The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHATIJAH TAN, 2023-05-02 23:19:04

PAMERAN BERTEMA -SAMBUTAN HARI WESAK

PUSAT SUMBER SKTTS

SAMBUTAN HARI WESAK PUSAT SUMBER SK TOH TANDEWA SAKTI, TAPAH


Asal Usul Hari Wesak Perkataan ‘Wesak’ atau ‘Vesak’ adalah berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha. Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha, iaitu nama bulan di dalam kalendar Hindu yang menandakan masuknya bulan ke-5. Hari Wesak ialah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia dan perayaan ini biasanya jatuh sekitar bulan April dan Mei. Keputusan untuk menyelaraskan sambutan Hari Wesak sebagai hari keputeraan Buddha telah dibuat melalui persidangan pertama World Fellowship of Buddhist yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 1950.


Fakta Sambutan Wesak Hari Wesak menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya (Parinirvana). Patung Buddha kedua terbesar di dunia terletak di Kampung Jambu, Tumpat , Kelantan Tiga patung Buddha terletak di Tumpat, Kelantan iaitu patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Jalan Meranti yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas Myanmar, Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha berdiri di Kampung Terbok. Di kalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Baosheng Da-di.


Cuti Hari Wesak 2023 Tarikh Hari Wesak 2023 jatuh pada 4 Mei (Khamis). Ianya merupakan cuti umum bagi SEMUA NEGERI di Malaysia. Di Malaysia, Hari Wesak telah diumumkan sebagai cuti umum berkuat kuasa tahun 1962 selepas rayuan oleh penganut Buddha kepada kerajaan pada tahun 1961. Perayaan ini mungkin disambut berbeza-beza di setiap negara di dunia. Di Malaysia, lazimnya para penganut Buddha akan memenuhi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha.


Cuti Hari Wesak 2023 Pada hari tersebut juga, penganut Buddha akan berkumpul dan berarak sambil membawa simbol ikon Buddha seperti patung Buddha dan teratai merah jambu yang melambangkan kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi. Walau apa pun cara sambutan mereka, Vesak Day di Malaysia khususnya merupakan masa untuk semua penganut Buddha menyerlahkan serta meraikan nilai-nilai asas seperti toleransi, kasih sayang dan khidmat kepada manusia seperti yang terkandung dalam kehidupan dan ajaran Buddha.


PENGUMUMAN KEPADA SEMUA MURID SKTTS


Click to View FlipBook Version