The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by selinaquahyy, 2021-04-24 01:59:23

Kaum Kadazan-Dusun

Moral

Keywords: Kadazan-Dusun

KADAZAN‐DUSUN

Nama : Quah YiYong
Tingkatan : 5 Alpha
Guru : Puan Thien Kui Fong

ASAL USUL

o Kaum kadazandusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah
o Juga dikenali sebagai Bangsa Dusun atau “Mamasok” yang ertinya “orang asal” ataupun

“orang asli”
o Kaum etnik ini menggunakan pelbagai Bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan

dan adat resam tradisional
o Etnik Kadazan‐dusun telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo

Utara dengan warisan dan budaya yang didokumenkan oleh United
Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)
sejak tahun 2004

BAHASA

ü Bahasa Kadazandusun merupakan bahasa Melayu Tangara Liwan
Malayu‐Polinesia yang dituturkan di Sabah Satu Iso Iso
Dua Duvo Duo
ü Pada dasarnya, bahasa Kadazan (Tangara) Tiga Tohu Tolu
adalah bahagian daripada bahasa Dusun Empat Apat Apat
Lima Limo
ü Perbezaannya hanya terletak pada sebutan Enam Himo
dan penggunaan konsonan serta vokal pada Tujuh Onom Onom
sesetengah perkataan Lapan Tuu’ Turu
Vahu Walu
ü Kaum Tangara kerap menggunakan konsonan Sembilan Sizam Siam
V, Z dan L dalam pertuturan seharian; Sepuluh Opod Hopod
sementara kaum Dusun yang lain seperti Apa khabar kamu? Onu abal nu? Nunu kabar nu?
Liwan dan Bundu pula lebih kerap Khabar baik. Avasi. Osonong.
menggunakan konsonan W, Y dan Rdalam Terima kasih. Kotohuadan Pounsikou
pertuturan seharian

ü Contoh: “naawi”(Liwan) dan “naavi”(Tangara)
yang bermaksud “habis” ; “tagayo”(Liwan)
dan “tagazo”(Tangara) yang bermaksud
“besar” ; “karaja”(Liwan) dan
“kelaja”(Tangara) yang bermaksud “kerja”

PAKAIAN

Ø Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang dikenali sebagai
“Sinuangga” dipakai oleh kaum wanita ; “Gaung” untuk para lelaki

Ø Selalunya menggunakan kain hitam (kain baldu) yang bersulamkan
benang emas

Ø Dipakai semasa sambutan Pesta Menuai
Ø “Sinuangga” dilengkapi dengan perhiasan ikatan pinggang yang

dipanggil “Himpogot” (logam perak/2 lilitan pada bahagian atas dan
bawah perhiasan di pinggang) dan “Tangkong” (logam tembaga/3
lilitan)
Ø “Gaung” dihiasi dengan renda keemasan dan butang betawi) dengan
topi yang dinamakan “Siga” (tanjak dari kain dastar yang ditenun) ;
juga disertakan dengan “Sandangon” (hiasan daripada daun palma
hanya dipakai ketika mempersembahkan tarian Sumazau) yang
dipakaikan secara menyilang pada tubuh badan
Ø Tradisional Suku Kaum Dusun Tambunan dipanggil “Sinombiaka” bagi
yang teah dipermodenkan. Jenis yang asal dikenali sebagai “Sinombia
Rombituon” (mempunyai hiasan lebih ringkas)
Ø Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil
“Sinipak”

MAKANAN

§ Makanan tradisi yang terkenal antaranya, Hinava, Noonsom, Pinaasakan,
Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing

§ Minuman tradisi yang terkenal anatranya ialah tapai dan lihing
§ Makanan dan minuman dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut

kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan‐Dusun

TRADISI

i. Upacara memberi nama
Ø dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari

ii. Upacara turun tanah
Ø dijalankan apabila anak itu berusia satu bulan

iii. Upacara mintuhun dan minuhun
Ø sebelum memijak tanah tapak bayi tersebut diconteng dengan arang kuali dan garis
lurus di atas dahinya
Ø rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air
mandian

iv. Upacara perkahwinan
Ø merisik
Ø pesta perkahwinan di rumah perempuan sesingkat 2‐3 hari
Ø pesta mivazaa (bertanda ke rumah mentua) diadakan
Ø pesta di rumah pengantin lelaki mestilah lebih kecil

v. Upacara pemujaan pertanian
Ø merenjis air hikmat pada benih padi
Ø Memindahkan sajian dan haiwan kepada tanah sawah

vi. Upacara kematian
Ø mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogom biruoh
Ø adat memberitahu, adat berjaga‐jaga dan moginupus

PANTANG LARANG

Kelahiran
q pantang larang ibu mengandung

a. TIDAK boleh memotong, mengerat, mengikat, menyimpul, makan buah mengandungi air
b. suami tidak boleh memotong rambut nanti rambut anak panjang
q pantang sewaktu bersalin
a. suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin atau syaitan
b. tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air
c. bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah ditakuti gangguan roh jahat
d. sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama
q pantang larang hubungan lelaki dan perempuan
a. berkehendak (perlakuan buruk dan hina)

‐ pihak lelaki dikehendaki membayar denda atau kemalun kepada pihak gadis sekiranya
diketahui

‐ dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut sekiranya mengandung
b. madagau (bersedudukan)
q pantang larang kematian
a. unggun api dibuat disekeliling rumah
b. tanduk kerbau dibakar untuk menghalau hantu
c. dua lelaki menunggang kuda atau kerbau keliling kampung
d. tidak boleh tidur selagi mayat di atas rumah
e. mayat ditanam bersama barang‐barangannya

PERAYAAN

v Pesta Kaamatan atau nama lain Tadau Kaamatan dalam bahasa Kadazan , “Magavau” merupakan
upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu untuk menghormati semangat padi

v Perayaan ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi
v Pesta Kaamatan ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah

sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama
v Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian

ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka.
v Pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukkan bina badan, ratu cantik atau “Unduk
Ngadau”, persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan juga diadakan.

SUMBER RUJUKAN

Buku Teks

ü Buku Teks Moral Tingkatan 3

Internet

ü https://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan‐Dusun#Perayaan
ü https://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan
ü https://mixmalaysianpublic.wixsite.com/mysite/post/perayaan‐dan‐makanan‐tradisi‐suku‐kaum‐kadazandusun‐di‐

sabah
ü http://aesvy16penyiaranislam.blogspot.com/2017/01/adat‐resam‐dan‐pantang‐larang‐kaum.html
ü https://www.slideshare.net/DeviDHazelEye/edupantang‐larang‐kadazan‐dusun

TERIMA KASIH ὠ


Click to View FlipBook Version