kumpulan 1 Falsafah solat A Z I M & H A Z I M
ِلَيْع ُبُدوِن ٥٦ اَّل ِإ نَس ِإْل ِجَّن َوٱ ْل ْقُت ٱ َل َوَما َخ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. allah berfirman dalam surah az-zariyat ayat ke- 56 :
Dari sudut bahasa Arab pengertian solat bermaksud doa, iaitu doa kearah kebaikan atau memohon keberkatan, kesucian, penyucian jiwa dan keampunan. Manakala dari sudut istilah syarak, solat ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Solat juga ditakrifkan sebagai melahirkan hajat dan keperluan kepada Allah SWT melalui perkataan dan perbuatan atau kedua-duanya sekali. definisi solat
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 43 : ِكِعيَن ٤٣ َّٰر َمَع ٱل ۟ا ٱلَّزَكٰوَة َوٱْرَكُعو ۟ا و ُت ٰوَة َوَءا َل ٱلَّص ۟ا ِقيُمو َأ َو Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orangorang yang rukuk. dalil pensyariatan solat
Ketenangan Solat merupakan saat paling hampir seorang hamba dengan Penciptanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Keadaan yang paling dekat bagi seorang hamba dengan Tuhannya adalah di dalam keadaan dia sedang sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu". (Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman dalam surah ar-Ra’d ayat ke-28 : وُب ٢٨ ُل ُق ْل ْطَمِئُّن ٱ َت ِه َّل ٱل ِر ِذْك ِب اَل َأ ِهۗ َّل ٱل ِر ِذْك ُهم ِب ُب و ُق ُل ْطَمِئُّن َت َو ۟ا ِذيَن َءاَمُنو َّل ٱ Maksudnya : "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah" . Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat ke-34 : وٌۭم َكَّفاٌۭر ٣٤ ُل َن َلَظ ٰـ ِإَّن ٱ ِإْلنَس ْحُصوَهٓاۗ ُت ِه اَل َّل ِنْعَمَت ٱل ۟ا ِإن َتُعُّدو ُتُموُهۚ َو ْل م ِّمن ُكِّل َما َسَأ ُك ٰى َوَءاَت Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. Syukur
Allah SWT mengurniakan nikmat yang tidak terkira kepada hambahamba-Nya. Justeru, bukti syukur seorang hamba sewajibnya ditunjukkan dalam bentuk kepatuhan yang tidak berbelah bahagi terhadap segala bentuk perintah dan larangan-nya. Itulah tanda syukur seorang hamba yang membezakannya dengan golongan yang menzalimi dirinya dengan nikmat kurniaan-Nya.
Pengabdian وَة ِلِذْك ِرْي 14. ٰل ِقِم الَّص َا َو اْع ُبْد ِن ْۙي َاَن ۠ا َف َه ِاآَّل ا ُهّٰللا آَل ِا ٰل ِن ْٓي َاَن ِاَّن Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah salat untuk mengingat Aku Allah SWTberfirman dalam surah Taha ayat ke-14
Solat merupakan tiang dalam binaan agama, tali pengikat keyakinan dan puncak segala pengabdian yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Pengakuan beriman kepada Allah SWT sewajibnya diiringi dengan pembuktian amalan solat. Dengan itu, terasa lemah dan kerdilnya seorang hamba di hadapan Penciptanya, sentiasa berhajat kepada pertolongan walaupun dalam sekecil-kecil perkara dalam semua urusan kehidupannya. Tiada sedikitpun daya dan upaya seorang hamba walau sekadar satu kerdipan mata tanpa ada pertolongan Allah SWT.
KEHARMONIAN “Perintahkanlah anak-anal kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun, maka pukullah dia apabila tidak melaksanakamnya dan hendaklah kamu asingkan tempat tidur mereka. (Riwayat Abi Daud, no 495)
Ibadah solat yang sempurna dapat membina hubungan Allah SWT. la memberi kesan yang sangat mendalam bagi setiap muslim, bermula dari dalam diri yang kemudiannya diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Setiap pergerakan anggota badan dalam solat yang dilaksanakan menghakis sifat sombong dan riya'. Manakala rumahtangga yang dihiasi dengan solat secara berjamaah dapat membentuk keluarga yang harmoni dan sejahtera. Ini kerana, anakanak yang dididik dengan solat dari awal usia akan dapat membentuk jwa yang taat kepada Allah SWI, yang akhirnya menjadi anak yang baik dan taat kepada ibubapa. Oleh itu, didikan awal daripada ibu bapa sangat penting dalam menjadikan solat sebagai sendi dalam kehidupan.
SEKADAR ITU PERKONGSIAN KAMI PADA HARI INI SEKIAN TERIMA KASIH