The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kilauan dari Mentari Tauhid - Badi'uzzaman Said Nursi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber SEMEKA, 2023-02-05 02:31:52

Kilauan dari Mentari Tauhid - Badi'uzzaman Said Nursi

Kilauan dari Mentari Tauhid - Badi'uzzaman Said Nursi

AL-FAID AL-SAMAWI FI TARJAMATI AL-MATHNAWI AL-ARABI AL-NURI LI USTAZ BADI' UZ-ZAMAN SA'ID ALNURSI MENTERJEMAHKAN IA KE BAHASA MELAYU: AHMAD FAIZ AL-AZHARIY AMAR FARHAN AL-AZHARIY EDITOR ABDUL RAHMAN MUHAMMAD FIRDAUS NUSKHAH WAQAF (KEPADA PEMBACA SEDEKAHKAN BUAT KAMI ALFATIHAH)


I S I K A N D U N G A N M U K A D D I M A H 19 Kilauan Per tama 20 Kilauan Kedua 21 Kilauan Ketiga 24 Kilauan Keempat 26 Kilauan Kelima 27 Kilauan Keenam 31 Kilauan Ketujuh 33 Kilauan Kelapan 34 Kilauan Kesembilan 37 Kilauan Kesepuluh 39 Kilauan Kesebelas 40 Kilauan Kedua Belas 42 Kilauan Ketiga Belas 43 Kilauan Keempat Belas Isi Kandungan i P E R I N G A T A N


M U K A D D I M A H P E N U L I S B A G I H I M P U N A N R I S A L A H B E R B A H A S A A R A B P A D A L A F A Z , M A T H N A W I P A D A H U K U M A S A L T E R J E M A H A N D A R I P A D A B A H A S A T U R K I K E A R A B : M U L L A A B D U L M A J I D A L - N U R S I M E N G A N D U N G I 5 N O K T A H Noktah Pertama Adalah Said Qadim - sebelum kira-kira 50 tahun lalu – oleh kerana asyik bergelumang dengan ilmu-ilmu aqliyyah dan falsafah mengenal pasti jalan dan pintu untuk sampai kepada hakikat bagi segala hakikat, supaya dia dapat masuk dalam golongan yang menghimpunkan antara tarekat dan hakikat. Dia tidak puas dan berpada dengan gerak hati semata-mata - seperti kebanyakan ahli tarekat – bahkan berusaha sepenuhnya terlebih dahulu untuk menyelamatkan akal dan fikirannya daripada beberapa penyakit yang diwarisinya kerana lama membaca buku-buku ahli falsafah. Kemudian, dia menghendaki -setelah bebas daripada penyakit-penyakit itu – untuk mengikuti sebahagian tokoh ahli hakikat yang menuju kepada hakikat dengan akal dan hati. Maka dilihat bahawa setiap daripada tokohtokoh ini keistimewaan dan tarikan tersendiri, maka bingunglah dia pada memilih sebahagian ke atas sebahagian lain. Namun, terdetik pada hati Said Qadim yang penuh dengan luka-luka apa yang tertulis dalam alMaktubat karya Imam al-Rabbani iaitu arahannya secara ghaib: ((Satukan kiblat)) yakni Ustaz yang sebenar adalah al-Quran semata-mata. Maksud penyatuan kiblat adalah dengan mengustazkan Quran sahaja. ii Mathnawi Arabi Nuri


Maka mulalah dia dengan bimbingan daripada Ustaz yang suci berjalan bersama-sama ruh dan hatinya dalam keadaan yang paling aneh. Sehingga dirinya yang amarah (menyuruh) dengan segala syak dan kekeliruan terpaksa dilawan dengan mujahadah maknawi dan ilmiah. Ketika dia menjalani jalan ini yang penuh dengan bersusah payah menolak syak wasangka, dia telah melalui maqam-maqam (perhentian), dan menjengah kepada apa yang ada di dalamnya, tidak seperti yang dilakukan oleh mereka yang tenggelam dalam lautan makrifat, iaitu dengan menutup mata, bahkan seperti yang dilakukan oleh Imam al-Ghazali, Imam al- Rabbani, dan Jalaluddin al-Rumi, iaitu dengan membuka semua mata, dibiarkan terbuka tanpa ditundukkan pandangan atau ditutup. Pujian bagi Allah atas tawfiq bagi menghimpunkan tariqah dan hakikat dengan sebab limpah al-Quran dan pedomannya, sehingga Sa`id Jadid mampu menerangkan dengan risalah nur yang ditulisnya hakikat: في كل شيء له آية تدل عىل أنه واحد Pada setiap suatu baginya bukti yang menunjukkan ke atas Ianya esa. Mukaddimah iii


Noktah Kedua: Adalah pada pengembaraan dan perjalanannya bagi jalan itu, dalam maqam-maqam tersebut, berjalan dengan hati di bawah pengawasan akal, dan dengan akal di bawah lindungan hati, seperti Imam al-Ghazali, Imam alRabbani, Jalaludin al-Rumi. Maka segeralah dia merawat luka-luka hatinya, dan ruhnya dan membebaskan hatinya daripada waswas dan salah sangka (awham). Dengan kebebasan itu, bertukarlah Sa`id Qadim kepada Sa`id Jadid maka dia telah mengarang dengan bahasa Arab apa yang boleh dihukum sebagai mathnawi sharif yang asalnya berbahasa parsi – beberapa risalah dengan ungkapan yang amat ringkas. Dan setiap kali tiba peluang saya akan mencetaknya. Iaitulah: Qatrah, Habab, Habbah, Zahrah, Zarrah, Shammah, Shu`lah, dan pelajaran-pelajaran lain, berserta 2 risalah berbahasa turki iaitulah lama`at dan nuqtah. Dia telah menerangkan jalan tersebut pada kira-kira separuh abad dalam risalah nur yang tidak berpada dengan jihad melawan nafsu dan syaitan bahkan ia hampir menjadi satu himpunan universal lagi luas daripada mathnawi yang telah menyelamatkan orangorang bingung dan berhajat, dan menarik mereka yang tertarik kepada kesesatan daripada ahli falsafah. v Mathnawi Arabi Nuri


Noktah Ketiga Sesungguhnya perdebatan yang berlaku antara dua Sa`id – Qadim dan Jadid, adalah bagi menolak syaitan, memaksa nafsu, sehingga jadilah risalah nur doktor yang mahir bagi empunya luka daripada pencari hakikat, dan mengalahkan dan mendiamkan orang menyimpang dan sesat. Maka jelaslah bahawa Mathnawi Arabi ini adalah benih bagi risalah nur, dan tunasnya, yang membebaskan manusia daripada kekeliruan syaitan manusia dan jin serta tidak tersembunyi lagi bahawa apa yang diketahui itu setara dengan apa yang disaksikan dan yakinlah terhadap maklumat yang diketahui seperti ainul yakin, yang mewariskan kepuasan, dan menghasilkan ketenangan yang sempurna. Mukaddimah vi


Noktah Keempat Tatkala banyaknya Sa`id Qadim bergelumang dengan ilmu hikmah dan hakikat, dan berdebat dengan ulama besar, dan berdebat dengan mereka dalam permasalahan yang halus dan mendalam, dan meraikan tahap kefahaman pelajar lama yang menelaah ilmu- ilmu syara` yang tinggi, tambahan pula beliau mengisyaratkan kepada peningkatan fikirannya dan limpahan makrifat pada hatinya dengan ungkapan yang paling halus dan amat ringkas yang tidak difahami melainkan dirinya sahaja. Oleh yang demikian, terkadang seseorang tidak faham akan sebahagian daripadanya – selepas penat lelah – melainkan mereka yang kukuh dalam penguasaan ilmu. Maka jika lintasan hati itu diterangkan dengan ungkapan mudah lagi terperinci, dan dijelaskan dengan penjelasan yang dapat didekatkan kepada kefahaman nescaya Mathnawi Arabi ini dikira mata air yang sempurna bagi risalah nur dan pembantu baginya. Maka jelaslah bahawa Mathnawi Arabi – yang merupakan tunas risalah nur – yang umpama liku-liku tersembunyi telah menjalankan ke arah makrifat ilahi dalam penyucian jiwa dan dalaman diri manusia, maka ia telah diberi tawfiq untuk membuka jalan daripada ruh dan hati. Sedangkan risalah nur – yang merupakan kebunnya yang rimbun – telah membuka jalan yang luas ke arah mengenal Allah, dengan menghadapnya ia kepada ufuk alam seperti jalan raya luas, ditambah dengan jihadnya terhadap jiwa sehinggakan ia umpama tongkat Musa alaihisalam, di mana sahaja ia memukul, akan terpancar air tawar. vii Mathnawi Arabi Nuri


Kedua-duanya menyampaikan kepada mengenal Allah seperti dikatakan: عبارتنا شتى و حسنك واحد # و كل إىل ذاك الجمال يشير Ungkapan kita berbagai sedangkan keindahanmu itu satu, dan semua menunjukkan kepada keindahan itu. Begitulah, maka risalah nur bukanlah jalannya itu jalan ulama dan hukama, bahkan ia adalah jalan yang diambil daripada mukjizat maknawi bagi al-Quran, yang mengeluarkan pancaran makrifat Allah daripada segala sesuatu. Maka salik memperoleh faedah daripada risalah nur pada satu detik apa yang tidak diperoleh oleh mereka yang menjalani jalan-jalan lain dalam setahun. Itu adalah salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia alQuran yang Allah berikan kepada mana-mana hambanya yang dikehendaki, dan menolak dengannya serangan puak yang ingkar. Mukaddimah viii


Noktah Kelima Engkau akan lihat pada lembaran mathnawi yakni himpunan risalah berbahasa Arab sebahagian masalah, dan hakikat yang halus, yang sepatutnya setiap satu daripadanya dapat dijadikan satu tajuk bagi risalah kajian.. ia telah disebut dalam lafaz yang sempit tidak memuatkan makna, dan dalam beberapa baris yang tidak mencukupi, dan di asingkan masalah-masalah tersebut dengan sebutan: ketahuilah..ketahuilah, diawalkannya. Maka janganlah engkau menyangka bahawa masalahmasalah – yang setiap satunya tajuk bagi satu risalah dan mengisyaratkan kepada hakikat yang berbeza antara satu sama lain – sekaliannya adalah daripada satu jenis ilmu, atau merujuk kepada maqam atau menyingkap permatapermata dalam satu cangkerang, sambil berkata pada dirinya: Sebutan ketahuilah dan mengulangnya atas masalah-masalah ini tidak ada faedah. Ini kerana setiap daripadanya adalah tajuk dan indeks bagi risalah-risalah dan hakikat. Pengulangannya itu hanyalah untuk mengisyaratkan kepada bahawa antara setiap masalah itu hakikat yang berbeza. Maka perlulah pembaca meletakkan atas noktah-noktah tersebut tadi fokusnya supaya dia tidak bersegera membangkang. Sa`id al-Nursi ix Mathnawi Arabi Nuri (Penterjemah telah menterjemahkan mukaddimah menewi ini berdekatan pengarang mathnawi pertama – Jalaluddin al-Rumi- di kota Konya di Turki. Ini bukanlah kebetulan, bahkah ia adalah isyarat dan hikmah yang tidak mampu saya ungkapkan tentangnya. (Abd Majid al-Nursi)


Perhatian… Peringatan… Pohon Keuzuran Ketahuilah bahawa risalah ini sejenis tafsir syuhudi bagi sebahagian ayat al-Quran. Dan apa yang di kandungnya daripada masail ibarat bunga-bungaan yang dipetik dari kebun al-Quran al-Hakim. Maka janganlah disebabkan kerumitan, ketidakjelasan dan ringkasnya itu membuatkan engkau merasa asing, bahkan ulanglah menelaahnya sehingga terbuka buatmu rahsia pengulangan al-Qur'an semisal: Baginya kerajaan langit-langit dan bumi.(al-Hadid:2) Janganlah engkau takut kepada pemberontakan nafsumu, kerana nafsu ammarahku yang memberontak dan angkuh telah tunduk dan dihinakan di bawah kekuatan apa yang terkandung dalam risalah ini daripada hakikat. Bahkan syaitanku telah didiamkan dan dikalahkan. Jadilah siapa pun yang engkau inginkan, maka tidaklah dirimu lebih jahat dan payah melebihi diriku, dan tidaklah syaitanmu lebih celaka dan menyesatkan daripada syaitanku. Mukaddimah x


Wahai pembaca! Jangan sesekali engkau menyangka bahawa dalil-dalil tawhid dan fenomenanya dalam bab pertama3 sebahagiannya tidak berhajat kepada sebahagian lagi secara mutlak, kerana aku telah menyaksikan bahawa setiap satunya saling memerlukan pada konteks tertentu, kerana terkadang gerakan jihad apabila dihimpit di sebuah kawasan – supaya bebas – memerlukan kepada dibuka satu pintu di kawasan tersebut, oleh sebab tidak ada pintu lain yang terbuka sekarang. Begitulah, jangan engkau sangka aku sengaja menyusahkan ayat dalam risalah ini, kerana risalah ini adalah dialog mengejut bersama diriku pada waktu mengejut. Dan kalimat- kalimat tersebut hanya terbit pada ketika debat yang dahsyat seperti ribut yang berlawan padanya cahaya dengan api. Kepalaku satu-satu masa turun dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas, daripada tanah ke mentari, kerana aku jalani jalan yang tidak dijalani, antara akal dan hati. Dan berlegar-legar akalku daripada melampau-lampau di kerendahan kepada ketinggian.. Maka setiap kali aku menemui satu cahaya, aku akan letakkan ke atasnya alamat supaya aku dapat mengingatinya. Acap kali aku letakan satu kalimat atas apa yang tidak mampu aku ungkapkan, sebagai peringatan bukan untuk memahamkan,.. Acap kali juga aku letakkan satu kalimat atas cahaya yang besar. Kemudian aku saksikan cahaya-cahaya yang menyuluhku di kedalaman bumi yang gelap gelita, tidak lain tidak bukan adalah sinaran mentari Quran yang berupa bagiku umpama obor. xi Mathnawi Arabi Nuri


Ya Allah jadikanlah al-Quran Cahaya bagi akal, hati, dan ruh kami, juga penunjuk bagi diri kami.. Amin Wahai pembaca kitabku! Jika engkau peroleh suatu daripadanya, perlulah engkau hadiahkan fatihah atau doa yang murni di jalan Allah buatku… Mukaddimah xii


بسم هللا الرحمن الرحيم Maha suci Engkau, Wahai Tuhan yang sentiasa bertasbih serta memujimu oleh makhluk- makhluk yang mengalir ini dengan tasbih-tasbih lisan Muhammad صلى الله عليه وسلم ,kerana dialah yang bergelombang gema-gema tasbihnya buatMu, atas setiap gelombang generasi, dan setiap ombak zaman, dengan berlalunya musim-musim, masamasa, dan tahun-tahun. Ya Allah, abadikan atas lembaran-lembaran makhlukmakhluk, dan atas kertas-kertas masa, gema tasbihtasbihnya صلى الله عليه وسلم sehingga hari kiamat dan kebangkitan. Maha suci Engkau, wahai Tuhan yang bertasbih serta memujiMu oleh bumi, hal keadaannya sujud di bawah arash keagungan kudratMu, dengan lisan Muhammadnya – atasnya semulia-mulia selawatMu dan seindah-indah salamMu – kerana dialah yang bertutur dan yang menterjemahkan tasbih-tasbih bumi buatMu dengan lisan halnya, dan dengan risalahnyalah tetap bumi di tempatnya dan paksinya. RISALAH PERTAMA K I L A U A N D A R I ME N T A R I T A U H I D 13


Ya Allah, tuturkanlah bumi dengan sekalian benuanya hingga ke akhir umurnya dengan tasbihan-tasbihan lisan .صلى الله عليه وسلم baginda Maha suci Engkau, wahai Tuhan yang bertasbih serta memujiMu oleh sekalian kaum mukminin dan mukminat di sekalian tempat dan masa dengan lisan Muhammad mereka – atasnya sesempurna selawat dan salam – kerana bagindalah yang terpapar cahaya tasbih-tasbihnya buatMu dari mulut orang-orang yang beriman. Ya Allah, tuturkanlah bani Adam hingga akhir umur manusia dengan tasbih-tasbih MuhammadMu buatMu – atasnya selawatMu dan salamMu – seperti yang layak dengan kehormatannya dan kerahmatanMu, dan kasihilah kami dan kasihanilah umatnya. Amin. Kilauan Dari Mentari Tauhid 14


Pada Menyatakan Permata-Permata dari Khazanah Ayat-Ayat Berikut: ُكِّل َشۡيٖء َوِكيٞل َّلُهۥ َمَقاِليُد ٱلَّس َٰم َٰوِت ِلُق ُكِّل َشۡيٖۖء َوُهَو َع ٰىَل ٱلَّلُه َٰخ َوٱ َأۡلۡرِض Allah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah yang mentadbirkan serta Menguasai segala-galanya.. Dia sahajalah Yang Menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi (al-Zumar: 62-63) ۡرَجُعوَن ۡيِه ُت َل ۦ َمَل ُكوُت ُكِّل َشۡيٖء َوِإ َّلِذي ِبَيِدِه َفُسۡب َٰحَن ٱ Maha suci Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiaptiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Yasin: 83) وٖم ِإاَّل ِبَقَد ٖر َّمۡعُل َنِّزُلُهٓۥ ا َخَزٓاِئُنُهۥ َوَما ُن َوِإن ِّمن َشۡيٍء ِإاَّل ِعنَدَن Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu. (al-Hijr: 21) ِبَناِصَيِتَهۚٓا ُۢذ إَّما ِمن َدٓاَّبٍة ِإاَّل ُهَو َءاِخ Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. (Hud: 56) 15 Mathnawi Arabi Nuri


Wahai orang yang lalai, lagi tenggelam dalam asbab! Sesungguhnya asbab itu, adalah hijab bagi pekerjaan Qudrat (Ilahi), kerana 'izzah dan keagungan keduanya menuntut wujudnya hijab. Namun, Pelaku yang maha merubah itu hakikatnya adalah Qudrat Allah yang bersifat al-Samad, kerana tauhid dan jalal (kemegahan) keduanya menuntut sedemikian kerana Sultan Yang Azali (Allah) memiliki ramai pesuruh, tetapi mereka bukanlah pengantara urusan kerja sehingga boleh dikira sekutu dalam kerajaan Tuhan. Bahkan mereka hakikatnya adalah sebahagian daripada penunjuk, yang mengiklankan urusan kerja Ketuhanan, dan sebahagian daripada penonton yang menyaksikan dan bersaksi, kemudian berhasil - dari kerana tunduk patuh pada arahan (penciptaan) ilahi - sejumlah bentuk ibadat yang bersesuaian dengan keadaan mereka. Maka pengantaraan itu hakikatnya adalah bagi menzahirkan keizzahan Qudrat, dan kehebatan ketuhanan Allah. Adapun sultan di kerajaan insani, maka disebabkan lemahnya mereka, dan berhajatnya, memerlukan kepada pengantara dan pesuruh yang menyekutui kerajaannya. Maka tidak ada persamaan antara pesuruh ilahi dengan pesuruh insani. Ya, sesungguhnya pandangan kebanyakan orang-orang yang lalai tidak memahami keindahan peristiwa kejadian, lagi tidak memahami hikmahnya, maka dia akan mengadu tanpa hak, dan membangkang dalam keadaan jahil. Maka diletakkan asbab untuk dihalakan aduan itu kepadanya. Kilauan Dari Mentari Tauhid 16


Apabila diberi taufiq kepada seseorang untuk memahami hikmah dan kebenaran, maka akan terangkat asbab dari pandangannya. Sesungguhnya telah dihikayatkan secara perumpamaan maknawi: Sesungguhnya, Izrail alaihi salam telah mengadu kepada Allah ta’ala: Bahawa sesungguhnya hamba-hambamu akan mengadu tentang (perbuatan)ku pada mencabut ruh, maka diwahyukan kepadanya: Sesungguhnya aku telah meletakkan antaramu dan antara mereka pengantaraan musibah sehingga terhala sekalian aduan mereka kepadanya tidak kepadamu. Kesimpulan: Sesungguhnya keizzahan dan keagungan menuntut peletakan asbab yang zahir bagi menolak aduan-aduan yang batil supaya akal zahiri tidak melihat sentuhan langsung tangan qudrat pada perkara-perkara keji tertentu. Namun tawhid dan sifat jalal keduanya menolak untuk bahawasanya tangan-tangan asbablah pemberi kesan yang hakiki. 17 Mathnawi Arabi Nuri


Peringatan: Sesungguhnya Tauhid itu ada dua: Pertama: Tauhid Awam yang berkata: ((Tidak ada sekutu baginya, tidaklah alam sekaliannya ini milik selainNya.)) Maka boleh menyelinap masuk kealpaan bahkan kesesatan pada fikiran pemiliknya. Kedua: Tauhid Hakiki yang berkata: ((Dialah Allah satusatunya. BagiNya kerajaan, dan bagiNya alam, dan bagiNya segala sesuatu )) Maka dia telah melihat cop rasminya atas segala sesuatu, dan membaca mohornya atas segala sesuatu, maka menyabitkannya secara sedar, yang tidak boleh menyelinap masuk kesesatan mahupun sangkaan terhadap tauhid ini. Kilauan Dari Mentari Tauhid 18


Maka kami akan memperdengarkan kepadamu beberapa kilauan dari tauhid ini yang telah kami ambilnya dari alQuran al-Karim: Kilauan Pertama Sesungguhnya bagi Pencipta – jalla jalaluh – atas setiap ciptaan dari ciptaan-ciptaanNya itu cop rasmi khas buat Tuhan yang mencipta segala sesuatu… dan atas segala makhluk dari makhluk-makhluknya itu cop mohor khas buat Tuhan yang menjadikan segala sesuatu, dan atas setiap surat daripada tulisan qudratNya itu tandatangan yang indah tidak boleh ditiru, yang khas buat Sultan yang azali dan abadi. Contohnya: Lihatlah dari apa yang tidak terhingga daripada cop-cop mohorNya yang telah diletakkan atas ((kehidupan)). Lihatlah kepada kehidupan bagaimana sesuatu itu menjadi segala sesuatu dan begitu juga segala sesuatu menjadi satu. Ya, air yang diminum – dengan izin Allah – menjadi apa yang tidak terhingga banyaknya dari anggota-anggota dan organ-organ haiwan, maka jadilah suatu dengan arahan Allah segala sesuatu. Dan begitulah juga jadi sekalian makanan yang pelbagai jenis – dengan izin Allah – badan yang khas, dan kulit yang khas, dan organ yang ringkas. Maka jadilah segala sesuatu itu satu perkara dengan arahan Allah. Maka sesiapa yang punya akal dan perasaan hati pasti akan memahami bahawa: Sesungguhnya menjadikan sesuatu itu segala sesuatu, dan segala sesuatu itu satu, adalah cop mohor khas milik pencipta bagi segala sesuatu. 19 Mathnawi Arabi Nuri


Kilauan Kedua Lihatlah kepada setiap sesuatu cop daripada pelbagai cop mohor yang tidak terhingga bilangannya yang diletakkan atas hidupan, iaitu: Bahawasanya satu hidupan dengan kompleksitinya seakan-akan ia model mini bagi alam, dan buah-buahan yang cemerlang bagi pohon alam, dan benih yang bercahaya bagi sekalian alam, yang telah diletakkan oleh Pencipta padanya model kebanyakan jenis makhluk, maka seakan-akan satu hidupan ini titisan yang diperah dari sekumpulan makhluk dengan aturan-aturan tertentu lagi bijaksana, dan seakan-akan ia satu titik kompleks yang diambil daripada keseluruhan dengan pertimbangan yang teliti lagi ilmiah. Maka tidak mungkin bahawa ada yang mencipta sekecilkecil hidupan melainkan Siapa yang ada pada genggaman pekerjaanNya itu keseluruhan makhluk. Maka sesiapa yang ada baginya akal yang tidak rosak akan memahami: Bahawasanya siapa yang menjadikan lebah – contohnya – sebagai sejenisindeks bagi kebanyakan benda, dan siapa yang menuliskan pada hakikat diri manusia kebanyakan permasalahan kitab-kitab alam semesta, dan siapa yang memasukkan pada benih buah tin pelan binaan pohon tin, dan siapa yang menjadikan hati manusia model dan tempat tinjau bagi ribuan alam, dan siapa yang telah menulis pada ingatan manusia perincian tarikh hidupnya dan perkara berkaitan dengannya.. tiada lain hanya Pencipta setiap sesuatu. Dan bahawasanya pekerjaan ini adalah cop mohor khas milik Tuhan semesta alam. Kilauan Dari Mentari Tauhid 20


Kilauan Ketiga Lihatlah kepada ukiran tandatangan dicopkan ke atas ((penghidupan dan pemberian nyawa)).. Kami sebutkan daripada apa yang tidak terbilang satu sahaja iaitu: Sebagaimana bagi matahari pada setiap benda lutsinar atau seperti lutsinar dari bintang-bintang yang berlegar hingga ke titisan-titisan, hingga ke zarahzarah kaca, dan timbunan salji itu cop contoh daripada penzahirannya dan mohor yang unik khas baginya, maka begitulah juga bagi Mentari Esa Yang Abadi pada setiap yang empunya nyawa – dari sudut penghidupan dan pemberian nyawa- cop mohor daripada penzahiran ahadiyyah yang zahir secara istimewa. Meskipun jika berhimpun sekalian asbab – dengan dikira- kira ia berkemampuan dan punya pilihan – cuba meniru dan mendatangkan semisalnya, tidak akan dapat mereka lakukannya walaupun sebahagian mereka membantu sebahagian lagi. Maka sepertimana jika tidak disandarkan rupa matahari yang berkilauan pada titisan kepada penzahiran matahari melazimkan ke atas engkau menerima mataharimatahari kecil yang hakiki dan asli pada setiap titisan yang bertentang matahari,dan pada segala kaca yang dicahayai oleh matahari, bahkan pada setiap zarah lutsinar yang dicahayai dengan matahari. Tidaklah andaian ini melainkan kebodohan daripada kebodohankebodohan yang pelik. 21 Mathnawi Arabi Nuri


Begitulah juga, jika engkau tidak menyandarkan segala hidupan, kehidupan, dan penghidupan dengan perantaraan penzahiran ahadiyah yang menghimpun, dan dengan perantaraan bahawa kehidupan itu adalah titik pusat bagi penzahiran asma ul husna – yang merupakan sinaran mentari azali dan abadi – lazim ke atas engkau menerima pada segala yang empunya kehidupan – walaupun seekor lalat atau bunga – kuasa penciptaan yang tidak terhad, dan ilmu yang mencakup dan kehendak yang mutlak, demikian juga sifat-sifat yang tidak mungkin wujud melainkan pada wajib wujud (Tuhan). Sehingga engkau terpaksa memberikan bagi setiap zarah sifat ketuhanan mutlak, jika engkau menyandarkan suatu kepada dirinya, atau engkau menerima bagi setiap asbab yang tidak terhad ini sifat ketuhanan mutlak jika engkau menyandarkan suatu kepada asbab, dan engkau menerima sekutu yang tidak terhingga pada ketuhanan yang halnya itu bersendiri tidak boleh menerima sekutu langsung kerana setiap zarah – terutama jika ia daripada biji benih – baginya dalam kedudukan aturan yang menakjubkan, baginya munasabah dengan juzuk-juzuk hidupan yang ia juzuk daripadanya. Bahkan baginya munasabah dengan hidupan sejenisnya, bahkan dengan sekalian yang wujud, dan baginya tugastugas pada hubungan itu seperti seorang tentera dalam jabatan tentera. Maka jika engkau putuskan hubungan zarah dengan Penguasa yang mutlak, lazimlah bahawa engkau menerima pada zarah mata yang melihat segala sesuatu, dan ilmu yang mencakup segala sesuatu. Kilauan Dari Mentari Tauhid 22


Kesimpulannya: Sepertimana jika engkau tidak menyandarkan mentari-mentari kecil yang terlihat di titisan-titisan, kepada penzahiran mentari pada cahayanya, lazimlah engkau menerima mentari-mentari yang tidak terhad pada benda-benda yang kecil yang tidak mampu memuatkan kelip-kelip yang terbang pada malam hari. Begitulah juga, jika engkau tidak menyandarkan segala sesuatu kepada Penguasa mutlak yang sama di sisi kudratnya zarah dan mentari-mentari, juzuk dan keseluruhan, yang khusus dan universal, kecil dan besar, lazimlah engkau menerima tuhan-tuhan yang tidak berpenghujung, dan engkau jatuh ke dalam kebodohan daripada sejahat-jahat kebodohan. 23 Mathnawi Arabi Nuri


Kilauan Keempat Sebagaimana kitab jika ia ditulis, cukup baginya sebiji pen bagi sebuah kitab, dan jika ia dicetak melazimkan bagi mencetaknya itu pen-pen cetak sebilang hurufnya – atas bentuk huruf-hurufnya – dan bersekutunya ramai orang untuk membuat pen-pen itu yakni huruf-huruf besi, dan jikalau ditulis dengan tulisan halus kebanyakan kitab pada sebahagian kalimat – seperti ditulisnya surah yasin dalam kalimat yasin, maka ketika itu mestilah bagi mencetak satu kalimat itu adanya pen-pen besi sebilangan huruf kebanyakan kitab. Begitulah juga makhluk-makhluk ini, jika engkau katakan ia ditulis dengan pen yang Satu lagi Esa, engkau telah lalui jalan yang mudah dan rasional, sehabis mudah yang mencapai tingkatan wajib. Dan jika engkau sandarkannya kepada tabi`at dan kepada asbab, maka engkau telah melalui jalan sehabis payah mencapai tingkatan mustahil, dan tidak rasional sehingga membawa kepada mustahil, kerana ia melazimkan ke atas tabi`at untuk menghadirkan bagi mencetak setiap hidupan, segala yang melazimi kebanyakan hidupan. Maka ini adalah khurafat yang ditolak oleh khayalan minda. Bahkan mestilah dia mengadakan pada setiap juzuk daripada tanah, air, dan udara, sama ada berjutajuta pencetak maknawi (tidak terlihat), dan mesin mesin tersembunyi padanya, sebilangan bunga dan buahbuahan, supaya boleh terbentuknya bunga dan buahbuahan yang pelbagai sistem dan hakikat, atau boleh jadi diandaikan wujudnya satu kuasa yang mampu menciptaKilauan Dari Mentari Tauhid 24


segala tumbuhan, dan wujud ilmu yang tidak terhad yang meliputi perincian segala keistimewaan sekalian pokok, bunga-bunga, sistem-sistemnya dan neraca kejadiannya, pada setiap juzuk daripada tanah, air, dan udara, kerana setiap juzuk daripada tiga ini boleh menjadi asal bagi terbentuknya setiap tumbuhan atau kebanyakannya. Maka andaikan sedulang tanah, kemudian andaikan masuk setiap biji benih ke dalamnya satu selepas satu. Kemudian, isinya semula dengan sejumlah tanah sehingga penuh sukatan setiap tanah, engkau lihat natijahnya satu, dan cukuplah apa yang engkau lihat, kerana engkau saksikan dalam perjalanan engkau di bumi penerbitan kebanyakan juzuk tanah bagi kebanyakan tumbuh-tumbuhan, sedangkan bentuk satu-satu tumbuhan berbunga dan berbuah itu berbeza antara satu sama lain, dan setiap satu daripadanya memiliki aturan, neraca, dan keistimewaan khas yang melazimi alatan yang khas, mesin khas, dan pencetak yang khas baginya, bahkan melazimi wujud semua alatan yang dapat membentuk pokok dan tumbuhan sempurna pada setiap benih, sedangkan biji benih dan seumpamanya adalah ringkas. Maka wajib ke atas tabi`at untuk menghadirkan - secara maknawi- alatan yang membentuk segala sesuatu, dan mesin maknawi dan segala asbabnya pada segala suatu, satu demi satu. Maka inilah fikiran sofis yang sofis sendiri lari daripadanya juga, dan khurafat yang badut sendiri malu menceritakannya. 25 Mathnawi Arabi Nuri


Kilauan Kelima Lihatlah! sebagaimana setiap huruf dari kitab menunjukkan kepada dirinya dengan kadaran satu huruf dan dengan satu sudut, tetapi menunjukkan kepada penulisnya dengan banyak sudut, dan mengenalkan pengukirnya dengan kadaran satu baris ayat. Begitulah juga setiap huruf yang dijasadkan daripada kitab alam menunjukkan kepada dirinya dengan kadaran jirimnya, dan menzahirkan zatnya dengan kadaran bentuknya, tetapi menunjukkan kepada penciptanya dengan sudut yang banyak, secara satu-satu atau bersusun, dan menzahirkan nama-nama penciptanya dan melagukan pada keterangannya dengan kadaran selagu qasidah yang panjang. Atas yang demikian, jikalau seorang cuba berbuat bodoh seperti habannaqah, kemudian mengingkari dirinya, dan mengingkari alam, sepatutnya janganlah dia berani untuk menzahirkan kebodohan tidak terbatasnya dengan mengingkari pencipta. - Kilauan Dari Mentari Tauhid 26


Kilauan Keenam Lihatlah! Sebagaimana pencipta telah meletakkan atas setiap satu satu perkara khusus copnya tersendiri, dan mengecop ke atas setiap juzuk juzuk mohornya yang khas seperti yang telah lalu, begitulah juga Dia telah meletakkan ke atas setiap jenis jenis, dan setiap keseluruhan keseluruhan copnya yang khas, dan mengecop seluruh pelusuk langit dan bumi dengan cop maha satu, dan mengecop ke atas sejumlah alam dengan cop keesaan dengan bentuk yang jelas lagi terang. Maka lihatlah kepada copnya yang telah ditunjukkan oleh ayat: Maka perhatikanlah bekas-bekas rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi yang sudah mati. Sesungguhnya demikian benar-benar menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (al-Rum: 50) Hal ini kerana pada penghidupan bumi ini penghimpunan yang ajaib, dan penghidupan yang pelik. Dihimpunkan pada penghidupannya lebih daripada 300,000 jenis, yang menyamai unit satu jenis deripada kebanyakan jenis-jenis itu pada satu tahun sejumlah individu manusia di dunia, tetapi kerana hikmah yang tersembunyi ia tidak dikembalikan pada kebanyakannya dengan dirinya sendiri bahkan dengan suatu semisalnya yang seumpama dirinya! Walaubagaimanapun halnya, maka tidak mengapa pada menunjukkan kepada mudahnya urusan pengumpulan semula manusia, dan bahawa ia itu adalah model bagi kebangkitan semula dan isyarat kepada pengumpulan.- 27 Mathnawi Arabi Nuri


Maka menghidupkan sedemikian banyak jenis-jenis yang amat bercampur dan amat berkait dengan pembezaan yang teramat, dan mengembalikannya dalam perbezaan yang sempurna tanpa sebarang kesalahan, percampuran, dan kekurangan, itu mohor khas bagi siapa yang memiliki kuasa yang tidak kehabisan dan ilmu yang melitupi. Begitulah juga penulisan 300,000 buah kitab yang pelbagai bahkan lebih pada lembaran dataran bumi, yang amat bercampur baur, tetapi dalam keteraturan yang teramat, tanpa lalai dan bercampur, berhubungan tetapi dalam keteraturan tertinggi tanpa kekurangan atau lebih kurang, dan bergabungan tetapi amat berbeza dan menyendiri tanpa kekurangan dan kelemahan, itu cop mohor bagi sesiapa yang di tangannya itu pemilikan segala sesuatu, dan ditangannya itu tali kekang segala sesuatu, dan ia tidak disibukkan oleh suatu daripada sesuatu. Maka wahai orang yang menyangka mustahilnya kebangkitan semula dan mengingkarinya! Lihatlah bagaimana dihidupkan di bumi 100,000 semisalnya, dan mengisyaratkannya[1] pada 6 minggu! Perumpamaan engkau yang memustahilkannya seperti orang yang melihat seorang yang memiliki mukjizat, menulis dalam satu masa pada satu lembaran banyak kitab yang telah lupus namun masih kekal dalam ingatannya, atau menulisnya semula kitab-kitab baru semisal yang telah lupus, maka dikatakan padanya: [1] Yakni cukup dengan mengisyaratkan maka terciptalah makhluk Kilauan Dari Mentari Tauhid 28


Penulis ini akan menulis kitab engkau yang telah dituliskan oleh dia yang dihilangkan air, pada satu lembaran pada sekelip mata. Maka orang itu berkata: Tidak mungkin! Bagaimanakah mungkin ditulis segala yang lupus daripada huruf-huruf dalam satu masa?! Dia membandingkan dirinya dengan penulis yang menghafal, yang hebat lagi memiliki mukjizat dengan dirinya yang jahil lagi lemah. Sesiapa yang berkata kepada diri yang mengangkat gunung -dengan isyarat sahaja- bagi menzahirkan keagungan dan kesultanannya, bahawa dia tidak mungkin mengangkat batu besar yang menghadang jalan musafir yang telah dia jemput mereka ke kebun nikmatnya, tidaklah hanyalah orang gila lagi bodoh. Ya, bagi ketuhanan pada kelakuan agung pada musim bunga itu cop agung halus ukirannya, iaitu kemahiran mutlak pada aturan mutlak, pada kemurahan mutlak, pada keluasan mutlak, pada kecepatan mutlak, pada mudah yang mutlak, pada pembezaan mutlak bersama keterhubungan mutlak. Inilah cop khusus bagi siapa yang tidak dihalang oleh satu pekerjaan terhadap satu pekerjaan lain, dan tidak terlepas daripadanya sesuatu, dan tidak membebankan dia suatu. Ya, kita lihat pada musim bunga di permukaan bumi kerja yang bijaksana, yang melihat, lagi mulia, dan pembuatan yang menakjubkan pada satu masa, di setiap tempat, dengan satu bentuk pada setiap individu, dengan kemahiran yang cemerlang, pada kemurahan Mutlaq, - 29 Mathnawi Arabi Nuri


dengan aturan sempurna, pada kecepatan mutlak, dengan menzahirkan keajaiban yang teratur, pada kesenangan mutlak, pada leluasa yang mutlak. Maka kerja ini tidak lain adalah cop siapa yang (sebagaimana ia tidak bertempat, dia berada di setiap tempat, hadir lagi melihat dengan kudratnya, ilmunya, tidak memenatkannya sesuatu, dan tidak meminta tolong dengan suatu. Kilauan Dari Mentari Tauhid 30


Kilauan Ketujuh Lihatlah! Sebagaimana disaksikan di lembaran bumi, dan terpampang atas benua langit dan bumi cop yang maha esa lagi abadi, begitulah juga disaksikan pada sejumlah alam, mohor tauhid yang jelas ukirannya sedarjat kebesarannya kerana alam ini seperti istana yang megah, seperti kilang tersusun, seperti negara sempurna. Di antara juzuk-juzuk kilang – seperti juzuk-juzuk dan individu alam – hubungan bantu-membatu yang menakjubkan, jawab menjawab yang mulia, kerana sebahagian juzuk segera membantu sebahagian juzuk lain, pada jalan yang panjang berliku tanpa penyelewengan dan teratur, dan pada waktu keperluan, dan dari sudut yang tidak disangka-sangka. Maka lihatlah, maka engkau akan melihat sebahagiannya telah menghulur bantuan bagi hajat sebahagian, dan pada sokongan itu jawab menjawab dengan: Ya Ya, kami disini menjawab! Dengan lisan hal bagi permintaan selainnya dan semisal dengannya.. Sebahagian telah mengambil tangan sebahagian, maka mereka bergerak dan bekerja dengan teratur beriringan, dan berkhidmat kepada hidupan bernyawa bersama-sama, menuju kepada satu tujuan, dan taat kepada pentadbir yang satu bergandingan bahu. 31 Mathnawi Arabi Nuri


Maka lihatlah kepada undang-undang bantu-membantu ini, bagaimana beredar dari matahari dan bulan, dan dari malam dan siang, dan dari musim panas dan sejuk, kepada usaha pokok-pokok bagi membantu haiwanhaiwan dengan menanggung rezeki-rezekinya dan mengambilnya daripada perbendaharaan rahmat… kemudian haiwan pula membantu manusia untuk berkhidmat, sehinggakan lebah, dan ulat, mengambil madu dan sutera daripada perbendaharaan Rahman, dan menyampaikan keduanya kepada manusia…, kemudian membantu zarah-zarah nutrisi makanan bagi buahbuahan, sedangkan berbeza zat nutrisinya, dan membantu zat fizikal makanan untuk memberi nutrient kepada sel-sel badan dengan aturan, perhatian, dan hikmah yang sempurna! Maka fenomena perkara ini terutama yang kaku pada tolong-menolong yang bijaksana dan aturan mulia yang sempurna dalil yang jelas, dan bukti yang nyata atas bahawasa sekaliannya khadam bagi penjaga yang bijaksana, dan semuanya pekerja bagi pentadbir yang pemurah. Mereka bergerak dengan arahannya, izinnya, upayanya, dan hikmahnnya. Kilauan Dari Mentari Tauhid 32


Kilauan Kelapan Lihatlah! Sesungguhnya apa yang disaksikan daripada rezeki yang dibahagi-bahagi ke atas peminta rezeki sesuai dengan kadar hajat mereka, dengan bentuk yang sesuai dengan setiap satu demi satu daripada mereka. Rezeki yang umum ini dalam rahmat yang luas, yang disaksikan mengandungi sifat kasih dan pengenalan ini, dan rahmat yang luas ini dalam inayah sempurna yang mengandung sifat kelembutan dan pemuliaan, dan inayah yang disaksikan dalam aturan yang disaksikan… dan aturan ini yang terkandung dalam ketundukan yang disaksikan, dan ketundukan ini dalam bentuk saling paut memaut beserta respun.. dan terkandung dalam sandar menyandar beserta tolong menolong antara juzuk-juzuk makhluk… itulah cop khas bagi Dia yang merupakan tuhan bagi segala sesuatu, pemelihara bagi setiap sesuatu, dan pentadbir bagi segala sesuatu, dan itulah mohor khas bagi Dia, yang matahari, bulan, bintang ditundukkan dengan arahannya: yang memperbaik segala sesuatu yang ciptakan olehNya. Apabila Dia menghendaki sesuatu akan berkata baginya jadilah! Maka jadilah! 33 Mathnawi Arabi Nuri


Kilauan Kesembilan Sebagaimana anda telah melihat cop ahadiah pada perkara-perkara tertentu, pada bumi, dan pada dunia; lihatlah maka engkau akan nampak segalanya itu pada jenis-jenis mahkluk yang bertebaran, dan pada unsurunsur yang mengelilingi. Sepertimana penanaman benih di ladang menunjukkan kepada bahawa kebun itu dalam penguasaan pemilik benih, dan benih itu adalah milik penguasa kebun; Ini membuktikan kepada itu, dan itu bersaksi kepada yang ini. Begitulah juga, unsur-unsur ini yang merupakan kebun ciptaan, dengan lisan wahidiahnya dan ringkasnya dalam universalnya, dan meliputnya bagi bentuk yang ditetapkan dengan ilmu, dalam gambaran yang teliti lagi bijaksana, bahawasanya ciptaan-ciptaan ini yang merupakan hasil-hasil rahmat dan mukjizat kekuasaan dan kata-kata hikmah, dengan lisan penyebaranNya yang bijaksana dengan keserupaan pada setiap individu, dan dengan bahasa penempatannya dipelusuk yang berjauhan, dengan pengangihan yang mengagumkan dan bijak, beserta kemiripan pada satu-satu, mereka bersaksi bahawa yang meliputi dan diliputi, ladang-ladang dan benih adalah di bawah kawalan pencipta yang satu. Setiap jenis dan setiap elemen menjadi saksi bagi setiap satu dan bagi keseluruhan bahawasanya kalian semua adalah harta bagi siapa yang saya adalah hartaNya. Kilauan Dari Mentari Tauhid 34


Jadi, setiap bunga, setiap buah, setiap haiwan yang berbunyi, dan mohor yang bercakap, menjadi cebisan yang berbicara dengan lidah yang tersusun keadaannya dan hasil yang bijaksana: Bahawasanya tempat ini adalah milik Yang saya pun milikNya. Ciptaan Yang saya pun ciptaanNya, tulisan yang saya pun tulisanNya, tenunan yang saya pun itu tenunanNya! Atas dasar ini, seperti mana tindakan yang hakiki pada makhluk terkecil, dan sifat rububiyah ke atas makhluk yang wujud yang paling lemah keduanya, khusus bagi sesiapa yang masuk ke dalam kawalannya itu segala unsur. Begitu juga, aturan mana-mana unsur dan peredarannya, khas bagi yang memelihara semua binatang dan tumbuh-tumbuhan dan mengurusnya dan membawanya ke bawah genggaman rububiyahnNya Subhanahu wa Ta`ala. Ini adalah cop mohor tauhid, dilihat oleh sesiapa yang tiada tutupan di matanya, dan tiada karatan di hatinya. Wahai orang yang bersifat dengan sifat firaun, cubalah sendiri, bolehkah anda memiliki sesuatu daripada alam semesta? Pergilah dan dengar apa yang dikata setiap unit perkara tertentu. Dia berkata dalam lisan perumpamaan: Siapa yang memiliki keseluruhan jenisku maka dia boleh mendakwa pemilikan ke atasku jika tidak, maka tidak boleh dia mendakwa sebegitu. 35 Mathnawi Arabi Nuri


Kemudian, pergilah kepada setiap jenis, kau akan melihat setiap jenis makhluk akan berkata dengan lidah penyebarannya: Barangsiapa yang mempunyai bumi ini dalam dan luarnya, maka boleh mendakwa pemilikan ke atas saya, jika tidak, tidak boleh dia mendakwa sedemikian Kemudian pergilah ke bumi dan lihatlah dia berkata dengan lisan bantu-membantu antaranya dengan saudaranya iaitu langit: Siapakah yang memiliki keseluruhan alam, maka boleh menuntut pemilikan ke atas saya, jikalau tidak, maka tidak boleh mendakwanya. Kilauan Dari Mentari Tauhid 36


Kilauan Kesepuluh Jika engkau telah melihat apa yang telah kami tunjukkan daripada beberapa cop mohor tawhid yang dicop ke atas bahagian dan perkara tertentu, keseluruhan dan perkara universal, seluruh dunia, dan kehidupan dan penghidupan, maka lihat juga satu mohor daripada apa yang tidak terbilang daripada mohor-mohor keesaannya dicopkan ke atas jenis dan perkara universal. Ya! Sepertimana kadar biaya bagi memelihara sepohon pokok berbuah menyamai kadar biaya satu buah dari sudut mudahnya[1] kerana satunya penjagaan dan pengurusan kerana apabila pusatnya satu, sistemnya satu, akan meringankan kadar biaya, kepayahan dan pengurusan, dan mudahnya itu sampai ke tahap tiada beza antara pokok empunya buah yang tidak terhitung banyaknya, sedang ia berada di sebuah tangan, dengan satu buah sedang ia ada di banyak tangan”. Maka perkongsian, banyak, dan berbilang pusat, memerlukan bagi menjaga satu buah, kepada segala yang diperlukan untuk penjagaan pokok dengan buahnya daripada segi kuantiti alatan, dan tidak ada perbezaan kecuali daripada segi cara. Sepertimana semua kilang dan mesin yang berfungsi untuk menyediakan peralatan ketenteraan bagi tentera yang besar, keseluruhannya juga diperlukan bagi menyiapkan peralatan satu orang. Bezanya adalah pada cara sahaja sepertimana kos mencetak beribu-ribu salinan pada sebuah kilang percetakan yang mencetak buku anda adalah sama bahkan kurang daripada bayaran37 Mathnawi Arabi Nuri [1] Mudah penjagaan keduanya sekali gus oleh satu pentadbir.


yang diberikan kepada anda untuk mencetak sehelai salinan buku, dan jika anda meninggalkan sebuah kilang percetakan dan pergi ke banyak kilang cetak, anda terpaksa membayar ribuan upah. Kesimpulannya: Jika anda tidak tinggalkan menyandarkan kepada “banyak” yang tiada had, pergi kepada yang satu – disamping anda perlu mengaitkan satu perkara kepada “banyak” tanpa had – maka bebanan bertambah dengan bilangan individu. Namun apa yang dilihat dalam penciptaan setiap jenis yang bertebaran adalah kemudahan yang luar biasa, hanya demikian itu daripada mudahnya “satu” dan “tauhid”. Kilauan Dari Mentari Tauhid 38


Kilauan Kesebelas Sepertimana kesamaan semua unit naw`[1] dan kemiripan semua unit jins[2] pada unsur asasi adalah tanda kepada penyatuan cop mohor dan kesatuan pena, kedua-dua menjadi saksi kepada hakikat bahawa semua kesamaan dan kemiripan adalah hasil perbuatan Yang Satu. Begitu juga kemudahan yang mutlak yang disaksikan, ringannya biaya, menuntut di peringkat yang pasti bahawa segalanya itu adalah kesan bagi Pencipta yang satu. Jika tidak, maka ia akan membawa kepada kesusahan ke tahap mustahil bersama naw` dan jins tersebut kepada tiada. Maka sepertimana mustahilnya sekutu bagi zatNya yang maha suci, jika tidak, nescaya hancur alam ini dengan sebab keluarnya daripada aturan. Begitulah juga mustahilnya sekutu pada perbuatanNya, jika tidak maka akan terhilanglah alam dan tidak akan wujud. 39 Mathnawi Arabi Nuri [1] Kata universal yang menghimpun unit yang sama pada hakikat, seperti kata insan yang menghimpun unit-unit yang berkongsi hakikat yang sama seperti Zaid, Umar dan Leha [2] Kata universal yang menghimpunkan unit yang berbeza pada hakikat seperti haiwan, yang menghimpun unit-unit yang berbeza hakikat seperti insan, kuda, dan keldai.


Kilauan Keduabelas Lihatlah! sepertimana kehidupan adalah bukti ahadiah, dan bukti wajibnya ada, maka kematian adalah bukti keabadian dan berkekalan, sepertimana terangnya rupa pada titisan sungai yang mengalir dan buih lautan yang bergelora, dan benda-benda lut sinar di permukaan bumi yang sentiasa diperbaharui menjadi saksi ke atas matahari dengan menunjukkan rupa dan pantulan cahayanya. Bahawa lenyapnya sekalian itu, tenggelamnya, terbenamnya dan kematiannya, sedangkan berterusan penzahiran cahaya ke atas semisalnya selepasnya, dan kekal zahir rupanya pada setiap kafilah musafir di belakangnya, demikian saksi kepada kekal matahari dalam penzahiranya dan senantiasanya sinaran dalam penzahirannya, dan saksi kepada bahawasanya semua rupa dan sinaran-sinaran ini adalah kesan-kesan bagi matahari yang satu. Maka mereka menonjolkan kewujudannya dengan kewujudan mereka dan berkekalannya dan esanya dengan ketiadaan mereka, bersama ketiadaan sebabsebab yang zahir bersama mereka. Begitu juga, makhluk-makhluk ini memberi kesaksian dengan kewujudannya kepada kewujudan yang pasti bagi “Wajib wujud”, dan mereka bersaksi dengan kemusnahan mereka bersama sebab-sebabnya dan muncul semisalnya selepasnya, ke atas keazaliannya, keabadian dan keesaannya. Kilauan Dari Mentari Tauhid 40


Ini kerana pembaharuan ciptaan-ciptaan yang indah, perubahan makhluk-makhluk yang halus dalam masa yang sama muncul yang semisalnya, dan hilangnya dalam zahir seumpamanya pada perubahan malam dan siang, dan ketika silih ganti musim dan zaman, itu menjadi saksi yang pasti ke atas kewujudan Yang indah semata-mata, Yang kekal, Yang wujud abadi, dan menjadi saksi ke atas kekekalan dan satunya Dia. Sesungguhnya kehilangan asbab yang rendah dengan akibat pada perubahan tahunan dan masa dan kemudian mengembalikan semisal akibat bersama asbabnya menyaksikan secara pasti bahawa sebab akibat itu lemah, dan ianya dicipta beriringan kerana hikmah yang halus. Bahkan menunjukkan kepada bahawasanya kesemua ciptaan yang halus, yang mengalir, dan makhlukmakhluk yang cantik, yang bergerak ini, sesungguhnya adalah ciptaan yang sentiasa diperbaharui milik Zat Ahadiah empunya keindahan dan keagungan, - yang segala nama-namanya suci dan indah- dan ia adalah ukirannya yang berubah-ubah, dan cermin-cerminnya yang bergerak-gerak, jalan-jalannya yang berlanjutan, cop-cop mohornya yang bertukar-tukar. 41 Mathnawi Arabi Nuri


Kilauan Ketiga Belas Lihatlah! Segala-galanya daripada zarah kepada planetplanet, daripada jiwa-jiwa kepada mentari-mentari dengan lidah kelemahan dalam dirinya, dia membuktikan wajib wujud Penciptanya, dan dengan lidah pikulannya – bersama kelemahannya - akan tugastugas yang menakjubkan dalam aturan umum membuktikan Satunya Penciptanya. Dalam segala sesuatu baginya dua orang saksi bahawasanya Dia yang pastinya Maha satu. Dan di setiap yang hidup itu mempunyai dua tanda bahawa dia adalah Maha satu kepadaNya tempat bergantung. Aku telah memahami daripada limpahan al-Qur'an yang bijaksana bahawa setiap bahagian daripada bahagianbahagian makhluk bersaksi kepada wajib wujud Yang Satu, Yang Esa, Yang Kekal, dengan lebih kurang lima puluh lima lidah. Maka aku menyebutnya secara keseluruhan dalam risalah berbahasa arab yang dinamakan Qatrah jika engkau ingin membacanya maka rujuklah kepada risalah tersebut. Kilauan Dari Mentari Tauhid 42


Kilauan Keempat Belas Ketahuilah, bahawasanya makhluk-makhluk ini sepertimana ia bersaksi ke atas wajib wujudnya dan esaNya. Ia juga menjadi saksi ke atas segala sifat-sifatNya yang agung (al-Jalāliyah) dan yang Indah (alJamaliyah) dan yang sempurna (al-Kamaliyah), dan ke atas bahawa tidak ada kekurangan atau kelemahan pada zatNya, tidak pada urusanNya, tidak pada sifat-sifatNya, tidak pada nama-namaNya, dan tidak pada perbuatanNya; kerana kesempurnaan kesan, menunjukkan kepada kesempurnaan tindakan dengan dengan penyaksian (Mushahadah). Kesempurnaan perbuatan menandakan kesempurnaan nama dengan jelas, dan kesempurnaan nama menandakan kesempurnaan sifat dengan pastinya, dan kesempurnaan sifat menunjukkan kepada kesempurnaan urusan zat (sya’n al-Zati) dengan intiusi yang diyakini, dan kesempurnaan urusan itu menandakan kesempurnaan zat dengan keyakinan hakiki. Sama seperti sempurna ukiran hiasan istana tanpa istana tanpa cacat cela, menzahirkan buatmu sempurna kerja pencipta dan jurutera, yang bersembunyi pekerjaan itu di bawah ukiran, dan yang bergerak-gerak di bawah hiasan. Sempurnanya kerja menunjukkan kepada sempurnanya nama pelaku itu, iaitu: dia seorang pembuat yang mahir, seorang jurutera yang berpengetahuan, seorang pengukir yang bijak, dan begitulah. 43 Mathnawi Arabi Nuri


Sempurna namaNya mendedahkan kepada sempurna sifat-sifat diri penama, iaitu: baginya ilmu. kebijaksanaan, kerja dan kejuruteraan. Sempurna sifat-sifatnya menjadi saksi kepada sempurna urusan dirinya, iaitu: dia mempunyai keupayaan yang unggul dan kesediaan yang baik. Dan sempurna urusan menzahirkan sudut sempurna zat pengukir pada sudut yang sesuai dengannya dan kedudukannya. Begitulah, sempurnanya kesan-kesan yang disaksikan pada makhluk-makhluk ini tanpa kekurangan dan rosak, bersaksi melalui penyaksian yang meyakinkan kepada sempurna kerja yang tersembunyi di belakangnya. Kesempurnaan kerja yang ianya seperti yang dilihat dengan mata kepala bersaksi dengan pasti ke atas kesempurnaan nama-nama pencipta itu, kesempurnaan sifat-sifat bersaksi dengan yakin ke atas kesempurnaan sifat; Sebagaimana nama-nama itu terbit daripada penisbahan sifat tersebut. Kesempurnaan sifat menzahirkan dengan pasti kesempurnaan urusan-urusanNya yang tersendiri, iaitu asas bagi sifat-sifat yang suci, dan kesempurnaan urusanurusan menjadi saksi dengan yakin yang hakiki ke atas kesempurnaan diri dengan apa sesuai dengan keagunganNya, Maha Suci Dia. Bahkan keseluruhan yang ada dalam kesempurnaan dan keindahan dalam makhluk itu hanyalah bayang-bayang yang lemah yang dilimpahkan, jika dibandingkan dengan kesempurnaanNya, kemuliaanNya kesempurnaanNya, dan kecantikanNya, keindahan terbesarNya. Kilauan Dari Mentari Tauhid 44


Click to View FlipBook Version