PITA
PENGUKUR
DAN TUKUL
KUKU
KAMBING
JELUTONG SQUAD
JELUTONG SQUAD
REKA BENTUK & PEMBUATAN PERABOT
(VRT 3023) SEMESTER 2
2019/2020
PERALATAN BENGKEL PERABOT (E-BOOK)
PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. MOHAMED NOR AZHARI BIN AZMAN
DISEDIAKAN OLEH:
IZZATUL HUSNA BINTI AHMAD SAHAR D20191089743
RANNYAR SAIBUN D20191089746
MUHAMMAD FARISDZUL HILHAM BIN AMINZAKI D20191089756
NUR SYAFAWANI BINTI CHE MAT D20191089759
NELSON JAMBUL ANAK HOLIES GRA D20191089768
MOHAMMAD AKMAL NASRULLAH BIN OMAR D20191090357
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PITA PENGUKUR: 5
i) Pengenalan dan fungsi 6-14
ii) Cara penggunaan 15
iii) Faktor keselamatan semasa
16
mengguna
iv) Cara penyimpanan 18
19-23
TUKUL KUKU KAMBING: 24-25
i) Pengenalan dan fungsi
ii) Cara penggunaan 26-27
iii) Faktor keselamatan semasa
28
mengguna
iv) Cara penyimpanan
RUJUKAN
PITA PENGUKUR
(MEASUREMENT TAPE)
PENGENALAN & FUNGSI
• Berfungsi untuk mengukur jarak dan panjang objek serta memindahkan
ukuran
• Unit ukuran dalam m, cm dan mm
• Ukuran imperial (inci & kaki) | metrik (sentimeter & meter)
• Diperbuat dari plastik atau keluli. Panjang kebiasaan pita pengukur
antara (2.0m – 8.0m)
6
CARA PENGGUNAAN :
1. Tarik keluar bilah pita pengukur
dari perumah
7
CARA PENGGUNAAN:
2. Ambil ukuran pada sifar
(pencangkuk) dan selarikan dengan
permulaan dan panjang objek /
meletakkan ukuran dari satu titik ke
satu titik.
8
CARA PENGGUNAAN: TIDAK BERKUNCI
3. Pengunci digunakan sebagai
penahan (lock) bilah pita pengukur
BERKUNCI
9
CARA PENGGUNAAN:
4. Sukat / tanda jarak dengan
pensil atau pisau penanda
10
CARA PENGGUNAAN:
5. Menanda ukuran dengan
menggunakan simbol ‘v’
(mendapatkan ukuran yang tepat
dan jitu)
11
CARA MEMBACA UKURAN PADA PITA
PENGUKUR
12
• Ukuran dalam inci pita pengukur mempunyai pecahan 4, 8 dan 16.
• Bacaan ‘hun’ digunakan pada pecahan 1/8 hingga 8/8
contoh: (1/8 = 1 hun , 2/8 = 2 hun) @ (2” 3/8 = 2 inci 3 hun)
• Pada rajah:
* 1” 1/4 = 1” 2/8 = 1” 4/16
• Pita pengukur mempunyai unit seperti inci (”), milimeter (mm), meter
(m), sentimeter (cm), dan kaki (’)
• 1’ ( 1 kaki) = 12” (12 inci)
13
CARA MENGUKUR RUANG
14
panjang 60mm
• Rapatkan pencangkuk pada bahagian dalam hujung
objek yang diukur seperti dalam rajah. (pencangkuk
direka longgar)
• Jumlahkan ukuran panjang pada perumah (60mm)
dengan ukuran akhir yang diambil pada bilah pita
pengukur.
15
FAKTOR KESELAMATAN SEMASA
MENGGUNA PITA PENGUKUR
Minta penerangan Memastikan pita pengukur Meminta bantuan individu
daripada penyelia berfungsi dan berada lain untuk memegang
bengkel mengenai cara bilah pita pada
penggunaan pita dalam keadaan yang baik pencangkuk sekiranya
pengukur dengan betul. bagi mengelakkan ingin membuat bacaan
sebarang kemalangan ukuran yang lebih panjang
berlaku.
Menggunakan pengunci Elakkan jari dan tangan Memasukkan bilah
ketika mengukur dan memegang bucu bilah pita pita secara perlahan
ke dalam perumah
menanda sebagai penahan ketika pita dimasukkan
dan mengelakkan bilah kembali ke perumah untuk 16
pita terlepas masuk ke mengelakkan kecederaan
perumah.
berlaku.
CARA PENYIMPANAN
• Pastikan pita pengukur dimasukkan dengan perlahan dan kemas bagi
mengelakkan kerosakan pada bahagian bucu bilah.
• Bersihkan pita pengukur daripada habuk, air dan diselenggara jika
terdapat kerosakan kecil.
• Simpan pita pengukur di dalam kotak peralatan atau gantungkan pada
tempat yang khas.
17
TUKUL KUKU KAMBING
(HAMMER)
PENGENALAN & FUNGSI
• Berfungsi untuk memasukkan paku ke dalam kayu, besi dan
juga menarik paku keluar dari kayu.
• Atau mengetuk paku dan mencabut paku
• Saiz tukul kuku kambing ditentukan mengikut berat kepala
tukul antara 200 gram- 850 gram
• Memiliki pemegang panjang (hulu), manakala kepalanya
mempunyai kuku dan permukaan mendatar
19
CARA PENGGUNAAN:
1. Jari memegang dengan kemas pada
pemegang tukul:
- Memegang pada bahagian tengah
pemegang (kerja lebih ringan)
- Memegang pada hujung pemegang
(memaksimumkan daya ketukan)
- Memegang pada bahagian tengah
pemegang dan mengeluarkan jari
telunjuk (supaya ketukan lebih terkawal)
20
CARA PENGGUNAAN:
2. Memulakan ketukan secara perlahan
(2 kali) dan lepaskan tangan dari paku
21
CARA PENGGUNAAN:
3. Hayunkan tukul dari siku dan bahu
untuk mendapatkan daya ketukan yang
kuat dan stabil
22
CARA PENGGUNAAN:
4. Sekiranya paku yang diketuk senget atau
bengkok boleh gunakan kuku pada kepala
tukul untuk mengeluarkannya
- Gunakan reja kayu sebagai fulkrum (titik
sokongan) untuk mengelakkan produk
rosak.
23
CARA PENGGUNAAN:
Cara memaku:
1) Memaku tegak - ketuk paku mesti masuk 3½
kali tebal kayu pertama
2) Memaku serong - kaedah ini menghasilkan
cengkaman yang lebih kukuh
3) Jangan memaku mengikut ira kayu untuk
mengelakkan kayu menjadi retak semasa
memaku.
24
FAKTOR KESELAMATAN SEMASA
MENGGUNA TUKUL KUKU KAMBING:
• Pastikan kepala tukul dan batang pemegang ketat (tidak tercabut)
• Letakkan reja kayu dibawah projek supaya paku tidak merosakkan meja kerja.
• Ketika proses mengetuk tiada tindakan pada tangan atau pergelangan tangan. Biarkan
berat tukul yang melakukan kerja ketukan bagi mengelakkan pergalangan tangan
lenguh atau terseliuh.
• Mata perlu sentiasa fokus pada arah hayunan tukul dan kepala paku
• Berhati-hati ketika mengetuk untuk mengelakkan terketuk pada jari, meja kerja atau
permukaan produk. 25
• Memastikan kawasan kerja lapang agar tidak menghalang kelancaran
ketika melakukan kerja menukul
• Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
• Kepala tukul dalam keadaan yang baik iaitu tidak sumbing dan permukaan
tidak membulat akibat kehausan
• Gunakan kertas karton atau kadbod lembut untuk mengelakkan dari
terketuk jari secara tidak sengaja:
26
CARA PENYIMPANAN
• Penukul yang telah digunakan perlulah disimpan di tempat yang khas dan
selamat.
• Tempat menyimpan alatan perlulah dilabel dengan nama alatan dan
kuantiti supaya mudah diambil dan direkod jika berlaku kehilangan.
• Selepas menggunakan penukul perlu dibersihkan terlebih dahulu, lap
serpihan sebelum menyimpan sebagai langkah kebersihan tempat
penyimpanan
• Sapukan peralatan dengan minyak gris dan gunakan kain untuk mengelap
lebihan minyak sebelum menyimpan amalan ini boleh membantu
mencegah karat dan kakisan pada peralatan
27
• Simpan tukul di dalam bekas simpanan, kotak peralatan atau unit rak
yang telah dilabel untuk memastikan kekemasan dan kemudahkesanan
jika diperlukan.
28
RUJUKAN
• https://youtu.be/0B-mtB5BgN8
• https://may.the-little-home.com/how-use-tape-measure-right-way-42086
• https://youtu.be/QzB8dHRima8
• https://www.slideshare.net/mobile/mechestud/unit3-3233130
• https://www.scribd.com/doc/89970760/KESELAMATAN-PERALATAN-TANGAN
• https://www.slideshare.net/roslijasin/bahan-pengikat-dan-pencantum
• http://j1003.blogspot.com/2007/07/bab-4-tukulpahat-dan-pengulir-sekeru.html
• https://www.slideshare.net/juradi79/penyenggaraan-alatan-tangan
• http://fptvgroup4.blogspot.com/2013/12/?m=1
• http://wlchan85.tripod.com/page09.htm
• https://fr.scribd.com/doc/134524426/Lebel-Bengkel
29
SOALAN PENGUKUHAN
• Terangkan secara ringkas cara menggunakan pita pengukur?
• Berapakah bacaan yang ditunjukkan pada pita?
• Apakah fungsi tukul kuku kambing?
• Apakah perbezaan antara tukul besi warrington dengan tukul kuku
kambing?
• Berdasarkan rajah di atas, bahan X berfungsi untuk
A. mengelakkan tukul daripada patah
B. memudahkan kerja mencabut paku
C. mengelakkan paku daripada rosak
D. mengelakkan kayu daripada tercalar
THANK YOU!
=)