The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E BOOK SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uaisah5272, 2021-04-26 00:03:37

E BOOK BAHASA MELAYU T3

E BOOK SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Keywords: BAHASA MELAYU TING.3

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2021

E Book BM T3
PdPr [26-30 APRIL 2021]

SESI 2
HEBAT

SESI 3
KOMSAS

SESI 1 JOM BELAJAR BERSAMA
CIKGU UAISAH
PENDIDIKAN SIVIK & KITA JAGA KITA
KEWARGANEGARAAN

Smks/bmptg/uai Page 1

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2021

SESI 1 [ISNIN 26/4/21]

[PENDIDIKAN SIVIK & KENEGARAAN- PERPADUAN DALAM KELUARGA]

BIDANG BAND DESKRIPTOR
Hubungan Kekeluargaan 5 Mencipta dialog dengan menggunakan kemahiran
berkomunikasi untuk menyelesaikan konflik dalam
keluarga dengan beradab.

{SILA SALIN DALAM BUKU LATIHAN- PENULISAN}

Berkongsi suka duka
bersama ahli keluarga

Cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga Mengambil berat antara satu sama lain

Makan malam bersama ahli keluarga

Pergi melancong bersama ahli keluarga

saling menghormati antara satu sama lain

Smks/bmptg/uai Page 2

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2021

Berdasarkan situasi berikut, ciptakan dialog dengan menggunakan kemahirang berkomunikasi untuk
menyelesaiakan konflik dalan keluarga dengan beradab.

Cikgu Matematik di sekolah memberitahu adik anda selalu ponteng kelasnya. Sebagai abang, anda
bercadang untuk berbincang dengan adik bagi mengetahui punca permasalahan adik dan ingin
membantu adik agar tidak lagi melakukan perbuatan tersebut.

Anda :
Adik :
Anda :
Adik :
Anda :
Adik :
Anda :
Adik :
Anda :
Adik :
Anda :
Adik :

Nama Murid : Kelas : PENTAKSIRAN
Tandatangan : Tarikh : Menguasai
Guru
Belum Menguasai

Smks/bmptg/uai Page 3

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2021

SESI 2 [ 3A -SELASA 27/4/21] [ 3F- RABU 28/4/21]

[BACAAN HEBAT]- HAYATI, EKSPLORASI, BERFIKIR ARAS TINGGI

GRAFITI

SURAT 1
Perasaan saya mendidih apabila melihat dinding sekolah perlu dibersihkan dan dicat semula bagi
kali keempat untuk menghilangkan grafiti. Kreativiti memang dikagumi tetapi seseorang harus
mencari jalan untuk meluahkan perasaan tanpa mengenakan kos tambahan kepada masyarakat.
Mengapakah anda mencemarkan nama baik belia dengan menconteng grafiti di tempat terlarang?
Artis profesional tidak menggantung lukisan mereka di tepi jalan. Sebaliknya, mereka berusaha
untuk mendapatkan penajaan dan menempa kemasyhuran melalui pameran yang sah di sisi
undang-undang.
Pada pendapat saya, bangunan, pagar dan bangku taman juga ialah hasil kerja seni. Sungguh
menyedihkan apabila seni bina ini dirosakkan dengan grafiti. Lebih parah lagi, kaedah ini
memusnahkan lapisan ozon. Sebenarnya, saya tidak dapat memahami reaksi artis-artis
penjenayah ini yang marah apabila ‘kerja seni’ mereka dilenyapkan dari pandangan berulang
kali.

Helga

SURAT 2
Lain orang lain cita rasanya. Kehidupan masyarakat dipenuhi oleh komunikasi dan periklanan.
Logo syarikat, nama-nama kedai, dan poster besar terpampang di tepi-tepi jalan. Adakah semua
ini diterima? Ya, kebanyakannya diterima, tetapi bagaimana pula grafiti? Sesetengah orang
menerimanya, manakala yang lain tidak.
Siapakah yang sedia membayar grafiti? Siapakah yang sudah tentu akan membayar harga iklan?
Betul, pengguna.
Adakah orang yang meletakkan papan iklan meminta kebenaran anda? Tidak. Jadi, perlukah
pelukis grafiti meminta kebenaran? Bukankah semua ini hanya satu persoalan komunikasi - nama
anda sendiri, nama kumpulan dan kerja seni besar-besaran di tepi jalan?
Fikirkan fesyen pakaian berjalur-jalur dan berkotak-kotak yang muncul di kedai-kedai beberapa
tahun yang lalu, begitu juga fesyen pakaian ski. Corak dan warna ini ditiru terus dari dinding
konkrit yang berbunga-bunga. Anehnya, corak dan warna ini diterima dan dikagumi tetapi grafiti
pula dipandang hina. Sekarang memang masa yang sukar untuk seni.

Sophia

Dua pucuk surat tersebut adalah daripada Internet dan berkait dengan grafiti. Grafiti ialah
lukisan dan tulisan haram pada dinding dan di mana-mana sahaja. Rujuk surat ini untuk
menjawab soalan-soalan di bawa

Smks/bmptg/uai Page 4

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2021

SILA TULIS JAWAPAN DALAM BUKU LATIHAN BAHAGIAN TATABAHASA

Soalan 1
Tujuan surat-surat ini ialah
A menjelaskan maksud grafiti.
B memberikan pandangan tentang grafiti.
C menggambarkan kepopularan grafiti.
D memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang perbelanjaan
untuk membersihkan grafiti.

Soalan 2
Mengapakah Sophia merujuk iklan?

...........................................................................................................................
........................................................................................................................

Soalan 3
Penulis surat yang manakah yang anda lebih bersetuju? Jelaskan jawapan anda
dengan merujuk perkara yang diperkatakan dalam satu atau kedua-dua pucuk surat
tersebut menggunakan perkataan anda sendiri.
...................................................................................................................................
............................................................................................................................. .......
....................................................................................................................................

..............

Soalan 4

Kita boleh memperkatakan perkara yang dinyatakan
dalam surat ini (kandungan surat).
Kita boleh memperkatakan cara surat tersebut ditulis
(gaya surat).
Tanpa mengira surat yang anda bersetuju, pada
pendapat anda, surat manakah yang lebih baik?

Smks/bmptg/uai Page 5

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2021

SESI 3 [3F- KHAMIS 29/4/21] [3A- JUMAAT 30/4/21]
[KOMSAS]

SILA SALIN NOTA DALAM BUKU LATIHAN BAHAGIAN KOMSAS

NOTA HEMPASAN OMBAK

TEMA:
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

PERSOALAN:
1. Cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan butik milik
keluarganya.

2. Ketabahan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid tabah menghadapi pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik
Nusantara.

3. Kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai
tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan arwah suaminya.
Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya
kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat
tersebut.

4. Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.
Contohnya: Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semua
Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid. Dia juga
membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi
memasarkan batik milik keluarga Farid.

5. Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid
menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MARA, MIDA bagi meningkatkan
kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.

6. Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Faris menguruskan
syarikat batiknya.

7. Persaingan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk
memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.

Smks/bmptg/uai Page 6

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2021

LATAR TEMPAT, LATAR MASA DAN LATAR MASYARAKAT

LATAR TEMPAT

Latar Tempat Contoh

Rumah Farid Tempat Farid makan malam bersama keluarganya.

Pejabat Farid Tempat Farid dan pekerjanya mengadakan mesyuarat pertama.

Tempat Farid bekerja sebagai pengurus di syarikat milik keluarganya.

Firma Nadi Zaman Tempat Farid bertemu Mokhsein bagi meminta nasihat dan tunjuk ajar

dalam dunia perniagaan.

Bazaar Mara Jalan Bonggol Tempat Zuraida berniaga pakaian.

Balai Polis Daerah Kuala Tempat Farid memberi kenyataan tentang peristiwa kebakaran bangsal

Terengganu moden milik syarikatnya.

Mahkamah Rendah Kuala Tempat Mukhtar dibicarakan dan dijatuhkan hukuman terhadap kes

Terengganu kesalahan membakar bangsal moden farid.

UiTM (Universiti Teknologi Tempat Zuraida menyambung pelajarannya dalam bidang Pentadbiran

Mara) Perniagaan.

Latar Masa LATAR MASA
Pagi Sabtu Contoh
2.00 pagi Farid berkunjung ke kedai Zuraida.
15 minit Bangsal moden Syarikat Batik Nusantara terbakar.
Bunyi letupan kedengaran dan orang kampung tersedar akan kebakaran
Tiga hari bangsal tersebut.
Selepas tiga hari berlaku kebakaran itu, Mokhsein mengunjungi Farid di
9.00 pagi pejabatnya.
Akhir tahun 60-an Mesyuarat kali pertama diadakan oleh Farid dan pekerjanya.
Waktu malam Syarikat Batik Nusantara ditubuhkan.
Pada waktu malam, Farid dan keluarganya makan malam bersama.

Latar Masyarakat LATAR MASYARAKAT
Masyarakat peniaga Contoh
Farid, Zuraida, Mokhsein dan Mukhtar seorang yang terlibat dalam
Masyarakat yang gigih perniagaan batik.
berusaha Farid berusaha untuk membangunkan syarikat batik warisan milik
Masyarakat yang keluarganya.
mementingkan ilm. Mokhsein menyerankan agar Farid mengikuti kursus-kursus dalam
perniagaan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan
Masyarakat yang kreatif dan syarikat.
inovatif Zuraida melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di
UiTM walaupun dia sudah memiliki kedai.
Hartini menggunakan daya kreativitinya untuk menghasilkan corak batik
dan mempelbagaikan kegunaan kain batik sebagai pakaian, perabot dan
penghias dinding.

Smks/bmptg/uai Page 7

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2021

SETIAP LATIHAN YANG TELAH SIAP HENDAKLAH DIHANTAR PADA HARI YANG
BERBEZA MENGIKUT SESI PDPR.

Mereka buat ke tidak
latihan ni
yeeeee?????
Entahlahhh..

Sesiapa yang
dah

buat.latihan.
Terima kasih

banyak-
banyak yeee

Smks/bmptg/uai Page 8


Click to View FlipBook Version