The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shamirul bin aripuddin Shamirul, 2024-05-05 11:18:09

report latihan industri shamirul

report latihan industri shamirul

51 BAB 4: CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 6.1 PENGENALAN Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang merupakan salah satu langkah yang baik bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Pengalaman bekerja juga merupakan satu objektif latihan industri juga supaya pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari semasa berada di dalam kelas. 6.2 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Setiap pelajar dapat memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan semasa menjalani latihan industri. Dengan cara itu juga, dapat memberikan impak positif seperti kualiti dan kecekapan semasa bekerja. Antaranya ialah: i. Pihak Institut haruslah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa para pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Dengan ini, ia dapat menjalinkan perhubungan yang lebih erat antara pihak Institut dan organisasi. Pihak organisasi lebih mudah untuk mengambil para pelajar dari Institut untuk menjalani latihan industri di tempatnya. Perkara ini juga dapat mengelakkan daripada kekeliruan atau salah faham antara satu sama lain. ii. Syarikat atau firma juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar.Justeru pihak firma seharusnya menyediakan peluang pekerjaan seperti tugas kerja kepada pelajar. iii. Pelajar harus lebih cekap dan menepati masa dalam melakukan tugas yang diberikan agar pihak syarikat memberikan kepercayaan untuk melakukan sesuatu tugas. Selain itu, kehadiran adalah satu satu perkara yang sangat penting yang perlu dijaga supaya dapat mengekalkan rekod yang baik. iv. Seterusnya, pihak syarikat atau firma perlulah menitik beratkan tentang permasalahan pelajar sepanjang menjalani latihan industri. Memandangkan


52 pelajar masih baru dalam pra pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Kesimpulannya, itu sahaja yang dapat diusulkan sebagai penambahbaikan supaya perancangan kerja lebih teratur dan sistematik.


53 BAB 5:PENUTUP 7.1 KESIMPULAN Setelah 3 bulan menjalani latihan industri bermula 8 JANUARI 2024 dan berakhir pada 31 MAC 2024 berbagai perkara telah ditempuhi dan pelbagai pengalaman yang telah diperoleh oleh pelajar. Pelajar juga turut berpeluang mempratikkan sebahagian perkara yang telah dipelajari, sama ada secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di institut sebelum ini. Namun demikian, di kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja. Seterusnya, kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu memenuhi fungsinya secara optimum. Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi keutamaan. Secara amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat serta faedah kepada pelajar dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelajar akan dapat melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya. Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara yang telah berubah antaranya daripada sudut persekitaran, pembelajaran, dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ianya secara langsung dapat mempertingkatkan sikap toleransi terhadap diri pelajarsendiri. Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang boleh diperbaiki pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program latihan industri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelatih walaupun terdapat kelemahan kecil yang boleh mencacatkan keadaan, tetapi dapat ditangani dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.


54 Kesimpulan yang pelajar dapat ketika menjalani latihan industri ini ialah dapat mempergunakan segala ilmu yang telah pelajari daripada IKTBN Sepang untuk didedahkan ke alam pekerjaan terutamanya dalam bidang jurusan Diploma Teknologi Mekanikal Pembuatan CAD/CAM ini. Pelajar juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang latihan industri dijalankan. Akhir sekali, pelajar merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak GRAND MARCH SDN. BHD. serta Unit Latihan Industri Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor atas segala bantuan yang telah diberikan kepada pelajar sepanjang latihan industri ini dijalankan. Seterusnya, juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan menjalani latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya 7.2 RUJUKAN ➢ Muhammad Hadi Bin Khishammudin • +60 11-2729 8256 ➢ [email protected]


55 7.3 LAMPIRAN Lukisan Kejuruteraan Main Fr Pillar Lukisan Kejuruteraan Table Stand


56 Lukisan Kejuruteraan Jig Table Lukisan Kejuruteraan Table Frame


57 Lukisan Kejuruteraan Bf Struture Lukisan Kejuruteraan Assembly


58


Click to View FlipBook Version