The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber SEMEKA, 2023-02-05 02:27:45

HIBAH

HIBAH

HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 2 HIBAH SEBELUM REBAH “Ketahui apa itu hibah takaful dan cara menyediakannya.” RUSMANIDAR ROZALI www.lindungduit.com © Hakcipta Terpelihara Rusmanidar Rozali SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI (WHATSAPP): https://wa.me/60107911205?text=EBHIBAH


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 3 SIAPA SAYA? Terima kasih download ebook ini. Nama saya Rusmanidar Binti Rozali, seorang Perunding Takaful dari Great Eastern Takaful Berhad dan bernaung di bawah agensi Juara Super Team, yang beroperasi di Mentakab, Pahang. Saya mula menceburkan diri dalam bidang ini pada Ogos 2018 dan sehingga kini lebih 250 orang (setakat Jun 2022) dari seluruh Malaysia telah dibantu untuk memiliki perlindungan dengan takaful. Misi saya tidak akan pernah berhenti untuk membantu lebih ramai keluarga Islam di Malaysia memiliki perlindungan takaful dengan Great Eastern Takaful mengikut kemampuan tahap kewangan masingmasing. Tujuan saya menghasilkan ebook ringkas ini untuk berkongsi maklumat penting mengenai hibah terutama hibah takaful. Saya tulis seringkas mungkin kerana saya sangat faham, masa tuan/puan sangat terhad dalam kesibukan seharian. Jika ada yang kurang jelas atau kekeliruan, hubungi saya bila-bila masa sahaja.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 4 Antara pencapaian saya:


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 5


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 6 Pencapaian ini membuktikan komitmen saya untuk membantu klien dan lebih ramai lagi, termasuk anda.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 7 CUSTOMER REVIEW


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 8


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 9 Maafkan saya kongsikan sedikit perihal saya agar anda kenal dan tahu sedikit mengenai saya yang menyediakan ebook ini. Jom kita mulakan topik ebook ini…


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 10 PIRAMID KEWANGAN Sebelum saya bercerita mengenai hibah, izinkan saya kongsikan mengenai piramid kewangan terlebih dahulu. Hal ini sangat penting untuk kita melihat apakah yang lebih utama untuk disediakan.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 11 Masalah kewangan biasanya berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak teratur dan kurang kefahaman. Pengurusan kewangan yang tidak teratur biasanya terjadi apabila kegagalan individu meletakkan wang mereka di dalam pelaburan, simpanan dan perlindungan dengan seimbang atau mengikut keutamaan. Piramid kewangan ini akan membantu anda menyusun kewangan anda menjadi lebih teratur serta lebih kurang berisiko untuk mengalami masalah kewangan. Dalam sistem piramid kewangan, pengurusan simpanan, aset, pelaburan dan perlindungan perlu dibahagi dengan seimbang. Berikut saya terangkan satu persatu secara ringkas: ASET Dalam kewangan, perkara penting yang anda perlu fokus mencapainya atau jadikan sebagai salah satu kewangan anda adalah aset seperti rumah dan emas. Aset seperti ini bertujuan melindungi kita pada masa hadapan daripada masalah kejatuhan nilai wang ringgit dan apabila dalam situasi sukar. Pada masa yang sama, nilai untuk aset tersebut juga semakin meningkat naik.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 12 Dalam Piramid Kewangan, aset terletak di kedudukan paling atas dengan kotak yang lebih kecil. Ini menunjukkan aset adalah perkara yang anda perlu ada walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Menurut Robert Kiyosaki, rumah yang dijadikan pelaburan adalah aset, manakala rumah untuk kediaman sendiri pula adalah satu liabiliti. Namun, rumah tersebut tetap penting dan memberi banyak manfaat walaupun bukan untuk pelaburan. Rumah yang kita duduki itu boleh meningkat naik nilainya pada masa akan datang serta memberikan kita perlindungan untuk berteduh. Manakala emas pula lebih mudah untuk dicairkan berbanding rumah. PELABURAN Pelaburan yang terdapat di dalam Piramid Kewangan ini terbahagi kepada dua iaitu pelaburan untuk jangka masa panjang dan untuk jangka pendek. Pelaburan jangka masa panjang Contoh terbaik pelaburan jangka masa panjang adalah seperti pelaburan unit trust dan saham. Anda boleh mula melabur dalam instrumen ini dengan modal yang sangat rendah. Ketika usia masih muda, gunakan wang anda sebaik-baiknya dengan melabur dalam unit trust untuk kegunaan pada masa akan datang.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 13 Tempoh terbaik adalah melebihi 10 tahun atau sehingga anda berusia 55 tahun. Pelaburan jangka masa pendek Pelaburan jangka masa pendek ini boleh dilakukan untuk kegunaan seperti deposit rumah, deposit kereta, perbelanjaan perkahwinan atau kegunaan perbelanjaan anak-anak. Pelaburan ini biasanya tidak melebihi dari 5 tahun. Dengan tempoh yang pendek, keuntungan yang diterima juga tidak tinggi seperti pelaburan jangka masa panjang. Antara contoh terbaik yang anda boleh lakukan adalah seperti pembiayaan ASB. SIMPANAN Setiap simpanan mestilah dibuat dengan matlamat yang jelas. Contoh matlamat simpanan adalah seperti berikut: Simpanan Kecemasan Simpanan kecemasan boleh dilakukan sehingga anda mempunyai simpanan enam (6) bulan dari gaji semasa anda. Simpanan ini akan membantu anda ketika anda di dalam kecemasan seperti kerosakan kereta, masalah kesihatan dan lain-lain lagi.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 14 Simpanan Peribadi Simpanan peribadi pula boleh dilakukan untuk kegunaan peribadi seperti pergi melancong, melakukan aktiviti luar, derma, beli gajet baru atau makan di tempat yang lebih mewah. Pengurusan kewangan yang baik tidak menghalang seseorang untuk menikmati kehendak individu. Penting: Simpanan yang terlalu banyak juga sebenarnya akan merugikan anda. PERLINDUNGAN Perlindungan sangat penting kepada individu dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Jika anda lihat pada piramid kewangan, perlindungan berada di bawah sekali dan ia lebih ‘besar’. Ia bermaksud, sebelum anda mula melakukan pelaburan atau menggunakan wang / pendapatan kepada yang lain-lain, anda perlu menyediakan perlindungan kewangan terlebih dahulu. Ada dua bentuk atau cara perlindungan: Pampasan Tujuan pampasan diambil adalah untuk tidak membebankan waris anda. Individu yang perlu mempunyai pampasan ini adalah individu yang bekerja dan mempunyai tanggungan.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 15 Pampasan tersebut dijadikan sebagai penggantian pendapatan atau replacement income bagi waris atau individu di bawah tanggungan anda, apabila berlaku sesuatu kepada anda seperti lumpuh kekal, penyakit kritikal atau kematian. Selain itu, pampasan ini juga akan membantu menyelesaikan hutang yang tertunggak. Pampasan menjadi lebih penting apabila anda menjadi satu-satunya individu yang bekerja dan menampung perbelanjaan keluarga. Penting: Berapakah jumlah pampasan yang perlu diambil oleh seorang suami? Jawapan: Sekurang-kurangnya 12 bulan gaji darab 10 tahun. Untuk membuat simpanan sendiri, mungkin agak sukar. Jadi mencarum dengan takaful (hibah) adalah salah satu cara mudah dan pantas. Kad Perubatan Selain pampasan, kad perubatan juga penting bagi mengelakkan anda kehilangan simpanan anda. Jika berlaku masalah kesihatan yang melibatkan perbelanjaan serta kos yang tinggi, kad perubatan akan membantu anda tanpa menggunakan duit simpanan anda. Masalah kesihatan atau kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka. Konsep perlindungan adalah membantu anda menghadapi keadaan yang di luar jangkaan anda.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 16 APA ITU HIBAH TAKAFUL? Hibah adalah pemberian sejumlah wang pampasan kepada seseorang yang masih hidup, setelah kita meninggal dunia tanpa perlu melalui proses Faraid. Beza Hibah Dengan Wasiat Kedua-dua kaedah ini sangat penting bagi memastikan pembahagian dapat diberikan secara adil selain daripada kaedah FARAID. Hibah ini adalah kaedah paling mudah untuk dilaksanakan kerana tidak melibatkan banyak kos. Berbeza dengan wasiat, ia memerlukan kos untuk dilaksanakan kerana setiap pindaan atau apa-apa akuan yang berbeza memerlukan dokumen tersebut ditukar dan dikemaskini.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 17


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 18 Kaedah-kaedah Hibah Antara kelebihan kaedah pengagihan pampasan takaful melalui hibah: Hakmilik Mutlak - Proses pemindahan pampasan takaful melalui hibah kepada penama adalah sesuai untuk perlindungan pendapatan daripada seorang suami kepada isteri. Terkeluar daripada Faraid - Hibah takaful tidak termasuk dalam harta pusaka yang perlu difaraidkan. Mudah Cair - Kaedah hibah melalui takaful sangat mudah dicairkan berbanding hibah harta yang lain seperti hibah hartanah.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 19 Creditor Proof - Hibah takaful adalah “kebal dari pemiutang”. Harta yang diwariskan melalui hibah takaful tidak boleh dituntut oleh pemiutang si mati. Contoh Kes Hibah Great Eastern Takaful


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 20 NOTA TAMBAHAN


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 21


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 22


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 23


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 24 Untuk mudah faham hibah takaful, contoh situasi berikut: Ali (seorang suami) menyertai hibah takaful bernilai RM250,000 dengan kadar sumbangan takaful bulanan RM120. Beliau menamakan isteri beliau pewaris dalam sijil takaful hibah. Ditakdirkan, Ali meninggal dunia, pihak takaful akan berikan RM250,000 itu sepenuhnya kepada isteri Ali tanpa perlu melalui proses faraid. *Kadar sumbangan bulanan boleh lebih rendah atau tinggi bergantung kepada beberapa faktor seperti umur dan juga jumlah hibah. Hubungi saya untuk saya lihat di sistem, berapakah jumlah hibah yang boleh tuan/puan sediakan berdasarkan bajet yang tuan/puan mahu.


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 25 BAGAIMANA CARA ‘MENDAFTAR’ HIBAH TAKAFUL? BERAPA SUMBANGAN (BAYARAN) BULANAN? Mudah sahaja. Langkah 1: Hubungi saya melalui Whatsapp. Klik link Whatsapp di bawah. Langkah 2: Tunggu saya balas mesej whatsapp anda. Saya akan minta beberapa maklumat anda untuk saya dapatkan jumlah sumbangan bulanan cadangan (quotation) melalui sistem Great Eastern Takaful. Langkah 3: Saya akan kongsikan quotation (jumlah caruman bulanan) melalui Whatsapp. Langkah 4: Jika anda setuju dengan quotation itu, saya akan teruskan pendaftaran hibah. Jika tidak setuju, kita bincang apa sehingga tuan/puan dapat yang berkenan di hati. *Sumbangan: Maksudnya adalah ‘jumlah bayaran’ bulanan. Anda juga boleh lakukan bayaran untuk beberapa bulan atau setahun terus. Whatsapp saya untuk dapatkan quotation: https://wa.me/60107911205?text=quotationhibah


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 26 Anda juga boleh ke laman web berikut untuk melihat pakej dan promosi semasa hibah yang sedang ditawarkan: https://lindungduit.com/hibah ANDA BOLEH SEBARKAN EBOOK INI KEPADA KELUARGA, KAWAN DAN SAUDARA-MARA AGAR LEBIH RAMAI MEMAHAMI KEPENTINGAN HIBAH. TERIMA KASIH. Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya melalui Whatsapp: https://wa.me/60107911205?text=EBHIBAH Whatsapp: 010-7911205 Website: www.lindungduit.com FB: https://www.facebook.com/TakafulByNidaa


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 27


HAKCIPTA TERPELIHARA © RUSMANIDAR ROZALI | HTTPS://WWW.LINDUNGDUIT.COM 28 Layari www.lindungduit.com untuk maklumat lanjut, artikel dan promosi-promosi semasa takaful.


Click to View FlipBook Version