The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiq060223, 2022-06-11 13:39:56

KAJIAN 8 NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

KAJIAN 8 NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

KAJIAN 8 NOVEL
TINGKATAN 4 DAN 5,

4 ZON DI MALAYSIA

NAMA: AFIQ DANIAL BIN ZAMRI
KELAS: 4 RAZZI
NO. MAKTAB: PB190046
HOMEROOM: SIR HILMI
NAMA GURU: cikgu akma

ISI KANDUNGAN

1)PENGHARGAAN
2)PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL:
- Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat darin
- Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
- Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
- Pantai Kasih karya Azmah Nordin
- Silir Daksina karya Nizar Parman
- Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
- Tirani karya Beb Sabariah
- Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

a) CERITA SECARA RINGKAS -TENTANG NOVEL
b) BIOGRAFI SETIAP PENULIS
c) KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL
3) SINOPSIS SETIAP 8 NOVEL:
a) SINOPSIS KESELURUHAN SETIAP NOVEL
b) SINOPSIS SETIAP BAB SETIAP NOVEL
4) 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL
5) 5 KELEMAHAN SETIAP NOVEL
6) 5 CANDANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP NOVEL
7) RUJUKAN:
a) RUJUKAN NOVEL
b) RUJUKAN INTERNET (LINK WEB)

1) PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada
Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk bernafas
dan masih memberikan kesempurnaan pada tubuh badan
saya untuk menghasilkan folio ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa saya yg selalu memberi sokongan dari
rumah dan juga membantu membiayai pembelajaran saya.

Disamping itu, saya ingin berterima kasih pada guru
saya yang tidak penat dan masih mengajar saya dan
kawan – kawan dalam pelajaran subjek ini.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada kawan –
kawan yang sentiasa membantu saya dalam process
melakukan folio ini.

PENGENALAN NOVEL

a) CERITA RINGKAS SETIAP NOVEL

1) JENDELA MENGHADAP JALAN:

Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk
dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan. tetapi
demi menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke
kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka berkongsi
kisah-kisah kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan menjawab pertanyaan
Lili berkenaan corak dan binaan jendela kampungnya. Lili mula tertarik dengan suasana
kampung yang bertentangan dengan gaya hidup di bandar.

2) LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA:

Novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau dilahirkan di sebuah kampung di
Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam
kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawahdan kebun getah yang luasnya sekadar
cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu
Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan
merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan
merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh
getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan
anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.

3) DISEBALIK DINARA:

Novel ini mengishkan Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke
KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini
kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek
itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah
menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.

4) PANTAI KASIH:

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

5) SILIR DAKSINA:

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat
Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.

6) SONGKET BERBENANG EMAS:

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya
seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu
Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan.
Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk
ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata setelah tersilap memilih rakan. Dia
tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak
bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan
masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia.
Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana
beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh
mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia,
Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki oleh keluarga Dahlia.
Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau
ganjaran.

7) TIRANI:

Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran
dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental, Cerita novel ini dimulakan dengan kisah
Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang
bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap desa
Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan kemudahan yang
diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh sanak saudaranya.

8) BIMASAKTI MENARI:

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion
atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal
kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan
negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

b) BIOGRAFI PENULIS

1) RUHAINI MATDARIN (JENDELA MENGHADAP JALAN)

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di
Kota Kinabalu, Sabah. Dia adalah Kadazan mengikut kewarganegaraan. Anak sulung
daripada tiga orang anak dalam keluarga. Pada tahun 2003, beliau lulus dari Fakulti
Pengurusan Kewangan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Dia pernah bekerja
sebagai juruaudit di beberapa syarikat. Sejak 2016, dia menjadi pekerja bebas untuk
mempunyai masa lapang untuk menulis dan menjalankan perniagaannya. Ahli seumur
hidup Kesatuan Penulis Malaysia. Beliau mula menulis sebagai pelajar Kolej Sabah pada
tahun 2000. Beliau segera menceburi dunia sastera. Debut pada tahun 2007 dengan novel
"The Self-Right Girl", dia menerbitkan lebih 30 buku dalam tempoh sepuluh tahun akan
datang, termasuk novel dan koleksi cerpen, serta cerita dongeng Sabah yang diproses
sastera. [2] Pada masa yang sama, banyak karya beliau telah dianugerahkan anugerah
berprestij, termasuk Anugerah Sastera Sabah yang beliau dapat berkali-kali. [3]
Nampaknya kelebihan bukunya adalah pada kemampuannya untuk menggambarkan apa
yang berlaku pada masa kini di Malaysia dengan jenaka, dan kadang-kadang dengan
sindiran yang tidak terselindung, menggunakan paradoks sebagai maksud artistik,
mengubah persepsi biasa tentang kehidupan. Beliau muncul sebagai nama penting dalam
kesusasteraan era peralihan di Malaysia dan salah seorang novelis terbaik di Malaysia.
Beberapa cerpennya diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh Victor A. Pogadaev.
Antara anugerah yang beliau pernah raih ialah Hadiah Sastera Sabah (2006/2007,
2008/2009, 2010/2011, 2012/2013, 2014/2015, 2016/2017), Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan (2010, 2012, 2013, 2014), Pemenang pertandingan buku terbaik Institut
Terjemahan & Buku Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Penulis Malaysia dan "Berita
Harian" (2014) serta Hadiah Sastera Perdana 2017/2018.

2) ABDUL LATIP TALIB (LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA)

Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak
Latip dilahirkan di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 Seorang
penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang
penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui
novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.
Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat
golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam yang
diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-karya beliau
telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian sejarah
Islam.
Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah
memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah
Sastera Utusan pada tahun 2005. Ketika penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-
ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat ketiga dengan
novel Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil. Hadiah disampaikan
oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel Renaissance, Kuala
Lumpur pada 19 Julai 2006.
Pada tahun 2007, beliau telah dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh
Kerajaan Negeri Sembilan. Selain itu, novel beliau Perang Jementah dan Datuk Moyang
Saleh telah merangkul hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2007.
Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau menduduki
tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku beliau yang
mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang
Benar, Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih
sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top 10
Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit'.
Novel Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam sedang dalam proses diterjemah ke
dalam bahasa Inggeris.
Pada Mac 2013, buku-buku beliau sudah diluluskan oleh Jabatan Mufti Brunei untuk dipasarkan
di negara tersebut. Brunei merupakan sebuah negara yang menggariskan syarat yang ketat
tentang bahan bacaan yang boleh dibawa masuk terutamanya yang berunsurkan agama. Di Pesta
Buku Brunei yang diadakan antara 28 Februari sehingga 10 Mac, buku-buku beliau telah

mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga terdapat beberapa judul yang kehabisan stok,
antaranya buku Umar Abdul Aziz - Bayangan khalifah al-Rasyidin.
3) DAYANG NOOR (DISEBALIK DINARA)

Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang,
Malaysia) ialah seorang penulis novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki ijazah dalam
Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah satu
syarikat penyepaduan sistem IT terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2 buah
novel fiksyen pulpa dalam bahasa Melayu – Jerat (2011) dan Hilang (2012). Dia tinggal di
Selangor, Malaysia bersama suami dan 3 anak lelaki. Novel ini telah memenangi Hadiah
Penghargaan Sayembara Fiksyen Sains Dan Teknologi (Musim Kedua) 2012, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Kumpulan Utusan.
4) AZMAH NORDIN (PANTAI KASIH)

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau
dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya
mendapat pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada
1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana. Beliau mula berjinak dengan dunia
penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis
dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak,
cerpen dan novel. Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi
cerpennya, Singkowoton. Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989
bagi cerpennya, Singkowoton. Antara pencapaian beliau ialah Hadiah Kedua Sayembara
ESSO-GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian, Hadiah Pertama
Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome, Novel
Kukui (1986), Novel Noor Ainku Sayang (1987), Novel Dukanya Abadi (1988/89),
Novel Dari Dalam Cermin (1992) memenangi tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama

Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah
1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93.

5) NIZAR PARMAN (SILIR DAKSINA)

. Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah
asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah. Novel
Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus menang tempat
kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.Menurut
laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia memenangi
HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini menampilkan watak remaja yang unggul serta
mempunyai jati diri yang tinggi dan berakhlak mulia.Novel ini juga memberi sedikit
sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin dilupakan kini. Kekuatan novel ini
juga terletak pada integrasi kaum antara masyarakat Melayu dan Cina.Berikut adalah
sinopsis novel Silir Daksina yang menjadi novel rujukan Komsas Tingkatan 5 untuk tahun
2016 - 2021.

6) KHAIRUDDIN AYIP (SONGKET BERBENANG EMAS)

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong,
Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik.
Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau
mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan
persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan
pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982
hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan
Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai
tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah
sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai
Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK
Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang

Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti
Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam,
Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC)
di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan. Tempat
lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat berketurunan Jawa
yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja. Beliau melalui kehidupan sebagai warga
kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus perguruan di
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya banyak berubah semasa bertugas di
SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja, datuk, orang
berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau melihat pelbagai ragam kehidupan
manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang
terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi
berani hadapi segala kemungkinan.

Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca buku dan
novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya Shamsuddin,
Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada tahun 1975,
beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di
tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang tersiar
dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan SPM, Khairuddin
menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight Publising dengan imbuhan
RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya dalam bidang penulisan. Setahun
kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada
tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP, beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua
(diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan
Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982.

Beliau semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui minat
beliau. Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama radio dan drama
pentas.

7) BEB SABARIAH (TIRANI)

Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet,
lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari
SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari
Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,
Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb
Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan
Karyawan Sastera Sarawak).
8) SRI RAHAYU MOHD YUSOP (BIMASAKTI MENARI)

Sri Rahayu Mohd Yusop, anak jati Tanjong Karang, Selangor telah menulis
13 buah novel semenjak tahun 2001. Beliau telah memenangi hadiah dalam beberapa
sayembara peringkat nasional. Antara karya-karya beliau dalam genre fantasi dan sains
fiksyen ialah Odisi Tanah Kencana, Impuls/Roh, Equilibria dan Transgenik Sifar. Novel
beliau yang bertajuk Bimasakti Menari kini digunakan sebagai teks wajib Komponen Sastera
Bahasa Melayu Tingkatan 5 di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka. Pada 31 Oktober
2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2010
(HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut apabila karyanya Bima Sakti Menari
diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Sebagai pemenang, Sri Rahayu membawa
pulang wang tunai berjumlah RM7,000 dan hadiah iringan. HSKU kali ke-26 ini dianjurkan
sejak 1985 dan ia juga merupakan antara acara sempena program Sastera Utusan 2011 yang
turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011.

KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL:

1) JENDELA MENGHADAP JALAN

2) LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

3) DISEBALIK DINARA
4) PANTAI KASIH
5) SILIR DAKSINA

6) SONGKET BERBENANG EMAS:
7) TIRANI
8) BIMASAKTI MENARI

2) SINOPSIS NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL:

1) JENDELA MENHADAP JALAN:

Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung
datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan.
tetapi demi menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang
ke kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka
berkongsi kisah-kisah kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan
menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela kampungnya. Lili mula
tertarik dengan suasana kampung yang bertentangan dengan gaya hidup di bandar. Datuk Lili
merupakan pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili dengan Danel
dan Geetha. Ibu Geetha dan Bapa Danel telah lama menggunakan khidmat datuk Lili. Sejak
hari pertama tiba di kampung, Lili disambut dengan isu memasang kubah surau dan
pembinaan masjid dalam kalangan penduduk kampung. Lili juga mendengar tentang isu
anak-anak Che Jah yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah serta gemar mencuri. Lili
memikirkan tentang masalah yang dihadapi Kampung Sentosa dan menyuarakannya kepada
nenek tetapi neneknya selalau meminta agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa.
Semasa pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq yang merupakan anak Che
Jah. Lili telah berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah sebaliknya bersimpati
dengan keluarga Che Jah dan sikap keterbukaan Lili berjaya mengubah pendirian datuk dan
neneknya untuk mula mengambil berat denagn keadaan sekeliling. Cuti ini bermakna kepada
Lili kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang-orang kampung yang lebih dewasa
untuk membantu keluarga Che Jah mendapatkan pengadilan dari segi undang-undang dan isu
pemasangan kubah surau. Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung
dengan menikmati suasana matahari terbit. Lili enggan pulang ke rumahnya kerana gembira
dengan pengalaman yang dihadapi. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita
tentang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Danel menulis surat kepada Lili dan
menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.

2) LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah

dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh
Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu
Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak
kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang
tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke
kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut membantu

keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang
masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya

kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan
inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat patriotik

yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah
tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan
menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir dan
tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak

Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak
Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-
Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan Datuk
Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada
dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan
tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu
persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat
dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi
pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas
dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada

masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama
Kristian dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan
semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran
inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang

Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan

negara ini daripada tangan penjajah.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman
dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah
tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk
menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan
di Port Dikson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan
menjadi buah mulut di pelosok kampung.

Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris.Adnan
tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau menjadi
pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25
orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam
perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan
anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan
isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat
tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah
Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi
tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan
Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota
sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232
orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun
mesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar
Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai
waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu
ditambah kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab untuk
mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.

Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila yang
dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan perisikan
menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal
penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada
8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh
askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada
hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai
menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India yang
berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan
berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur.

Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun
dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota
Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di
Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke
Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang
pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse

untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan

serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan

British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap
kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat
ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di
Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu

termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya
yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942,
askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran

hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

3) DI SEBALIK DINARA

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada
Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab
yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr.
Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup
kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft
Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh
Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah
berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan

Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin
hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan
tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat
Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah.
Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia
melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua
malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila
mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah
anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui
minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat
Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan
Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram
mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung
dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ
kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara
serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan
mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan
terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar.
Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan
meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal.
Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila
Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala.
Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang
terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang

semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan
Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn
(Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan
kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00
malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram
berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

4) PANTAI KASIH
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah
guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur
surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah
beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun
akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor
Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi
komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.
Pelbagaitanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah
Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan
itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli
khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.

5) SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan
nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya
itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung
arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas
sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak
bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala
Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya
kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat
keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya
itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya.
Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung
Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan
demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi
sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel
ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri
Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum
pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
menari.

6) SONGKET BERBENANG EMAS

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-
temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga

mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu
Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan.
Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk
ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap
memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang
kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak
menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam
keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang
kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering
mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa
saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki /
ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa
mengharapkan balasan atau ganjaran.

Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan
masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah
tamat peperiksaan STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31
Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.

Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.

7) TIRANI

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

8) BIMA SAKTI MENARI

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi
oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima

oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS MENGIKUT BAB

1) JENDELA MENGHADAP JALAN
Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga
hati ibunya.

Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui
Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah
yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili
sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa
semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu
mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar.
Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung
bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit

secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan
pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6.

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat.
Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India,
Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang
dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan
lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka
selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan
dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini
saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu
terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas
kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya
bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8.

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji
Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk
mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca
daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di
gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan
pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa
segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan
yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk
memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi

penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping
memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Bab 9.

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang
hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil
Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau
mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah
surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu
juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan
rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan
untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar
untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan
dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet
dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah
saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak
terguris.

Bab 10.

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu
belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga
tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata
datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah
Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir
dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju
datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku
pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11.

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk
membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung,
tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini
sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek
membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan

terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu
yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus
memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili
terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa
terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12.

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada
ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-
penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin
merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama
membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh
dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut
pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang
tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki
mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid
telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba
muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka
melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara
kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana
bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu
datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13.

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk
memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun
dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah
malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan
fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai
dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk
ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili
membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-
jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang
Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14.

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana
tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju.
Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas.
Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit
dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang
tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15.

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil
kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran
tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang
Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam.
Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat
dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16.

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel
seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali
pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke
kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia
hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar
pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-
barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-
mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-
pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh
Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan
Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan
terutamanya pisang.

Bab 17.

Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-
besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu
dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian
ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut
kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah
boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan
pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan
bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Bab 18.

Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang
ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di
dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19.

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah
tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan
masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa
pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran.
Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili
merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas
seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja
Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang
budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali
itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas,
Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili.
Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak
lelaki Che Jah.

Bab 20.

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga
orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili
dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang
kejadian yang menimpa Lili.

Bab 21.

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita
nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk
kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa
simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi
maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan
menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan
maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia
biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan
menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi
neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.

Bab 22.

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah
menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che
Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai,
tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal
kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur.

Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili,
tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang
sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan
tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23.

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya
akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.

Bab 24.

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita
dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau
telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang
Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan,
begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah
masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25.

Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau
atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih
selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang
dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita
kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di
mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut
dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk
perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang
tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang

belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,
jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.

Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah
masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap
ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan
lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak
membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga
mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung
terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu
memperjuangkannya.

Bab 27.

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang
Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah.
Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah
Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang
berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman
sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba
seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya
berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang
Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan
ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah
telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak
melulu.

Bab 28.

Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout.
Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan
menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan
Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup
bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak
Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga
Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan

kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini
untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah
untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi
oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes
tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di
rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan
masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk
kampung.

Bab 30.

Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih
dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah
tiada di rumah.

Bab 31.

Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan
rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang
dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan
menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32.

Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak
membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke
halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta

semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan
badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka
tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq
berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang
menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah.

Bab 33.

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai
raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq
dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya
suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat
laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan
Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah
berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq
diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan
rawatan.

Bab 34.

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula
dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah,
menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan
urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan
kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk
kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya
tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq
disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya
banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35.

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima
oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Bab 36.

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung
dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi
tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman
penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela
menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman
silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah
Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan
pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya
telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan
berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah
banyak menulis artikel tentang pisang.

2) LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Bab 1-Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan
sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu
kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu.
Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu
menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2-Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.

Bab 3-Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi
loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-
anaknya yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan
membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya.
Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana
sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan
tanggungjawab walaupun ketika membantu keluarganya mahupun ketika bermain.
Permintaan anak-anak Pak Saidi tidak pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah
dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.

Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab
itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
bersedekah buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-
anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga
menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British.
Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Saidi
menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya
dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah
Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui
senjata tetapi melalui politik.

Bab 5-Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan
hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau

Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada
ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya
akur dengan kehendak Pak Saidi.

Bab 6-Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap
anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya
supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Bab 7-Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan
Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya
mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya
orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan
penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin
menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak
mengenakan Pak Saidi.

Bab 8-Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia
marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal
anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh
Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya
mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Bab 9-Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah
Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama
dan tidak akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu
malam dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan
bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat
mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua
lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari
lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka
mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit
kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada
malam tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas
sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar yang dinyatakan
kepada Cikgu Anderson.

Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Bab 11-Yakin Boleh

Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara,
Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12-Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-
anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan
yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai
kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut
peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan
Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke
rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan

bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan
ayahnya.

Bab 13-Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar
Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu.
Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air.
Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-
anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Bab 14-Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15-Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.

Bab 16-Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17-Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan
Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia
Pakih Muda

Bab 18-Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan
di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.

Bab 19-Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.

Bab 20-Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan yang penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu
berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka
tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya
dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat
untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus
mempertahankan tanah air.

Bab 21-Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya
mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22-Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan
dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih
laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan
taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam
waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan
termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan
Adnan.

Bab 23-Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam
angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.

Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi
tanah air.

Bab 24-Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan
oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi
suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka
menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar
Jepunm termasuk komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai orang-
orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya
mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti
bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di
pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit
pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai
tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran
ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan
meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja
kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serang balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Bab 25-Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera
British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara
di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang

dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal
Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas
serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.

Bab 26-Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam
masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan
British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke
Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak
Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua
buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya
ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival
memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera
Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941,
Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan
Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat
serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra.
Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan
kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan
Gurkha. Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan
turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib
suaminya.

Bab 27-Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.
Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-
mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang
selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British
di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah
Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix
dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa
kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri
Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas
tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang
udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29-Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang

tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan
askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya
tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang
marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan
sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30-Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya
bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu
berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan
berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan
tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera
Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Bab 31-Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera
Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah
musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian
kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar
Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban.


Click to View FlipBook Version