KOMPONEN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK ORANG KAYA MUDA 2024/2025 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PUAN SITI HAJA BINTI MISLAN
2 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah BAHAGIAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN................................................................................................................................ 2 CARTA JAWATANKUASA PELAKSANA KOMPONEN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ...................... 3 SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025........................................................................................................ 3 BIDANG TUGAS UNIT-UNIT HEM SEKOLAH KURIKULUM ............................. Error! Bookmark not defined. JAWATANKUASA KERJA DAN PELAKSANA UNIT HEM.......................................................................... 5 JAWATANKUASA INDUK UNIT HEM SEKOLAH .................................................................................. 5 TAKWIM UNIT HEM .............................................................................................................................. 6 TAKWIM HEM SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 ............................................................................... 7
3 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah CARTA JAWATANKUASA PELAKSANA KOMPONEN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 JAWATANKUASA PELAKSANA KOMPONEN PENGERUSI GURU BESAR RAMZI BIN JUNAI UNIT DISIPLIN KETUA GURU DISIPLIN/SSDM AL AZRA BIN BUJANG JITNY KETUA GURU PENGAWAS MOHD ELMIN BIN MARISHMSUDIN NAIB PENGERUSI GPK KOKURIKULUM SAIDIN BIN BUJANG NAIB PENGERUSI GPK KURIKULUM SHAHIRAH BINTI MD HASHIM TIMB. PENGERUSI GPK HEM SITI HAJA BINTI MISLAN SETIAUSAHA MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG PERHIMPUNAN SEKOLAH MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG BIASISWA DAN BANTUAN MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG UNIT KEBAJIKAN RMT DAN PSS SITI ROHANA BINTI IBRAHIM SPBT FATIN IRNAINA BINTI ZULKEFLI UNIT KAUNSELING BIMBINGAN DAN KAUNSELING NUR FAZIERA BINTI MOHD ALI PPDA FATIN IRNAINA BINTI ZULKEFLI UNIT 3K DAN KANTIN KESIHATAN NOR FARAH ATIQAH BINTI YATIM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SITI ROHANA BINTI IBRAHIM KESELAMATAN HANNAN BINTI ABDUL HAMID KANTIN SITI ROHANA BINTI IBRAHIM UNIT ASRAMA PENYELIA ASRAMA JAKIAH BINTI KAMALUDDIN PENDAFTARAN TAHUN 1 NUR FAZIERA BINTI MOHD ALI PENEMPATAN TAHUN 6 MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG
JAWATANKUASA KERJA DAN PELAKSANA UNIT HEM JAWATANKUASA INDUK UNIT HEM SEKOLAH JAWATANKUASA JAWATAN NAMA PENGERUSI GURU BESAR ENCIK RAMZI BIN JUNAI TIMBALAN PENGERUSI GPK HAL EHWAL MURID PUAN SITI HAJA BINTI MISLAN NAIB PENGERUSI 1 GPK PENTADBIRAN PUAN SHAHIRAH BINTI MD HASHIM NAIB PENGERUSI 2 GPK KOKURIKULUM ENCIK SAIDIN BIN BUJANG KEWANGAN PT KEWANGAN SEKOLAH PUAN NORAZLINA BINTI SEMAN SETIAUSAHA SETIAUSAHA CIK MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG JAWATANKUASA KERJA UNIT BIDANG PENYELARAS LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH Lembaga Disiplin ENCIK AL AZRA BIN BUJANG JITNY Lembaga Pengawas ENCIK MOHD ELMIN BIN MARISHMSUDIN Bimbingan dan Kaunseling PUAN NUR FAZIERA BINTI MOHD ALI Pendidikan Pencegahan Dadah CIK FATIN IRNAINA BINTI ZULKEFLI Perhimpunan Sekolah CIK MAGDELINA SUFI ANAK PASANG 3K (KECERIAAN, KESELAMATAN & KEBERSIHAN) Pencegahan Aedes & Denggi CIK NOR FARAH ATIQAH BINTI YATIM Pengurusan Covid 19 Rawatan Dan Kesihatan Kebersihan Dan Keceriaan PUAN SITI ROHANA BINTI IBRAHIM Keselamatan, Kecemasan & Bencana Sekolah CIK HANNAN BINTI ABDUL HAMID Kantin Sekolah PUAN SITI ROHANA BINTI IBRAHIM Pembangunan Keselamatan Fizikal Sekolah CIK HANNAN BINTI ABDUL HAMID UNIT DOKUMENTASI Pengurusan Data APDM / SSDM / SPKS GURU KELAS/ PK HEM Pendaftaran Dan Dokumentasi Murid Pra Sekolah Serta Tahun 1 PUAN NUR FAZIERA BINTI MOHD ALI Pendaftaran Dan Dokumentasi Murid Tahun 1 PUAN NUR FAZIERA BINTI MOHD ALI Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Dan Dokumentasi Tahun 6 CIK MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG
6 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Program Guru Penyayang PUAN NUR FAZIERA BINTI MOHD ALI Buku Daftar Murid PUAN NORAZLINA BINTI SEMAN JAWATANKUASA BANTUAN & KEBAJIKAN SEKOLAH Bantuan Awal Persekolahan CIK MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan eKasih. CIK MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG Rancangan Makanan Tambahan (RMT) PUAN SITI ROHANA BINTI Program Susu Sekolah IBRAHIM Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) CIK FATIN IRNAINA BINTI ZULKEFLI Program Kebajikan Sekolah CIK MAGDELINA SUFFI ANAK PASANG
7 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah TAKWIM HEM SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 Bil Unit / Program & Aktiviti Tarikh Sasaran 1 PROGRAM TRANSISI DAN ORIENTASI 11 MAC -5 APRIL 2024 MURID TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2 WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 26 APRIL 2024 PENGAWAS, KETUA DAN PENOLONG KELAS,PENGAWAS PSS 3 DUTA SAHSIAH 23 OKTOBER 2024 SEMUA MURID 4 PROGRAM PENCEGAHAN KUTU 26 JUN 2024 SEMUA MURID 5 CERAMAH KESIHATAN 26 JUN 2024 SEMUA MURID 6 LATIHAN KEBAKARAN 9 MEI 2024 21 OGOS 2024 SEMUA WARGA SEKOLAH 7 KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH VAPE DAN ROKOK 15 NOVEMBER 2024 SEMUA MURID 8 CERAMAH ANTI BULI 29 OKTOBER 2024 SEMUA MURID 9 PROGRAM ANTI DADAH 6 SEPTEMBER 2024 SEMUA MURID 10 PROGRAM ZIARAH CAKNA 17 JULIA 2024 MURID TERLIBAT 11. GOTONG ROYONG MADANI 24 APRIL 2024 14 MAY 2024 PIBG 12 PENGAGIHAN DAN PEMULANGAN BUKU TEKS 19 DISEMBER 2024 SEMUA MURID
8 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah KETETAPAN / PROSEDUR KERJA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID [ HEM ] 1 Latar Belakang Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Muda Pakeri, Paloh, menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghasilkan impak yang maksima. Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian, sekolah perlu menyediakan satu dasar sebagai panduan bagi mencapai visi yang ditetapkan. 2 Objektif 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan Hal Ehwal Murid peringkat sekolah. 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan Hal Ehwal Murid Kementerian Pendidikan Malaysia. 3 Matlamat & Rasional 3.1 Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, brefikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan. 3.2 Menyediakan program pengurusan Hal Ehwal Murid yang merangkumi emua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam diri murid dari aspek jasmani,rohani,mental dan emosi. 3.3 Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 3.4 Aktiviti dan Progran Hal Ehwal Murid yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. 3.5 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang garis panduan dan SOP ( Standard . Operation Procedure ) Pengurusan Hal Ehwal Murid semasa. 3.6 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program Hal Ehwal Murid bertembung dengan program akademik, laluan untuk program akademik mestilah diberikan keutamaan.
9 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah 4 Unit-Unit Di Bawah Pengrusan Hal Ehwal Murid 4.1 Unit Lembaga Disiplin Sekolah 4.1.1 Jawatankuasa Disiplin & Pengawas Sekolah 4.1.2 Bimbingan & Kaunseling 4.1.3 Jawatankuasa Perhimpunan Sekolah 4.1.4 Jawatankuasa Pengurusan Ponteng / Cicir 4.2 Unit 3K [ Keceriaan, Kesihatan & Keselamatan ] 4.2.1 Cegah Aedes & denggi 4.2.2 Rawatan & Kesihatan 4.2.3 Kebersihan & Keceriaan 4.2.4 Keselamatan & Kecemasan 4.2.5 Pengurusan Asrama / Dewan Makan / Kantin 4.3 Unit Dokumentasi / Data 4.3.1 Pengurusan Emis Data 4.3.2 Pengurusan APDM / SSDM 4.3.3 Penempatan Tahun 6 4.3.4 Dokumentasi Tahun 6 4.3.5 Pendaftaran & Dokumentasi Tahun 1 4.3.6 Guru Penyayang / Transisi 4.3.7 Buku Daftar Murid 4.3.8 Simpanan & Insuran Takaful 4.4 Unit Bantuan / Kebajikan Persekolahan 4.4.1 Bantuan Awal Persekolahan [ BKAP ] / KWAMP / Kebajikan Pelajar 4.4.2 Program Susu Sekolah / Rancangan Makanan Tambahan [ RMT ] 4.4.3 Skim Pinjaman Buku Teks [ SPBT ] 5 Pengurusan Hal Ehwal Murid & Pengurusan Asrama 5.1 Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Asrama diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan HEM. 5.2 Penolong kanan akan menyelia pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Asrama sepanjang tahun. 5.3 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Asrama perlu membuat Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi serta sasaran bagi tahun semasa. 5.4 Mesyuarat 5.4.1 Jawatankuasa HEM dan Pengurusan Asrama akan bermesyuarat sekurangkurangnya empat ( 4 ) kali setahun mengikut standard piawaian KPM bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan,masalah dan isu kokurikulum di sekolah. 5.4.2 Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat. 5.5 Sistem Fail 5.5.1 Fail Jawatankuasa HEM dan Pengurusan Asrama diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
10 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah 5.5.2 Fail Kokurikulum diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih). 5.5.3 Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah 5.6 Pentadbiran sekolah perlu memastikan Pengurusan HEM dan Asrama membelanjakan peruntukan yang disalurkan secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. 5.7 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan pengurusan HEM dan Pengurusan Asrama. 6 Dasar Am Pengurusan Hal ehwal Murid Dan Pengurusan Asrama 6.1 Tenaga Pengajar 6.1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua murid. 6.1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat. 6.1.3 Semua guru pelu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang. 6.2 Pendaftaran Murid 6.2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan 6.2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Sistem Maklumat Murid [ SMM ]. 6.2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sekolah. 6.2.4 Pendaftaran murid dan taklimat ibu bapa akan diadakan pada akhir Januari atau awal Februari. 6.3 Pelantikan Pengawas 6.3.1 Diadakan pada awal tahun semasa. 6.3.2 Pemilihan pengawas adalah berdasarkan kepada pemilihan yang dibuat oleh guru. 6.3.3 Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh para guru, guru Lembaga Disiplin Sekolah. 6.3.4 Ibu bapa dimaklumkan tentang pemilihan awal tahun untuk persediaan pakaian murid. 6.3.5 Pengawas yang dilantik diberi tempoh percubaab selama sebulan. 6.4 Pengurusan Disiplin 6.4.1 Setiap murid mesti mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan 6.4.2 Sekolah mempunyai Lembaga Disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Guru Penolong Kanan serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin. 6.4.3 Semua masalah disiplin perlu direkodkan dan dilaporkan melalui Sesawang APDM secara online. 6.4.4 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
11 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah 6.4.5 Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius atau berulang melebihi empat kali. 6.4.6 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbing” dalam menangani pemasalahan disiplin murid. 6.4.7 Ibubapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah. 6.4.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturutturut dikira ponteng sekolah dan tindakan akan diambil mengikut ketetapan berikut: √ Surat Amaran Pertama - ponteng sekolah selama 3 hari berturutturut atau pada hari kesepuluh murid tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat. √ Surat Amaran Kedua - murid tidak hadir ke sekolah 7 hari berturutturut selepas Surat Amaran Pertama atau sekiranya murid tida.k hadir ( yang ditandakan ‘P’) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut. √ Surat Amaran Terakhir - sekiranya tiada komunikasi atau tindakan ibubapa atau penjaga selepas 7 hari Surat Amaran Kedua atau sekiranya murid tidak hadir ( yang ditandakan ‘P’) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut. √ Tindakan buang sekolah adalah tertakluk kepada tindakan PPD / JPN / KPM 6.5 Kebajikan 6.5.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah. 6.5.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yangingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid sekolah ini. 6.5.3 Pihaksekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut. 6.5.4 Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut: √ Rancangan Makanan Tambahan [ RMT ] - pendapatan kurang daripada RM450.00 atau per kapita kurang daripada RM110.00 √ Program Susu Sekolah - semua murid layak √ KWAMP - pendapatan yang kurang daripada RM900.00 atau perkapita RM200.00 √ e-Kasih - ditentukan oleh Pejabat Daerah √ Bantuan Khas OKU - bagi murid kurang upaya setelah mendapat Pengesahan doktor pakar √ Skim Pinjaman Buku Teks [ SPBT ] - semua murid layak menerima. 6.5.5 Pemilihan adalah berdasarkan maklumat SMM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan. 6.5.6 Rancangan Makanan Tambahan [ RMT ] dijalankan pada waktu rehat dan susu sekolah diberi sebelum waktu persekolahan bermula. 6.5.7 Bekalan makanan RMT disediakan oleh pihak yang dipilih oleh sekolah / Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap kebersihan dan mutu makanan mudah dipantau.
12 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah 6.5.8 AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat. 6.6 Kaunseling 6.6.1 Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik. 6.6.2 Guru Bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar yang berkaitan. 6.7 Keselamatan 6.7.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 6.7.2 Ibubapa atau penjaga yang ingin membawa murid keluar perlu menulis nama di dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak di Pejabat Am Sekolah / PK HEM. 6.7.3 Semua murid dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia. 6.7.4 Alat pemadam api perlu disediakan serta ditempatkan di tempat-tempat yang strategik. 6.7.5 Alat pemadam api perlu diselia dan digantikan skurang-kurangnya sekali setahun. 6.7.6 Latihan Kebakaran peringkat sekolah dan Asrama dilakukan sekurang kurangnya 2 kali setahun. 6.7.7 Kawalan keselamatan oleh Pengawal Keselamatan 24 jam sehari dan mereka berhak untuk menahan mana-mana kenderaan yang masuk ke kawasan sekolah. 6.8 Kesihatan 6.8.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik dan terpelihara melalui program-program yang dirancang seperti √ Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun √ Program Berus Gigi √ Pemeriksaan kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6 √ Program Rancangan Makanan Tambahan [ RMT ] √ Program Pencegahan Denggi √ Ceramah dan Kempen Kesihatan √ Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan 6.8.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibubapa atau penjaga bagi memastikan murid dapat mengikuti aktiviti lasak yang dianjurkan oleh sekolah. 6.8.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 6.8.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital / klinik kesihatan tanpa menghubungi ibubapa / penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang serius / kronik. 6.8.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan. 6.8.6 Mendapat khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang bertanggungjawab sekurang-kurangnya sekali setahun.
13 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah 6.9 Keceriaan & Kebersihan 6.9.1 Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-kurangnya sekali setahun. 6.9.2 Pekerja swasta adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah. 6.9.3 Setiap panitia juga berperanan untuk memastikan keceriaan sekolah melalui sudut-sudut panitia di dalam kelas dan di luar kelas. 6.10 Data & Rekod 6.10.1 Semua kemasukan murid direkod dalam Buku Pendftaran Murid 6.10.2 Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibubapa atau penjaga disimpan dalam Sistem Maklumat Murid ( SSM ). 6.10.3 Buku Jadual Kedatangan Murid sentiasa disimpan di pejabat setelah dicatat kehadiran oleh guru kelas selewatnya-lewatnya satu jam selepas loceng pertama. 6.10.4 Guru Kelas juga bertanggungjawab untuk melaporkan kehadiran murid bagi kelas masing-masing atas talian melalui sesawang APDM. 6.10.5 Semua data berkaitan dengan murid perlu disimpan dalam fail sebagai rujukan. 7 Matlamat Strateik Pengurusan Hal Ehwal Murid Dan Sahsiah Pelajar Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Sehubung dengan itu, Pengursan Hal Ehwal Murid dan Sahsiah Pelajar telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah:- 7.1 Memastikan murid di sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini. 7.2 Memastikan murid di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah 7.3 Memastikan murid di sekolah ini mengamalkan “Budaya Hidup Sihat”. 7.4 Memastikan murid di sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru. 7.5 Memastikan murid di sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti; 7.5.1 Ponteng Sekolah 7.5.2 Merokok 7.5.3 Pergaduhan 7.5.4 Berkelakuan Lucah 7.5.5 Membuli 7.5.6 Kurang Ajar atau Biadap 7.5.7 Merosakkan harta Benda Sekolah [ VANDALISME ] 7.6 Memastikan murid di sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya. 7.7 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
14 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah 7.8 Memastikan murid di sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda sekolah. 7.9 Menggalakkan murid di sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah. 8 Strategi Pelaksanaan Bagi Mencapai Matlamat Strategi Pengurusan Hal Ehwal Murid Dan Sahsiah Murid 8.1 Sistem Pendaftaran Murid 8.1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1. 8.1.2 Hari pendaftaran murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahahan sebenar. 8.1.3 Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari pendaftaran. 8.1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut : √ Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid. √ Pengagihan buku teks. √ Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga. √ Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari. 8.2 Penguatkuasaan Peraturan Sekolah 8.2.1 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama. 8.2.2 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam. 8.2.3 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa. 8.2.4 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut : √ Pencalonan oleh guru kelas. √ Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab. √ Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari. √ Majlis watikah perlantikan. √ Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan. 8.3 Perlaksanaan Program-program Kesihatan 8.3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut √ Bilangan Murid yang terlibat. √ Pemilihan murid yang tepat. √ Penyediaan menu yang berkhasiat. 8.3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut √ Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera. √ Berinteraksi dengan kawan-kawan. √ Bersedia untuk sesi pembelajaranyang seterusnya. √ Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses.
15 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah 8.3.3 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut : √ Pemeriksaan Mata √ Pemeriksaan Gigi √ Pemeriksaan Kutu dan Rambut √ Pemeriksaan Kesihatan dan Kebersihan Diri 8.3.4 Memastikan pengurusan Dewan Makan / Kantinantin dan persekitaran sentiasa bersih √ Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan. √ Jenis-jenis makanan di Dewan Makan / Kantin adalah berkhasiat dan berkualiti √ Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri. √ Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan 8.3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut : √ Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas √ Gotong-royong √ Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya. √ Tidak membuang sampah merata-rata. 8.4 Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru 8.4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil. 8.4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”. 8.4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN. 8.5 Melaksanakan sesi kaunseling & Motivasi 8.5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut : √ Sesi kaunseling Individu √ Sesi kaunseling kelompok √ Lawatan khas guru kaunseling ke rumah √ Kem Jati diri 8.6 Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat. 8.6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN. 8.6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut: √ Keselamatan Jalan Raya √ Jenayah Juvana √ Pertolongan Cemas √ Penyalahgunaan Dadah 8.7 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti : 8.7.1 Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan 8.7.2 Menghadiri kelas tambahan atau kelas bimbingan 8.7.3 Program Bersama Keluarga
16 Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SK Orang Kaya Muda 2024/2025 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah 9 Penentuan Dan Perubahan Dasar hal Ehwal Murid 9.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara. 9.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum. 10 Penghargaan & penganugerahan 10.1 Bagi memberi galakan dan motivasi kepada semua murid sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan peningkatan, sistem penganugerahan perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :- Anugerah Pelajar Contoh Pengawas Sekolah Pengawas PSS Ketua dan Penolong Ketua Kelas