The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin Farmasi Edisi 1-compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farmasihosber, 2024-04-08 00:59:33

Buletin Farmasi Edisi 1

Buletin Farmasi Edisi 1-compressed

B u l e t i n F a r m a s i Edisi 1/2023


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Buletin Farmasi Edisi 1 dapat diterbitkan. Tahniah dan syabas kepada semua warga unit yang memberikan komitmen serta kerjasama yang baik dalam usaha penerbitan buletin ini. Edisi pertama ini dimulakan dengan pengenalan kepada semua kakitangan Unit Farmasi & Bekalan Hospital Bera, memaparkan artikel berkenaan ubat & puasa, pengenalan kepada Antimicrobial Stewardship Programme serta Keselamatan Pengubatan. Selain itu, dikongsikan juga aktiviti-aktiviti PUB-P sepanjang tahun 2023 serta beberapa program dan majlis yang dianjurkan oleh Unit Farmasi & Bekalan. Semoga pada tahun yang akan datang, lebih banyak kenangan manis yang dapat dicipta bersama serta dapat menguatkan ukhuwah antara semua kakitangan unit. NajwaShamsul Pe K gawai Farmasi etua Editor Sekian, terima kasih. Dari Meja Editor Editor : Syazwani Zulkofli Soo Ling Ling Siti Rasyidah Yahaya Masitah Mohd Ghazali Fadzilah Mohamad Nasir Rosda Ayu Mohamad @ Muda Nurul Syahida Radzuan


Misi, Visi & Objektif Pengenalan Staf Keselamatan Pengubatan PUB-P Puasa & Ubat isiKandungan Pelancaran Loker4u Perhimpunan Pagi Jamuan Unit Farmasi & Bekalan Antimicrobial Stewardship WAAW


3 MISI, VISI & OBJEKTIF UNIT FARMASI 1 2 VISI Memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik, berkualiti dan cekap demi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan pesakit. OBJEKTIF Memberikan perkhidmatan farmasi secara profesional dan terkini selaras dengan panduan dan amalan farmasi yang terbaik. Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang cekap dan berkesan selaras dengan perkembangan terkini. Memastikan bekalan ubat-ubatan dan item pakai buang kepada semua wad/unit di hospital adalah sentiasa memenuhi kualiti, efektif dan mencukupi demi keperluan pesakit. MISI Menyediakan perkhidmatan farmasi yang bermutu lagi dinamik sejajar dengan kehendak pelanggan agar lebih profesionalisme, penyayang dan proaktif.


1 NORHAFIZA BINTI ABDULLAH KETUA PEGAWAI FARMASI 2 AHMAD BIN SHAFIE 3 KETUA UNIT FARMASI LOGISTIK 6 SYAZWANI BT ZULKOFLI KETUA UNIT FARMASI KLINIKAL 8 MASITAH BT MOHD GHAZALI UNIT FARMASI PESAKIT LUAR 7 4 SITI RASYIDAH BINTI YAHAYA KETUA UNIT FARMASI PESAKIT DALAM 9 5 KETUA UNIT FARMASI DIS NUR NAJWA BINTI SHAMSUL BAHARIN WAN MUHAMAD AZRI BIN WAN KHAZANAH @ WAN SALLEH KETUA UNIT FARMASI PESAKIT LUAR ROSDA AYU BT MOHAMAD @ MUDA Pengenalan Staf UNIT FARMASI PESAKIT LUAR NURUL SYAHIDA BT RADZUAN UNIT FARMASI PESAKIT LUAR


10 11 14 16 13 15 12 17 18 NOR ASMAWATI BT ZAINAL PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 ROSNAH BT MOHD NOR PENOLONG PEGAWAI FARMASI U32 NURSYUHADA BT SOADDI PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 KHADIJAH BT SAMSURI PEMBANTU TADBIR N22 (TBK) MUHAMMAD NAZROL AFFENDY BIN JOHARI Pengenalan Staf NOR FATIMATUL ZAHRAH BT ZAKARIA FATIN NAIMA BT MOHAMAD NAWI PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 PEMBANTU TADBIR N22 (STOR) HAIRUL NIZAM BIN AB RAFFAR PEMBANTU OPERASI N11 SITI MAZURA BT MAT YATIM PEMBANTU AWAM H11 PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29


Maksud puasa: menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari disertai dengan niat. Dalil tentang puasa: “….. Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183) Keharusan pesakit meninggalkan puasa sekiranya tidak mampu berpuasa: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam pelayaran (bermusafir), (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.” (Al-Baqarah: 184) PUASA DAN UBAT-UBATAN Fadzilah binti Mohamad Nasir Rosda Ayu binti Mohamad @ Muda Nurul Syahida binti Radzuan Unit Farmasi Pesakit Luar Panduan mengambil ubatubatan ketika bulan puasa Bagi ubat yang diambil pada waktu malam, pengambilan ubat adalah seperti biasa mengikut arahan yang ditetapkan. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat pada bulan Ramadan


Rujukan: 1. Diabetes and Ramadan Practical Guidelines 2021, International Diabetes Federation (IDF), in collaboration with the Diabetes and Ramadan (DAR) International Alliance, 2021 2. Clinical Practical Guidelines Management of Type 2 Diabetes Mellitus 6th edition 2020, Ministry of Health 3. Panduan Amalan di Bulan Ramadhan, JAKIM 2015 4. Risalah Puasa & Ubat, Bahagian Perkhidmatan Farmasi 5. Panduan berpuasa bagi pesakit, JAKIM 2013 6. Irsyad Al-Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Perubahan dos ubat kencing manis dan insulin ketika puasa Ubat yang tidak membatalkan puasa Ubat yang membatalkan puasa


SPREAD AWARENESSSTOP RESISTANCESalah satu bakteria menjadi mutant dan rintang kepada antibiotik Antibiotik membunuh semua bakteria kecuali bakteria yang kerintangan antibiotik Bakteria yang kerintangan antibiotik membiak dan bertambah banyak Bakteria yang kerintangan antibiotik boleh menyebarkan kepada antibiotik lain 01 Jangkitan bakteria menjadi lebih serius dan sukar diubati 02 03 04 Meningkatkan risiko penyebaran penyakit kepada orang lain Memerlukan jenis antibiotik lebih kuat dan mahal - kos rawatan tinggi Menyebabkan peningkatan risiko KEMATIAN Hanya ambil antibiotik yang dipreskripsikan Habiskan antibiotik yang dipreskripsikan mengikut arahan Kerap membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran Kerintangan antibiotik berlaku apabila bakteria berubah dan menjadi kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat jangkitan yang berpunca daripadanya. ANTIBIOTIK KERINTANGAN Bagaimanakah ia berlaku? Adakah ia bahaya? Langkah pencegahan Disediakan oleh: SYAZWANI BINTI ZULKOFLI


Objectives: Coordinated program that promotes the appropriate use of antimicrobials, improves patient outcomes, reduces microbial resistance, and decreases the spread of infections caused by multidrug-resistant organisms. Strengthens formulary restriction and approval system Regularly reviews antimicrobial prescribing with intervention and direct feedback to the prescribers. Educates prescribers, pharmacists and nurses about good antimicrobial prescribing practice and antimicrobial resistance. Evaluates compliance to clinical guidelines and reports on process measures, outcomes measures and antimicrobial resistance patterns to HIACC and Hospital Director. ANTIMICROBIAL STEWARDSHIP (AMS) By: SYAZWANI BINTI ZULKOFLI


21 November 2023 - Unit Farmasi & Bekalan dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi telah berjaya mengadakan Sambutan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrobial Sedunia / World Antimicrobial Resistance Awareness Week (WAAW) di Ruang Legar Lobi Utama Hospital Bera. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Dr Kailash Naven Naidu, Timbalan Pengarah Hospital Bera. WAAW 2023


Jan FebMacApr Mei Jun Jul Ogos SepOkt NovDis 0 1 1 2 2 Antibiotik 50% NSAIDs 33.3% Paracetamol 16.7% Kad alahan ubat diberikan kepada pesakit yang dikenalpasti mempunyai alahan kepada ubat tertentu dan ia memudahkan anggota kesihatan untuk mengelak dari memberi ubat yang tidak boleh diambil oleh pesakit. Kad Alahan Ubat Laporan Kad Alahan Ubat 2023 2 6 Alahan ubat-ubatan merupakan kesan yang tidak diingini yang diberikan pad dos biasa untuk tujuan pencegahan penyakit, diagnosis atau rawatan. Kesan alahan ubat adalah memudaratkan malah boleh menyebabkan kematian. Definisi Objektif Pengesanan Pesakit Dengan Alahan Ubat-Ubatan Mewujudkan satu prosedur pengesanan pesakit dengan alahan ubat yang seragam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengurangkan risiko pesakit daripada mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan alahan. Mewujudkan daftar pesakit yang mengalami alahan ubat. Mendidik pesakit mengenai peranan yang boleh dimainkan berhubung alahan ubatubatan. Bilangan kad alahan yang dikeluarkan mengikut bulan tahun 2023 Bilangan kad alahan yang dikeluarkan tahun 2022 Bilangan kad alahan yang dikeluarkan tahun 2023 Peratus jenis alahan yang dilaporkan pada tahun 2023


0 1 2 3 4 5 Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis NSAIDs Antibiotik Paracetamol Others Opioid NSAIDs 33.3% Antibiotik 33.3% Paracetamol 16.7% Others 8.3% Opioid 8.3% Laporan Kesan Advers Ubat 2023 Kenali ADR Kesan advers ubat (ADR) merupakan kesan ubat yang tidak diingini dan memudaratkan; yang diberikan pada dos biasa untuk tujuan pencegahan penyakit, diagnosis atau rawatan. Kesan mungkin sederhana seperti ruam kulit atau yang lebih serius sehingga boleh mengganggu aktiviti harian, kemasukan ke hopsital, kecacatan janin dan mengancam nyawa sehingga menyebabkan kematian. Peratus laporan ADR pada tahun 2023 Tips pengubatan yang selamat Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika alah dengan sebarang ubat. Baca label ubat dengan teliti dan beri perhatian terutama kepada ruang amaran. Tanya kepada ahli farmasi atau doktor anda untuk maklumat lanjut berkaitan ubat anda. Ketahui senarai nama dan dos ubat yang diambil termasuk suplemen dan ubat traditional. Ambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi anda. Jangan simpan ubat lama yang tidak lagi diperlukan dan juga ubat yang telah tamat tarikh luput. Jangan berkongsi ubat anda dengan orang lain. Pastikan ubat dilabel dengan betul walaupun tidak disimpan di dalam bekas asal. Bilangan kes ADR yang dilaporkan mengikut bulan tahun 2023 12 ADR dilaporkan 3 ADR dilaporkan 2022 2023


23 Ogos 2023 - Unit Farmasi & Bekalan telah berjaya menjalankan Kursus Keselamatan Pengubatan peringkat Hospital Bera. Kursus ini disertai oleh 40 orang peserta termasuk pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat dari pelbagai unit. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempertingkat amalan keselamatan pengubatan untuk mencegah kemudaratan berkaitan ubat-ubatan. Setiap aspek perlu diberi perhatian dan ubat-ubatan perlu dikendalikan dengan berhati-hati kerana ianya menyumbang kepada risiko menyebabkan kemudaratan kepada pesakit jika berlaku kesilapan. Terdapat beberapa ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Farmasi dan Ketua Jururawat termasuklah Pengenalan Keselamatan Pengubatan oleh PF Rosda Ayu, Medication Error Reporting System (MERS) oleh PF Azri, LASA dan HAM oleh PF Syahida, Kesan Advers Ubat (ADR dan AEFI), Kad Alahan oleh PF Najwa, dan Root Cause Analysis oleh KJ Rozilah. Kursus Keselamatan Pengubatan


JUN 24 Jun 2023 - Unit Farmasi Hospital Bera yang diwakili oleh Encik Ahmad, Cik Rosda Ayu, Cik NOVEMBER 21 November 2023 - Bersempena dengan sambutan Minggu Kesedaran Kerintangan MEI 16 Mei 2023 - Kempen Derma Darah JANUARI 11 Januari 2023 - Sempena Program Saringan Kanser Prostat 2023 Peringkat Negeri Pahang, Unit Farmasi Hospital Bera telah mengadakan satu pameran Kenali Ubat Anda (KUA) yang diwakili oleh Cik Siti Rasyidah dan Puan Fatin Naima. PUB-P PAMERAN KESIHATAN telah diadakan di Lobi Utama Hospital Bera. Justeru itu, Unit Farmasi Hospital Bera mengambil peluang ini untuk mengadakan sesi penerangan berkaitan ubatubatan yang diwakili oleh Encik Wan Muhamad Azri. Nursyuhada dan Puan Rosnah telah mengadakan pameran bertemakan Kenali Ubat Anda bertempat di Dewan Majlis Konvensyen, Majlis Daerah Bera sempena Karnival Kesihatan Daerah Bera. Antimikrobial Sedunia, unit farmasi telah menyediakan satu ruang pameran berkenaan Kenali Ubat Anda dan aktiviti interaktif seperti roda impian dibawah pimpinan Pn Masitah untuk tarikan umum.


10 Julai 2023 - Satu slot ceramah berkenaan ubat-ubatan termasuk mewakili unit farmasi telah dijemput menyampaikan sebuah ceramah tentang keselamatan pengubatan sempena Continous Nursing Education (CNE) kepada para jururawat yang bertugas di Hospital Bera. KURSUS LATIHAN PENINGKATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN TAHAP 1 BIL 2/2023 PUB-P CERAMAH & LAIN-LAIN 18 Julai 2023 - Puan Nur Najwa yang CNE cara penyimpanan ubat yang betul telah disampaikan oleh Encik Wan Muhamad Azri ketika kursus ini diadakan di Bilik Seminar Utama, Hospital Bera. DUTA PRIHATIN MASYARAKAT 16 Ogos 2023 - Encik Wan Muhamad Azri selaku ketua PUB-P telah mengadakan lawatan ke rumah dua orang peserta Program Duta Prihatin Masyarakat, Encik Rhazali dan Puan Jaliha yang terletak di Felda Sebertak dan Felda Tementi. Sesi temu bual dan kaunseling berkenaan ubat-ubatan telah dilakukan ketika sesi lawatan tersebut diadakan. Program Duta Prihatin Masyarakat bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran pengguna terhadap ubat-ubatan mereka.


pelancaran loker4u 7 Januari 2023 - Pelancaran loker4u sebagai salah satu Value Added Services (VAS) di Hospital Bera telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Mej Bersekutu Dr Iszaid, Pengarah Hospital Bera. Dengan adanya tambahan VAS di sini, maka proses kerja unit farmasi untuk membekalkan ubat kepada para pesakit akan menjadi semakin pantas dan efisien.


PerhimpunanPagi& SambutanHariFarmasiSedunia 26 September 2023 - Unit Farmasi & Bekalan telah dipilih untuk menjadi urus setia Perhimpunan Pagi Hospital Kluster Pahang Tengah buat julung kalinya. Kehadiran Pengarah-Pengarah Hospital Kluster Pahang Tengah termasuk Yang Berusaha, Dr Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Yang Berusaha, Dr. Masroja bin Mohamad@Kassim, Pengarah Hospital Jengka, Yang Berusaha, Dr. Vikneswara A/L Soorianarayanan, Pengarah Hospital Bentong, Yang Berusaha, Dr. Mohd Sharafana Senasi bin Abdullah, Pengarah Hospital Jerantut dan Yang Berusaha, Mej. Bersekutu (PA) Dr. Iszaid Bin Idris, Pengarah Hospital Bera, serta wakil dari setiap hospital kluster memeriahkan lagi perhimpunan pagi ini. Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia atau World Pharmacist Day (WPD) yang disambut pada 25 September pada setiap tahun, sambutan WPD di Peringkat Hospital Bera turut disambut ketika perhimpunan pagi ini diadakan. Perasmian Sambutan WPD ini dirasmikan oleh Yang Berusaha, Mej. Bersekutu (PA) Dr. Iszaid Bin Idris, Pengarah Hospital Bera di Bilik Seminar Utama Hospital Bera. Bertemakan “Pharmacy Strengthening Health System” yang dipilih oleh The International Pharmaceutical Federation (FIP, bertepatan dengan peranan ahli farmasi dalam menguatkan sistem kesihatan negara kita.


Iftar Perdana 2023 UNIT FARMASI & BEKALAN 18 April 2023 - Unit Farmasi & Bekalan telah mengadakan Majlis Iftar Perdana peringkat unit yang dihadiri oleh kakitangan dan ahli keluarga Unit Farmasi. Pelbagai juadah berbuka tersedia, termasuk yang telah dimasak bersama-sama sebelum majlis bermula.


JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 9 Mei 2023 - Buat julung kalinya Unit Farmasi & Bekalan Hospital Bera menganjurkan jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh kakitangan hospital dari pelbagai unit. Jamuan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berusaha, Dr Iszaid bin Idris, Pengarah Hospital Bera. Mengenakan pakaian bertemakan hitam dan merah jambu, semua kakitangan unit ini berbesar hati menyambut kehadiran para tetamu yang pastinya memeriahkan jamuan hari raya ini.


D ISEMBER KHAMIS 1.00 PETANG 2023 7 Jamuan Hari Lahir & Akhir Tahun 2023 Sempena meraikan pengakhiran tahun 2023, Unit Farmasi dan Bekalan telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun yang disambut sekaligus bersama Jamuan Hari Lahir. Pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh setiap individu iaitu kakitangan Unit Farmasi, secara potluck. Di samping itu, jamuan ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti pertukaran hadiah yang dicabut secara undian. Semoga dengan adanya sambutan seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan kerjasama antara kakitangan Unit Farmasi untuk tahun 2024.


Click to View FlipBook Version