The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhanhaiqal06, 2023-05-22 12:42:03

cabaran industri halal

industri halal

(MPU23052) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM E-FOLIO TAJUK : CABARAN UNTUK MEMBANGUNKAN INDUSTRI HALAL. SESI 2: 2022/2023 NAMA PENSYARAH : MOHD SAAD BIN MOHD SAID AHLI KUMPULAN: 1. Farhan haiqal bin fakhrul anwar (03DPB22F1001) 2. Khoirul faris bin khoirul nizam (03DPB22F1015) 3. Muhammad Amir aizat bin Naziron (03DPB22F1023)


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN TUJUAN DALIL PERANAN IMPAK / KESAN KESIMPULAN / PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN


PENGENALAN Pemakanan berperanan penting dalam kehidupan manusia.Justeru,islam amat mementingkan amalan pemakanan halal untuk memastikan fizikal,mental,rohani umat islam sentiasa kekal harmoni ,Suci dan diredai oleh ALLAH SWT. Oleh itu,pengurusan makanan halal semestinya dijadikan topik utama bagi orang islam Ketika memilih makanan tidak kira dimanapon kita berada. Seperti yang kita semua ketahui,jika seseorang itu memakan makanan yang tidak halal hukumnya HARAM dan kesan kepada tubuh kita.Dalam erti kata lain,islam menghalalkan segala makanan yang suci,bersih dan mengharamkan makanan yang memberi kesan negative kepada tubuh kita.


TUJUAN • Industri halal merupakan salah satu industri yang kini mendapat perhatian dan mempunyai potensi untuk diterokai. • Pasaran global untuk produk halal semakin menguntungkan dan mempunyai prospek pasaran yang luas untuk dibangunkan secara inklusif. • Keutamaan produk halal bukan sahaja terletak pada sijil dan logo untuk memastikan status kehalalannya • produk-produk tersebut yang harus mementingkan aspek kualiti, kebersihan dan kesejahteraan daripada penggunaan produk tersebut. • permintaan yang tinggi terhadap prospek tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri ini.


DALIL 1) Surah al-maidah ayat 5 ِذي َّ ُم ال َّطيِِّبَا ُتۖ َو َطعَا ِح َّل لَ ُكُم ال ُ أ َ يَ ْوم ْ َو َطعَ ال ُكْم َّ ٌّل ل ِكتَا َب ِح ْ وتُوا ال ٌّل ُ ُم ُكْم َن أ ِح ا ُهْم َّ ل Maksudnya: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baikbaik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). 2) Surah al-Baqarah ayat 279 ِن ْم فَإ َّ ل وا ُ تَْفعَ ذَنُوا ل ْ فَأ بِ َح ْر ب ِِّم َن ـ ِه ِۖ ن َو َر الل ُسوِل ِه َّ َو ْ إ ْبتُم فَل ُر ُءو ُس َ ُكْم تُ ْمَواِل ُكْم ُم أ َل و َن َ ُمو َن َو تَ َل ْظِل تُ ْظلَ Maksudnya: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.


3) Surah al-Mukminun ayat 51 ُ َّطيِِّبَا ِت َوا ْع َمل ُوا ِم َن ال ر ُس ُل ُكل َها ال ُّ ُّ ي يَا أ و َن َع َ ُ ْعَمل ِّي بِ َما تَ ِنِ م َصاِل ًحاۖ إ وا ِلي Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 4) Surah al-Baqarah ayat 168 ـ ْر ِض َحلَ ِمَّما فِى ٱ ْْلَ ۟ ُوا َها ٱلنَّا ُس ُكل ُّ ي َ ُخ ُط يَ ـٰٓأ ۟ َوَل تَتَّبِعُوا اا ِبً َطيِّ ِت ًًل ا َو ا ُّمبِي ن و ِنَّهُۥ لَ ُكْم َع ُدٌّ ِنۚ إ ٱل َّشْي َط ـ Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.


PERANAN • Setiap Muslim wajib memastikan semua produk yang diambil adalah halal dari sudut bahan, sumber dan kaedah mendapatkannya. • Keberadaan produk halal di pasaran merupakan hasil daripada aktiviti pembuatan dan pengeluarannya oleh industri terlibat. • Membangunkan industri halal dan semua perkara yang terlibat di dalam rangkaian halal dapat membantu masyarakat Islam memenuhi tuntutan dalam pematuhan shariah Islam.


IMPAK / KESAN 1) Meningkatkan Pendapatan Negara Perkembangan industri halal meningkatkan pendapatan negara. Negara kita yang telah berkembang maju dalam industri halal akan mengeksport produknya ke luar negara. Selain negara kita, negara lain juga tidak ketinggalan untuk membangunkan industri halal di negara mereka. 2) Meningkatkan Pendapatan Rakyat Tempatan Pendapatan rakyat tempatan juga akan meningkat ekoran perkembangan industri halal di negara kita. Perkembangan industri halal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Misalnya, peniaga makanan dan minuman halal, pengurus bank, penjual barangan kosmetik dan sebagainya. Keadaan ini telah membolehkan rakyat tempatan mempunyai sumber pendapatan untuk menyara kos hidup mereka.


KESIMPULAN Kesimpulan ,memang tidak dapat dinafikan bahawa industri halal berkembang atas beberapa faktor. Perkembangan industri halal juga mendatangkan pelbagai kebaikan kepada ekonomi negara kita. Sekiranya industri halal berkembang pesat, keadaan ini membolehkan imej negara Malaysia pada peringkat global lebih terjamin. Selain daripada menawarkan serta menyediakan produk halal untuk para pengguna, khususnya pengguna Islam, industri halal juga perlu bergerak bersama integrasi identiti Islam yang bersifat menyeluruh. Ini penting bagi menjadikan industri halal sebagai model ikutan dengan keunikannya yang tersendiri.


PENUTUP Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi saya bersama ahli kumpulan saya dapat kerajinan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah subjek Pengajian Islam ini iaitu USTAZ SAAD SAID yang banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini melalui penjelasan yang cukup jelas tentang cara membuat tugasan ini. Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang telah memberi kerjasama yang cukup efisien dan komitmen dalam menyiapkan tugasan yang diberi ini. Mereka juga telah mencurahkan idea-idea mereka dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Kami amat hargai pertolongan ini kerana ianya amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga hasil daripada tugasan ini dapat memberi impak yang positif kepada kita semua dan dapat dijadikan sebagai pengajaran hidup.


RUJUKAN • https://dewantamadunislam.jendeladbp. my/2022/09/02/3770/ • https://muftiwp.gov.my/artikel/bayanlinnas/3008-bayan-linnas-siri-ke-162- revolusi-perindustrian-4-0-cabaranterhadap-industri-halal • http://bmngaifen.blogspot.com/2011/11/ industri-halal-pemangkin-ekonominegara.html • https://www.bing.com/search?q=DALIL+U NTUK+INDUSTRI+HALAL&FORM=AWRE


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version