The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN ARKIB

NAMA AHLI KUMPULAN:-
- Farah Aina Faqihah Binti Sharuddin (291662)
- Sri Isshetha A/P Gunasegaran (291855)
- Muhammad Afif Marecan Bin Mohd Afizal Marecan (291515)
- Lee Shen Bing (292010)
- Muqri Danish bin Sulaiman (294487)
- Sharipah Nor Aleya Binti Syed Mohamad Fauzi (295168)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by personalfarahaina, 2023-02-22 06:19:59

E-MAJALAH: SEJARAH PENUBUHAN UUM

KAJIAN ARKIB

NAMA AHLI KUMPULAN:-
- Farah Aina Faqihah Binti Sharuddin (291662)
- Sri Isshetha A/P Gunasegaran (291855)
- Muhammad Afif Marecan Bin Mohd Afizal Marecan (291515)
- Lee Shen Bing (292010)
- Muqri Danish bin Sulaiman (294487)
- Sharipah Nor Aleya Binti Syed Mohamad Fauzi (295168)

Keywords: KUMPULAN 10

S E J A R A H P E N U B U H A N UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA A221 AHLI KUMPULAN Farah Aina Faqihah Binti Sharuddin (291662) Sri Isshetha A/P Gunasegaran (291855) Muhammad Afif Marecan Bin Mohd Afizal Marecan (291515) Lee Shen Bing (292010) Muqri Danish bin Sulaiman (294487) Sharipah Nor Aleya Binti Syed Mohamad Fauzi (295168) KAJIAN ARKIB KUMPULAN 10


ISI KANDUNGAN PENGENALAN UUM : MISI, VISI, FALSAFAH PENCAPAIAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PENGASAS UUM KEDUDUKAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SEJARAH PENUBUHAN UUM PENUTUP SENARAI PUSAT PENGAJIAN DAN PASCA SISWAZAH OBJEKTIF KAJIAN SEJARAH SINTOK: SARANG KOMUNIS


OBJEKTIF 1.Penyelidikan ini menerangkan sejarah ringkas tentang kronologi penubuhan UUM. 2.Memahami apakah tujuan sebenar Universiti Utara Malaysia (UUM) ditubuhkan 3, Memupuk perasaan menghargai pejuang-pejung yang menubuhkan Universiti Utara Malaysia 02


08 PENGENALAN UUM LATAR BELAKANG DAN SEJARAH 03


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PENGENALAN 19 Oktober 1983 Projek Universiti Keenam telah dapat diberikan kelulusan rasmi daripada Jemaah Menteri di kedah dengan selepas beberapa bulan Universiti Keenam telah dapat diberikan nama Universiti Utara Malaysia. 16 Februari 1984 Universiti Utara Malaysia (UUM) ditubuhkan pada 16 Februari 1984 ialah universiti keenam negara yang secara rasminya di Malaysia. UUM juga adalah salah satu Universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Ogos 1983 Pembinaan rancangan universiti keenam di Malaysia adalah bersamaan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dirancangkan untuk ditubuhkan UUM di Kedah. 15 Februari 1984 Universiti Utara Malaysia telah dapat dibuka secara rasmi dengan apabila projek fasa pertama yang menyiapkan UUM telah dipindahkan ke Kampus Darul Aman di Jitra. Selepas perpindahan pada bulan julai 1984 adalah pelajar sulung yang dapat kemasukan ke UUM. LATAR BELAKANG DAN SEJARAH 04


PEMBANGUNAN RINGKASAN PENUBUHAN Pada 8 januari 1989, UUM telah dibinakan tetap dengan bangunan-bangunan utama di kampus adalah Bangunan Akedemik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Dewan Mas, Varsity Mall dan sebagainya. Dalam sejarah UUM adalah terletak tempat kampus yang paling utara di Bandar Darul Aman dekat Jitra dengan selepas 6 tahun UUM telah dipindahkan ke Kampus Sintok. Seterusnya, sebelum perpindahan ke kampus Sintok adalah kawasan Hutan Simpanan yang mempunyai seluas 4000 hektar dan juga sebagai kawasan aktiviti pengganas komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak di selatan Thailand. LATAR BELAKANG DAN SEJARAH 05 Sebagai dalam kampus yang terletak jauh dari hiruk pikuk bandar, UUM menyediakan dan membina kemudahan Inapan Siswa (INASIS) kepada pelajar UUM. Jadi, mempunyai 15 inapan siswa dalam UUM yang boleh menempatkan pelajar sekurang-kurang 20,000 orang. Seterusnya, kesemua inasis tersebut dinamakan kepada syarikatsyarikat Malaysia yang institusi dan organisasi yang bereputasi tinggi seperti Inasis Proton, Inasis Petronas dan sebagainya. INAPAN SISWA


‘ILMU, BUDI, BAKTI’ Selepas penyusunan semula, mempunyai 13 fakulti telah digabungkan dan dibahagikan kepada 3 utama Kolej Akademik iaitu UUM COB (College of Business), UUM CAS (College of Art and Sciences), dan UUM COLGIS (College of Law, Government and International Studies). Hal ini demikian kerana, Universiti Utara Malaysia telah menetapkan harapan puncuk pimpinan Universiti untuk mencetuskan warga UUM menuntut ilmu, menabur budi, dan mencurah bakti. Akhirnya, Motto ‘Ilmu, Budi, Bakti’ adalah kepentingankepentingan peribadi sejajar kepada UUM. LATAR BELAKANG DAN SEJARAH 06 Pada tahun 2008, penyusunan semula sistem akademik universiti telah dilaksanakan dengan tujuan menyediakan strukutur yang kukuh yang akan membolehkan peningkatan dalam bilangan pelajar pasca siswazah dan menaikkan bendera UUM di persada akademik antarabangsa.


MISI I VISI O B J E K T I F F A L S A F A H 07 U N I V E R S I T I U T A R A M A L A Y S I A


Visi UUM adalah sebagai sebuah unversiti yang mengendalikan pendidikan pengurusan, tenaga kerja yang mahir dalam bidang pengurusan akan mengembleng bagi menyumbang ke arah mencapai tersebut. Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka VISI,MISI,OBJEKTIF UUM 08 VISI UUM Kami Mendidik Pemimpin Berperwatakan holistik Misi Universiti Utara Malaysia adalah untuk menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan terulung dan bertaraf dunia dengan juga mendidik pemimpin berpewatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global. MISI UUM OBJEKTIF UUM Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan


Dalam Falsafah UUM yang melibatkan empat adalah pertama yang mengetahui hakikat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya, seterusnya yang menginsafi bahawa Malaysia diberkati dengan kekayaan kedua-dua sumber penting, iaitu sumber manusia dan sumber alam, ketiga adalah menyedari bahawa kedua-dua sumber ini sebagai yang baik dan akan diguna sebaik mungkin, dan bahawa kunci kepada kejayaan adalah perancangan, pengurusan, pemantauan, penilaian semula, dan pematuhan kepada pengetahuan, sains dan teknologi dan keempat yang melibatkan yakin bahawa kemanusian tidak boleh wujud hanya pada kemajuan kebendaan tanpa sifat kemanusiaan, kesopanan, dan keimanan, dan bahawa sumber-sumber semula jadi tidak boleh dibenarkan untuk dieksploitasi hanya setakat mengancam peradaban manusia itu sendiri. FALSAFAH UUM FALSAFAH UUM 09 Selain itu, graduan mahasiswa yang mempunyai keupayaan dengan kreatif dan inovatif dalam bidang perancangan sumber manusia dan pembangunan ekonomi kepada keamanan rakyat dan keharmonian negara adalah utama pencapaian kepada UUM untuk dilahirkan mahasiswa tersebut. Bukan itu sahaja, UUM adalah universiti yang memupuk kecemerlangan mahasiswa dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kepada masyarakat untuk membangunakan ekonomi negara yang stabil dan sosial yang berfikiran secara terbuka. Seterusnya, cita-cita UUM adalah melahirkan graduan mahasiswa yang mempunyai sumbangan dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan dalam bidang akademik tersebut.


SEJARAH PENUBUHAN 19 O KT O BER 1983 I PR O JEK UNIVERSITI KEENAM” DI KEDAH. U N I V E R S I T I U T A R A M A L A Y S I A I U N I V E R S I T I B I R U W A R N A I U N I U T A M A 10


SARANG KOMUNIS ARKIB: 06/03/2000 Kali pertama apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 bila mana kawasan Sintok dikosongkan daripada sebarang kegiatan perlombongan dan pembalakan selama tiga tahun. Apabila keadaan kembali aman, lombong bijih timah dibuka semula pada 1952. Penduduk yang dahulunya berpindah keluar dibenarkan pulang semula. Dalam masa yang singkat, kawasan Sintok, Sungai Badak dan Bukit Kachi dihuni oleh hampir 3,000 orang, yang sebahagian besarnya kaum Cina. Kali kedua selepas 1969 PKM menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai isu propaganda Mereka menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan melakukan kekejaman dan penindasan ke atas orang Cina Mereka juga telah menyebarkan risalah komunis seperti Awakening News dan Mao's Quotation. Oleh itu, Operasi Semai dilancarkan pada 4 Ogos 1969 dan tamat sepenuhnya pada 16 Mac 1970 untuk memutuskan rangkaian hubungan komunis dan menghalang propaganda daripada merebak dengan meluas. Sejak tarikh itulah kawasan Sintok menjadi lengang tanpa penduduk dan diisytiharkan sebagai kawasan hitam sehinggalah ia digazetkan semula sebagai kawasan putih pada Disember 1988 memandangkan keadaan telah aman dan sekali gus bagi membolehkan pembinaan Kampus Sintok, kampus tetap UUM SEJARAH SINTOK SEJARAH SINTOK 11 Sejarah Sintok ditutup dua kali


SARANG KOMUNIS ARKIB: 06/03/2000 TAPAK UUM DAHULU SEJARAH SINTOK 12 Sebelum Pembinaan Kampus Sebelum terbinanya kampus UUM di Sintok, lembah Sungai Sintok ini, dahuluya terdapat sebuah lombong bijih timah terbuka, Perlombongan dan pembalakan merupakan dua aktiviti utama penduduk dahulu. Oleh kerana, pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengeksploitasi penduduk disitu, pihak pemerintah membuat keputusan memindahkan penduduk-penduduk tersebut ke kawasan lain di negeri Kedah lalu menutup pekan Sintok dan mengisytiharkan kawasan ini sebagai kawasan hitam Digazetkan mejadi kawasan putih semula Apabila PKM meletak senjata seterusnya menamatkan perjuangan, kawasan Sintok telah digazetkan menjadi kawasan putih semula pada Disember 1988 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, selaku Menteri Dalam Negeri. Tindakan itu membolehkan UUM memulakan pembinaan Kampus Sintok mulai 7 Januari 1989. Tempoh Pembinaan Kampus Sintok Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan tempoh masa selama 18 bulan untuk Kampus UUM yang kos binaan mencecah RM 580 juta. Masalah yang dihadapi semasa Pembinaan Kampus UUM hanya mampu memulakan operasinya di Kampus Sintok dua bulan kemudian kerana kekurangan pekerja binaan. Pada 15 September 1990 kemasukan pelajar sesi baru 1990/91 mula mendaftar disusuli dengan kemasukan pelajar senior seminggu kemudian untuk memulakan pengajian. Jumlah pelajar UUM meningkat dari 3,500 orang pada ketika itu menjadi 16,500 orang pada masa kini dengan 14,500 orang bermastautin di Kampus Sintok manakala sebahagian yang lainnya adalah pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), pelajar francais dan pelajar di Kampus Transit Kuantan serta Kampus Sungai Petani


TUGU PERINGATAN SINTOK Tugu ini didirikan di dalam kawasan kampus berhampiran dengan markas Pasukan Pegawai Simpanan (Palapes) UUM. Kawasan ini dinamakan Dataran Perwira. Pada tugu tersebut telah dipahatkan nama 35 mereka yang terkorban itu. Reka bentuk tugu adalah hasil ilham Arkitek UUM, Ismail Abdullah. Tujuan tugu ini dibina ialah untuk menjadi mercu tanda peringatan dan menimbulkan keinsafan kepada warga UUM serta generasi akan datang bahawa UUM yang tersergam indah dengan kemudahan serba canggih dan mendapat Status MSC ini ditegakkan di atas keringat serta titisan darah dan air mata generasi terdahulu. Bagi mencatat kisah di Sintok ini sebagai dokumen sejarah, Arkib Negara Malaysia cawangan Kedah/Perlis dengan kerjasama UUM menganjurkan satu majlis pengkisahan sejarah ‘Darurat di Sintok' Harapan pucuk pimpinan Universiti agar keinsafan itu akan mencetuskan semangat di kalangan warga UUM semoga mereka menuntut ilmu, menabur budi dan mencurah bakti dengan penuh ikhlas dan kesyukuran. Naib Canselor UUM ketika itu, Tan Sri Datuk Dr Othman Yeop Abdullah (kini Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) telah mengarahkan dibina sebuah tugu yang dikenali sebagai Tugu Peringatan Sintok yang dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 1992 TUGU PERINGATAN 13


PENGASAS U U M BIODATA TUN DR. MAHATIR BIN MOHAMAD IDEA PENUBUHAN MENERANGKAN PERISTIWA 14


BIODATA TUN DR. MAHATIR BIN MOHAMAD TPada 20 Disember 1925, Bapa Pemodenan Negara Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Haji Mohamad telah berlahir. Beliau berlahir di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah. Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ialah bapa dan ibu kepada beliau. Beliau mempunyai sembilan orang adik-beradik dan beliau adalah anak bongsu. PENGASAS UUM 15 Tun Dr.Mahathir merupakan seorang pelajar yang rajin serta aktif didalam sukan, seperti Ragbi. Pada tahun 1953, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor perubatan (M.B.B.C) dari Universiti of Malaya. Beliau telah memulakan perkhidmatan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar, Pulau Pinang. Setahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pengawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah bagi memenuhi kontrak biasiswa yang diperolehinya. Beliau juga pernah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis. Pada tahun 1956, Tun Dr.Mahathir mendirikan rumahtangga dengan Dr.Siti Hasmah dan dikurniakan tujuh cahayamata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukriz, Maizura dan Mazhar.


PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-4 Beliau juga mengetengahkan isu kepentingan Antarika terhadap kesejahteraan manusia sejagat. Sokongan kuat terhadap Kerjasama Selatan-selatan, penubuhan G-15 dan permulaan 'Dasar Pandang Timur' Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang paling lama berkhidmat bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. PENGASAS UUM Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Luar. CCFP dianggotai oleh 15. Melaksanakan dasar luar yang bebas, berprinsip & pragmatik serta berasaskan nilai2 keamanan, kemanusian, keadilan & kesaksamaan. Melindungi kedaulatan & kepentingan negara serta untuk menyumbang secara bermakna. Kekal sejak kemerdekaan walaupun pendekatan kpd pelaksanaan dasar luar berubah berdasarkan f. domestik & f. luaran semasa. Merupakan teras kpd dasar luar Malaysia. Mempertingkatkan pendekatan & penglibatan Malaysia dlm hubungan kerjasama serantau. 16 PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7 Mengalami perubahan selepas Dr Mahatir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri keempat. Beliau lebih berorientasikan kepada pelbagai aspek seperti kedamaian & keharmonian negara. Aspek-aspek ekonomi dan aspirasi negara membangun.


Kerjaan akan membuka semula kawasan Sintok dengan menjadikan satu pusat pertumbuhan yang dinamakan Universiti Utara Malaysia PENGASAS UUM Beliau juga merupakan pengasas Universiti Utara Malaysia. Beliau menyatakan bahawa menyerah kalah kepada komunis adalah sesuatu yang tidak mencerminkan hasrat atau niat sebuah negara seperti Malaysia. PENGASAS UUM 17 Hal demikian kerana, kerajaan memutuskan untuk membuka semula kawasan Sintok. Beliau mengatakan bahawa cara yang berbaik adalah dengan mengadakan satu pusat pertubuhan di Sintok ini. Pusat pertubuhan yang dinamakan Universiti Utara Malaysia. .Apabila universiti didirikan di kawasan tersebut dapat wujud sebuah bandar yang baharu. Ahli akademik, masyarakat setempat dan pelajar mendapat kebaikan daripada kewujudan universiti di kawasan tersebut. Dengan adanya sebuah universiti di didirikan di Sintok dapat dipercayai bahawa satu bandar akan tumbuh sekeliling universiti ini. Petikan Ucapan Tun Dr. Mahathir semasa menyatakan ideanya tentang pembukaan tapak UUM pada Ogos 1983


Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk menubuhkan universiti ini dalam bulan Ogos 1983. Melalui perbincangan tersebut, wujud perancangan pembinaan Universiti Utara Malaysia. Jemmah menteri memberi kelulusan atas projek pada 19 OKtober 1983. Projek tersebut adalah “Projek Universiti Keenam” di negeri Kedah.Selepas universiti itu ditetapkan dengan nama rasminya, pejabat sementaranya dibuka di Jitra pada 15 Februari 1984. SEJARAH YANG TERUKIR Pejabat UUM kemudiannya dipindahkan ke Kampus Darul Aman di Jitra pada Jun 1984. Kampus tersebut terletak di atas tanah seluas 62 ekar di Bandar Darulaman. Kampus sementara itu terletak berhampiran dengan bandar-bandar penting seperti Alor Setar dan Jitra. SEJARAH PENUBUHAN UUM 18 19 OKTOBER 1983


WARISAN SEJARAH Pada masa yang sama, proses perancangan dimulakan untuk pembinaan kampus kekal baharu di atas sebidang tanah seluas 1,061 hektar di Sintok di daerah Kubang Pasu, terletak 10 km timur Changlun dan 48 km utara Alor Setar. Kampus baharu yang sedang pesat membangun ini terletak berhampiran sempadan Thailand-Malaysia. Kampus Sintok, nama rasmi untuk kampus tetap di mana UUM terus bertapak sehingga hari ini, mula beroperasi pada 15 September 1990. Kampus ini terletak di lembah hutan tropika yang subur yang disiram oleh sungai kembar Sungai Badak dan Sungai Sintok. yang mengalir melalui tengahtengah kampus, terletak di antara bukit utara. SEJARAH PENUBUHAN UUM 19 Pada 17 Februari 2004, Kampus Sintok yang menelan belanja kira-kira RM580 juta. Kampus tersebut telah dibuka secara rasmi oleh Canselor Diraja, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Dalam kampus tersebut terdapat bangunan utama iaitu Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Canselori Sultan Sallehudin, Masjid Sultan Badlishah, Dewan Mu'adzam Shah, Dewan Tan Sri Othman, Kompleks Sukan, Varsity Mall, bangunan Budi Siswa, Konvensyen Kompleks dan pelbagai bangunan fakulti menempatkan pelbagai kolej akademik yang membentuk tulang belakang program pendidikan tinggi UUM. -Gambar Zaman pelajar UUM batch pertama pergi kuliah-


Pencapaian ini penting kerana akreditasi tersebut merupakan pengesahan kecemerlangan sekolah perniagaan dalam programnya, yang telah dicapai kurang daripada lima peratus daripada program perniagaan dunia. Selama lima tahun sejak 2016, Malaysia terus berjaya mengekalkan Saiz kampus yang besar status akreditasinya setakat 2020. bermakna 107 hektar hutan telah diperuntukkan untuk pembangunan kemudahan terbuka kepada semua orang serta memudahkan edupelancongan di rantau ini kepada orang ramai, bagi pihak universiti. Beberapa kemudahan di dalam kampus termasuk kawasan berkelah, ladang rusa, padang golf 18 lubang, litar go-kart, tembak menembak dan sasar memanah, serta lokasi lain yang menarik. Januari 2008, sistem akademik universiti telah disusun semula dan diperkemas, dengan 13 fakulti yang berasingan sebelum ini digabungkan menjadi tiga kolej akademik utama: Kolej Pengajian Pengurusan Perniagaan (UUM COB) , Kolej Sastera dan Sains (UUM CAS), dan Kolej Undangundang, Kerajaan,dan Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS). SEJARAH PENUBUHAN UUM 20 Pencapaian ini penting kerana akreditasi tersebut merupakan pengesahan kecemerlangan sekolah perniagaan dalam programnya, yang telah dicapai kurang daripada lima peratus daripada program perniagaan dunia. Selama lima tahun sejak 2016, Malaysia terus berjaya mengekalkan status akreditasinya setakat 2020. EPIK YANG INDAH


SENARAI P U S A T P E N G A J I A N UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


KOLEJ PENGAJIAN Kolej Sastera dan Sains (CAS) Kolej Perniagaan (COB) UUM College of Law, Government and International Studies Pada masa kini UUM mempunyai sebanyak tiga (3) buah Kolej Pengajian seperti berikut: Semasa penyusunan semula sistem akademik pada Januari 2008, 13 fakulti telah digabungkan dan dibahagikan kepada 3 utama Kolej Akademik. KOLEJ PENGAJIAN 22 Langkah ini adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi yang menekankan keperluan untuk meningkatkan bilangan pelajar pasca siswazah di negara ini kepada 100,000 menjelang 2010. Strategi utama dimasukan dalam Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007-2010.


KOLEJ PERNIAGAAN VISI Pada mulanya, kursus perniagaan dan pengurusan disampaikan di bawah sistem fakulti. Pada tahun 2008, fakulti telah digabungkan untuk membentuk Kolej Perniagaan. Kurikulum merangkumi pentadbiran perniagaan, perakaunan, kewangan, ekonomi, perbankan, pemasaran, pengurusan sumber manusia, insurans dan pengurusan risiko, perbankan dan kewanganIslam,muamalat,pengurusan operasi,danpengurusanteknologi. Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Pusat Perniagaan Islam Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan & Perbankan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik Akademi Golf Kebangsaan UUM Pusat Pengajian Pasca Siswazah Pusat Pengajian Menjadi peneraju bidang Pengurusan Perniagaan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan. 23 MISI Menyediakan persekitaran yang kondusif sebagai pusat penjanaan ilmu dalam bidang perniagaan dan melahirkan modal insan yang berpengalaman. PUSAT PENGAJIAN COB


KOLEJ SASTERA DAN SAINS Menjadikan CAS sebagai pusat kecermelangan dan rujukan dalam bidang sains dan sastera UUM Kolej Sastera dan Sains (CAS) ditubuhkan pada 1 Januari 2008. UUM CAS bermatlamat untuk berkhidmat sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang ulung dalam bidang sastera dan sains, sekaligus membangunkan modal insan yang berkemampuan dan eritizam untuk memacu negara dan masyarakat umum sejajar dengan pinjam dan falsafah universiti. CAS 24 VISI MISI Menyempurnakan piagam dan falsafah Universiti sebagai pusat kecemerlangan akademik dalam bidang sastera dan sains bagi menghasilkan modal insan yang mampu serta beritizam membangunkan negara dan kemanusiaan PUSAT PENGAJIAN Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS) Pusat Pengajian Pengkomputeran Pusat Pengajian Pendidikan & Bahasa Moden Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi Pusat Pengajian Sains Kuantitatif Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial


COLGIS KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA (COLGIS) Menjadi pusat kecemerlangan yang terkenal dalam bidang Hal Ehwal Antarabangsa dan Perniagaan Antarabangsadi Asia. Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM (COLGIS) yang ditubuhkan pada 2008. COLGIS ialah tempat untuk mereka yang berusaha untuk membuat perubahan di dunia; yang terpesona dengan kuasa kerajaan dan pengaruhnya terhadap pembaharuan dasar, yang meneruskan perkhidmatan profesion undang-undang kepada masyarakat, yang ingin meneroka peristiwa yang berlaku di seluruh dunia, dan yang bercita-cita untuk terlibat dalam isu perhotelan dan alam sekitar. 25 VISI MISI Menyebarkan pengetahuan holistik berdasarkan kebenaran dalam bidang Hal Ehwal Antarabangsa dan Perniagaan; dan untuk melahirkan graduan yang akan menyumbang secara bermakna dan progresif ke arah kesejahteraan masyarakat nasionaldanglobal. PUSAT PENGAJIAN Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) Pusat Pengajian Kerajaan Pusat Pengajian Pengajian Antarabangsa Pusat Pengajian Undang-undang Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti & Alam Sekitar Pusat Pengajian Industri Pengurusan Kreatif & Seni Persembahan


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KEDUDUKAN TERKINI #INIUUMKITA #UNIUTAMA PENCAPAIAN & KEDUDUKAN UUM


PENCAPAIAN DAN ANUGERAH Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dianugerahkan anugerah ‘Cybersecurity outreach provider of the year’ pada suatu majlis makan malam yang diadakan di Kuala Lumpur. Majlis makan malam tersebut bertujuan untuk meraikan danmengiktirafindividudaninstitusi yang menyumbang kepada cybersecurity di dalam Malaysia. Turut dihadiri oleh Menteri komunikasidanmultimedia ,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar HajiMusa. UUM telah berjaya membawa pulang sebanyak RM 15000 melalui 6 orang pelajar daripada Pusat Pengajian Ekonomi,Kewangan dan Perbankan (SEFB). Daripada 6 orang tersebut, 4 orang merupakan satu kumpulan di mana mereka juga mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM500 dalam kategori Fortnight. Manakala 2 peserta lagi merupakan perserta individu yang membawa pulang sebanyak RM2000 melalui 2 kategori iaitu Fortnight 2 dan Fortnight 4. BURSA INTER-VARSITY STOCK CHALLENGE (BISC) 2022 BERITA > ANUGERAH CYBERSECURITY OUTREACH PROVIDER OF THE YEAR BERITA > UUMUNIVERSITIKEDUATERBAIKMALAYSIA BERITA > U N I V E R S I T I U T A R A M A L A Y S I A UUM kini menjadi university kedua terbaik di Malaysia. Ini telah disahkan melalui Times Higher Education World University Rankings' (THEWUR) 2023. UUM yang kini juga berada di kedudukan ke-70 di seluruh Asia. Kenaikan kedudukan secara mendadak ini adalah disebabkan oleh penambahan jumlah pelajar dan kakitangan antarabangsa. Sebab ini telah diberitahu oleh naib canselor sendiri iaitu Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dalam suatu temubual. Kenaikan sebanyak 200 anak tangga telah menempatkan UUM setaraf dengan university – university terkemuka di dunia seperti University of Denver di Amerika Syarikat, Brunel University di United Kingdom, Victoria University of Wellington di New Zealand dan Murdoch University di Australia yang semuanya berada dalam ranking yang sama iaitu 400-501. 27


UUM RANKING 28


PENUTUP Kesimpulan yang dapat disimpulkan daripada kajian mengenai penubuhan Universiti Utara Malaysia (UUM) ini ialah kita dapat mengetahui tentang sejarah penubuhan UUM yang merupakan satu proses yang agak sukar kerana tapak UUM dahulu merupakan sarang komunis. Oleh itu, penyelidikan ini merupakan salah satu cara untuk memupuk semangat untuk menghargai pejuang-pejuang dahulu yang bersusah payah untuk menubuhkan universiti ini. Seterusnya, sebagai warga UUM, adalah sewarjanya untuk warga UUM untuk mengetahui apakah tujuan sebenar UUM ini ditubuh. Sejajar dengan penubuhan tugu peringatan Sintok, warga UUM perlu mendaptasikan nilai Motto yang diterapkan oleh UUM iaitu dapat melahirkan warga UUM yang menuntut ilmu, menabur budi, dan mencurah bakti. PENUTUP 29


IMBAS QR CODE INI UNTUK MELIHAT VIDEO PERBENTANGAN 30 HTTPS://YOUTU.BE/KYSENZ7VFJ0


Click to View FlipBook Version