The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber SEMEKA, 2023-02-07 06:41:11

10 Amalan Pantas Rezeki Mencurah

10 Amalan Pantas Rezeki Mencurah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami Yayasan Ammirul Ummah. Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di Kuala Terengganu, Malaysia. Siapakah kami? Yayasan Ammirul Ummah ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar sah yang beroperasi dari Malaysia. Diasaskan pada 22 April 2001 di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Yayasan Ammirul Ummah mengendalikan program amal di seluruh dunia yang memberi impak besar dalam pelbagai bidang isu, termasuk bantuan kemanusiaan, pembangunan ekonomi, kesihatan dan kesejahteraan, pekerjaan, pendidikan dan pembangunan masjid. Yayasan Ammirul Ummah menjalankan program dan projek kami dengan bajet dan sumber yang terhad. Yayasan Ammirul Ummah mengadakan perniagaan, kerajaan, NGO, dan individu untuk meningkatkan kesejahteraan / pembangunan manusia global dan sosio-ekonomi.


10 Amalan Pantas Rezeki Mencurah 1. Biasakan solat berjamaah di masjid dan tepat waktu Sebaiknya lakukan solat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan solat sunat qabliyah dan ba’diyahnya. Qabliyah adalah solat sunat sebelum solat wajib iaitu: Sementara Ba’diyah adalah solat sunat sesudah solat fardu, iaitu: Jangan lupa solat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan pernah tangguh melakukan solat. Sebaik sahaja azan berbunyi segeralah ke masjid terdekat. 2 atau 4 rakaat sebelum solat Zohor, sebelum asar, 2 rakaat sebelum maghrib, sebelum Isyak dan sebelum subuh. 2 rakaat setelah zohor, setelah maghrib dan setelah Isyak.


2. Biasakan solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat 3. Baca Surah Al Waqiah Solat tahajud adalah salah satu solat sunat yang paling utama, dikerjakan pada sepertiga malam, minimum 2 rakaat. Tetapi digalakkan untuk kita lakukan 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat. Sepertiga malam itu juga adalah waktu mustajab. Inilah surah yang boleh melancarkan rezeki ” Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni). Jangan lupa membaca surah ini selepas solat subuh atau selepas solat isyak.


4. Rutinkan solat dhuha Solat sunat dhuha juga boleh melancarkan rezeki. Solat sunat dhuha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar 40-48 minit selepas masuk waktu syuruq. Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zohor. Rutinlah melaksanakan dhuha 6 rakaat, bagi yang kuat boleh lakukan sampai 12 rakaat itu lebih baik. (2 rakaat salam, begitu seterusnya). 5. Baca zikir selepas solat Setelah solat jangan terus berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca Asmaul Husnah Ya Fattah,Ya Razaak 11 kali, diteruskan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selepas solat. Khususnya selepas solat subuh dan asar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.


6. Amalkan membaca zikir ini Amalkan membaca Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali, boleh juga 100 kali setiap hari dan boleh dibahagi jumlah zikirnya selepas solat fardhu (100 / 5 = 20 kali setiap selesai solat fardhu). 7. Amalkan zikir minta ampun Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Ini kerana, setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedari mahupun tidak. 8. Amalkan membaca zikir pagi dan petang Jangan lupa setiap hari membaca subhanallahi wabihamdihii subhanallahil 'azim 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang. Boleh dilakukan selesai solat sunat dhuha dan setelah melakukan ibadah solat asar atau menjelang maghrib.


9. Amalkan baca yasin Amalkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan bila-bila sahaja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari. 10. Tutup malam dengan solat sunat 2 rakaat Walau bagaimana mengantuk sekalipun, jangan terus tidur tanpa lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu). Lakukan 10 amalan ini selama 40 hari. Usahakan jangan tinggal. Boleh buat check list untuk membantu memeriksa adakah salah satu amalan sudah dilaksanakan atau belum. Bagi wanita yang ada haid boleh berhenti seketika dan sambung balik setelah suci. Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin sambung silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan boleh menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam..


Teknik 1: Berilah kekuatan vs lapangkan kesulitan Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan”. Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita. Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.” Teknik 2: Berilah vs kurniakanlah Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku..” Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah KURNIAKANLAH aku..” Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah. Teknik 3: Dimurahkan rezeki vs dilimpahkan rezeki Sebelum ni kita selalu berdoa, “semoga DIMURAHKAN rezeki.” Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah, “semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.” Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja. 5 TEKNIK “POWERFUL WORDS” DALAM DOA


Teknik 4: Zahirkan kesyukuran sebelum membuat permintaan Paling penting sekali adalah tips ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu. Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah SWT. Contohnya begini, “Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..” Teknik 5: Doa ketika bersedekah Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu. Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah, “Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”


Click to View FlipBook Version