The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber SEMEKA, 2023-02-16 09:07:03

BUAH HUTAN YANG BOLEH DI MAKAN

BUAH HUTAN YANG BOLEH DI MAKAN

DOA SEBELUM MASUK HUTAN 1.Dimulakan dengan surah Al‐Fatihah sebelum masuk hutan 2.Baca Ayat ini sebelum masuk hutan : "Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim" Maksudnya "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama‐Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Baca ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan‐lahan sebanyak 7 langkah dan pada Setiap langkah di baca doa ini : 3.“Bismillahirrahmannirrahim Salamun 'Ala Nuhin Fil 'alamin, Innaka Hamidun Majid….” 4."Salaamun hiya hatta mathla'il fajr" "Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."(Qadr Ayat Ke 5) 5."Salaamun qau lam mirrabir rahim" (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yassin ke 58) InsyaAllah, dengan izin‐Nya, semoga kita semua tidak ditimpa segala musibah. ~ HaQQuL YaQin~


Buah Hutan Yang Selamat Dimakan Sewaktu "Survival" Sumber Makanan Dari Buah-Buahan Dan Tumbuhan Hutan Malaysia sangat bertuah kerana dianugerahkan dengan berbagai species flora dan fauna. Di hutan kita juga terdapat berbagai pokok dan pokok buah-buahan hutan yang boleh dimakan. Di penulisan ini, saya akan catitkan beberapa jenis buahan dan pokok hutan yang boleh dimakan dan berguna disaat kecemasan (survival) samada di hutan biasa atau hutan berpaya. 1. Pokok Tampoi (buah tampoi) Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat huhutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa Pohon Tampoi merupakan pokok yang rimbun dan besar, dapat mencapai tinggi 30 meter dan dikatakan berbuah tujuh tahun sekali. Sifat buah tampoi ialah besar dan hampir bulat, dengan kulit yang berwarna jingga. Berkulit tebal dan isinya berwarna putih dan lembut. Rasanya masam/manis. Ia juga dikenali dengan nama buah larah di Perak. Buah tampoi juga didapati di Negeri Pahang, Sembilan, Selangor dan Johor. 2. Buah Sentol (buah sentol) Pokok Sentol dikatakan berasal dari Indochina dan Semenanjung Malaysia. Pohon sentol merupakan pokok yang rimbun dan besar, dapat mencapai tinggi 30 meter dihabitat asal. Batang boleh mencapai diameter 90 cm dan bergetah. Nama saintifiknya Sandoricum koetjape. Antara nama lain buah sentol kecapi atau wild mangoesteen. Sifat buah sentul ialah hampir bulat, kuning atau kemerahan jika masak, berbulu halus seperti baldu. kulit tebal dan keras, rasa masam/manis dan isi lembut dan berair. Selain isinya Kulit buah sentol juga boleh dimakan secara segar atau dimasak. Pokok Sentol juga mempunyai khasiat perubatan. Rebusan daunnya boleh menurukan panas badan jika deman. Serbuk kulit batangnya sebagai rawatan membununh cacing gelang, akarnya pula merawat kembung, sakit perut dan cirit-birit.


3. Pokok Rotan (buah rotan) Pokok Rotan jenis pokok palma daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genusgenus Calamus Rotang, Daemonorops, dan Korthalsia. Walaupun ia jenis pokok palma ia terdapat perbezaan iaitu rotan tidak tumbuh secara berumpun menjadi silara, daunnya yang bercangkuk(duri) agar mudah pokok rotan menjalar keatas dengan menumpang pokok lain. Sifat buat rotan, buah seperti bersisik dan berbulu serta bulat, bulat oval atau lonjong. Berbagai warna iaitu memerahan, coklat, coklat kemerahan, hijau atau kuning. Isinya lembut dan bijinya berwana coklat cerah danpermukaan licin. Manfaat untuk kesihatan buah rotan sebagai satu ramuan ubat cirit-birit serta masalah pencernaan yang lain. Di Negara Malaysia, buah rotan (jernang) sudah dipakai sebagai bahan untuk penyembuhan masalah kencing darah,ubat sakit mata dan penyembuh luka, menghentikan pendarahan dan berbagai lagi 4. Pokok Salak (Buah Salak) Pokok Salak adalah sejenis pokok palma yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Ia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia dikawasan yang tidak lembab. Nama ilmiahnya Salacca zalacca. Buahnya dikenali dengan buah salak , sala (Thai) juga digelar snake fruit. Hidup dalam bentuk rumpun yang rapat. Daun salak sangat unik karena berpelepah dan helaian daunnya panjang dengan tangkai yang berduri. Daunnya boleh dibuat atap. Disebabkan ia merimbun dan berduri, ia menjadi tempat perlindugan haiwan seperti pelanduk, kancil dan babi hutan.


Sifat buah salak separuh bulat atau bujur dengan hujung runcing, kulit bersisik berwarna coklat, isinya buah berwarna putih kekuningan, kuning kecoklatan atau merah. Rasanya manis/masam, bijinya berbentuk bujur dan berwarna coklat pekat. 5. Pokok Bertam (Buah Bertam/muyu) Pokok Bertam adalah sejenis pokok palma yang terdapat dengan banyak di hutan Malaysia dan Thailand. Nama saintifiknya saintifiknya Eugeissona tristis Griff. Ada yang memanggilnya buah Salak atau buah Muyu. Bertam dan salak kelihatannya hampir sama tetapi ada perbezaan. Untuk membezakan, lihat jambak bunga dan buahnya ternyata berbeza. Buah bertam hanya keluar dari bahagian tengah rumpun bertam dan salak pula dari jambaknya. Pokok ini mempunyai duri yang amat banyak. Sifat buah bertam Kulit buah Bertam (bersisik), sedikit halus, buah Salak pula kulit (bersisik) kasar. Dimakan sewaktu muda dan berisi putih/coklat yang lembut (jika tua ia akan keras). Daun pokok bertam boleh dijadikan atap.


6. Pokok Tarap (Buah Tarap/terap) POKOK BUAH TARAP (Artocarpus odoratissimus) ini adalah pokok dimana asalnya sejenis tumbuhan liar (wild plants) banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Buah Tarap terkenal di negeri Sabah, Tarap memiliki bau yang kuat, namun memiliki rasa yang manis dan isi yang lembut . Sifat buah, Ia berbentuk bulat sampai ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar. Isinya berwarna putih.Berkulit tebal berduri tetapi tumpul dan lembut. Tanda ia boleh sudah matang, kulitnya bertambah keras dan rapuh. Tarap juga akan berubah warna kulitnya dari warna hijau pekat dan berbulu ke hijau kekuningan bila masak Buah ini benar-benar masak jika terdapat kesan membusuk di buah dan akan gugur. Buah Tarap tidak boleh di simpan lama sejurus ia di buka. 7. Pokok Bangkong (Buah Bangkong/keledang) Pokok Buah Bangkong katogeri cempedak liar yang banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Tumbuh hingga ketinggian kira-kira 1000 m dari aras laut. Sifat Pokok Buah Bangkong daripada daun, hinggalah buahnya kelihatan seperti pokok cempedak, tetapi perbezaanya ialah Buah Bangkong hanya boleh dimakan ialah bijinya dan tidak akan masak jika diperam. Oleh itu jika dihutan, terjumpa buah ini, walaupun dalam keadaan busuk, bijinya masih boleh diambil untuk dimakan. Cara mendapatkan biji Buah Bangkong memukul buah dengan kayu agar bijinya akan terkeluar.


8. Pokok Keranji (buah keranji) Pokok Buah Keranji adalah, pohon tinggi tropika, berasal dari selatan Thailand, Malaysia dan Indonesia Kayunya bernilai tinggi dan banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Sifat buah keranji (Dialium indum) berdiameter kira-kira 2, rasa masam/manis, kulit kering hitam dan rapuh dan bergebu. Isinya berwarna oren. 9. Pokok Binjai (buah binjai) Pokok Binjai (Mangifera caesia) merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga, Anacardiaceae. Tumbuh di dataran rendah di bawah 400 m, hingga 800 m dari aras laut. Pohon binjai dapat tumbuh mencapai ketinggian 30 m (100 ft) tinggi Mudah tumbuh di persisiran tepi sungai. Buah Binjai tergolong dalam genus yangsama dengan mangga dan terdapat hidup subur di asia tenggara sepeti Malaysia dan Indonesia. Sifat buah Binjai, berbentuk lonjong saiz 10-15cm panjang dan 6-7cm lebar., kulit nipis dan berwarna coklat. Isinya putih kekuningan, lembut,berbau wangi, dan rasanya masam/manis. Jika terjumpa dihutan, jangan terkeliru dengan buah yang jampir sama iaitu buah kemang. Buah kemang lebih besar dan lebih panjang. Berwarna coklat tetapi berbincul di pangkalnya. Buah ini berasa masam.


10. Pokok Cemponek (Buah Cemponek/kempas) Pokok Temponek @ Cemponek (Artocarpus rigidus) Juga dikenali Pokok Ketedang Temponek, ialah Satu spesies tumbuhan Dalam Famili Moraceae Yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan India. Pokok Temponek boleh membesar mencapai 30 meter (98 kaki) Sifat buah Cemponek, berbentuk bulat dan berkulit seperti duri, tetapi lembut. Buah muda berwarna kuning kehijauan, dan apabila masak berwarna jingga. Isinya berwarna oren, manis dan berbiji seperti buah cempedak. Ia juga dikatakan buah Tarap, tetapi ia adalah berbeza. Ia diketegori cempedak liar banyak ditemukan di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Tumbuh sampai ketinggian sekitar 1000 m dpl. 11. Pokok Kejijak (Buah Kejijak) Pokok Kejijak ini bersaiz besar dan berdahan rendang dan buahnya pula sebesar penumbuk dan bulat. Berbau seperti buah bacang. Ia akan gugur apabila masak dan tidak boleh diperam..Kulit dan isinya tidak boleh dimakan, tetapi bijinya yang boleh dimakan.Untuk mendapatkan isi didalam biji, ia harus di potong atau atau direbus untuk mendapatkan isinya.


12. Pokok Durian Hutan (buah durian hutan) Pokok Buah Durian Hutan liar, banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Berasal dari Malaysia, Indonesia, dan negara asia yang lain. Pokok Durian Hutan boleh membesar mencapai 30 meter (100 kaki),Tumbuh hingga ketinggian kirakira 800 m dari aras laut. Terdapat banyak spesies durian liar antaranya Durio oxleyanus dan lowianus Durio. Gambar menunjukan durian hutan jenis Durio Oxleyanus. Sifatnya ialah berduri tajam panjang dan empat pansa sahaja dan terdapat satu isi saja setaip pangsa yang berwarna putih atau kuning cair.Isinya lembut dan manis. Tidak di galakan makan banyak kerana ia akan memanaskan badan. Terdapat juga durian hutan yang berisi merah, yang banyak terdapat di Borneo. Durian hutan juga menjadi makanan kepada haiwan buas seperti Gajah, babi dan dikatakan juga dimakan oleh harimau belang. 13. Pokok Beruas (buah beruas) Pokok Beruas (Garcinia hombroniana) merupakan Sejenis tumbuhan Yang terdapat di hutan Malaysia Sumatera di Negara-Negara ASEAN Yang Lain. Pokok Beruas merupakan Sejenis tumbuhan Yang terdapat di hutan Malaysia Sumatera dan di negara-negara ASEAN Yang Lain. Pokok beruas boleh mencapai Ketinggian 15 - 20 kaki (4,6-6 meter). Batang pokok ini kepada lurus tegak dan dahan yang bercabang. Sifat buah beruas yang matang ialah, kelihatan Seperti buah manggis, isinya berwarna kuning, berasa masam, dan mengandungi biji.


14. Pokok Rambai Hutan Pokok Rambai Hutan (Baccaurea kunstleri) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang berasal dari Asia Tropika, dan Australia. Terdapat pelbagai spesis rambai hutan, antaranya ialah Rambai Mentahun (sebutan penduduk tempatan). Seperti gambar yang di tunjukan. Bentuknya yang bulat dan berwarna hijau jika muda. Rambai mentahun ini, memerlukan masa selama setahun untuk matang dan boleh dimakan. Ciri-ciri rambai hutan ialah, tumbuh sehingga 20 meter (65 kaki) tingginya, dengan batang pokok yang mempunyai akar banir. Daun: Berbentuk bujur, dan berlingkar-lingkar pada sekeliling dahan. Permukaan bawahnya lembut dan licin bak baldu.Buah: Berbentuk bulat, hijau semasa muda dan berwarna perang/kekuninganapabila matang, mempunyai biji dan berasa masam/manis. 15. Pokok Senduduk, Lemba dan letop-letop. Pokok Senduduk (Melastoma malabathricum), Lemba (Curculigo latifolia Dyrander / Molineria latifolia) dan Letop-letop (Passiflora foetida) adalah tumbuhan hutan tumbuh subur di hutan dara, belukar dan juga kebun-kebun. Buah dari pokok berikut boleh di makan dan selamat. Ia juga mengandugi nilai perubatan yang tinggi. Buah Senduduk Buah Lemba Buah letup-letup


16. Pokok Berembang (Buah Berembang) Pokok Berembang (Sonneratia caseolaris), adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN Yang Lain. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah , pedada, gedabu, atau Perepat. Ia tumbuh subur berhampiran sungai yang bedekatan dengan laut. Pokok berembang adalah tempat Kunang-Kunang menghisap manisan bunga pokok berembang di waktu malam. Buah dan pucuk muda daun berembang boleh dimakan mentah. Sifat buah berembang berasa sedikit masam (rasa seperi keju), tetapi sedap untuk dimakan muda atau masak. Ia juga mempunyai berbagai khasiat kesihatan mengubati batuk (buan) dan mengubati luka (daun) Terdapat juga Pokok Berembang Bukit, yang tumbuh di kawasan bukit. Sifat buahnya juga hampir sama. 17. Pokok Nipah (buah nipah) Pokok Nipah (Nypa fruticans )merupakan Sejenis tumbuhan Yang banyak terdapat di hutan Negara-Negara ASEAN.Ia juga boleh dijumpai di selatan Asia dan utara Australia. Ia tumbuh subur berhampiran sungai yang bedekatan dengan laut Tandan bunga buah Nipah yang belum mekar, boleh menghasilkan nira iaitu manisan yang boleh diminum atau dibuat gula,cuka dan etanol. Buah nipah yang matang boleh dimakan isinya dengan cara membelah buat tersebut. Isinya lembut ,berair dan berwarna putih cerah. Biji buah nipah yang tua boleh dijadikan tepung, dengan cara menumbuknya. Umbut nipah juga boleh dimakan manakala daunya boleh dibuat atap, rokok dan sebagainya.


18. Sumber Makanan Dari Tumbuhan Hutan (umbut tumbuhan) Kebanyakan pokok species palma, seperti rotan, bertam dan kelapa, mempunyai umbut yang dan selamat dimakan. Jika dalam situasi kecemasan(survival), carilah tumbuhan jenis palma ini untuk dijadikan makanan sementara. 19. Pokok Buluh (rebung) Buluh (Gramineae), iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga Bambusoideae. keluarga Poaceae. Struktur pokok buluh adalah berongga. Terdapat sepuluh jenis genus buluh dan ia dibahagikan lagi kepada 1,450 spesies. Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958). Buluh yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras. Yang boleh digunakan sebagai sumber makanan adalah rebung buluh. Gambar menunjukkan rebung buluh yang muda. Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. 20. Pokok Rotan (umbut) Pokok Rotan jenis pokok palma daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genusgenus Calamus Rotang, Daemonorops, dan Korthalsia. Pokok rotan menjalar keatas dengan menumpang pokok lain. Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut rotan tersebut. Boleh dimakan mentah atau dimasak.


21. Pokok Bertam/Pokok Salak (umbut) Pokok Bertam (Eugeissona tristis Griff). Pokok ini mempunyai duri yang amat banyak. Tumbuh dalam rimbunan. Ia juga buah yang boleh di makan. Pokok Salak (Salacca zalacca ) adalah sejenis pokok palma yang terdapat di hutan Malaysia.Ia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia dikawasan yang tidak lembab. Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa pokok bertam tersebut. Umbutnya boleh dimakan mentah atau dimasak. Pokok Bertam Pokok Salak


22. Pokok Nipah (umbut) Pokok Nipah (Nypa fruticans ) tumbuh subur berhampiran sungai yang bedekatan dengan laut. Ia mempunyai buah yang boleh dimakan isinya. Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa pokok nipah dan umbutnya. Boleh dimakan mentah atau dimasak. 23. Pokok Lengkuas (empulur@umbut) Pokok Lengkuas (Languas galangal) Tumbuh herba ini tersenarai dalam koloni "Pokok Ulam". Pokok Lengkuas hidup berumpun dan berizom, bertinggian sehingga dua meter. Ia tumbuh tumbuh menegak daripada rizomnya. Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa pokok dan empulur@umbut pokok tersebut. Ia perlu dimasak untuk memakannya.


24. Pokok Pisang (empulur@umbut) Nama saintifik (Musa spp).Nama lama saintifiknya (Musa sapientum) tidak lagi digunakan. Terdapat berbagai species dan tumbuh melata di hutan Malaysia. Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut pokok pisang tersebut. Ia perlu dimasak untuk memakannya. 25. Pokok Kelapa (umbut) Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun (pinnate). Terdapat berbagai species dan tumbuh melata Malaysia. Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Buah kelapa juga boleh di makan isinya samada muda atau tua. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut pokok kelapa tersebut. Boleh dimakan mentah atau dimasak.


Sumber Makanan dari pucuk tumbuhan Dalam keadaan “survival”, sumber makanan daripada pucuk-pucuk muda tumbuhan juga boleh dilakukan. Kebanyakannya pucuk muda ini selamat dimakan kecuali yang memabukkan atau yang beracun. Untuk membezakannya selamat atau tdak, secara asas, lihatlah pada haiwan liar, jika ada tanda haiwan memakan pucuk tumbuhan tersebut ianya selamat. Untuk lebih meyakinkan gunalah teknik Hidu,Gosok dan Rasa. Hidu bermaksud menghidu di hidung untuk daun untuk menilai bau yang dihasilkan. Jika masih ragu, Gosok daun tersebut dikulit yang peka dan tunggu apa yang berlaku sama ada gatal, berangin atau sebagainya. Rasa bermaksud meletak sedikit daun yang diramas di lidah. seperti juga teknik gosok, untuk memastikan dengan lebih tepat, jika tiada sebarang tindakbalas jika teknik gosok dilakukan di tangan. Jika berpuas hati dan rasa selamat, makanlah daun tersebut sekadar alas perut. Teknik ini juga berguna jika anda terjumpa buah-buahan hutan yang tidak diketahui selamat dimakan atau tidak. Rajah ini menunjukkan hutan di Semenajung Malaysia dan ia berkaitan juga dimana buah-buah ini akan berada dan hidup. Tanpa ilmu survival atau kurang pengalaman sukar untuk menemui buah yang dinyatakan walaupun anda telah membaca berbagai artikal.


20 Ilmu Survival Dalam Hutan Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar, iaitu, 1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok. 2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. ‐ belajar dr orang asli. 3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) ‐  belajar dr askar.


4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. ‐ belajar dr orang asli. 5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. ‐ belajar dr orang asli. 6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..‐ belajar dgn kaki pancing. 7. Tanda‐tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5‐6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.. 8. Masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. ‐ belajar ngan askar. 9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. ‐ belajar dgn orang asli. 10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. ‐ ni belajar ngan kaki pancing lain. 11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. ‐ belajar dr pengalaman. 12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. ‐ orang asli.


Amalan Buka Khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..). 1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah. 2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2. 3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur. 4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit. 5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu. 6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah. 7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari.. 8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi... Kredit: Harry Lord Share from page : aura banding royale belum. Semoga perkongsian dan maklumat ini berguna. Ingatlah penulisan ini hanya asas sahaja, untuk mengetahui lebih mendalam lagi rujuklah kepada yang pakar, buku atau sebarang laman sesawang yang membicarakan secara terperinci. Sekian terima kasih.


Click to View FlipBook Version