The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZIZUL AZRIN MAHMOR, 2020-11-18 00:19:40

BUKU PERATURAN DAN PERTANDINGAN SUKAN SOFBOL MSP

buku_peraturan_pertandingan_sofbol_2018-2021

Diterbitkan oleh:
Politeknik Melaka
No. 2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim

75250 Melaka
Tel: 06-3376000
Faks: 06-3376007
Website: http://www.polimelaka.edu.my

BUKU PERATURAN DAN PERTANDINGAN
SUKAN SOFBOL MSP

ISBN: 978-967-0838-37-3

Penulis:
Ts. MOHD FARIZZAL BIN DOLAH MUHAMAD SYAIFUL NAZLI BIN SELAMAT AZIZUL

AZRIN BIN MAHMOR

EDISI 2019

Hak cipta terpelihara. Penulis bertanggungjawab untuk memastikan karyanya tidak
melanggar mana-mana hak cipta. Editor dan penerbit tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang perlanggaran hak oleh penulis.

Dicetak oleh:
KERTAS PUTIH
No. 12A, Jalan PPM 11, Plaza Pandan Malim,
75250 Malim

Melaka

ISI KANDUNGAN 3
5
Sekapur Sirih 22
Peraturan Am Karnival atau Kejohanan Sukan 33
Peraturan Pertandingan Permainan Sofbol 34
Gambar Rajah dan Ukuran Padang Permainan Sofbol 41
APPENDIX 1
Rujukan

2

SEKAPUR SIRIH

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada
junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda.

Syukur kehadrat Illahi atas limpah kurniaNya, buku ini lahir sebagai kejayaan buku
pertama kami dalam dunia penulisan.

Buku Peraturan dan Pertandingan Sukan Sofbol ini ditulis dan digubal berdasarkan
peraturan-peraturan terkini yang digunapakai oleh Konfiderasi Besbol dan Sofbol Dunia
(WBSC).

Buku ini disasarkan kepada para penggiat sukan sofbol samada yang masih aktif sebagai
pengurus pasukan, jurulatih, pengadil dan pemain atau kepada mereka yang tidak lagi
aktif dalam sukan ini seperti peminat atau mereka yang baru hendak berkecimpung
dalam sukan ini. Ia sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan bermanfaat dalam mendalami
aspek-aspek peraturan permainan dan pertandingan dan seterusnya memberi
pendedahan yang berguna kepada pembaca dalam mempelajari, mengurus dan melatih
sesebuah pasukan sofbol.

Buku yang diterbitkan ini juga bakal menjadi rujukan utama kepada urusetia penganjuran
pertandingan sofbol di bawah naungan Majlis Sukan Politeknik Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga kami panjangkan buat Ahli Pengurusan Tertinggi
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Majlis Sukan Politeknik
Malaysia, Persatuan Sofbol Malaysia (SAM) dan semua Ahli Jawatankuasa Pusat
Kecemerlangan Atlet (PKAT) Sukan Sofbol atas sokongan yang diberikan kepada kami
dalam usaha menghasilkan buku ini.

3

Besar harapan kami sebagai penulis agar buku ini menjadi panduan yang baik buat
semua pembaca sekalian dalam mendalami ilmu permainan sofbol dan seterusnya
melahirkan pemain-pemain yang hebat serta arif dengan peraturan permainan sofbol.
Amatlah diharapkan agar sukan sofbol ini lebih dikenali dan diterima oleh segenap
lapisan masyarakat dan mampu diangkat menjadi sukan utama Malaysia suatu hari nanti.
Sekian.

4

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK
PERATURAN AM KARNIVAL ATAU KEJOHANAN SUKAN

1. NAMA
1.1Kejohanan ini dinamakan ‘KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN
SUKAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK’

2. PENGELOLAAN
2.1KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN SUKAN ini dianjurkan oleh Majlis
Sukan Politeknik Malaysia (MSP) dan dikelolakan oleh Politeknik-
Politeknik Malaysia.

3. JENIS SUKAN, BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA
3.1Jenis sukan yang dipertandingkan seperti berikut :

Bil SUKAN PENGURUS JURULATIH PEMAIN JUMLAH
PASUKAN PASUKAN
3.1.1 Bola Sepak 22 25
3.1.2 Bola Jaring 1 2 12 14
3.1.3 Bola Tampar Lelaki 1 1 12 14
3.1.4 Bola Tampar Wanita 1 1 12 14
3.1.5 Memanah Lelaki 1 1 8 11
3.1.6 Memanah Wanita 1 2 8 11
3.1.7 Badminton Lelaki 1 2 6 8
3.1.8 Badminton Wanita 1 1 6 8
3.1.9 Tenpin Boling Lelaki 1 1 4 6
3.1.10 Tenpin Boling Wanita 1 1 4 6
3.1.11 Sepak Takraw 1 1 15 18
3.1.12 Sofbol Lelaki 1 2 17 20
3.1.13 Sofbol Wanita 1 2 17 20
3.1.14 Olahraga Lelaki 1 2 20 24
3.1.15 Olahraga Wanita 1 3 20 24
3.1.16 Ragbi Lelaki 1 3 15 17
1 1 15 17
Ragbi Wanita 1 1

5

3.1.17 Hoki Lelaki 1 1 18 20
3.1.18 Hoki Wanita 1 1 18 20
3.1.19 Skuasy Lelaki 1 146
3.1.20 Skuasy Wanita 1 146
3.1.21 Ping Pong Lelaki 1 146
3.1.22 Ping Pong Wanita 1 146
3.1.23 Tenis Lelaki 1 146
3.1.24 Tenis Wanita 1 146
3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14
3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14
3.1.27 Catur Lelaki 1 146
3.1.28 Catur Wanita 1 146
3.1.29 Woodball Lelaki 1 168
3.1.30 Woodball Wanita 1 168
3.1.31 Boling Padang Lelaki 1 168
3.1.32 Boling Padang Wanita 1 168
3.1.33 Petanque Lelaki 1 1 8 10
3.1.34 Petanque Wanita 1 1 8 10
3.1.35 Renang Lelaki 1 1 29 31
3.1.36 Renang Wanita 1 1 29 31
3.1.37 Pencak Silat Lelaki 1 2 18 21
3.1.38 Pencak Silat Wanita 1 2 14 17
3.1.39 Berbasikal Lelaki 1 269
3.1.40 Berbasikal Wanita 1 269
3.1.41 Taekwondo Lelaki 1 1 13 15
3.1.42 Taekwondo Wanita 1 1 13 15
3.1.43 Karate Do Lelaki 1 1 13 15
3.1.44 Karate Do Wanita 1 1 10 12
3.1.45 Golf Lelaki 1 157
3.1.46 Golf Wanita 1 157
3.1.47 Futsal Lelaki 1 3 20 24
3.1.48 Futsal Wanita 1 3 20 24
3.1.49 Sukan Lasak 1 3 10 10
3.1.50 Mendayung Lelaki 1 2 15 15
3.1.51 Mendayung Wanita 1 2 15 15

6

3.1.52 Kayak Lelaki 1 2 69
3.1.53 Kayak Wanita 1 2 69
3.1.54 Bola Tampar Pantai Lelaki 1 1 24
3.1.55 Bola Tampar Pantai Wanita 1 1 24

4. KELAYAKAN PENYERTAAN

4.1Hanya pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di
sistem pendidikan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia layak
menyertainya.

4.2Pelajar semester akhir yang telah menamatkan pengajian hanya layak
mewakili pasukan sehingga semester baharu dibuka (kecuali semester
pendek).

4.3Setiap politeknik dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja bagi setiap
jenis permainan yang dipertandingkan dalam sukan MSP.

4.4Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan satu (1) salinan photostat kad
pengenalan dan satu (1) salinan kad matrik/pelajar untuk disertakan
bersama borang pendaftaran pemain semasa kejohanan.

4.5Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan kad matrik/pelajar asal
kepada urusetia pertandingan untuk tujuan semakan dan pengesahan
status pemain/atlet pada perlawanan pertama sahaja bagi setiap pasukan.
Semakan seterusnya akan dilakukan sekiranya ada keperluan.

4.6Mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan am perkara 4.4 dan 4.5
tidak akan dibenarkan menyertai karnival sukan atau kejohanan tersebut.

5. PENDAFTARAN

5.1Setiap politeknik dibenarkan mendaftar bilangan pegawai dan
pemain/atlet seperti yang ditetapkan dalam borang penyertaan yang telah

7

diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Teknik dan
Pertandingan MSP.
5.2 Setiap pemain/atlet hanya dibenarkan mendaftar bagi satu (1) jenis sukan
sahaja tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak membuat apa-apa
keputusan mengenai penjadualan pertandingan manakala bagi sukan
olahraga setiap pemain/atlet dibenarkan mengambil bahagian dalam tiga
(3) acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan.
5.3 Borang pendaftaran pegawai dan pemain/atlet hendaklah sampai kepada
Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh (7)
hari sebelum tarikh pertandingan. Borang pendaftaran tersebut hendaklah
ditandatangani untuk tujuan pengesahan oleh Ketua Jabatan Sukan atau
Ketua Unit Sukan.
5.4 Pertukaran pemain/atlet hanya boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-
Pengurus Pasukan sehari sebelum pertandingan bermula. Hanya nama-
nama yang telah disahkan dalam mesyuarat pengurus pasukan sahaja
akan layak untuk menyertai pertandingan tersebut kecuali acara olahraga.

6. PAKAIAN
6.1Setiap pemain/atlet yang mengambil bahagian dalam karnival sukan atau
kejohanan sukan MSP mestilah berpakaian sukan yang sesuai dan
kemas. Pemain/atlet digalakkan untuk berpakaian menutup aurat.
6.2Peraturan pakaian yang ditetapkan seperti termaktub dalam undang-undang
permainan hendaklah dipatuhi.
6.3Jika terdapat dua (2) pasukan yang memakai jersi yang sama warna dalam
satu-satu perlawanan, pasukan yang pertama namanya tercatat dalam
jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang berlainan warna.
6.4Pemain/atlet yang terlibat dengan upacara penyampaian hadiah diwajibkan
memakai pakaian kemas dan berkasut sukan.

8

6.5 Pengurus dan jurulatih pasukan juga diwajibkan berpakaian kemas (baju T
atau kemeja berkolar) dan berkasut semasa bersama pemain sewaktu
perlawanan berlangsung. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan sama
sekali semasa berada di dalam situasi pertandingan.

7. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan atau Kejohanan Sukan MSP akan
ditetapkan Majlis Sukan Politeknik dan bertanggungjawab :

7.1Menentukan tarikh, tempat dan masa karnival sukan atau kejohanan dan
sebolehnya dilaksanakan semasa cuti semester.

7.2Melantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Permainan
sebagai Penasihat Teknikal Kejohanan.

7.3Melantik pengadil kejohanan yang bertauliah untuk menjayakan karnival
sukan atau kejohanan sukan tersebut.

7.4Menyedia dan mengemukakan anggaran perbelanjaan untuk kelulusan pihak
MSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum karnival sukan atau
kejohanan sukan MSP bermula.

7.5Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang,
gelanggang, elaun makan sukarelawan, elaun petugas dan lain-lain yang
berkaitan.

7.6Tempat penginapan dan pengangkutan dalaman akan disediakan
berdasarkan keperluan pasukan dan kapasiti yang sedia ada.

7.5Memaklumkan kepada semua politeknik spesifikasi peralatan sukan yang
akan digunakan semasa kejohanan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sebelum karnival sukan atau kejohanan sukan MSP berlangsung.

7.6Menjemput semua Pegawai Sukan Politeknik atau wakil untuk taklimat
teknikal dan pertandingan serta cabutan undi.

9

7.7 Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan dan salinan
minit mesyuarat kepada:
7.7.1 Setiausaha Agung MSP
7.7.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP
7.7.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP

7.8 Mengedarkan keputusan rasmi karnival sukan atau kejohanan sukan MSP
kepada semua Politeknik dalam tempoh 14 hari selepas tamat pengelolaan
karnival sukan atau kejohanan sukan tersebut kepada :
7.8.1 Setiausaha Agung MSP
7.8.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP
7.8.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan permainan berkenaan

7.9 Menghantar kepada satu (1) salinan laporan lengkap Penyata Kewangan
dalam tempoh masa sebulan selepas tamat kejohanan Bendahari MSP.

8. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan cara liga atau kalah mati seperti berikut:
8.1Lapan Kumpulan
8.1.1 Pusingan Awal
Sekiranya 24 atau lebih pasukan mengambil bahagian hendaklah
dibahagikan kepada lapan kumpulan A, B, C, D, E, F, G dan H.
Format pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.
8.1.2 Pusingan Kedua
8.1.2.1Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.
8.1.2.2Johan A lawan Naib Johan H, pemenang sebagai X1.
8.1.2.3Johan E lawan Naib Johan C, pemenang sebagai X2.
8.1.2.4Johan D lawan Naib Johan G, pemenang sebagai X3.
8.1.2.5Johan F lawan Naib Johan B, pemenang sebagai X4.
8.1.2.6Johan B lawan Naib Johan F, pemenang sebagai X5.
8.1.2.7Johan G lawan Naib Johan D, pemenang sebagai X6.
8.1.2.8Johan C lawan Naib Johan E, pemenang sebagai X7.

10

8.1.2.9 Johan H lawan Naib Johan A, pemenang sebagai X8.

8.1.3 Suku Akhir

8.1.3.1 Suku akhir pertama X1 lawan X2, pemenang sebagai

Y1.

8.1.3.2 Suku akhir kedua X3 lawan X4, pemenang

sebagai Y2.

8.1.3.3 Suku akhir ketiga X5 lawan X6, pemenang sebagai

Y3.

8.1.3.4 Suku akhir keempat X7 lawan X8, pemenang sebagai

4.

8.1.4 Separuh Akhir

8.1.4.1 Separuh akhir pertama Y1 lawan Y2, pemenang

sebagai Z1.

8.1.4.2 Separuh akhir kedua Y3 lawan Y4, pemenang

sebagai Z2.

8.1.5 Pertandingan Akhir.

8.1.5.1 Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

8.1.5.2 Tempat ketiga dan keempat, kalah Y1 lawan Y2 dan

kalah Y3 lawan Y4.

8.2 Enam Kumpulan

8.2.1 Pusingan Awal

Sekiranya 17 hingga 23 pasukan mengambil bahagian hendaklah

dibahagikan kepada enam kumpulan A, B, C, D, E dan F. Format

pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.

8.2.2 Pusingan Kedua (Rujuk Jadual di bawah)

8.2.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.

8.2.2.2 Empat (4) pasukan Johan Kumpulan akan diundi

pada kedudukan 9, 10, 11 dan 12. Manakala dua (2)

pasukan Johan Kumpulan akan diundi pada

kedudukan satu (1) dan lima (5).

11

8.2.2.3 Enam (6) pasukan Naib Johan Kumpulan akan diundi
pada kedudukan 2, 3, 4, 6, 7 dan 8. Kaedah undian
ialah jika pasukan Johan Kumpulan telah diundi pada
kedudukan 1, 9 dan 10, maka pasukan Naib Johan
Kumpulannya akan diundi pada kedudukan 6, 7 dan
8. Begitu juga jika pasukan yang Johan Kumpulan
telah diundi pada kedudukan 5, 11 dan 12, maka
pasukan Naib Johan Kumpulannya akan diundi pada
kedudukan 2, 3 dan 4.

12

Jadual Enam (6) Kumpulan :

1 : JOHAN

2 : N/JOHAN SUKU AKHIR
3 : N/ JOHAN 9 : JOHAN

SEPARUH
AKHIR

4 : N/JOHAN SUKU AKHIR
10 : JOHAN

AKHIR

5 : JOHAN

6 : N/JOHAN SUKU AKHIR
11 : JOHAN

7 : N/JOHAN SEPARUH
AKHIR

8 : N/JOHAN SUKU AKHIR
12 : JOHAN

13

8.3 Empat (4) Kumpulan
8.3.1

Pusingan Awal

Sekiranya 12 hingga 16 pasukan mengambil bahagian hendaklah

dibahagikan kepada empat kumpulan A, B, C dan D. Format

pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.

8.3.2 Suku Akhir

8.3.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.

8.3.2.2 Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan

Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan

X2.

8.3.2.3 Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan

Naib Johan B. Pemenang sebagai Kumpulan Y1 dan

Y2.

8.3.3 Separuh Akhir

8.3.3.1 Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

8.3.3.2 Separuh akhir pertama X1 lawan Y2 dan pemenang

8.3.3.3 sebagai Z1.
Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenang
sebagai Z2.

8.3.4 Pertandingan Akhir.

8.3.4.1 Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

8.3.4.2 Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan

kalah Y1 lawan X2.

8.4 Tiga Kumpulan

8.4.1 Pusingan Awal

Sekiranya Sembilan (9) hingga 11 pasukan yang mengambil

bahagian hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan A, B dan

C dan pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.

8.4.2 Pusingan Kedua

8.4.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara liga.

14

8.4.2.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan
dimasukkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan cara

undian yang akan dibuat selepas sahaja tamat
pusingan awal.

8.4.2.3 Daripada tiga Johan, satu (1) akan masuk ke
kumpulan X atau Y dengan cara undian.

8.4.2.4 Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam
kumpulan lain dari Johan Kumpulannya dalam

pusingan awal.
8.4.3 Pusingan Akhir

8.4.3.1 Johan kumpulan X lawan Johan Kumpulan Y untuk

menentukan Johan dan Naib Johan.

8.4.3.2 Naib Johan Y lawan Naib Johan X untuk tempat

ketiga dan keempat.

8.5 Dua Kumpulan

8.5.1 Pusingan Awal

Sekiranya enam (6) hingga lapan (8) pasukan mengambil bahagian,

pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B.

Format pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.

8.5.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir

8.5.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan

Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan

melawan Naib Johan Kumpulan A pada

perlawanan separuh akhir.

8.5.2.2 Pemenang perlawanan separuh akhir akan bertemu

untuk menentukan Johan dan Naib Johan manakala

pasukan yang kalah pada peringkat separuh akhir

akan bertemu untuk menentukan tempat ketiga dan

keempat.

15

8.6 Satu Kumpulan
8.6.1 Pusingan Awal
Sekiranya lima (5) atau kurang daripada lima (5) pasukan yang
mengambil bahagian pertandingan secara liga satu pusingan akan
dijalankan.
8.6.2 Pusingan Akhir
Johan dan Naib Johan dalam liga satu (1) pusingan akan bertemu
pada perlawanan akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

9. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN
Jika pertandingan dijalankan secara karnival sukan maka Johan
Keseluruhan akan ditentukan melalui kaedah berikut :

9.1 Penentuan menggunakan format jumlah pungutan pingat
yang diperolehi dalam karnival.

9.2 Kontingen yang memungut atau mendapat pingat emas
terbanyak akan dikira sebagai johan keseluruhan.

atau menggunapakai format sedia ada seperti
ketetapan di bawah :

9.3 Permainan acara berpasukan, Johan mendapat lapan (8)
mata, Naib Johan mendapat lima (5) mata, Ketiga
mendapat tiga (3) mata dan Keempat mendapat dua (2)
mata.

9.4 Bagi permainan dijalankan secara Individu dan melibatkan
satu (1) acara sahaja, Johan mendapat lima (5) mata, Naib
Johan mendapat tiga (3) mata, Ketiga mendapat dua (2)
mata dan Keempat mendapat satu (1) mata.

16

9.5 Johan keseluruhan adalah berdasarkan hasil jumlah mata
keseluruhan yang diperolehi oleh Politeknik tersebut.
Jadual Pemberian Mata ialah seperti berikut :

KEDUDUKAN INDIVIDU BERPASUKAN
Pertama 5 8
Kedua 3 5
Ketiga 2 3
Keempat 1 2
- 1
Ke 5 – ke 8

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
10.1 Setiap pasukan perlu menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh
dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan
untuk perlawanan yang akan datang atau sedang berlangsung. Setiap
pasukan dikehendaki meneruskan permainan walaupun telah layak untuk
pusingan seterusnya.
10.2 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat memberi
kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera mestilah
mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang dilantik oleh
pihak penganjur.

11. BANTAHAN
11.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pengurus
pasukan dan disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik berkenaan dan
hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
atau wakilnya dalam tempoh satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau
mengikut masa yang ditetapkan oleh permainan tersebut dengan
disertakan wang tunai sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus
Lima Puluh Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses.

17

11.2 Wang cagaran itu akan hilang dan menjadi pendapatan penganjur
sekiranya bantahan itu tidak diterima.

11.3 Sekiranya bantahan diterima oleh Jawatankuasa Bantahan maka wang
cagaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)
sahaja akan dikembalikan dan RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh
Sahaja) sebagai yuran proses.

11.4 Semua bantahan hendakah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
11.5 Semua bukti ke atas bantahan perlulah dikemukakan oleh pihak yang

membantah kepada Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan.
11.6 Keputusan Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan adalah muktamad.

12. JURI RAYUAN DAN BANTAHAN
Ahli Juri Rayuan dan Bantahan hendaklah terdiri daripada lima (5) orang
(minimum) atau tujuh (7) orang (maksimum) sekurang-kurangnya tiga (3)
wakil daripada politeknik yang berkecuali.
12.1 Ahli Juri Rayuan dan Bantahan (minimum) terdiri daripada:
12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya sebagai
Pengerusi.
12.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP atau
wakilnya
12.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP atau
wakilnya
12.1.4 Dua (2) atau Empat (4) orang wakil daripada politeknik yang
berkecuali

13. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN / KARNIVAL
13.1 Lembaga ini terdiri daripada:
13.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai Pengerusi.

18

13.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai
Setiausaha.

13.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP.
13.1.4 Dua (2) orang ahli yang terdiri daripada wakil dua (2) politeknik

yang berkecuali.

13.2 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk:
Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi
semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut:
13.2.1 memberi amaran atau
13.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau
13.2.3 pasukan didenda RM 1000.00
DAN
13.2.4 menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada
keseluruhan kejohanan/karnival dan Keputusan perlawanan
dibatalkan dan kemenangan diberikan kepada pihak lawan..

14. PEMATUHAN PERATURAN
Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan
dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian
berkaitan peraturan am MSP maka hanya peraturan am terkini sahaja akan
digunapakai.

15. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN
Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-
barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan
kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan
kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walaubagaimanapun beberapa

19

persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi mengelak
kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.

16. KELEWATAN
16.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang 30 minit sebelum
perlawanan dimulakan.
16.2 Pasukan yang lewat 15 minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan
yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan percuma
kepada pihak lawannya.

17. HADIAH
Hadiah akan disediakan oleh penganjur untuk pemenang-pemenang Pertama,
Kedua dan Ketiga sahaja atau mengikut tawaran pingat setiap permainan.

18. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN
PERTANDINGAN.
18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
18.2 Semua pasukan diwajibkan hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah atau Majlis
Penutup yang ditetapkan oleh Pengelola. Surat Tunjuk Sebab akan
diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
kepada pasukan yang tidak hadir dan perlu dibalas dalam tempoh 14 hari
dari tarikh surat dikeluarkan.

20

21

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK PERATURAN PERTANDINGAN
PERMAINAN SOFBOL (LELAKI DAN WANITA)

1. PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan akan
dijalankan mengikut Peraturan-peraturan Persatuan Sofbol Malaysia (SAM)
dan Undang-undang Permainan Sofbol Persekutuan Sofbol Antarabangsa
(ISF/WBSC).
1.2 Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
1.2.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada
PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN atau KARNIVAL
SUKAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK.
1.2.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Teknik dan Pertandingan MSP MAJLIS SUKAN POLITEKNIK
berasaskan kepada Peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur
Persatuan Sofbol Malaysia (SAM) dan
Undang-undang Permainan Sofbol Persekutuan Sofbol
Antarabangsa (ISF/WBSC) 2018-2021 serta keputusannya adalah
muktamad.

2. PENYERTAAN
2.1Penyertaan hanyalah terbuka kepada semua Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia dan satu (1) wakil daripada Kolej Komuniti.

2.2Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang
pengesahan penyertaan kepada Jawatankuasa Pengelola MAJLIS
SUKAN POLITEKNIK (MSP) melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan
Kebudayaan dan disahkan oleh Pegawai Sukan.

2.3Setiap politeknik hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki dan
satu (1) pasukan wanita yang terdiri daripada:-

22

PENGURUS LELAKI WANITA
JURULATIH 1 ORANG 1 ORANG
PESERTA 2 ORANG 2 ORANG
JUMLAH 17 ORANG 17 ORANG
20 ORANG 20 ORANG

3. KELAYAKAN
3.1Hanya pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti yang sedang mengikuti
pengajian sepenuh masa di Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian
Pendidikan Malaysia dan pelajar semester akhir yang masih belum
menerima slip keputusan peperiksaan akhir layak mendaftar.
3.2 Bagi tujuan promosi kemasukan politeknik, setiap pasukan dibenar
mendaftarkan pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5 seramai 3 orang sahaja.
3.3 Untuk pembangunan pasukan sofbol Politeknik Malaysia, setiap
pasukan dibenarkan mendaftarkan 3 orang pelajar politeknik lain
sekiranya pelajar tersebut tidak ditawarkan bermain oleh politeknik
mereka.
3.4 Pelajar-pelajar kemasukan baru yang hendak mendaftar di Politeknik
dibenarkan bermain dengan melampirkan surat persetujuan
penerimaan kemasukan ke Politeknik.

4 PENDAFTARAN PESERTA
4.1Setiap pasukan politeknik dibenarkan mendaftarkan bilangan pegawai
pasukan dan pemain/atlet seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola dan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP.
4.2Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan kad
pengenalan dan satu (1) salinan kad matrik/pelajar bagi setiap
pemain/atlet bersama dengan Senarai Pendaftaran Pemain/atlet.
4.3Pendaftaran pegawai dan pemain/atlet dalam borang pendaftaran
kejohanan hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola
sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan.

23

Borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh pengarah atau pegawai
sukan dengan cop rasmi.
4.4 Pemain/atlet gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran
hanya boleh diterima sehingga atau pada Taklimat Pengurus Pasukan.
4.5 Hanya pemain/atlet yang didaftarkan sahaja yang layak menyertai
pertandingan ini.

5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
5.1Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum perlawanan
pertama dijalankan.
5.2Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama
pemain/atlet bersama dengan kad matrik/pelajar yang asal untuk
disahkan. Pertukaran peserta yang telah didaftarkan selepas taklimat
pengurus pasukan tidak dibenarkan.
5.3Senarai pemain/atlet yang disahkan oleh Pengerusi Teknik & Pertandingan
Sofbol MSP semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI
6.1Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 17 orang pemain termasuk maksimum
3 orang pegawai di dalam Senarai Pendaftaran Asal.
6.2Jawatan tiga (3) orang pegawai hendaklah disebutkan di dalam borang.
(Pengurus, Jurulatih dan Penolong Jurulatih)
6.3Setiap pasukan hendaklah menghantar Senarai Pendaftaran Asal dua minggu
(2) sebelum tarikh tutup pendaftaran kepada Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Majlis Sukan Politeknik.
6.5Pasukan tidak dibenarkan membuat pendaftaran baru dan pembatalan
pemain/atlet selepas tarikh tutup pendaftaran penyertaan seperti yang
ditetapkan oleh Pengelola.
6.6Pendaftaran Pertandingan tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan
peringkat kumpulan dan seterusnya.

24

7. PENGADIL-PENGADIL/ PEGAWAI TEKNIKAL
7.1MSP akan melantik Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan Sofbol
MSP manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan di sediakan
oleh politeknik yang menganjurkan kejohanan sukan tersebut untuk
menyediakan borang pendaftaran pemain, borang senarai susunan
pemain, penyediaan gelanggang, jaring (back-stop), khemah, kerusi rehat
pemain, pemungut bola dan minuman.
7.2Sekiranya perlawanan tersebut tidak dapat dijalankan atau diteruskan oleh
sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, permainan tersebut akan di nilai
mengikut undang-undang yang telah di tetapkan oleh ISF/WBSC.
7.3Jawatankuasa Pengelola akan melantik tiga (3) orang pencatat mata (scorer)
pertandingan untuk satu padang.

8. BORANG SENARAI SUSUNAN PEMAIN
8.1Didapati dari pihak penganjur pada hari pendaftaran.
8.2Diisi dan diserahkan kepada urusetia kejohanan 10 minit sebelum kejohanan
dimulakan.
8.3Sebarang pertukaran senarai susunan pemain tidak dibenarkan selepas
borang diserahkan.

9. PERKARA AM
9.1Pengerusi Teknik dan Pertandingan Sofbol MSP bertanggungjawab:
9.1.1 Mengeloladan menguruskan perkara-perkara teknikal pertandingan
ini.

9.1.2 Setiausaha Lembaga Tatatertib,
9.1.3 Menggubal Peraturan Pertandingan Sofbol MAJLIS SUKAN

POLITEKNIK dari semasa ke semasa
9.2Pematuhan Peraturan

9.2.1 Kejujuran dan keikhlasan mematuhi semua peraturan, undang-
undang, syarat, prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan

25

pentadbiran dalam penyertaan KEJOHANAN SUKAN SOFBOL
MAJLIS SUKAN POLITEKNIK adalah menjadi tanggungjawab ke
atas pasukan, pegawai dan pemain.
9.2.2 Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain/atlet yang

mengengkari mana-mana perkara di dalam Peraturan
Pertandingan Permainan Sofbol dan Peraturan Am KEJOHANAN
SUKAN atau KARNIVAL SUKAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK
boleh dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan oleh Lembaga
Tatatertib Majlis Sukan Politeknik
9.2.3 Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan secara automatik
mematuhi perkara-perkara berikuf:
i) Mematuhi undang-undang permainan dan peraturan-

peraturan Majlis Sukan Politeknik dan Pengelola Kejohanan.
ii) Menerima keputusan pentadbiran, disiplin, kepengadilan

berkaitan fakta perlawanan, pegawai-pegawai pertandingan
yang dilantik oleh Majlis Sukan Politeknik dan Jawatankuasa
Pengelola
iii). Menerima semua kemudahan yang disediakan oleh
pengelola, penganjur MAJLIS SUKAN POLITEKNIK
berkaitan dengan penginapan dan lain-lain.
v) Pegawai dan pemain dilarang sama sekali membuat
kenyataan akhbar mengenai pengurusan dan pengelolaan
pertandingan ini termasuklah keputusan-keputusan fakta oleh
pengadil
vi) Sebarang perselisihan atau rungutan hendaklah
dikemukakan kepada Pengerusi Teknik dan Pertandingan
Sofbol MSP.
9.3 Lokasi Pertandingan Dan Latihan
9.3.1 Venue pertandingan dan latihan seperti yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Majlis Sukan Politeknik.

26

9.3.2 Pengelola hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya tiga (3)
buah padang (Daimond) permainan.

9.3.3 Lawatan pemeriksaan venue hendaklah dilakukan selewat-lewatnya
satu (1) bulan sebelum pertandingan oleh Jawatankuasa Teknik dan
Pertandingan MSP.

9.4 Pentadbiran Dan Organisasi
9.4.1 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Sofbol MSP akan memastikan
Pengelola Kejohanan bertanggungjawab di atas penyediaan padang
perlawanan, peralatan-peralatan pertandingan mengikut spesifikasi
yang terkandung di dalam peraturan SAM dan ISF/WBSC.
9.4.2 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Sofbol MSP akan mengadakan
Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan sehari sebelum
pertandingan.
9.4.3 Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP akan
menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Teknik dan Pertandingan
MSP dan juga organisasi teknikal perlawanan di dalam pertandingan
ini.

10. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini yang
berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Persatuan Sofbol
Antarabangsa dan diterbitkan oleh ISF/WBSC.
10.1 Warna Dan Nombor Jersi
10.1.1 Semua pasukan wajib mendaftar dua (2) set jersi yang berlainan
warna dan mengisytiharkan warna jersi yang dipakai semasa
menjadi pasukan tuan rumah. Pasukan tuan rumah adalah nama
pasukan yang disebut dahulu di dalam jadual pertandingan. Jersi
ini wajib dipakai semasa pasukan bermain sebagai pasukan tuan

27

rumah. Pasukan Pelawat hendaklah memakai warna jersi berlainan
daripada warna jersi Pasukan Tuan Rumah.
10.1.2 Jika berlaku persamaan warna jersi, pasukan yang engkar wajib
menukar warna jersi tersebut. Jika tiada penyelesaian, ‘Umpire In
Chieft’ (UIC) akan membuat keputusan mengenai warna jersi
tersebut dan keputusan adalah muktamad.
10.1.2 Nombor jersi adalah wajib ditunjukkan dibahagian hadapan dan
belakang bermula dari nombor 1 hingga 99 dengan saiz yang
bersesuaian.
10.2 Format Dan Jadual Pertandingan
10.2.1 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Sofbol MSP mempunyai hak
menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan
berasaskan kepada pengesahan jumlah pasukan dan Peraturan Am
Kejohanan Sukan atau Karnival Sukan MSP (Rujuk Peraturan Am di
perkara 8).
10.2.2 Jadual pertandingan seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi Teknik
dan Pertandingan Sofbol MSP yang wajib dipatuhi oleh semua
pasukan.
10.3 Pakaian Dan Peralatan
10.3.1 Pemain/atlet dalam sesuatu pasukan mestilah berpakaian seragam
yang telah ditetapkan. Nombor mestilah dilekatkan di hadapan dan
belakang baju. Dua pasukan yang bertanding tidak dibenarkan
memakai jersi yang sama warna. Jika ini berlaku, pasukan yang
disebut dahulu dalam jadual dikehendaki menukar jersi mereka.
10.3.2 Face Mask, Throat Protector, Chest Guard, Catcher’s Helmet
dan Leg Guard DIWAJIBKAN bagi catcher semasa perlawanan
berlangsung.
10.3.3 Batter’s Helmet MESTI dipakai oleh pemukul menunggu, pemukul
dan pelari di base.
10.3.4 Double base di tapak pertama akan digunakan

28

10.4 Pemilihan Inning dan Tempat Duduk
10.4.1 Pemilihan (home/visitors) duduk akan ditentukan dengan lambungan
duit syiling sebelum perlawanan dimulakan bagi semua perlawanan.

10.5 Cara Pertandingan
10.5.1 Semua perlawanan pusingan awal hingga separuh akhir adalah
perlawanan masa terhad selama 1 jam 20 minit atau 7 innings mana
yang dahulu. Hanya perlawanan akhir akan dijalankan selama 2 jam
atau 7 innings mana yang dahulu.
10.5.2 Jika sesuatu pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian atau lebih
selepas innings ketiga, 10 larian innings keempat, 7 larian innings
kelima perlawanan tersebut hendaklah ditamatkan dan pasukan
tersebut dikira menang. (Mercy Rules)
10.5.3 Tie-Breaker akan dikuatkuasakan pada innings kelapan, jika kedua-

dua pasukan masih lagi seri setelah tamat masa yang ditetapkan.

10.6 Cara Menentukan Keputusan

10.6.1 Pemberian mata dalam pusingan awal adalah seperti berikut :

Menang-2 mata Kalah-1 mata Forfeit- 0 mata (7-0)

10.7 Jika seri, kedudukan akan ditentukan seperti berikut :

10.7.1 Keputusan perlawanan antara semua pasukan diambil kira.

Pasukan yang mempunyai bilangan mata yang paling banyak

akan diletakkan di kedudukan yang paling tinggi. Jika seri

10.7.2 Keputusan perlawanan antara pasukan terbabit akan diambil kira.

Pasukan yang menang akan diletakkan dikedudukan lebih tinggi

(jika 2 pasukan terlibat). Jika seri.

10.7.3 Jumlah larian kena setelah tamat pusingan awal diambil kira.

Pasukan yang mempunyai larian kena paling rendah akan

diletakkan dikedudukan paling tinggi (jika 3 atau lebih pasukan

29

terlibat) dan kiraan larian kena paling rendah hanya
membabitkan pasukan yang berkenaan. Jika seri,
10.7.4 Jumlah larian dapat setelah tamat pusingan awal diambil kira
(pasukan yang berkaitan sahaja). Jumlah larian dapat paling
tinggi bagi pasukan yang terlibat sahaja akan diletakkan
dikedudukan yang paling tinggi. Jika seri,
10.7.5 Melalui cabutan undi. Pasukan pertama yang dipilih akan diletakkan
di kedudukan yang paling tinggi
# Definisi ‘larian kena’- jumlah larian yang diperolehi pihak lawan

10.8 Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan
10.8.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di
dalam jadual pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan
kelulusan Pengerusi Teknik dan Pertandingan Sofbol MSP sahaja.
10.8.2 Jika waktu bermula sesuatu perlawanan hampir atau sama dengan
waktu kedengaran azan, maka perlawanan hendaklah dimainkan
selepas tamat azan tersebut. Jika permainan sedang dijalankan dan
azan kedengaran, permainan hendaklah dihentikan dan disambung
semula selepas azan tamat.
10.8.3 Waktu bermulanya bagi semua perlawanan terakhir Peringkat
Kumpulan, hendaklah dimainkan pada masa dan tarikh yang sama
kecuali ditetapkan berlainan oleh Pengerusi Teknik dan
Pertandingan Sofbol MSP.

11. TINDAKAN TATATERTIB
Peraturan Tatatertib Persafuan Sofbol Malaysia dan Majlis Sukan Politeknik akan
dikuatkuasakan. (Rujuk Peraturan Am di perkara 13. MSP)

12. BANTAHAN DAN JURI RAYUAN
12.1Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pengurus
pasukan dan disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik berkenaan dan

30

12.2 hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
atau wakilnya dalam tempoh satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau
mengikut masa yang ditetapkan oleh permainan tersebut dengan
disertakan wang tunai sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus
Lima Puluh Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses.
Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-

perkara fakta yang dibuat oleh Pengadil di padang permainan.

13. KESELAMATAN
13.1 Pihak pengelola bertanggungjawab di atas penyediaan pegawai
keselamatan kepada pegawai dan pemain semasa permainan seperti di
dalam jadual serta mengambil langkah-langkah keselamatan terhadap
pasukan, pegawai dan pemain/atlet sepanjang kejohanan ini.
13.2 Kelakuan Ganas/Kelakuan Tidak Tertib (Pemain/atlet, Pegawai Dan
Penonton)
Mana-mana pemain/atlet, pegawai atau penonton yang dikenal pasti,
dilaporkan oleh Pegawai Pertandingan atau Pegawai Perlawanan kerana
berkelakuan ganas atau tidak tertib akan dihadapkan ke Lembaga
Tatatertib.
13.3 Peraturan Teknikal Yang Tidak Diperuntukan
Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak
diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan
taksiran akan diputuskan oleh Pengerusi Teknik dan Pertandingan Sofbol
MSP dan keputusan ini adalah muktamad.
13.4 Kemalangan, Kecelakaan Dan Kehilangan Harta Benda Jawatankuasa
Pengelola dan Pegawai-pegawai pertandingan dan perlawanan adalah
dilepaskan daripada sebarang tanggungjawab atau ganti rugi jika berlaku
kemalangan, kecelakaan dan kehilangan harta benda pasukan, pegawai
dan pemain/atlet sepanjang masa kejohanan ini.
13.5 Kegagalan Mematuhi Mana-mana Perkara Di Dalam Peraturan Ini

31

Mana-mana pasukan, pegawai dan pemain yang gagal mematuhi mana-
mana peraturan di dalam pertandingan ini akan dikenakan tindakan oleh
Lembaga Tatatertib yang mana keputusannya adalah muktamad.
14. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN
PERTANDINGAN.
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

32

GAMBAR RAJAH DAN UKURAN PADANG PERMAINAN SOFBOL

Softball Field

250 for men 220 for women
minimum to fence minimum to fence

3 ’
x15
’x15’ 3’

33

APPENDIX 1: PLAYING FIELD AND DIAMOND LAYOUT
A. OFFICIAL DIMENSIONS OF THE PLAYING FIELD

34

B. OFFICIAL DIMENSIONS OF THE DIAMOND LAYOUT

C. OFFICIAL DIMENSIONS OF THE BASES
35

D. OFFICIAL DIMENSIONS OF THE BATTER’S AND CATCHER'S BOXES
36

E. OFFICIAL DIMENSIONS OF HOME PLATE AND PITCHERS PLATE

F. QUICK REFERENCE TABLE

BACKSTOP AND SIDELINES (DEAD BALL LINE/SIDE FENCE)
Will be set back a minimum of 7.62m (25 ft.) to a maximum of 9.14m (30 ft.) outside the
foul lines. The area between the foul lines and the backstop and sidelines must be
unobstructed.
BASES
Home plate to first/third 18.29m (60 ft.) from the back part of home plate to the back of
the base. Home plate to second 25.86m (84 ft. 10 1⁄4 in) from back point of home
plate to the middle of the base. Bases will be made of canvas or other suitable
material and securely fastened in position.
First (Double) Base will have half of this base is secured in and is part of fair territory
and the other half of this base (a different solid contrasting color) is secured in and is
part of foul territory.
BATTER’S BOXES
One on each side of home plate will measure 0.91m (3 ft.) by 2.13m (7 ft.). The inside
lines of the batter's box will be 15.2cm (6 in) from home plate. The front line of the box
will be 1.22m (4 ft.) in front of a line drawn through the center of home plate. The lines
are considered as being within the batter's box.
CATCHER’S BOX
3.05m (10 ft.) in length from the rear outside corners of the batters' boxes and will be
2.57m (8 ft. 5 in) wide. The lines are considered as being within the catcher's box.

37

COACHES’ BOXES
Behind a line 4.57m (15 ft.) long drawn outside the diamond. The line is parallel to and
3.66m (12 ft.) from the first and third baselines, extended from the bases toward home
plate.
DISTANCE TABLE

HOME PLATE
It will be a five-sided figure 43.2cm (17 in) wide, across the edge facing the pitcher. The
sides will be parallel to the inside lines of the batter's box and will be 21.6cm (8 1/2 in)
long. The sides of the point facing the catcher will be 30.5cm (12 in) long.
INFIELD
Skinned portion 18.29m (60 ft.) arc from the front center of the pitcher's plate
LINES
50mm to 100 mm (2 to 4 in) wide
ON-DECK CIRCLE
1.52m (5 ft.) circle 0.76m (2 ft 6 in) radius placed adjacent to the end of the
players' bench or dugout area closest to home plate

38

ONE METER LINE

Drawn parallel to and one meter (3 ft.) from the baseline, starting at a point
halfway between home plate and first base

PITCHER’S CIRCLE

4.88m (16 ft.) circle drawn from center of the front edge of the pitcher's plate 2.44m (8
ft.) in radius. The lines are considered within the circle.

PITCHER’S PLATE

Made of rubber 61cm (24 in) long and 15.2cm (6 in) wide and the top of the plate must
be level with the ground.

WARNING TRACK

Will be a minimum of 3.66m (12 ft.) to a maximum of 4.57m (15 ft.) from the outfield
and/or side fences. Made of material (dirt, gravel) that is level with, but different from,
the playing surface. The material must be distinguishable from the outfield surface, and
there must be a clear physical signal for players when they are approaching the fence.

G. LAYING OUT A DIAMOND

This section serves as an example for laying out of a diamond with 18.29m (60ft) and a
14.02m (46ft) pitching distance.

1. To determine the position of home plate, draw a line in the direction it is desired
to lay the diamond. Drive a stake at the corner of home plate nearest the catcher.
Fasten a cord to this stake and tie knots or otherwise mark the cord at 14.02m
(46 ft.), 18.29m (60 ft.), 25.86m (84 ft. 10 1⁄4 in) and at 36.58m (120 ft.).

2. Place the cord (without stretching) along the direction line and place a stake at
the 14.02m (46 ft.) marker. This will be the front line in the middle of the pitcher’s
plate. Along the same line, drive a stake at the 25.86m (84 ft. 10 1⁄4 in) marker.
This will be the center of second base.

3. Place the 36.58m (120 ft.) marker at the center of second base and, taking hold
of the cord at the 18.29m (60 ft.) marker, walk to the right of the direction line
until the cord is taut and drive a stake at the 18.29m (60 ft.) marker. This will be
the outside corner of first base and the cord will now form the lines to first and
second bases.

4. Again holding the cord at the 18.29m (60 ft.) marker, walk across the field and in
like manner, mark the outside corner of third base. Home plate, first base, and
third base are wholly inside the diamond.

39

5. To check the diamond, place the home plate end of the cord at the first base
stake and the 36.58m (120 ft.) marker at third base. The 18.29m (60 ft.) marker
should now check at home plate and second base.

6. Check all distances with a steel tape whenever possible.

40

RUJUKAN

1. WBSC SOFTBALL 2018-2021 OFFICIAL RULES OF SOFTBALL
2. BUKU PERATURAN AM KEJOHANAN ATAU KARNIVAL SUKAN MSP 2018

41


Click to View FlipBook Version