The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan Pameran Bertema Hari Deepavali

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHATIJAH TAN, 2022-10-17 08:17:29

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

Bahan Pameran Bertema Hari Deepavali

SELAMAT
MENYAMBUT
HARI DEEPAVALI

PUSAT SUMBER SKTTS

DEEPAVALI
5 KEISTIMEWAAN HARI DEEPAVALI

HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali
dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh
semua penganut yang beragama Hindu di seluruh
dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang
bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti
barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke
14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan
Oktober dan November.

Pada hari yang bermakna bagi penganut agama
Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka
akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan
dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-
gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara,
dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan
melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.



DEEPAVALI LAMBANG KEJAYAAN KEBAIKAN MELAWAN
KEJAHATAN

Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa pelita
kerana perayaan itu sendiri mempunyai maksud Pesta
Cahaya. Antara sebab mengapa perayaan ini diraikan
dengan pelita yang dipasang adalah sebagai simbolik
penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan
mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang
diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura
dan Dewa Krishnan.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam
dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja
Narakasura meminta semua manusia agar mereka
merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada
yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik
dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia.

Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan
di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan
kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai
perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang sedikit sebanyak
turut memeriahkan lagi perayaan tersebut.

1.KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH

Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah
mereka dengan 'kolam' atau 'rangoli' iaitu hiasan lantai
yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah
sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi
rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat 'kolam' ini biasanya diwarisi
secara turun-temurun. Walaupun nampak susah,
tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan
cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya
bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa
maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak
hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga
makhluk lain di dunia.

Hiasan 'kolam' ini merupakan lambang
penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang
dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka
yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk
rumah mereka.

2.MAKANAN SEDAP PADA HARI DEEPAVALI
Manisan merupakan identiti masyarakat India. manisan
ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga
masyarakat lain di negara ini. Dalam masyarkat India,
manisan sering menjadi acara pembuka sebelum
memulakan sesuatu majlis, acara atau hari
perayaaan.Mereka percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif daan
kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya
manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik
dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah
tradisional kaum India yang terkenal seperti
halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan
sayur-sayuran turut disediakan pada pagi
Deepavali.

Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran ubi
kentang dan kobis bunga 'paneer' campuran
masala bersama yourgat dan kari dhal. Tidak
ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti
muruku ,adirasam dan payasam. Muruku,
Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan
kuih-muih tradisional orang India.

3.TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI BERBEZA MENGIKUT
TEMPAT

Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil 9antara bulan
Oktober dan November). Masyarakat di selatan India
meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding
lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia,
perayaan Deepavali disambut sehari sahaja namun ia
terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah
terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahukan.
Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan
ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini
lebih lama dalam suasana kampung.

4.PENGANUT HINDU MANDI MINYAK BIJAN UNTUK
MENYUCIKAN DIRI

Pada pagi perayaan, Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga
akan bangun lebih awal iaitu sebelum mtahari terbit.
Seawal pukul 3 pagi penganut agama Hindu akan
memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah.
Seluruh keluarga juga akan mandi dan membersihkan
diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan
kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut
dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit.
Penganut Hindu menjalankan upacara mandi minyak
bijan bertujuan untuk meyucikan badan dan
semangat. Ia adalah tanda simbolik sebagai
penyucian diri. Minyak bijan ini akan disapukan ke
atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka.
Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di
Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri
daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas
mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan
serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk
menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan
dalam diri seseorang.

5.AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG TURUT
DIAMALKAN MASYARAKAT HINDU

Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat
masih lagi diteruskan selama hari selepas. Hari
Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan
silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut
agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan
secara besar-besaran dengan menganjurkan rumah
terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan
mereka yang bukan beragama Hindu.

Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai
makanan tradisional yang sungguh lazat seperti nasi
beriani, kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi
murukku, omapodi dan manisan seperti laddu dan
neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-
kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit
ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-
kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan
warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana
perayaan Hari Deepavali.

Mungkin ada diantara anda yang kurang memahami
tentang sambutan Hari Deepavali. Disebabkan itulah
entri ini dikeluarkan bagi memberi lebih kefahaman
kepada masyarakat tentang budaya masyarakat India di
Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu dan
menyambut Hari Deepavali. Kata orang ''Perbezaan
dirai, kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini
memupuk sikap saling hormat-menghormati.


Click to View FlipBook Version