The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmal32337, 2021-12-28 23:38:40

E-FOLIO KELAB KALIGRAFI

E-FOLIO KELAB KALIGRAFI

E-FOLIO
KELAB KALIGRAFI

(MPU24021)

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN PAUH PUTRA
02600 ARAU, PERLIS

PENSYARAH: USTAZ BORHANNUDIN BIN YA

NAMA AHLI NO MATRIKS
AKMAL SOLIHIN BIN MD SAUKAY 18DPM20F2031
MOHAMMAD HIDAYAT BIN AHMAD SABRI 18DDT20F1058

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN ILMU SENI KHAT 1
2.0 PERTUMBUHAN KHAT DAN TULISAN ARAB 2

PADA ZAMAN JAHILIYAH 3
3.0 SEJARAH TULISAN KHAT 4
4.0 SEJARAH KEMASUKAN SENI KHAT ARAB DAN
5
PENGARUHNYA DI NUSANTARA 6-9
5.0 PERKEMBANGAN KHAT DI MALAYSIA 9 - 13
6.0 TOKOH – TOKOH SENI KHAT 14 - 17
7.0 JENIS – JENIS KHAT
8.0 PERALATAN UNTUK PENGHASILAN TULISAN 18 - 19
20
KHAT 21
9.0 CARA MENULIS KHAT YANG BETUL
10.0 KESIMPULAN
11.0 SUMBER RUJUKAN

DUNIA SENI KHAT

1.0 PENGENALAN ILMU SENI KHAT

Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni
ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang
linkup peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki
tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan kedua Hijrah,
khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu penulisan. Melalui
khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi unsur penting
daripada cabang – cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.

Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud
garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan – tulisan
(kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan
ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan – tulisan
Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang
tinggi. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi
nilai – nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan,
kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya

1

2.0 PERTUMBUHAN KHAT DAN TULISAN ARAB PADA ZAMAN
JAHILIYAH

Terdapat pelbagai pendapat antaranya:

i. Khat yang berbentuk tawqifi’. Kelahiran khat ini ada kaitan dengan sumber
ketuhanan. Aliran ini berpendapat bahawa Nabi Adam a.s adalah pengasas
segala bentuk tulisan. Nabi Adam a.s mempelajari daripada Allah S.W.T dan
menulisnya ke dalam pelbagai buku. Setelah banjir surut, setiap bangsa
menerima buku masing – masing. Buku bertulisan Arab menjadi milik Nabi
Ismail a.s.

ii. Seni khat terdiri daripada khat al – Musnad juga dikenali sebagai khat Arab
Utara atau Khat Humairi. Khat ini telah tersebar di persekitaran al –
Mundhir dan Syam (Syria). Ini berlaku semasa rombongan perniagaan di
antara orang Arab Yaman dan orang Arab yang bermukim di Syria, dan Iraq
di utara Semenanjung Tanah Arab. Melalui mereka, khat ini dibawa secara
langsung ke bumi hijjaz.

iii. Berkembang hasil daripada khat Nibti (Nabatea). Berdasarkan kepada
pendapat G.J Klehr pada pertengahan pertama abad ke – 18 terdapat
hubungan antara khat Arab dengan khat Nubti (172M). Menurut Th.
Noldeke khat Arab berkembang daripada khat Nubti (1865M). Berdasarkan
kepada kajian tentang hasil – hasil ukiran sebelum Islam dan pada abad
pertama Hijrah, menunjukkan khat Arab terbit daripada khat Nibti. Ukiran
tertua yang dapat dijadikan bukti peringkat – peringkat penyebaran dalam
perkembangan khat Nibti yang berlaku pada penghujung abad ke – 3 dan
abad ke – 4 masihi telah dijumpai di Umm al – Jamal (250M) dan
Nammarah (328M). Kedua – dua ukiran ini, adalah dalam bahasa dan
tulisan Nibti.

2

3.0 SEJARAH TULISAN KHAT

Khat Islam atau Khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan
secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan (kitab, lebih – lebih lagi Al –
Quran), di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk
kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan
oleh semua Muslim dalam bahasa masing – masing seperti tulisan Jawi. Mereka
menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan
Tuhan menggunakan gambar. Seni khat merupakan seni yang amat disanjungi di
antara seni – seni Islam yang lain kerana ia merupakan salah satu cara utama
mengekalkan keaslian kandungan ayat – ayat suci Al – Quran selain melalui
hafalan para huffaz (penghafal Al – Quran). Pengharaman mengukir atau melukis
rupa makhluk yang boleh membawa kepada taghut dan penyembahan berhala
mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk
gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks
keagamaan. Karya – karya yang dihasilkan oleh khattat (pakar – pakat Khat)
dikumpul dan amatlah dihargai kerana ianya mempunyai nilai yang besar dalam
rujukan kaedah – kaedah penulisan khat.

(Tandatangan bergaya (tughra) Sultan Empayar Uthmaniyah Mahmud II)

3

4.0 SEJARAH KEMASUKAN SENI KHAT ARAB DAN
PENGARUHNYA DI NUSANTARA

➢ Khat Arab mula bertapak di Kepulauan Jawa
➢ Sebelum kedatangan khat arab dan khat jawi masyarakat nusantara bersifat

jahil dari segi pengetahuan.

➢ Namun begitu, sebaik sahaja kedatangan pedagang dan peniaga arab

penduduk mula berminat untuk mempelajari tulisan arab yang dibawa oleh
mereka bermula daripada penulisan

➢ Penduduk nusantara mula menghafaz huruf – huruf arab sekaligus

mempelajari Al – Quran dan hokum – hukum yang berkaitan dengan agama
Islam, maka penyebaran agama Islam seiring dengan perkembangan seni
tulisan khat di Nusantara.

4

5.0 PERKEMBANGAN KHAT DI MALAYSIA

Di semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh pertemuan Batu Bersurat di
Terengganu telah membuktikan bahawa khat arab telah diguna pakai di Alam
Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia telah bermula sekitar kurun ke – 7 Hijrah iaitu
702H / 1303M di mana khat arab telah terpahat di lubuk hati masayrakat Melayu.
Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu. Berhampiran dengan batu
terebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah Allah yang mirip
khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan
menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan.

Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh, tulisan
ini diukir diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang
diwarisi turun temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat
Islam. Ayat Al – Quran diukir bermotifkan tumbuh – tumbuhan yang berpusing –
pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al –
Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam Melayu,
seni khat diabadikan diatas duit syiling seperti zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah (1455 – 1459). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah
(1632 – 1677), wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, mop
mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir
dengan ayat Al – Quran. Khat yang diabadikan diatas tenunan songket dan hiasan
menambahkan lagi keunikan penggunaan khat di Malaysia. Pameran khat juga
sering diadakan di Malaysia dibawah anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana
Menteri dan lain – lain. Hal ini bertujuan sebagai tanda kebangkitan kembali
penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran islam. Diantara ahli
khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Sued Abdul Rahman al – Attas. Khat
beliau diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Masjid
Jamek, Bangunan Parlimen Malaysia, Koleksi Muzium Seni Asia (Universiti
Malaya), Koleksi Sultan Johor dan lain – lain lagi.

5

6.0 TOKOH – TOKOH SENI KHAT

1) SHEIKH ABDUL AZIZ AFFANDI AL – RIFA ‘IE (1871-1934M)

Sheikh Abdul Aziz Affandi Al – Rifa’ EI dilahirkan di Qasbah, Terabezon,
Turki pada tahun 1871M (1288H). Ketika berusia lima tahun beliau telah
berpindah bersama bapanya Abdul Hamid Afandi menuju ke Istanbul.
Kecenderungannya terhadap seni khat jelas kelihatan ketika beliau masih
lagi menuntut di sekolah kanak – kanak di kampungnya. Disebabkan
kecenderungan ini, Sheikh Abdul Aziz Al – Rifa’IE telah diserahkan sendiri
oleh ayahnya kepada penulis khat tersohor ketika itu bernama Baqqal Arif
Afandi untuk mempelajari khat. Beliau mendalami Khat Tuluth dan Nasakh
daripada Sheikh Baqqal manakala Khat Tuluth Jalli dan Ta’liq dipelajari
daripada Sheikh Sami Affandi

Pada tahun 1922M, beliau berhijrah ke Kaherah, Mesir di atas jemputan
Raja Fuad I, iaitu Raja Mesir pada masa itu untuk menulis Mushaf baginya.
Kemudian beliau terus menetap di Mesir dan menjadi tenaga pengajar seni
khat di Institusi Diraja Tahsin Al – Khutut Khalil Agha, Kaherah dan di
sekolah Al – Syeikh Salih selama 11 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau
membantu mengasaskan dua buah sekolah yang bermatlamat
mengindahkan khat – khat Arab. Beliau telah menjadi pengetua dan guru
khat bagi kedua – dua sekolah itu. Sepanjang tempoh itu juga banyak buku
– buku dan tulisannya dicetak serta masih lagi digunakan hingga kini. Di
Mesir, seluruh penulisannya dikembangkan dalam segenap bentuk.

Setelah berada di Mesir sehingga dalam lingkungan umur 70 an, beliau
kembali ke negara asalnya di Turki dan seterusnya pada 1934M (1353H),
beliau meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Perkuburan
Adranah Qabi, di Istanbul, Turki. Jasa Sheikh Abdul Aziz Al – Rifa’IE amat
besar dalam pembangunan kesenian Islam.

6

Beliau telah menulis sebanyak 12 mushaf, helaian – helaian seni khat, mencipta
kertas Al – Ibro dan mencipta pelbagai motif seni hiasan. Seni penulisannya amat
berpengaruh di Mesir dan namanya sentiasa dijulang dikalangan penulis – penulis
khat Mesir.

2) SHEIKH MUHAMMAD BADAWI DERANI (1894 – 1967)

Sheikh Muhammad Badawi Derani dilahirkan pada 1894M di Damsyik, Syria
serta wafat pada 1967M. Beliau mempelajari seni khat daripada Sheikh
Hamid Al – Amidi dan Yusouf Rasa di Turki manakala di Syria beliau berguru
dengan Mamdouh al Shareef dan Moustafa al Sibaei. Tulisannya banyak
dipengaruhi oleh Mustafa Raqam, Azizuddin Rafaey, Hamid Al – Amidi dan
Hashim Baghdadi.Beliau merupakan tokoh tersohor seni khat di Syria pada
zamannya dan antara muridnya ialah Sheikh Uthman Taha yang terkenal
sebagai penulis Mushaf Madinah yang dipakai sehingga ke hari ini. Kini,
Syria merupakan antara negara yang banyak melahirkan Khuttat yang
memenangi pertandingan khat antarabangsa.

Beliau mengasaskan sekolah seni Khat Nastaliq di Damsyik, Syria yang kini
terkenal sebagai Institusi Nastaalque Badawi Derani yang banyak
melahirkan khattat Syria. Beliau amat mahir dalam semua jenis khat
termasuk Farisi, Thuluth, Kufi, Riqaah, Diwani, Diwani Jali dan Nasakh.
Beliau banyak menulis di dinding masjid sekitar Damsyik, tulisan sijil dan
memo kerajaan, Masjid Nabawi di Madinah, istana dan bangunan kerajaan
di Arab Saudi. Karya beliau dikumpul oleh anaknya melebihi 1500 karya
yang telah dicetak semula dan diedarkan di Syria, Switzerland dan Amerika.

7

3) SHEIKH SAYYID IBRAHIM (1897-1994M)

Dilahirkan di Seksyen Qal’ah, Kaherah pada bulan Ogos 1897M.
Memperolehi ijazah pertama dari Universiti Al – Azhar seterusnya Ijazah
Sarjana dalam bidang sastera di Universiti Al – Ahliah Al – Masriyah. Beliau
meminati seni khat sejak kecil dan mempelajari seni khat daripada Syeikh
Abdullah Bek Al – Zahdi dari Turki dan Syeikh Muhammad Bek Jaabar.

Berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Sayyid Ibrahim,
beliau telah diamanahkan untuk mengajar seni khat di Universiti
Kaherahdan Institusi Tahsin Al – Khutut, Kaherah, Sayyid Ibrahim amat
terkenal sebagai penulis khat sekitar awal kurun ke – 21. Beliau telah
banyak menghasilkan tulisan – tulisan di dalam buku, majalah dan
bangunan – bangunan berseni.

Beliau pernah bekerjasama dengan penulis Turki terkenal Ahmad Kamil di
dalam penulisan di Istana Gabenor Muhammad Ali di Maniel, Turki dan
Masjid Bangalore di India. Beliau meninggal dunia pada bulan Januari 1994
di Kaherah, Mesir.

4) SYEIKH MUHAMMAD ABDUL QADIR

Nama penuh Muhammad Abdul Qadir Abdullah. Lahir di bandar Kaherah,
Mesir pada 1971M. Merupakan pelajar Institusi Tahsin AL – Khutut Khalil
Agha, Kaherah. Beliau bergurukan Syeikh Muhammad Izzat dari Turki,
Syeikh Muhammad Ali Makawi dan Syeikh Muhammad Ridhwan.Beliau
terkenal sebagai pembaharu di dalam Khat Kufi. Beliau juga telah mencipta
Tarkib Thuluth Jalli yang rumit jarang dilakukan oleh penulis lain.Beliau
memperolehi anugerah antarabangsa yang banyak antaranya Anugerah
Seni Khat dan Penyemarak Khat pada 1938M. Beliau kerap diajak menjadi
hakim Pertandingan Khat pada 1938M, terakhirnya pada pertandingan
Yaqut Al – Musta’lami pada 1989M. Jasa beliau di dalam memperkasakan
seni khat memang tidak ternilai

8

5) SYEIKH MUHAMMAD HADDAD
Nma penuhnya Muhammad bin Saad bin Haddad, dilahirkan di Kaherah
pada 1920M. Beliau meminati khat semenjak kecil dan Ijazah Seni Estetika
dari Universiti Kaherah pada tahun 1943. Syeikh Haddad aktif di dalam
penulisan Mushaf yang banyak di Mesir. Beliau pernah meraih Johan Khat
Sedunia pada tahun 1984 dan menerima anugerah Presiden Hosni Mubarak
di atas jasanya. Beliau juga meninggalkan dua karya agong untuk peminat
seni khat, pertama ‘Nuqat Fauqa Huruf’ dan kedua ‘Huruf Min Ghari
Nuqat’.

9

7.0 JENIS - JENIS KHAT

1) KHAT RIQ’AH

Khat ini telah diciptakan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid
Khan oleh penulis khat yang bernama Turki Mumtaz Bek pada tahun1280H.
Khat ini dicipta bagi memudahkan semua urusan rasmi dalam kalangan
kakitangan kerajaan kerana ia dapat menyeragamkan semua bentuk tulisan
menjadi satu.
Ciri – ciri khat ini ialah bentuk huruf kecil, tegak dan tidak menggunakan
baris. Khat riq’ah ini lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan
dengan tulisan khat yang lain. Pada masa kini, tulisan khat ini menjadi
tulisan harian masyarakat arab.

9

2) KHAT DIWANI

Khat ini telah dicipta oleh Muhammad Munif dan disempurnakan oleh
Syahla Pasya serta al – Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal pada
tahun 857H iaitu setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan
Muhammad al – Fateh. Khat ini dicipta untuk menulis surat – surat
rasmi, keputusan dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan.
Antara ciri – ciri tulisan ini ialah berbentuk condong ke kiri, lembut,
bindar dan melengkung, bersusun dan bertindih – tindih serta tidak
berbaris. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil,
watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah
mahupun masjid – masjid.

10

3) KHAT NASAKH

Khat ini dinamakan khat nasakh kerana tulisannya digunakan untuk
menashkahkan atau membukukan al – Quran serta pelbagai naskhah
ilmiah yang lain. Bentuk khat nasakh ini telah diubahsuai oleh Ibnu
Muqlah sehingga tulisannya menjadi seperi sekarang. Tulisan ini muncul
pada abad ke - 3 hujung Hijrah atau 8 Masihi dan telah berkembang
meluas pada hujung abad ke – 4 Hijrah atau 9 Masihi.
Terdapat beberapa ciri – ciri khat nasakh ini, antaranya ialah ia mudah
dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris.
Tulisan khat nasakh ini digunakan pada zaman sekarang untuk menulis
al – Quran, akhbar dan majalah – majalah ilmiah.

11

4) KHAT THULUTH

Khat thuluth dinamakan sebegini kerana huruf menegaknya ditulis
dengan mata pen khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu mestilah
mempunyai kelebaran sebanyak 1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa
ingin menulisnya. Selain nama khat thuluth, ia juga dikenali sebagai
Ummul Khat (ibu tulisan). Seseorang penulis khat itu tidak akan digelar
sebagai penulis khat yang handal selagi dia tidak betul – betul
menguasai penulisan khat thuluth ini.
Ciri – ciri khat ini ialah hurufnya lembut, mudah dibentuk dan mudah
dibaca kerana mempunyai baris. Ia juga bersifat dekoratif dan
mempunyai seni – seni tersendiri. Khat ini amat sesuai dijadikan
perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda dan sebagainya
kerana tulisannya sangat cantik dan unik.

12

5) KHAT KHUFI MURABA’

Khat kufi muraba’ ini juga dikenali sebagai kufi empat segi kerana
bentuk hurufnya serta susunannya berbentuk empat segi apabila ditulis.
Setiap huruf yang ditulis di dalam khat ini hendaklah disusun memenuhi
ruang yang ada. Khat ini disusun daripada garis – garis lurus yang
bertembung dengan garis – garis menegak.
Hasil daripada kaedah susunan tadi, maka terhasil lah huruf yang
berbentuk lurus yang tidak bulat tidak melengkung sama sekali. Oleh
demikian itu, pembaris dan pensil haruslah digunakan semasa membuat
khat ini. Sifat – sifat khat ini ialah berbentuk segi empat, tidak
mempunyai baris serta hurufnya tersusun rapat. Khat ini sesuai
digunakan sebagai hiasan dalam bentuk geomatrik pada bangunan –
bangunan dan logo.

13

8.0 PERALATAN UNTUK PENGHASILAN TULISAN KHAT

➢ Peralatan menulis:

Pen khat, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai
kelebihan masing – masing. Bagi mereka yang ingin menceburi
bidang ini, digalakkan menggunakannya ke semua jenis pena. Pakar
– pakar khat biasanya menggunakan pena dari tumbuhan seperti
buluh, resam, batang pinang, dan kayu ijuk untuk menulis.
Penggunaan pena dari tumbuhan ini memerlukan kemahiran yang
tinggi iaitu cara mengasahnya, melicinkan, dan menggunakannya
dengan baik. Untuk mereka yang baru belajar cara terbaik gunakan
pen khat marker, yang mempunyai 3 jenis matai aitu 1.0 (0.1cm), 2.0
(0.2cm), dan 3.0 (0.3cm).

Pen khat marker

14

➢ Pena Resam & Buluh
Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker,
pembaris, set geomatrik. Sebelum menulis biasanya dilakar dahulu
menggunakan pensel, dan yang terbaik gunakan pensel HB (yang
kurang pekatnya)

Buluh dan resam dengan mata yang berbeza

15

➢ Kertas
Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas
yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Kertas
yang biasa digunakan ialah Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau
kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah
mengembangkan dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang
kekasaran pada permukaan meja dan disyorkan pelapik yang
digunakan mempunyai grid seperti contoh di bawah.

Antara contoh buluh, resam dan sebagainya

Kertas khat

16

➢ Dakwat
Dakwat dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaik ialah yang
mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas
kertas, memudahkan pergerakan tangan semasa menulis dan warna
yang bersinar (shining) selepas kering. Antara dakwat yang biasa
dipakai ialah Holbien, Faber Castell, Calligraphy dan seumpamanya.
Dakwat tidak boleh dibiarkan melekat pada mata pena khususnya
mata pena besi kerana ianya boleh menghalang aliran dakwat
semasa menulis.
Bekas filem biasanya digunakan sebagai bekas dakwat, dan
didalamnya dimasukkan span yang dicubit kecil, bertujuan untuk
menghadkan dakwat disedut semasa mencucuh pena ke dalamnya.
Ini bagi mengelakkan tulisan di atas kertas rosak dan melimpah
dengan dakwat. Kalau sesiapa yang biasa melihat penulis khat yang
menggunakan resam buluh, acapkali dilihat mencucuh ke dalam
bekas dakwat, selalu dicucuh untuk mendapatkan keseragaman
dakwat tu apabila ditulis.

Contoh dakwat yang digunakan

17

9.0 CARA MENULIS KHAT YANG BETUL

Penulisan khat perlulah mengikut cara yang betul bagi memperoleh hasil
karya yang berkualiti dan kemas. Penulisan khat yang terbaik adalah yang
mengikut kaedah yang betul, ini kerana keseniannya dapat dilihat dengan
penggunaan kaedah tulisan yang tepat. Proses pengajaran dan
pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang agak sukar dan
memerlukan kepada kesabaran dan masa yang Panjang di samping azam
yang kuat tanpa rasa putus asa. Seseorang yang ingin mempelajarinya perlu
diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar dari pengajar,
membaca buku rujukan dan mengambil perhatian yang serius untuk
memahami setiap pengajaran terutama dalam aspek pengukuhan dan
pembetulan.

• Cara memegang pen

- Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 90 darjah.
- Keseluruhan mata pen menyentuh kertas
- Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen

• Suasana semasa menulis

- Suasana mestilah tenang dan kemas
- Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas
- Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh
- Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat

• Psikologi menulis

- Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuhnya tumpuan
kepada penulisan

18

- Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suru
- Meniru atau menekap tulisan penulis – penulis yang berpengalaman

dengan tujuan penulisan
• Latihan

- Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar.
Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan
seterusnya ayat

- Biasakan berlatih menulis menggunakan kaedah yang tepat
- Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak berkali – kali sebagai latih

tubi yang berkesan

19

10.0 KESIMPULAN

• Kesimpulannya, kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan di
dalam Islam dan di antara kesenian yang digalakkan oleh Islam ialah Seni
Khat Arab.Nabi s.a.w, telah memberi penekanan terhadap seni khat,
sekalipun Baginda seorang Ummi. Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua
lapisan masyarakat ia boleh dianggap sebagai aset yang sangat berharga
bagi generasi Muslim akan dating.

• Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara
langsung dengan al – Quran. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah
diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan
khazanah al – Quran. Seharusnya Umat Islam tidak mencari keindahan di
luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga
melengkapkan keperluan kehidupan umatnya.

21

11.0 SUMBER RUJUKAN

1) http://hatikutenang.blogspot.com
2) https://pengajianislam.pressbooks.com
3) https://ms.m.wikipedia.org
4) https://inaniabdrahman.blogspot.com

21


Click to View FlipBook Version