5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 1 5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT!
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 2 MULA-MULA NAK CAKAP…….. Hai & Salam Cetak Baju semua…. Mula2 tu nak cakap, terima kasih banyak2 sebab sudi download ebook ni untuk anda start buat duit dengan bisnes TShirt anda. Pastu nak ucap tahniah pada anda yang download ebook ni sebab anda dah buat keputusan bijak untuk sama2 buat duit dengan bisnes TShirt ni yang memang terbukti boleh buat duit sejak dulu kala lagi. Dalam ebook ni saya akan kongsikan 5 LANGKAH MUDAH yang sape2 je boleh buat untuk anda start jual Tshirt anda paling sikit 5 helai je. Mungkin ada sesetengah daripada anda rasa macam mudah je nak jual Tshirt tu TAPI ada jugak sesetengah orang yang nak jual sehelai pun susah. Pada yang pernah order dengan kami sebelum ni, anda boleh guna IDEA dalam ebook ni untuk tambah lagi jualan anda dengan lebih banyak. Pada yang tak pernah dapat jual walaupun sehelai….cuba lah guna IDEA2 dalam ebook ni untuk start buat duit anda. Cuma nak pesan awal2….kalau anda setakat baca je tapi tak ambik action pun, baik tak payah. Hanya yang baca & terus ambik action je yang akan dapat hasilnya. Jadi, apa tunggu lagi. Start baca & guna IDEA2 yang saya bagi ni dengan segera. Saya tak jamin akan berjaya terus dengan cubaan pertama anda (kalau berjaya, itu memang rezeki) tapi yang putus2 berusaha untuk anda dapat 5 helai yang pertama. Biasanya bila kita dah start dapat order 5 helai ni, akan datang mudah lagi nak buat jualan lebih dari 5 helai sebab idea & ilmu dah ada. Selamat Berjaya kepada anda……..Ikhlas Membantu : Abg Nik & Kak Salina
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 3 5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! Sebelum anda start langkah anda tu, anda kena pastikan dulu 5 perkara penting yang anda perlu tahu supaya mudah anda nak start buat duit dengan bisnes Tshirt anda nanti. Apa 5 langkah MUDAH tu? 1. Mula2 tentukan design atau aktiviti apa yang anda nak jualkan. 2. Cari siapa yang bakal jadi customer anda 3. Tentukan bagaimana nak promote kat bakal customer korang tu 4. Guna ayat2 yang mudah supaya senang nak close deal nanti 5. Bagaimana nak tetapkan harga & terus close deal anda.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 4 #1 : MULA2 TENTUKAN DESIGN ATAU AKTIVITI APA YANG ANDA NAK JUALKAN. Ada beberapa aktiviti yang selalu customer order untuk aktiviti mereka. Antaranya ialah : a. TShirt Kelas b. TShirt Hari Keluarga/Family Day c. TShirt Rewang/Kahwin/Bekwoh d. TShirt Konvoi e. TShirt Birthday f. TShirt Memancing g. TShirt Batch h. TShirt Grup Semua aktitiviti ni memang perlukan TShirt sebagai salah satu kenangan. Anda pilih aktiviti mana yang anda rasa yang paling cepat boleh buat duit. Kalau ikut pengalaman kami yang dah buat bisnes cetak baju ni sejak 2010 lagi…senarai aktiviti kat atas ni adalah antara aktiviti yang banyak guna TShirt masa menjayakannya. Satu lagi, aktiviti2 macam ni biasanya customer tak akan order sikit2. Kalau grup macam ni biasanya customer akan order lebih dari 5 helai. So, syarat 5 helai paling minima tu pasti anda boleh buat.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 5 #2 : CARI SIAPA YANG BAKAL JADI CUSTOMER ANDA Selepas anda dah tentukan aktiviti apa yang anda nak buat TShirt tu, sekarang ni tentukan pulak siapa bakal customer anda tu. Ok…bagi setiap aktiviti tu saya boleh bagi cadangan siapakah bakal customer yang anda perlu cari…. a. TShirt Kelas Jika anda seorang pelajar, TShirt camni mudah bagi anda. Antara bakal customer anda ialah : a. kawan2 sekelas anda sendiri b. kelas sebelah c. kelas lain dalam sekolah anda d. kelas disekolah lain e. kelas di sekolah dinegeri lain atau tempat lain. Jika anda bukan pelajar..antara bakal customer anda ialah : a. budak sekolah dikawasan anda b. budak sekolah diluar kawasan anda c. kelas anak anda d. kelas saudara mara anda e. kelas anak kawan2 anda f. budak sekolah atau apa sahaja pengajian kat area anda. g. budak sekolah seluruh Malaysia atau dunia untuk market yang lebih besar. Jika anda seorang guru atau tenaga pengajar : a. budak kelas cikgu sendiri b. budak kelas yang cikgu ajar c. budak kelas kawan2 cikgu ajar d. budak kelas sekolah lain yang cikgu kenal e. budak sekolah seluruh Malaysia atau dunia jika cikgu nak besarkan market cikgu.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 6 Mungkin untuk market yang lebih besar (seluruh Malaysia & dunia) macam mustahil nak capai tapi kami dah buktikan sendiri. Target awal saya buat bisnes ni untuk customer kat area tempat saya je TAPI Alhamdulillah saya mampu pos ke seluruh Malaysia & dunia. Paling jauh ke UK & Korea Selatan. Lihat testimoni ni kalau nak percaya. Pos sampai Korea Selatan niii….student Malaysia di Korea. Teknologi sekarang dah bolehkan anda buat jualan tanpa had & batasan. Percaya tak? Dah ramai yang berjaya…anda bila lagi.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 7 b. TShirt Hari Keluarga/Family Day TShirt Hari Keluarga jadi salah satu TShirt yang dapat sambutan hangat dari pelanggan. Antara bakal customer anda untuk aktiviti Hari Keluarga ini ialah a. Keluarga sendiri b. Keluarga rakan2 anda (rakan2 biasa atau grup Whatsapp) c. Keluarga saudara mara sepupu sepapat anda d. Keluarga jiran2 anda e. Keluarga guru2 anda f. Keluarga orang taman anda g. Keluarga orang kampung anda h. Keluarga orang lain disekitar anda duduk i. Keluarga orang lain walau dimana mereka berada j. Orang yang buka tempat2 peranginan untuk aktiviti hari keluarga k. Orang yang buka servis catering c. TShirt Rewang/Kahwin/Bekwoh Antara bakal customer anda a. Ahli keluarga sendiri b. Saudara mara/sepupu sepapat c. Rakan2 d. Jiran2 e. Orang2 taman anda f. Orang2 kampung g. Orang lain luar dari kejiranan anda h. Orang yang buat bisnes wedding planner i. Orang yang jual baju kahwin j. Orang yang jual kad kahwin k. Orang yang buat katering l. Orang yang sewakan khemah untuk kahwin m.Orang yang sewakan dewan untuk kahwin n. Orang yang buat banner/bunting untuk kahwin
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 8 o. Jurufoto kahwin d. TShirt Konvoi TShirt konvoi ni biasanya khas untuk mereka yang suka bawak kenderaan secara beramai2…tak kira dengan motorsikal atau kereta. Geng2 konvoi ni biasanya ada grup sendiri. Contohnya…geng yang pakai myvi semua. So..semua pakai myvi. Antara bakal customer untuk baju konvoi tu ialah : 1. Geng2 motor (Cari kat sekitar kawasan anda, cari kat FB atau Google grup2 ni) 2. Geng2 kereta 3. Kawan2 yang suka konvoi 4. Saudara mara yang suka konvoi 5. Kedai kereta atau motorsikal e. TShirt Birthday TShirt Birthday ni tiada customer yang spesifik. Tapi kebiasaanya TShirt Birtday ni siapa yang order ? 1. Adik Beradik 2. Kawan2 3. Kawan pejabat 4. Ibubapa dll Orang2 ni biasanya tolong orderkan TShirt Birthday ni.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 9 f. TShirt Memancing Siapa biasanya tempah TShirt Memancing ni..korang boleh cari orang2 ni.. 1. Kaki Pancing (Cari grup diaorang dalam FB atau apa sahaja group) 2. Orang yang sediakan kolam untuk kaki pancing 3. Kedai jual alat pancing 4. Orang yang sediakan bot untuk memancing 5. Orang yang buat peraduan memancing ikan 6. Orang yang sediakan kelong atau tempat memancing 7. Sesiapa sahaja yang berkaitan dengan memancing g. TShirt Batch TShirt Batch ni biasanya TShirt yang ditempah ikut persamaan penempah. Contohnya…Batch 2018…mungkin pelajar2 yang masuk sekolah tu Tahun 2018. Atau 1999…..mungkin ikut pemakai yang lahir tahun 1999. Dll. Siapa bakal customer yang biasa order baju batch ni… 1. Budak sekolah 2. Budak Pengajian Tinggi macam universiti, kolej, politeknik dll. 3. Pekerja2 kilang atau pejabat 4. Dan sesiapa sahaja yang nak buat baju untuk batch mereka Kalau korang nak tahu, ada beberapa customer yang sebelum ni yang order Tshirt batch ni & boleh buat sales kasar sampai RM52,000 seorang. Hanya Tingkatan 4 sahaja. Klik link ni kalau tak percaya…… baca cerita mereka disitu.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 10 h. TShirt Grup TShirt camni agak umum sebab macam2 grup diaorang boleh buat. Contoh macam grup basikal lajak, grup main skateboard, grup surau atau masjid, grup main badminton dan macam2 jenis grup lagi. Anda kalau ada idea…boleh je buat TShirt yang anda nak dengan TShirt grup ni. i. TShirt Persatuan Antara bakal customer untuk TShirt Persatuan ialah : 1. Persatuan sekolah 2. Pengerusi Persatuan 3. Bendahari Persatuan 4. Cikgu yang incharge persatuan disekolah 5. Pengetua/Gurubesar sekolah 6. Ahli Persatuan yang aktif Apa yang anda perlu buat, cuba berbaik dengan bakal2 customer ni & tanya mereka samada nak order TShirt untuk kelas atau tak. Kalau nak berjaya dengan bisnes TShirt ni…malu kena buang & muka kena tebal sikit. Mula2 memanglah rasa macam malu2 & segan tapi bila dah lama2 & dah banyak buat sales….In Sha Allah..lancar je nanti. Kami dulu pun camtu jugak. Mula2 malu2 & tak expect ada orang nak beli baju kami. Tapi Alhamdulillah sampai sekarang…dah lebih 120, 000 helai kami dah jual sejak 2010.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 11 #3 : TENTUKAN BAGAIMANA NAK PROMOTE KAT BAKAL CUSTOMER KORANG TU Bila dah ada target customer yang anda nak jual, sekarang kena tentukan pulak camane nak promote kat mereka2 ni. Antara cara yang mudah & berkesan untuk anda promote kat customer2 anda ni ialah : 1. Guna Whatsapp (Personal atau Group) 2. Flyers (Masukkan dalam bakul motor/kepit kat wiper kereta/bagi kat tangan terus ditempat orang lalu lalang) 3. Banner atau bunting 4. Tunjuk gambar baju atau contoh baju terus. 5. Guna FB. 6. Anda buat TShirt sample & tunjuk kat customer. 7. Bagi free TShirt kat bakal customer anda. 8. Ambil gambar anda dengan TShirt anda & masukkan dalam IG. 9. Ambik gambar TShirt anda pelik2 sikit & viralkan. 10.Sembang dengan orang pasal TShirt anda. 11.Pakat dengan grup anda untuk buat Tshirt 12.Bagi bisnes kad kat sape2 je anda kenal 13.Masuk kat kedai wedding planner atau kedai printing….offer servis anda jual Tshirt
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 12 14.Letak stiker promosi TShirt anda kat kereta atau motorsikal anda 15.Buat TShirt sendiri & letak nama syarikat anda & no telefon supaya senang orang call anda 16.Kalau anda duduk diasrama….letak iklan kat papan kenyataan asrama 17.Kalau sekolah…mintak kebenaran guru besar/pengetua untuk letak iklan kat papan kenyataan sekolah 18.Kalau kat sekolah jugak….agih flyers kat semua kelas kat sekolah anda. 19.Kalau sekolah lain…upah sape2 kat sekolah tu untuk agih flyers kat sekolah diaorang. Pastu bagi komisyen sikit nanti kalau terjual. 20.Kalau buat baju batch (contoh baju budak asrama penuh/mrsm/politeknik/universiti dll)….sama jugak macam TShirt kelas. Cari wakil setiap tempat tu untuk collect order & bagi upah sikit bila diaorang dapat collect. 21.Kalau buat baju memancing…..cari syarikat2 yang supply barang pancing atau peraduan memancing. Pasti diaorang boleh offer TShirt sebagai tambahan produk mereka. 22.Pergi ke setiap kedai di sekitar tempat anda. Cari kedai yang ramai staf. Suggest buat TShirt untuk staf. 23.Masuk kilang2 area anda. Juga promote TShirt untuk staf mereka. 24.Masuk sekolah2 atau badan kerajaan sekitar tempat anda. Suggest buat TShirt untuk staf mereka.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 13 #4 : GUNA AYAT2 YANG MUDAH SUPAYA SENANG NAK CLOSE DEAL NANTI Ok..bila dah tahu aktiviti apa anda nak jual, siapa bakal customer anda & cara bagaimana nak promote, sekarang tibalah pulak ayat yang macamana nak bagi customer tertarik nak beli dengan anda. Ayat yang anda promote tu jangan terlalu komplikated. Buat yang simple2 je supaya orang mudah faham. Ayat jangan nampak kurang ajar & biadap. Mesti menarik & tertarik. Nampak macam pujukan tapi jangan nampak terlalu menjual. Disini saya bagi beberapa contoh ayat yang anda boleh guna kalau nak… Ayat2 ni boleh digunakan untuk apa sahaja cara promosi dari menggunakan Whatsapp sehinggalah kepada banner & bunting. Contoh ayat promosi : 1. Pening nak cari Tshirt design sendiri. Kami cetak apa sahaja design anda. Call/Whatsapp/SMS ke 0192254028. 2. Kami pakar dalam mencetak Tshirt secara online dengan design anda sendiri. Hubungi Kami di 0192254028. 3. Anda sedang mencari Tshirt untuk apa sahaja aktiviti anda. Kami akan penuhi hasrat anda. Call atau Whatsapp sekarang di 0192254028. 4. Anda mencari Tshirt untuk group anda tapi malas nak cari kedai Tshirt. Kami sediakan kepada anda secara online. Hubungi kami di 0192254028.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 14 5. Anda design & kami cetak TShrt anda. Call sekarang di 0192254026. Ni antara contoh2 ayat promosi yang anda boleh tiru kalau nak. Tapi bagi saya..lebih baik guna ayat sendiri yang datang ikhlas dari lubuk hati anda sendiri kan. Gunakanlah kreativiti anda sendiri. Cuba banyak2 kali tanpa jemu. Mungkin akhirnya anda akan dapat beberapa ayat promosi yang menangkap & boleh digunakan ulang2 kali nanti.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 15 #5 : BAGAIMANA NAK TETAPKAN HARGA & TERUS CLOSE DEAL ANDA. Ok…bila anda dah ambil 4 langkah sebelum ni, saya jamin akan pasti ada yang berminat nak tempah dengan anda nanti. So..apa yang anda kena buat? Ikut langkah2 ni pulak : 1. Bila customer tanya harga Anda mesti mintak 3 perkara ni….. a. DESIGN NAK PRINT b. KUANTITI TEMPAHAN c. JENIS BAJU 2. Bila dah dapat 3 perkara ni…. #Tolong Whatsapp kat saya di 0192254028 atau Kak Salina 0193643692 untuk dapatkan harga untuk anda. 3. Bila saya dah bagi harga……. Letakkan harga anda pulak untuk pelanggan anda tu. Contohnya ; saya bagi RM20 sehelai…anda boleh letak harga RM25 (ni contoh je..terpulang pada anda) Harga anda mestilah ikut kuantiti tempahan. Kuantiti sikit mahal & banyak murah. Kalau kuantiti banyak, ambik untung jangan banyak2 sebab takut customer lari. Kalau 100 helai, boleh ambil untuk RM1 ke RM2 sehelai (terpulang)
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 16 4. Bila customer setuju nak order, mintak 50% deposit dari customer. (Nak buat 100% terus pun boleh) 5. Bank in deposit tu kat akaun saya. 6. Isi form kat page Cara Bayaran (akan diberitahu masa buat bayaran) 7. Dah dapat form…saya buat softcopy tunjuk kat awak. 8. Kalau customer setuju, saya akan start printing. Jangkaan seminggu ke atas lepas dapat deposit boleh siap. 9. Dah siap, saya tunjuk bil & gambar kat Whatsapp. 10. Dh bayar baki baru saya pos. Itulah 10 langkah yang anda akan lalui buat bila customer dah setuju nak order dengan anda. Nampak macam sedikit susah tapi percayalah…dah kat 10 tahun saya buat bisnes ni. Lama2 akan jadi biasa nanti.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 17 Kalau customer masih lagi tak setuju nak order, cuba pulak guna cara2 ni untuk ingatkan customer & terus tutup order tu nanti. 1. Follow up semula..tanya so, camane? Jadi nak order tak? Kalau ada rezeki, In Sha Allah ada lah tu. 2. Simpan nombor2 telefon customer yang pernah order & yang bertanya sebelum ni tapi masih belum beli. Hantar mesej promosi lagi kat mereka. 3. Tanya bajet customer. Kalau bajet tu kita masih untung, so tutup je deal tu & setuju terus harga tu (baik ada untung daripada tak ada untung langsung). 4. Bagi free hadiah kalau customer buat deposit segera. 5. Buat promosi berulang2 kali sampai customer lekat kat kepala otak mereka yang anda ni jual TShirt printing. Tengok contoh Datuk Vida & Datuk Alif Syukri….iklan merka sentiasa diulang2. Produk mereka biasa je & sama dengan orang lain tapi marketing mereka power. Biar sampai tahap….bila cakap bisnes TShirt kat area anda, orang terus sebut nama anda.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 18 DAH HABIS CAKAP DAH…… Saya harap ebook ni dapat bagi IDEA kat anda untuk bagaimana nak jual TShirt paling kurang pun 5 helai. Saya tahu…rakyat Malaysia ni tak suka sangat membaca, tu yang saya buat pendek2 je. Tapi tak tahu lah…kalau ebook pendek macam ni pun anda tak baca, saya tak tahulah nak cakap apa. Anda tahu tak apa beza anda dengan orang lain kat luar sana? Anda berbeza dengan orang lain ialah kerana anda telah berjaya membaca ebook ni sampai ke penghujung. Jika anda upgrade diri anda dengan membaca, saya jamin taraf anda akan lebih meningkat dari orang lain & akan jadikan anda seorang yang lebih bijak. Tok guru saya kata…..”Tahap pembacaan & ilmu yang kita tahu, menentukan tahap pendapatan kita.” Setuju tak? Ini bermakna orang yang buat income sikit sebab dia tahu ilmu pasal income dia tu je. Kalau dia ada ilmu pasal buat duit dengan lebih banyak, pasti dia akan dapat lebih income dari orang yang tak ada ilmu tersebut. Jadi…saya doakan semoga anda terus berjaya & dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah..Amin. Sebarang pertanyaan, sila Whatsapp ke 0192254028 (Abg Nik) atau emelkan ke [email protected] ye. Sampai jumpa lagi….baaaiiiii.
5 langkah mudah nak jual paling minima 5 helai TShirt dengan CEPAT! www.mohcetakbaju.com Page 19