The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1193-16-ainin, 2022-05-21 01:14:14

Perbandingan Teori Pemerolehan Bahasa

Perbandingan Teori Pemerolehan Bahasa

Perbandingan Teori
Pemerolehan
Bahasa

TEORI MENTALIS & TEORI
KONSTRUKTIVISME

AININ ADLINA BINTI BAZLI
BM 7

ISI KANDUNGAN

TEORI MENTALIS 01

02 TEORI
KONSTRUKTIVISME
PERBANDINGAN
ANTARA TEORI 03

01

TEORI MENTALIS

PENGENALAN

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky,
kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition
Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di persekitaran
mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar,
menganalisis, membentuk konsep dan rumus tatabahasa.
Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky,
kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika
mereka berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur
luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan rumus tatabahasa
dan makna (struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa
luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman.

CIRI-CIRI TEORI MENTALIS

● Penguasaan bahasa berkaitan dengan mental dan semula jadi.
● Digunakan dalam analisis dalam proses transperasi.
● Mempunyai struktur dalaman dan luaran.
● Ungkapan yang hendak diucapkan difikir dulu sebelum diucap.
● Kesalahan pelajar membentuk rumusan dianggap bukan satu kesalahan, sebaliknya

cubaan untuk membentuk satu sistem bahasa (tanggapan awal) terhadap sesuatu
perkara (andaian).

● Kanak-kanak boleh membuat pilihan sebelum bertutur.
● Bahasa yang dihasilkan melalui proses otak (mental).
● Kanak-kanak boleh merumus bahasa berdasarkan keupayaan semula jadi yang

berlaku secara biologi.

● Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut aspek yang dikuasai.
● Belajar bahasa secara tidak formal.
● Penguasaan bahasa berdasarkan logik / boleh difahami kerana mempunyai makna.

HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P

* Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa
kecekapan dan prestasi
* Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
* Tulisan dan bacaan diutamakan
* Pendekatan Analisis
* Kaedah: kod-kognitif
* Teknik: hafalan

02

TEORI
KONSTRUKTIVISME

DEFINISI TEORI KONSTRUKTIVISME

1. Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidikan berpendapat setiap
individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain. (Mcbrien & Brandt, 1997)

2. Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada
situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan
intelektual yang sedia wujud. (Briner, M. 1999)

3. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia
dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang difahami oleh mereka
sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka
dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan
yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi
apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang telah dibentuk oleh
mereka atau mereka akan menyesuaikan peraturan itu agar mereka dapat
menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. (Brooks dan Brooks, 1993)

TUJUAN TEORI KONSTRUKTIVISME

● Menghasilkan individu atau pelajar yang memiliki

kemampuan berfikir untuk menyelesaikan setiap persoalan
yang dihadapi.

● Latihan menyelesaikan masalah seringkali dilakukan

melalui belajar kelompok dengan menganalisis masalah
kehidupan sehari-hari.

● Kurikulum dirancang sedemikian adalah bagi memastikan

segala ilmu pengetahuan yang diberikan dapat difahami
oleh pelajar.

● Para pelajar diharap selalu aktif dan dapat menemukan

cara belajar yang sesuai bagi dirinya.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

● Menggalakkan murid bertanya.
● Menggalakkan soalan/idea daripada murid dan cuba

menyelitkan dalam PdP.

● Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
● Murid memahami bagaimana mereka belajar sesuatu idea.
● Menyokong pembelajaran secara koperatif.
● Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
● Memberi peluang untuk membina pengetahuan baharu.
● Menggalakkan proses inkuiri (kajian).
● Proses pembelajaran = Hasil pembelajaran

PERBANDINGAN
ANTARA TEORI
MENTALIS DENGAN

TEORI
KONSTRUKTIVISME

03

PERBANDINGAN TEORI

JENIS TEORI TEORI MENTALIS TEORI KONSTRUKTIVISME
PELOPOR
PRINSIP TEORI Noam Chomsky Lev Semenovich Vygotsky

● Pembelajaran bahasa ● Pengetahuan dibina
merupakan satu proses secara aktif oleh pelajar.
mental.
● Pelajar
● Penyampaian secara membina/merubah idea
deduktif. mereka yang sedia ada.

● Tulisan dan bacaan ● Pelajar asimilasikan idea
diutamakan dalam baru atau menyesuaikan
proses pembelajaran. idea yang sedia ada.

● Kanak-kanak dapat ● Pelajar sebagai
mempelajari bahasa pengubah idea,
kerana dilahirkan pembinaan dan
dengan kebolehan penerimaan idea baru,

semula jadi untuk penstrukturan semula

berbuat demikian. idea sedia ada.

PERBANDINGAN TEORI

JENIS TEORI TEORI MENTALIS TEORI KONSTRUKTIVISME

PENDAPAT ● Mengutamakan proses ● Penekanan terhadap
PELOPOR berfikir berbanding perbezaan individu.
perlakuan kanak-kanak.
● Mengaitkan pengaruh
● Perkembangan bahasa
kanak-kanak mengikut budaya dengan proses
tahap umur mereka. PdP.
● Sebagai pembangunan
● Menguasai kebolehan semua minda untuk
memahami terlebih mencipta sesuatu yang
dahulu sebelum baru atau idea yang baru.
kebolehan bertutur.

PERBANDINGAN TEORI

JENIS TEORI TEORI MENTALIS TEORI KONSTRUKTIVISME

PENEKANAN TEORI ● PdP bahasa, tulisan dan ● Pembelajaran yang
bacaan diutamakan. diperoleh murid semasa
berinteraksi dalam bilik
● Kemahiran menulis lebih darjah sama ada dengan
penting daripada rakan mahupun dengan
kemahiran lisan. guru.

● Pembelajaran bahasa
kanak-kanak diukur
melalui kecekapan dan
pencapaian mereka.

● Penyampaian makna
lebih diutamakan
daripada struktur
bahasa.

SEKIAN, TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version