PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2022
“ KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA ”
ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM SKTTS
DENGAN KERJASAMA :
PANITIA SEJARAH,
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL,
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK,
PANITIA PENDIDIKAN MORAL,
PRASEKOLAH DAN PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
PENGENALAN
Bulan Kemerdekaan atau Bulan Kebangsaan yang disambut pada setiap tahun mempunyai peranan
yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat.
Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah
perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi
utama kerajaan bagi mendidik dan membina murid untuk memupuk semangat patriotisme yang
tinggi melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang sesuai.
Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum SK Toh Tandewa Sakti merancang beberapa
program untuk mengadakan PROGRAM SEMARAK MERDEKA dengan tema “KELUARGA
MALAYSIA TEGUH BERSAMA” yang disambut pada bulan Ogos hingga September tahun ini.
Beberapa pertandingan yang bakal diadakan ini merupakan satu pendekatan untuk mencungkil
bakat serta menguji pengetahuan mereka tentang kenegaraan. Pertandingan ini juga akan
menyemai rasa kecintaan terhadap negara di samping memberi keseronokan dalam aktiviti yang
disediakan. Semoga Program Semarak Merdeka ini mampu melahirkan generasi muda berjiwa
patriotik yang bakal menjadi pewaris negara pada suatu hari nanti.
MATLAMAT
Program Semarak Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2022 ini diharapkan
dapat melahirkan dan mempertingkat semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan
murid Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti.
OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti yang berikut :
Menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid.
Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
Memupuk dan memperkukuh semangat setia kepada negara dan jati diri menanam
rasa tanggungjawab kepada negara.
Mewujudkan semangat perpaduan serta menghargai jasa pemimpin dan pejuang.
Mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menghasilkan karya.
Menguji pengetahuan murid akan pengetahuan kenegaraan
TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 15 Ogos 2022 hingga 15 September 2022
Masa : Sesi persekolahan dan Sabtu
Tempat : SKTTS dan Bukit Temoh, Tapah
KUMPULAN SASARAN
Program ini melibatkan :
Murid-murid Pra sekolah SK Toh Tandewa Sakti
Murid-murid PPKI SK Toh Tandewa Sakti
Murid-murid Tahun 1-6 SK Toh Tandewa Sakti
PIBG Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SEMARAK MERDEKA
Pengerusi : En. Roslan bin Mansor Guru Besar
PK Kurikulum
Naib Pengerusi 1 : En. Zaniah binti Mohamed Yusof PK HEM
PK Kokurikulum
Naib Pengerusi 2 : En. Ammar Saleh bin Abd Hamid KP Sejarah
: En. Muhamad Fauzi bin Jusoh
Setiausaha : En. Muhammad Fazrul Amin bin Zamri
Pen.Setiausaha : Pn. Khatijah binti Tan
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SEMARAK MERDEKA
Perantara Majlis : Pn.Normaslizah / Pn. Nur Hawa
PA Sistem : En.Mohd Hanifi /Pn.Norlida
Gimik Pelancaran : En. Ahmad Faiz / Cik Shahida / Pn.Fauziah
Cik Nurul Syazwani /Pn. Asmalaili / Pn.Noor Ainaa
Pert.Mewarna (Pra) : Pn. Wahidah / Pn. Nirmala
Pert.Swafoto (Pra) : Pn. Wahidah / Pn. Nirmala
Pert.Mewarna (PPKI) : Guru PPKI
Pert.Mewarna Tahap 1 & 2 : Guru PSV Tahap 1 & 2
Pert.Binaan Monumen Sejarah : Guru PSV Tahap 2 & PIBG
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SEMARAK MERDEKA
Koir & Nyanyian Solo Patriotik : Guru Muzik Tahap 2
Pert. Busana Tradisional : Guru Sejarah
Kuiz Sejarah : Guru Sejarah
Ekspedisi Semarak Merdeka : En.M.Hanifi / En. Kamarul & PIBG
Pert.Sajak Patriotik : Guru BM Tahap 1 & Semua guru
Pertandingan Hiasan Kelas : Semua guru kelas
Dokumentasi/Laporan : Pn.Nurul Nabila / Pn. Nur Idrina
AJK Sijil dan Hadiah : Pn. Norzilani (K)
- Pn.Anis Farhana / Pn. Nurul Anis
- Pn.Sumty / Pn. Azealiny
- Pn. Suhazlina / Pn.Nor Hafizah
PENGISIAN PROGRAM
BIL. PROGRAM TARIKH SASARAN TEMPAT TINDAKAN
PESERTA
1 Hebahan Makluman 10 Ogos 2022
(Rabu) Semua murid Aplikasi Telegram Ketua Panitia Sejarah
Majlis Pelancaran Rasmi SKTTS
2 Program Semarak 15 Ogos 2022
(Isnin) Semua murid Dewan Terbuka PK Kokurikulum / Panitia
Merdeka Sejarah / Semua Guru
3 Pert.Busana Tradisional 15 Ogos 2022 Semua murid Dewan Terbuka Panitia Sejarah /
(Isnin) Semua Guru
PENGISIAN PROGRAM
BIL. PROGRAM TARIKH SASARAN TEMPAT TINDAKAN
PESERTA
4 Pertandingan Kuiz Waktu kelas Murid Tahap 2 Bilik Darjah Panitia Sejarah
Sejarah
5 Pertandingan Mewarna/ Waktu kelas Semua murid Bilik Darjah Guru PSV / PPKI / Pra
Melukis Doddle
6 Pertandingan Nyanyian 24 Ogos 2022 Tahap 2 Dewan Terbuka Guru P.Muzik / Semua
Koir Patriotik (2:00pm – Guru
5:00pm)
PENGISIAN PROGRAM
BIL. PROGRAM TARIKH SASARAN TEMPAT TINDAKAN
PESERTA
7 Pertandingan Nyanyian 24 Ogos 2022 Dewan Terbuka Guru P.Muzik / Semua
Solo Patriotik (2:00pm – Tahun 2 Guru
5:00pm)
8 Pertandingan Deklamasi Waktu Kelas Semua Murid Bilik Darjah Guru BM
Sajak
9 Ekspedisi Merdeka ke 27 Ogos 2022 PIBG & Guru Bukit Temoh Guru & PIBG
Bukit Temoh
PENGISIAN PROGRAM
BIL. PROGRAM TARIKH SASARAN TEMPAT TINDAKAN
PESERTA Bilik Darjah Guru Pra
10 Pertandingan Swafoto 15-30 0gos 2022 Pra Sekolah
11 Peragaan Pakaian 15 Ogos 2022 PPKI Bilik Darjah Guru PPKI
12 Pertandingan Hiasan 15- 30 Ogos Semua kelas Bilik darjah Guru kelas
Kelas 2022 Semua Guru
Majlis Penutupan 15 Sept. 2022 Semua murid Dewan Terbuka
(Khamis)
13 Program Semarak
Merdeka
TENTATIF MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2022
7.30 pagi : Semua murid berkumpul -Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
-Ucapan alu-aluan pengerusi majlis (Encik Roslan bin Mansor)
-Nyanyian Lagu Negaraku - Gimik Pelancaran
-Nyanyian Lagu Negeri Perak -Nyanyian Lagu Patriotik
-Nyanyian Lagu Sekolah - Lagu Tema : Keluarga Malaysia Teguh
-Bacaan doa Bersama
(Ustaz Safri bin Mahyuddin) - Pertandingan Busana Tradisional
-Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum - Bersurai
(Ustaz Mohamad Fauzi bin Jusoh)
PENUTUP
Diharap aktiviti ini dapat disertai oleh setiap murid meskipun
banyak kekangan yang dihadapi. Semoga program ini dapat
dijalankan dengan jayanya. Kerjasama daripada semua
pihak amatlah dihargai. Semoga pelaksanaannya mengikut
perancangan asal dan mampu memberi impak yang positif
kepada semua pihak terutamanya kepada murid-murid, guru-
guru dan ibu bapa yang terlibat secara tidak langsung di
rumah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan
program ini.