaikan raja. Contohnya, gajah.
NOTA: Perkataan bersejarah perlu ada dalam jawapan anda.
SINOPSIS
Raja Melaka hendak membeli empat ekor gajah jantan
dan dua ekor gajah betina.
Baginda bertanya kepada Bendahara siapakah yang layak untuk
pergi ke Siam membeli gajah-gajah tersebut. Bendahara
mencadangkan Laksamana kerana Laksamana seorang yang
bertanggungjawab dan dapat menguruskannya dengan baik.
Baginda bersetuju.
Laksamana akur akan perintah Raja Melaka untuk diutuskan ke
Benua Siam bagi membeli gajah.
PATANI Raja Melaka juga berhasrat untuk
mengalahkan negeri baru iaitu Patani di
Benua Siam. Namun Laksamana
memberitahu baginda agak sukar untuk
mengalahkan negeri tersebut kerana
kedudukannya yang strategik.
19
Lalu Raja Melaka menitahkan Bendahara mengutuskan
surat untuk Laksamana bawa pergi ke Siam. Bendahara pun
menuju ke balai gendang untuk mengarang surat tersebut.
Laksamana dan Maharaja Setia belayar dengan angkatannya
menuju ke Benua Siam. Dalam perjalanan ke Benua Siam,
Laksamana singgah di negeri Patani. Laksamana dapati negeri
tersebut sukar untuk dialahkan oleh musuh. Kemudian mereka
meneruskan perjalanan ke Benua Siam.
Sampai di Benua Siam, mereka disambut dengan dentuman
bedil sebagai meraikan kedatangan tetamu. Kedatangan
rombongan dari Melaka tersebut dimaklumkan kepada
Syahbandar. Syahbandar pula memaklumkannya kepada Oya
Bagelang.
Oya Bagelang pula masuk menghadap Phra Cau untuk
memaklumkan kepada baginda. Phra Cau memperkenankan
dan mengarahkan surat tersebut diarak masuk semasa
menghadap baginda. Oya Bagelang juga meminta Syahbandar
mengajar Laksamana dan rombongan dari Melaka adat
menghadap Raja Siam.
Syahbandar pun memaklumkan kepada Laksamana adat menghadap Raja Siam
iaitu Laksamana perlu menghadap seorang diri dan perlu merangkak mengikut
adat orang Siam. Namun Laksamana tidak mahu berbuat demikian. Laksamana
berdalih dengan mengatakan dia ada penyakit di tubuhnya. Phra Cau
mengizinkan Laksamana berjalan dan berkeris seperti adat ketika menghadap
Raja Melaka.
Lalu Laksamana dan Maharaja Setia pun menghadap
Phra Cau dan memaklumkan hasrat Raja Melaka yang
ingin membeli gajah. Phra Cau sangat kagum dengan
kebolehan Laksamana berbahasa Siam dengan fasih.
Lalu diberikan persalinan kepada Laksamana.
20
CIN CU
Semasa Laksamana berada di Benua Siam, Phra Cau telah menitahkan
pendekar Jepun yang bernama Cin Cu dan tujuh orang lagi untuk menunjukkan
kepandaian mereka bermain pedang dengan Laksamana. Pendekar Jepun itu
tersangat angkuh dan menghina rombongan dari Melaka. Laksamana marah
mendengar kata-kata Cin Cu yang merendah-rendahkan kebolehan hulubalang
Melaka. Phra Cau melarang Laksamana daripada bertarung dengan pendekar
Jepun. Baginda hanya ingin melihat kemahiran Laksamana bermain pedang.
Laksamana akur dengan nasihat Phra Cau. Namun, pendekar Jepun itu masih
terus mencabar Laksamana walaupun dihalang oleh hulubalang Siam dan Phra
Cau. Laksamana menyahut cabaran pendekar Jepun lalu bertarung dengannya
di balairung dan akhirnya Laksamana dapat membunuh Cin Cu. Apabila melihat
Cin Cu dibunuh oleh Laksamana, pendekar-pendekar Jepun yang lain pun
mengamuk di tengah pesara. Mereka hendak membunuh Phra Cau. Phra Cau
masuk ke dalam istana. Akhirnya, lima orang pendekar Jepun itu mati dibunuh
oleh Laksamana sementara yang dua orang lagi lari ke Kemboja dengan niat
untuk datang semula dan menyerang rombongan dari Melaka.
Phra Cau mengucapkan syabas kepada Laksamana dan
memberi persalinan kepada Laksamana. Phra Cau telah
meraikan Laksamana dengan santapan. Laksamana juga
memberi hadiah kepada Phra Cau iaitu gendaga dari Berunai.
Gendaga itu diletakkan di kampung Oya Bagelang.
Keesokan harinya Laksamana memohon diri kerana telah berjanji dengan
Raja Melaka untuk datang ke Benua Siam sekadar empat puluh hari sahaja dan
sudah sampai masanya untuk mereka berangkat pulang.
Lalu Phra Cau menitahkan Oya Bagelang membalas surat
Raja Melaka serta diberikan sepuluh ekor gajah iaitu enam
ekor untuk Raja Melaka dan empat ekor untuk Laksamana
kerana membalas jasa Laksamana menyelamatkan baginda
semasa pendekar Jepun mengamuk. Selepas itu Laksamana
pun mula belayar untuk balik ke Melaka.
Dua orang pendekar Jepun yang lari ke Kemboja telah meminta bantuan
daripada rakan-rakannya di Kemboja dan mereka akan menghalang laluan
21
pelayaran Laksamana untuk balik ke Melaka. Ketika rombongan dari Melaka
sampai di kuala Benua Siam semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka,
mereka diserang oleh pendekar-pendekar Jepun. Mereka membedil ke arah
rombongan dari Melaka. Laksamana pun membaca pustakanya menyebabkan
bedil orang-orang Jepun itu tidak meletup. Lalu Laksamana pun melawan
mereka dan dapat membunuh orang-orang Jepun itu. Maka dilihat oleh
Laksamana di dalam perahu orang-orang Jepun itu terdapat emas, perak, dan
harta yang banyak. Laksamana mengambil barang-barang tersebut dan
meneruskan pelayaran menuju ke Melaka.
Setelah beberapa hari dalam pelayaran, maka sampailah Laksamana
dan rombongannya di Kuala Melaka. Syahbandar memaklumkan kepada
Bendahara akan hal tersebut. Bendahara pula memaklumkan hal tersebut
kepada Raja Melaka. Lalu Bendahara pun menyambut rombongan tersebut
seperti yang dititahkan oleh Raja Melaka. Apabila bertemu dengan Raja Melaka,
Laksamana pun meceritakan kepada baginda pengalaman yang dilaluinya
semasa pergi dan pulang dari Benua Siam. Raja Melaka menamakan gajah yang
besar sebagai Pudi Manikam dan seekor lagi Permata Sailan.
Raja Melaka ingin merajakan anakanda baginda Raden Bajau di Bukit
Seguntang. Lalu Laksamana pun dititahkan oleh baginda bagi merajakan Raden
Bajau.
Isteri Raja Melaka yang bernama Raden Emas Ayu hamil dan mendapat
seorang anak perempuan. Isteri baginda yang seorang lagi iaitu Tun Teja juga
telah hamil dan melahirkan dua orang putera. Lalu baginda menamakan yang
pertama sebagai Puteri Gunung Ledang, yang tengah sebagai Sultan Mahmud
dan yang bongsu sebagai Sultan Muhammad.
TEMA
Tema sastera epik ini ialah jalinan hubungan diplomatik antara sebuah
negara dengan sebuah negara yang lain. Hang Tuah dititahkan oleh Sultan
Melaka untuk ke Siam membeli enam ekor gajah.
PERSOALAN
Persoalan tanggungjawab terhadap tugasan. Contohnya, Bendahara
mencadangkan Laksamana kepada Raja Melaka sebagai utusan ke benua Siam
kerana Laksamana seorang yang bertanggungjawab.
Persoalan kepatuhan kepada arahan/ perintah. Contohnya, Laksamana
patuh akan perintah Raja Melaka untuk pergi ke Benua Siam membeli gajah.
Persoalan keberanian menentang musuh. Contohnya, Laksamana telah
berjaya mengalahkan pendekar Jepun dari Kamboja termasuklah Cin Cu.
22
Persoalan sifat angkuh memakan diri. Contohnya, pendekar Jepun yang
bernama Cin Cu yang angkuh mencabar Laksamana untuk bermain senjata
akhirnya dapat ditewaskan oleh Laksamana.
Persoalan adat/ amalan menghormati tetamu. Contohnya, Phra Cau
menerima kunjungan Laksamana dengan adat mengarak surat dan
membenarkan Hang Tuah masuk menghadap baginda mengikut cara adat
Melayu iaitu berjalan dan berkeris.
Persoalan sifat mengenang jasa. Contohnya, Phra Cau menghadiahkan
empat ekor gajah kepada Laksamana sebagai mengenang jasa Laksamana
menyelamatkan baginda semasa pendekar-pendekar Jepun mengamuk.
Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah/ kebijaksanaan
mentafsir keadaan. Contohnya, Laksamana memberi alasan yang bijak iaitu
tidak mahu merangkak ketika menghadap Phra Cau kerana perbuatan seperti itu
boleh menjatuhkan martabat orang Melayu/ Laksamana memaklumkan kepada
Raja Melaka bahawa mengikut firasatnya negeri Patani sukar dialahkan kerana
kedudukannya yang strategik.
PERWATAKAN LAKSAMANA
Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Bendahara mencadangkan
Laksamana kepada Raja Melaka sebagai utusan ke benua Siam kerana
Laksamana seorang yang bertanggungjawab.
Seorang yang patuh terhadap arahan/ perintah. Contohnya, Laksamana
patuh akan perintah Raja Melaka untuk pergi ke Benua Siam membeli gajah.
Seorang yang berani. Contohnya, Laksamana telah berjaya mengalahkan
pendekar Jepun dari Kamboja termasuklah Cin Cu.
Seorang yang luar biasa. Contohnya, ketika diserang oleh orang-orang
Jepun, Laksamana membaca pustakanya menyebabkan bedil orang-orang
Jepun itu tidak meletup.
Seorang yang fasih berbahasa asing. Contohnya, Laksamana bertutur
dalam bahasa Siam semasa menghadap Phra Cau.
Seorang yang bijak meyelesaikan masalah. Contohnya, Laksamana
memberi alasan yang bijak iaitu tidak mahu merangkak ketika menghadap Phra
Cau kerana perbuatan seperti itu boleh menjatuhkan martabat orang Melayu.
Seorang yang pemurah. Contohnya, Laksamana menghadiahkan gendaga
dari Berunai kepada Phra Cau.
23
PERWATAKAN PHRA CAU
Seorang yang menghormati tetamu. Contohnya, Phra Cau menerima
kunjungan Laksamana dengan adat mengarak surat dan membenarkan
Laksamana masuk mengadap mengikut cara adat Melayu iaitu berjalan dan
berkeris.
Seorang yang mengenang jasa. Contohnya, Phra Cau menghadiahkan
empat ekor gajah kepada Laksamana sebagai mengenang jasa Laksamana
menyelamatkan baginda semasa pendekar-pendekar Jepun mengamuk.
NILAI MURNI
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Bendahara mencadangkan Laksamana
kepada Raja Melaka sebagai utusan ke benua Siam kerana Laksamana
seorang yang bertanggungjawab.
Nilai kepatuhan. Contohnya, Laksamana patuh akan perintah Raja Melaka
untuk pergi ke Benua Siam membeli gajah.
Nilai keberanian. Contohnya, Laksamana telah berjaya mengalahkan
pendekar Jepun dari Kamboja termasuklah Cin Cu.
Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Phra Cau menerima kunjungan
Laksamana dengan adat mengarak surat dan membenarkan Laksamana masuk
menghadap mengikut cara adat Melayu iaitu berjalan dan berkeris.
Nilai mengenang jasa. Contohnya, Phra Cau menghadiahkan empat ekor
gajah kepada Laksamana sebagai mengenang jasa Laksamana menyelamatkan
baginda semasa pendekar-pendekar Jepun mengamuk.
Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Laksamana memberi alasan yang bijak
iaitu tidak mahu merangkak ketika menghadap Phra Cau kerana perbuatan
seperti itu boleh menjatuhkan martabat orang Melayu.
Nilai murah hati. Contohnya, Laksamana menghadiahkan gendaga dari
Berunai kepada Phra Cau.
PENGAJARAN
Kita hendaklah bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan.
Contohnya, Bendahara mencadangkan Laksamana kepada Raja Melaka
sebagai utusan ke benua Siam kerana Laksamana seorang yang
bertanggungjawab.
Kita hendaklah patuh kepada perintah raja. Contohnya, Laksamana patuh
akan perintah Raja Melaka untuk pergi ke Benua Siam membeli gajah.
24
Kita hendaklah berani menentang musuh. Contohnya, Laksamana telah
berjaya mengalahkan pendekar Jepun dari Kamboja termasuklah Cin Cu.
Kita janganlah bersikap angkuh. Contohnya, pendekar Jepun yang
bernama Cin Cu yang angkuh mencabar Laksamana untuk bermain senjata
akhirnya dapat ditewaskan oleh Laksamana.
Kita hendaklah menghormati tetamu. Contohnya, Phra Cau menerima
kunjungan Laksamana dengan adat mengarak surat dan membenarkan
Laksamana masuk mengadap mengikut cara adat Melayu iaitu berjalan dan
berkeris.
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menolong kita.
Contohnya, Phra Cau menghadiahkan empat ekor gajah kepada Laksamana
sebagai mengenang jasa Laksamana menyelamatkan baginda semasa
pendekar-pendekar Jepun mengamuk.
Kita hendaklah bijak berfikir dalam menangani sesuatu masalah.
Contohnya, Laksamana memberi alasan yang bijak iaitu tidak mahu merangkak
ketika menghadap Phra Cau kerana perbuatan seperti itu boleh menjatuhkan
martabat orang Melayu.
Kita hendaklah bersifat pemurah. Contohnya, Laksamana menghadiahkan
gendaga dari Berunai kepada Phra Cau.
Kita hendaklah berani menyahut cabaran. Contohnya, Laksamana
menyahut cabaran Cin Cu untuk bertarung.
LATAR TEMPAT
Negeri Melaka iaitu negeri yang diperintah oleh Raja Melaka.
Siam iaitu negeri yang dikunjungi oleh Laksamana untuk membeli enam
ekor gajah.
Balai gendang iaitu tempat Bendahara Melaka mengarang surat untuk
dibawa oleh Laksamana ke Benua Siam.
Patani iaitu tempat yang disinggahi oleh Laksamana dalam perjalanannya
ke Benua Siam.
Balairung iaitu tempat Laksamana bertarung dengan Cin Cu.
Pesara iaitu tempat tujuh orang Jepun mengamuk kerana marah dengan
tindakan Laksamana membunuh Cin Cu.
Kampung Oya Bagelang iaitu tempat Laksamana meletakkan gendaga
yang dibawanya dari Berunai.
25
Kuala Benua Siam iaitu tempat orang-orang Jepun menyerang rombongan
Laksamana yang dalam perjalanan balik ke Melaka.
Kuala Melaka iaitu tempat pendaratan rombongan Laksamana
sekembalinya mereka dari Benua Siam.
Bukit Seguntang iaitu tempat Raja Melaka hendak merajakan anakanda
baginda, Raden Bajau.
UJIAN PANTAS 1 UJIAN PANTAS berani hormat
tanggungjawab angkuh
bijak fasih
patuh berbahasa
PERSOALAN
mengenang PERWATAKAN asing
jasa
NILAI MURNI
luar biasa PENGAJARAN
murah hati
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan Laksamana.
UJIAN PANTAS 2 Kuala Melaka Pesara Bukit
Benua Siam Seguntang
Negeri LATAR
Melaka TEMPAT Kampung Oya
Bagelang
Balairung Patani
Kuala Benua
Siam
Balai gendang
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.
26
UJIAN PANTAS 3
Cerita Watak wira ini Sastera epik ini
tertumpu memiliki sifat menggambarkan
kepada kepahlawanan/
seorang keberanian/ sistem
watak wira kegagahan sosiobudaya/
adat istiadat
yang CIRI-CIRI masyarakat
menjadi SASTERA pada masa
tokoh EPIK dahulu
bangsa
Terdapat unsur
Sastera epik Mengamalkan luar biasa/
ini sistem magis
mempunyai pemerintahan
watak yang feudal
ramai
Latar
tempatnya
yang luas
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat ciri
sastera epik.
27
28
SASTERA HIKAYAT: HIKAYAT PARANG PUTING
CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT
1. Latar tempat ialah di alam nyata. Contohnya, peristiwa-peristiwa dalam
cerita ini berlaku di rumah budak miskin/ di rumah syahbandar/ di istana
raja/ di hutan/ di kolam/ di Tasik Hijau/ di rumah orang tua/ di Pulau
Cahaya Purnama.
NOTA: Terdapat banyak pilihan contoh. Anda berikan sekurang-
kurang dua contoh.
2. Watak-wataknya terdiri daripada manusia biasa, raja, dewa dan juga
haiwan. Contohnya, watak manusia biasa ialah budak miskin, bonda budak
miskin, dan orang tua, watak raja pula ialah raja di negeri tempat tinggal
budak miskin dan Raja Indera Maha Dewa, watak haiwan pula ialah anak
ular naga, anak helang dan anak tikus, watak dewa pula ialah Betara Kala.
NOTA: Anda perlu memberi dua jenis watak pada fakta dan contoh.
3. Terdapat unsur pengembaraan. Contohnya, budak miskin mengembara di
dalam hutan untuk mencari anak ular naga yang telah hilang.
4. Terdapat unsur magis. Contohnya, cincin hikmat boleh menyediakan
pelbagai jenis makanan dengan segera.
NOTA: Anda boleh juga memberi unsur magis yang terdapat pada
tongkat sakti, parang puting dan buah mempelam.
5. Adanya unsur percintaan. Contohnya, percintaan antara Raja Indera Maha
Dewa dengan isterinya.
6. Susunan peristiwa disusun secara kronologi. Contohnya, cerita ini bermula
dengan kisah persahabatan antara budak miskin dengan anak ular naga,
anak helang dan anak tikus. Mereka berempat keluar membuat
persembahan di merata tempat antaranya di kampung Syahbandar dan di
istana raja.
7. Ada unsur hiburan. Contohnya, raja dan rakyat jelata terhibur dengan
persembahan budak miskin dan anak ular naga.
8. Cerita berakhir dengan kegembiraan. Contohnya, budak miskin hidup
senang-lenang setelah mendapat cincin hikmat, tongkat sakti dan parang
puting.
9. Percaya kepada kuasa dewa. Contohnya, Raja Indera Maha Dewa
memohon kepada dewa agar dianugerahkan anak.
29
SINOPSIS
SYAHBANDAR BUDAK MISKIN ANAK ULAR NAGA
Apabila Syahbandar mendapat tahu yang budak miskin mempunyai seekor
anak ular naga, Syahbandar meminta temannya memanggil budak miskin
tersebut berjumpa dengannya. Temannya pun memaklumkan kepada budak
miskin tersebut. Budak miskin bersetuju untuk datang pada keesokan harinya.
Hal ini dimaklumkan oleh teman Syahbandar tersebut kepada Syahbandar.
Pada keesokan harinya, budak miskin itu memberitahu
bondanya yang dia dipanggil oleh Syahbandar. Bondanya
berpesan agar budak miskin menjaga tingkah laku ketika berada di
rumah orang kenamaan seperti Syahbandar.
Setelah mendengar nasihat bondanya, budak miskin itu pun pergilah ke
rumah Syahbandar bersama-sama dengan anak ular naga, anak tikus dan anak
helang.
Syahbandar dan ahli keluarganya berasa hairan melihat kehebatan budak
miskin itu mengawal anak ular naga. Selepas membuat persembahan,
Syahbandar dan penduduk kampung memberi pelbagai jenis barang kepada
budak miskin atas tanda terima kasih kerana membuat persembahan kepada
mereka. Selepas itu budak miskin pun pulang ke rumah dan memberi barang-
barang tersebut kepada bondanya.
30
Berita budak miskin dan anak ular ular naganya sampai ke
pengetahuan raja negeri tersebut. Raja tersebut ingin melihat
persembahan anak ular naga itu. Raja tersebut menitahkan
Syahbandar untuk membawa budak miskin dan anak ular
naganya membuat persembahan kepada baginda. Syahbandar
meminta temannya memberitahu budak miskin tersebut hasrat
raja untuk melihat persembahan anak ular naga.
Teman kepada Syahbandar pun memaklumkan kepada budak miskin
tentang hasrat raja yang ingin melihat persembahan anak ular naga. Budak
miskin memberi persetujuan yang dia akan hadir ke istana pada keesokan
harinya bersama-sama dengan anak ular naga.
Pada keesokan harinya, Syahbandar dan budak miskin pergi ke istana raja
bersama-sama dengan anak ular naga, anak tikus dan anak helang. Budak
miskin dan anak ular naga membuat persembahan di hadapan balai raja. Raja,
para pembesar dan rakyat jelata yang menonton persembahan budak miskin
dengan anak ular naga berasa kagum dan hairan melihat anak ular naga itu.
Setelah selesai menonton persembahan tersebut, raja menghadiahkan pelbagai
barangan dan dua orang hamba kepada budak miskin. Selain itu para pembesar
juga menghadiahinya pelbagai jenis barang.
Pada suatu malam anak ular naga itu terfikir di dalam hatinya untuk
meninggalkan budak miskin itu. Anak ular naga berhasrat untuk pulang ke
tempat tinggal datuknya di Tasik Hijau tanpa pengetahuan budak miskin. Pada
keesokan harinya selepas bangun daripada tidur, budak miskin itu mendapati
anak ular naganya telah hilang. Budak miskin itu cuba menjejaki anak ular naga
itu bersama-sama dengan anak tikus dan anak helang.
Di dalam perjalanan tersebut, budak miskin berjumpa dengan pokok buah-
buahan. Budak miskin pun memakan buah-buahan tersebut bersama-sama
dengan anak helang dan anak tikus. Akhirnya mereka bertemu dengan anak
ular naga itu. Anak ular naga itu memberitahu budak miskin yang dia terpaksa
meninggalkan mereka kerana anak ular naga itu tidak mahu air sungai melimpah
keluar dan merosakkan harta benda dan membahayakan orang kampung
semasa anak ular naga itu berendam kerana badannya sudah semakin besar.
Setelah mendengar alasan anak ular naga itu, budak miskin itu rela
berpisah dengan anak ular naga. Mereka pun berjalan menuju ke Tasik Hijau
iaitu tempat tinggal raja naga yang juga merupakan datuk kepada anak ular
naga.
31
TASIK HIJAU Semasa tiba di Tasik Hijau, muncul hulubalang
HULUBALANG NAGA kepada raja naga itu dari dalam tasik untuk membawa
anak ular naga berjumpa dengan datuknya. Walau
bagaimanapun anak ular naga itu meminta hulubalang
naga memberitahu datuknya agar menebuskannya
sebagai bayaran kepada budak miskin itu yang
menjaganya. Kata anak ular itu yang dia tidak akan masuk
ke dalam tasik selagi dirinya tidak ditebus oleh datuknya.
Pesanan tersebut diberitahu oleh hulubalang naga kepada
raja naga. Setelah mendengar kata-kata hulubalang naga
itu, raja naga pun menangis dan menitahkan semua
pembesar bersedia untuk menyambut kepulangan
cucunya.
Anak ular naga memberitahu budak miskin agar meminta cincin yang
terdapat di dalam mulut datuknya sebagai tebusan kerana cincin itu mempunyai
hikmat.
Tidak beberapa lama kemudian muncullah raja naga. Raja naga dan
cucunya berpelukan sambil menangis. Anak ular naga memaklumkan kepada
datuknya yang selama ini dia dijaga oleh budak miskin. Anak ular naga itu
memberitahu datuknya yang dia terhutang budi kepada budak miskin yang
menjaganya kerana jika tidak dijaga oleh budak miskin sudah tentu dia dibunuh
oleh manusia.
Kemudian anak ular naga itu membawa budak miskin
berjumpa dengan datuknya. Raja naga suka melihat budak
miskin itu dan sedia memberikan apa-apa sahaja yang
dikehendaki oleh budak miskin untuk menebus cucunya.
Budak miskin itu memberitahu yang dia inginkan cincin yang
terdapat di dalam mulut raja naga itu. Raja naga tersebut
memberikan cincin tersebut kepada budak miskin.
Raja naga itu memberitahu budak miskin akan kesaktian cincin tersebut
iaitu cincin hikmat itu boleh menyediakan pelbagai jenis makanan dengan
segera. Maka budak miskin memohon izin untuk pulang ke rumahnya. Sebelum
berpisah mereka saling bersalaman.
Sementara itu, bonda budak miskin berasa bimbang kerana anaknya
belum pulang lagi. Dia meminta hambanya mencari budak miskin itu. Setelah
diberitahu yang anaknya gagal dijejaki, bonda budak miskin pun menangis.
Syahbandar berasa belas kasihan melihat keadaan bonda budak miskin yang
32
menangis di kakinya setelah diberitahu oleh hambanya yang dia gagal menjejaki
budak miskin. Lalu Syahbandar menasihatinya agar mengadakan majlis kenduri .
BONDA HULUBALANG NAGA TONGKAT SAKTI
ANAK ULAR NAGA
Sementara itu bonda anak ular naga menjadi murka apabila mendapat
tahu yang raja naga menghadiahi budak miskin cincin hikmat. Dia pun
mengarahkan hulubalang naga menjejaki budak miskin itu dan mengambil
kembali cincin hikmat. Sebagai ganti budak miskin itu akan diberikan sebatang
tongkat sakti.
Hulubalang naga pun segera pergi menjejaki budak miskin itu. Semasa
berjalan di dalam hutan, hulubalang naga itu ternampak budak miskin itu sedang
duduk beristirahat di bawah sepohon pokok. Hulubalang naga itu memberitahu
budak miskin yang tujuannya menjejaki budak miskin itu untuk mengambil
kembali cincin hikmat dan sebagai gantinya budak miskin itu diberikan sebatang
tongkat sakti. Hulubalang naga itu memberitahu budak miskin akan kesaktian
tongkat tersebut. Budak miskin ingin mendapatkan tongkat sakti tersebut. Ketika
hulubalang naga sedang berendam di dalam kolam, budak miskin mengambil
tongkat sakti tersebut lalu dipukulnya di tepi kolam tiga kali berturut-turut.
Hulubalang naga yang sedang berendam di dalam kolam itu tidak dapat
bergerak. Budak miskin terus meninggalkan tempat tersebut bersama-sama dan
dibawa tongkat sakti bersamanya.
Tidak beberapa lama kemudian ketika budak miskin itu sampai di sebuah
padang, perutnya terasa lapar. Lalu digertakkan tongkatnya. Maka tersajilah
sehidang makanan. Lalu budak miskin itu pun makanlah bersama-sama dengan
anak tikus dan anak helang. Setelah sudah makan, budak miskin meneruskan
perjalanan bersama-sama dengan anak tikus dan anak helang.
33
Semasa dalam perjalanan pulang, budak miskin terdengar bunyi orang
menebang pokok. Dia pun menghampiri tempat tersebut tetapi hanya ternampak
parang puting yang bergerak. Parang puting tersebut melarikan diri apabila
budak miskin menghampirinya. Budak miskin mengikut parang puting itu hingga
ke sebuah rumah yang didiami oleh seorang tua .
Budak miskin itu dipelawa masuk oleh orang tua itu. Budak miskin
memberitahu orang tua itu yang dia tersesat di dalam hutan. Budak miskin itu
meminta izin daripada orang tua itu untuk bermalam di rumahnya. Kemudian,
budak miskin menggertakkan tongkat sakti dan keluarlah sehidang makanan.
Budak miskin itu mengajak orang tua itu makan bersama-samanya.
Orang tua itu beranggapan yang budak miskin itu bukan sebarangan
orang. Orang tua itu memberitahu budak miskin tentang hasratnya untuk
menukar parang putingnya dengan tongkat sakti kepunyaan budak miskin.
Orang tua itu memberitahu budak miskin akan kesaktian parang puting itu iaitu
parang puting tersebut boleh memotong sesuatu dengan sendirinya, boleh
melawan musuh dan boleh membesarkan dirinya. Budak miskin bersetuju untuk
menukarkannya.
Budak miskin pun meneruskan perjalanannya pulang ke rumah. Bondanya
berasa gembira apabila melihat kepulangan anaknya. Budak miskin itu
menceritakan semua pengalaman sepanjang perjalanannya. Bonda budak
miskin menasihati anaknya agar pada masa akan datang budak miskin
memberitahunya terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah agar dia tidak
bimbang.
Bonda budak miskin meminta anaknya ke rumah Syahbandar yang
dianggap sebagai bapa angkatnya. Budak miskin ke rumah Syahbandar dan
menceritakan pengalamannya di sepanjang perjalanannya kembali dari Tasik
Hijau. Kemudian dia pulang ke rumahnya dan memberitahu ibunya yang ibunya
tidak perlu lagi memasak kerana dia sudah ada cincin hikmat yang boleh
menyediakan makanan untuk mereka berdua.
34
RAJA INDERA MAHA DEWA RAJA INDERA MAHA
DAN PEMBESAR PULAU CAHAYA PURNAMA DEWA DAN PERMAISURI
Raja Indera Maha Dewa tidak mempunyai putera. Lalu baginda ke balai
penghadapan memberitahu kepada para pembesar negeri yang baginda
bercadang untuk pergi berkaul (bernazar) di Pulau Cahaya Purnama bagi
mendapatkan putera. Dua hari kemudian Raja Indera Maha Dewa dan
permaisuri pergi ke pulau tersebut dengan diringi oleh para pembesar dan
dayang-dayang.
Baginda suami isteri terlalu gembira menghabiskan masa di
pulau itu. Pada keesokan harinya baginda bersintuk, berlangir
sambil memuji-muji segala dewa. Pujian baginda itu didengari oleh
Betara Kala yang mengetahui hajat baginda untuk mendapatkan
anak. Betara Kala berfikir untuk memberi seorang puteri yang cantik
kepada baginda. Lalu Betara Kala pun menjatuhkan sebiji buah
mempelam di hadapan raja.
Setelah selesai membakar setanggi, Raja Indera Maha Dewa dan
permaisuri pulang ke tempat baginda. Di pertengahan jalan baginda ternampak
sebiji buah mempelam. Baginda menitahkan para pembesar mencari pokok buah
mempelam tersebut tetapi tidak diketemukan mereka. Sesampai di perahu
baginda memberitahu permaisuri akan buah mempelam yang baginda temui.
Lalu baginda berdua pun santaplah buah mempelam tersebut.
Pada keesokan harinya, mereka pun belayar pulang. Di
pertengahan perjalanan pulang, seekor naga yang besar
menghalang pelayaran mereka. Baginda meminta tolong
daripada raja naga itu supaya tidak menghalang perjalanan
mereka. Baginda berjanji jika baginda memperoleh anak
perempuan, puteri baginda itu akan dijadikan isteri kepada raja
naga itu. Jika baginda memperoleh anak lelaki, putera baginda
itu akan dijadikan sahabat kepada raja negara. Raja naga itu
memberi laluan kepada rombongan baginda untuk pulang ke
negeri baginda.
35
Tidak beberapa lama kemudian, permaisuri pun hamil.
Permaisuri bersalin seorang puteri yang yang sangat cantik.
Baginda menamakan puteri tersebut sebagai Tuan Puteri
Mengindera Sehari Bulan. Apabila puteri baginda sudah dewasa,
Raja Indera Maha Dewa beranggapan sudah sampailah masanya
untuk puteri baginda bersuami.
TEMA
Tema Hikayat Parang Puting ialah keikhlasan dalam melakukan sesuatu
perkara akan membawa kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga. Keikhlasan
budak miskin membela anak ular naga sehingga besar menyebabkan dia
memperoleh cincin hikmat yang dihadiahkan oleh raja naga sebagai mengenang
jasanya/ Budak miskin memperoleh parang puting yang ditukarkan dengan
tongkat saktinya apabila dia ikhlas mengajak pemilik parang puting itu makan
bersama-sama dengannya.
PERSOALAN
Persoalan kasih sayang antara manusia dan haiwan. Contohnya, budak
miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus
Persoalan amalan mengenang jasa. Contohnya, Raja, Syahbandar dan
orang ramai memberi makanan dan pakaian kepada budak miskin selepas
menonton persembahannya bersama-sama anak ular naga/ raja naga
menghadiahi budak miskin cincin hikmat kerana mengenang jasa budak miskin
menjaga cucunya dengan baik.
Persoalan tanggungjawab ibu terhadap anak. Contohnya, bonda budak
miskin menyediakan makanan untuk budak miskin.
Persoalan kepatuhan kepada arahan. Contohnya, budak miskin patuh
kepada arahan Raja dan Syahbandar untuk berjumpa dengannya.
Persoalan keberanian menempuh cabaran. Contohnya, budak miskin
berani meredah hutan untuk menjejaki anak ular naga itu.
Persoalan semangat setiakawan dalam persahabatan. Contohnya, budak
miskin, anak helang dan anak tikus keluar mencari anak naga yang telah
menghilangkan diri.
Persoalan kasih sayang ibu kepada anak/ kasih sayang dalam keluarga.
Contohnya, bonda budak miskin menyuruh hambanya mencari budak miskin
yang telah tidak pulang-pulang selepas keluar mencari anak ular naga kerana
bimbangkan keselamatan anaknya.
36
Persoalan tindakan rasional. Contohnya, anak ular naga pulang ke tasik
tempat tinggalnya dan meninggalkan budak miskin kerana anak naga tidak mahu
air sungai melimpah keluar dan merosakkan harta benda dan membahayakan
orang kampung kerana badannya sudah semakin besar.
Persoalan sifat iri hati dalam diri. Contohnya, bonda anak ular naga berasa
iri hati lalu menyuruh hulubalangnya mendapatkan semula cincin hikmat yang
telah diberikan oleh raja naga kepada budak miskin.
Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah. Contohnya, budak
miskin bijak mencari helah untuk mendapatkan tongkat sakti daripada
hulubalang naga.
Persoalan perasaan simpati terhadap nasib malang orang lain.
Contohnya, Syahbandar berasa belas kasihan melihat keadaan bonda budak
miskin yang menangis di kakinya setelah diberitahu oleh hambanya yang dia
gagal menjejaki budak miskin.
Persoalan kegigihan berusaha. Contohnya, budak miskin gigih mencari
anak naga yang telah melarikan diri ke dalam hutan.
Persoalan amalan bersopan-santun/ berbudi bahasa. Contohnya, budak
miskin itu meminta izin daripada orang tua itu untuk bermalam di rumahnya.
Persoalan amalan murah hati sesama manusia/ dalam kehidupan harian.
Contohnya, budak miskin menjamu makanan kepada pemilik parang puting.
PERWATAKAN BUDAK MISKIN
Seorang yang penyayang. Contohnya, budak miskin menyayangi anak ular
naga, anak helang dan anak tikus
Seorang yang patuh kepada arahan. Contohnya, budak miskin patuh
kepada arahan Raja dan Syahbandar untuk berjumpa dengannya.
Seorang yang berani. Contohnya, budak miskin berani meredah hutan
untuk menjejaki anak ular naga itu.
Seorang yang memiliki semangat setiakawan dalam persahabatan.
Contohnya, budak miskin bersama-sama dengan anak helang dan anak tikus
keluar mencari anak ular naga yang telah menghilangkan diri.
Seorang yang bijak. Contohnya, budak miskin bijak mencari helah untuk
mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.
Sorang yang gigih berusaha. Contohnya, budak miskin gigih mencari anak
ular naga yang telah melarikan diri ke dalam hutan.
Seorang yang bersopan-santun/ berbudi bahasa. Contohnya, budak miskin
meminta izin daripada orang tua itu untuk bermalam di rumahnya.
Seorang yang murah hati. Contohnya, budak miskin menjamu makanan
kepada pemilik parang puting.
37
PERWATAKAN BONDA BUDAK MISKIN
Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, bonda budak miskin
menyediakan makanan untuk budak miskin.
Seorang yang penyayang. Contohnya, bonda budak miskin menyuruh
hambanya mencari budak miskin yang telah tidak pulang-pulang selepas keluar
mencari anak naga kerana bimbangkan keselamatan anaknya.
NILAI MURNI
Nilai kasih sayang. Contohnya, budak miskin menyayangi anak ular naga,
anak helang dan anak tikus/ bonda budak miskin menyuruh hambanya mencari
budak miskin yang telah tidak pulang-pulang selepas keluar mencari anak naga
kerana bimbangkan keselamatan anaknya.
Nilai mengenang jasa. Contohnya, Raja, Syahbandar dan orang ramai
memberi makanan dan pakaian kepada budak miskin selepas menonton
persembahannya bersama-sama anak ular naga/ raja naga menghadiahi budak
miskin cincin hikmat kerana mengenang jasa budak miskin menjaga cucunya
dengan baik.
Nilai tanggungjawab. Contohnya, bonda budak miskin menyediakan
makanan untuk budak miskin.
Nilai kepatuhan. Contohnya, budak miskin patuh kepada arahan Raja dan
Syahbandar untuk berjumpa dengannya.
Nilai keberanian. Contohnya, budak miskin berani meredah hutan untuk
menjejaki anak ular naga.
Nilai semangat setiakawan. Contohnya, budak miskin, anak helang dan
anak tikus keluar mencari anak ular naga yang telah menghilangkan diri.
Nilai rasional. Contohnya, anak ular naga pulang ke tasik tempat tinggalnya
dan meninggalkan budak miskin kerana anak ular naga tidak mahu air sungai
melimpah keluar dan merosakkan harta benda dan membahayakan orang
kampung kerana badannya sudah semakin besar.
Nilai simpati. Contohnya, Syahbandar berasa belas kasihan melihat
keadaan bonda budak miskin yang menangis di kakinya setelah diberitahu oleh
hambanya yang dia gagal menjejaki budak miskin.
Nilai kebijaksanaan. Contohnya, budak miskin bijak mencari helah untuk
mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.
Nilai kegigihan. Contohnya, budak miskin gigih mencari anak naga yang
telah melarikan diri ke dalam hutan.
Nilai kesopanan. Contohnya, budak miskin meminta izin daripada orang
tua itu untuk bermalam di rumahnya.
Nilai murah hati. Contohnya, budak miskin menjamu makanan kepada
pemilik parang puting.
38
NILAI MURNI YANG ADA PADA WATAK BUDAK MISKIN
Nilai kasih sayang. Contohnya, budak miskin menyayangi anak ular naga,
anak helang dan anak tikus.
Nilai kepatuhan. Contohnya, budak miskin patuh kepada arahan Raja dan
Syahbandar untuk berjumpa dengannya.
Nilai keberanian. Contohnya, budak miskin berani meredah hutan untuk
menjejaki anak ular naga.
Nilai semangat setiakawan. Contohnya, budak miskin bersama-sama
dengan anak helang dan anak tikus keluar mencari anak ular naga yang telah
menghilangkan diri.
Nilai kebijaksanaan. Contohnya, budak miskin bijak mencari helah untuk
mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.
Nilai kegigihan. Contohnya, budak miskin gigih mencari anak naga yang
telah melarikan diri ke dalam hutan.
Nilai kesopanan. Contohnya, budak miskin meminta izin daripada orang
tua itu untuk bermalam di rumahnya.
Nilai murah hati. Contohnya, budak miskin menjamu makanan kepada
pemilik parang puting.
PENGAJARAN
Kita hendaklah mempunyai sifat kasih sayang walaupun terhadap haiwan.
Contohnya, budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak
tikus.
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbakti kepada kita.
Contohnya, Raja, Syahbandar dan orang ramai memberi makanan dan pakaian
kepada budak miskin selepas menonton persembahannya bersama-sama anak
ular naga/ raja naga menghadiahi budak miskin cincin hikmat kerana
mengenang jasa budak miskin menjaga cucunya dengan baik.
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ahli keluarga. Contohnya,
bonda budak miskin menyediakan makanan untuk budak miskin.
Kita hendaklah patuh kepada arahan pemimpin. Contohnya, budak miskin
patuh kepada arahan Raja dan Syahbandar untuk berjumpa dengannya.
Kita hendaklah berani menempuh cabaran. Contohnya, budak miskin
berani meredah hutan untuk menjejaki anak ular naga.
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contohnya, bonda budak miskin
menyuruh hambanya mencari budak miskin yang telah tidak pulang-pulang
selepas keluar mencari anak naga kerana bimbangkan keselamatan anaknya.
Kita hendaklah memiliki semangat setiakawan dalam persahabatan.
Contohnya, budak miskin, anak helang dan anak tikus keluar mencari anak ular
naga yang telah menghilangkan diri.
39
Kita hendaklah sentiasa bersikap rasional dalam sebarang tindakan.
Contohnya, anak ular naga pulang ke tasik tempat tinggalnya dan meninggalkan
budak miskin kerana anak ular naga tidak mahu air sungai melimpah keluar dan
merosakkan harta benda dan membahayakan orang kampung kerana badannya
sudah semakin besar.
Kita hendaklah bersimpati dengan orang yang mengalami nasib malang.
Contohnya, Syahbandar berasa belas kasihan melihat keadaan bonda budak
miskin yang menangis di kakinya setelah diberitahu oleh hambanya yang dia
gagal menjejaki budak miskin.
Kita janganlah memiliki sifat iri hati. Contohnya, bonda anak ular naga
berasa iri hati terhadap budak miskin lalu menyuruh hulubalangnya
mendapatkan semula cincin hikmat yang telah diberikan oleh raja naga kepada
budak miskin.
Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Contohnya, budak miskin bijak mencari helah untuk mendapatkan tongkat sakti
daripada hulubalang naga.
Kita hendaklah gigih berusaha. Contohnya, budak miskin gigih mencari
anak naga yang telah melarikan diri ke dalam hutan.
Kita hendaklah mengamalkan sikap berbudi bahasa/ bersopan santun
dalam kehidupan harian/ sesama manusia. Contohnya, budak miskin itu
meminta izin daripada orang tua itu untuk bermalam di rumahnya.
Kita hendaklah mengamalkan sikap bermurah hati dalam kehidupan
seharian. Contohnya, budak miskin menjamu makanan kepada pemilik parang
puting.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang mengenang jasa seseorang. Contohnya, Raja,
Syahbandar dan orang ramai memberi makanan dan pakaian kepada budak
miskin selepas menonton persembahannya bersama-sama anak ular naga.
Masyarakat yang memiliki semangat setiakawan dalam persahabatan.
Contohnya, budak miskin, anak helang dan anak tikus keluar mencari anak ular
naga yang telah menghilangkan diri.
Masyarakat yang percaya kepada kuasa dewa. Contohnya, Raja Indera
Maha Dewa dan permaisuri pergi berkaul di Pulau Cahaya Purnama iaitu dengan
memohon kepada dewa untuk mendapat cahaya mata.
Masyarakat yang patuh kepada perintah raja. Contohnya, para pembesar
dan dayang-dayang mematuhi arahan Raja Indera Maha Dewa dan permaisuri
untuk menyiapkan segala kelengkapan semasa baginda suami isteri hendak
pergi berkaul di Pulau Cahaya Purnama.
40
Masyarakat istana. Contohnya, raja di negeri budak miskin, Raja Indera
Maha Dewa, permaisuri kepada Raja Indera Maha Dewa dan Tuan Puteri
Mengindera Sehari Bulan.
Masyarakat manusia biasa. Contohnya, budak miskin, bonda budak miskin,
dan pemilik parang puting,
Masyarakat haiwan. Contohnya, raja naga, anak ular naga, anak tikus,
anak helang, bonda anak ular naga, dan hulubalang naga.
LATAR TEMPAT
Rumah budak miskin iaitu tempat tinggal budak miskin.
Rumah Syahbandar iaitu tempat budak miskin membuat persembahan
bersama-sama dengan anak ular naga, anak helang dan anak tikus untuk
ditonton oleh Syahbanar dan orang-orang kampung.
Istana raja/ balai raja iaitu tempat budak miskin membuat persembahan
bersama-sama dengan anak ular naga, anak helang dan anak tikus untuk
ditonton oleh raja negeri tersebut.
Sungai iaitu tempat anak ular naga berendam semasa anak ular naga itu
tinggal bersama-sama budak miskin.
Tasik Hijau iaitu tempat tinggal raja naga.
Hutan rimba iaitu tempat budak miskin makan buah-buahan dalam
perjalanannya menjejaki anak naga yang telah melarikan diri.
Kolam iaitu tempat hulubalang naga berendam untuk menyejukkan
badannya.
Padang iaitu tempat budak miskin menggertakkan tongkat saktinya untuk
mendapat makanan.
Rumah seorang tua iaitu tempat persinggahan budak miskin dalam
perjalanan pulang ke rumahnya dari Tasik Hijau.
Di bawah sepohon pokok iaitu tempat hulubalang naga bertemu dengan
budak miskin untuk menukarkan cincin hikmat dengan tongkat sakti.
Balai penghadapan istana Raja Indera Maha Dewa iaitu tempat Raja
Indera Maha Dewa memberitahu para pembesar baginda yang baginda ingin
berkaul di Pulau Cahaya Purnama berkumpul untuk mendapat putera.
Pulau Cahaya Purnama iaitu tempat Raja Indera Maha Dewa dan
permaisurinya pergi bernazar untuk mendapatkan putera.
41
UJIAN PANTAS
UJIAN PANTAS 1 bijak berani simpati
tanggungjawab kasih sayang
PERSOALAN sopan-santun
patuh PERWATAKAN
semangat
mengenang NILAI MURNI setiakawan
jasa PENGAJARAN
rasional murah hati
gigih
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas:
1. Huraikan empat persoalan.
2. Huraikan empat nilai murni.
3. Huraikan empat pengajaran.
4. Huraikan empat perwatakan budak miskin.
5. Huraikan empat nilai murni yang ada pada watak budak miskin.
UJIAN PANTAS 2
Sungai Tasik Hijau Hutan rimba
Kolam LATAR Padang Istana raja/
TEMPAT balai raja
Rumah budak Rumah
miskin Balai seorang tua
penghadapan
Rumah
Syahbandar istana Raja
Indera Maha
Di bawah Pulau Cahaya
sepohon Purnama
pokok
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
tempat.
42
UJIAN PANTAS 3
Latar tempat Susunan Watak-
di alam peristiwa wataknya terdiri
nyata disusun
secara daripada
kronologi manusia biasa,
raja, dewa dan
CIRI-CIRI
SASTERA haiwan.
HIKAYAT
Terdapat Terdapat
unsur unsur magis
Adanya pengembaraan Ada unsur
unsur hiburan
percintaan Cerita berakhir
dengan
Percaya
kegembiraan kepada kuasa
dewa
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat ciri
sastera hikayat.
UJIAN PANTAS 4
patuh kepada manusia biasa percaya haiwan istana
perintah raja kepada kuasa
memiliki
mengenang dewa semangat
jasa setiakawan
LATAR
MASYARAKAT
Berdasarkan kata kunci yang terdapat dalam rajah di atas, huraikan empat latar
masyarakat.
43