The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Resepi DIY Face Oil untuk Semua Masalah Kulit

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber SEMEKA, 2023-02-05 02:51:53

Resepi DIY Face Oil untuk Semua Masalah Kulit

Resepi DIY Face Oil untuk Semua Masalah Kulit

Artikel Bulan Mei 2017 Resepi DIY Face Oil Untuk Semua Masalah Kulit


Mei 2017 Terbitan di bawah : ANAS INDUSTRIES (MA0187498 -H) Edisi 20170501


3 ISI KANDUNGAN 1. [ ISU KHAS ] RESEPI DIY FACE OIL UNTUK SEMUA MASALAH KULIT I. INTRO II. APA ITU FACE OIL III. 10 FACE OIL TERBAIK IV. RESEPI DIY FACE OIL 2. [ ARTIKEL BULANAN ] A. DIY: SERUM MUKA VITAMIN C B. TEH BUNGA: RAHSIA DAN MANFAAT C. 4 JENIS ESSENTIAL OIL PALING MUJARAB MERAWAT JERAWAT D. MAKANAN UNTUK KECANTIKAN 3. SERTAI KAMI i. SERTAI SIRI #CANTIKSEMULAJADI ii. FACE OIL OH ORGANIK! 4 4 5 7 10 12 12 15 18 21 24 24 25


RESEPI DIY FACE OIL UNTUK SEMUA MASALAH KULIT Resepi kali ini ialah alternatif terbaik, semulajadi serta selamat untuk membantu merawat masalahmasalah kulit, mengembalikan kecantikan kulit serta melambatkan proses penuaan padanya. Di dalam ebook ini, kami kongsikan juga beberapa jenis minyak asas (base oil / carrier oil) dengan fungsi dan kelebihan masing-masing supaya mudah untuk anda memilih minyak yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda atau mengikut citarasa sendiri. Resepi yang dikongsikan ini juga mengandungi minyak pati (essential oil) untuk kesan yang lebih efektif dan juga aroma yang menenangkan. Anda boleh memilih minyak pati yang disukai atau yang biasa digunakan. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan minyak pati jika anda sedang hamil, menyusukan anak atau menghidap sebarang penyakit kronik. Ini kerana minyak pati mempunyai kelikatan dan kekuatan tinggi dalam fungsi-fungsi yang tertentu. Ia perlu dicampur dengan minyak carrier sebelum digunakan. Anda juga dilarang menggunakan minyak pati terus pada kulit tanpa mencampurkannya dahulu dengan minyak carrier. Selamat mencuba saya ucapkan kepada semua! Mudah-mudahan anda beroleh manfaat dari perkongsian ini ;) 4


APA ITU FACE OIL Face oil adalah minyak daripada sumber tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan khasiat semulajadi dan juga tinggi kandungan antioksidan. Face oil terbahagi kepada tiga jenis iaitu (1) fragrant oil (beraroma), (2) non-fragrant oil (tiada aroma) dan (3) sinthetic oil (minyak mineral). minyak yang tidak terkawal ini menyebabkan kulit mempunyai lebihan minyak. Penggunaan face oil mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan ini dengan cara melembapkan kulit terlebih dahulu jadi ia secara automatik mengawal penghasilan minyak semulajadi kulit. 3. Melambatkan Proses Penuaan Kulit • Masalah penuaan kulit seperti kulit berkedut dan jeragat juga berpunca dari kulit yang kering. Dengan melembapkan dan menyuburkan semula kulit, face oil membantu mengurangkan kedutan dan jeragat. Hasilnya, kulit yang bermaya dan aktif! Kelembapan yang diseimbangkan secara semulajadi oleh face oil menjadikan kulit lebih anjal dan seterusnya anda akan kelihatan awet muda. Terdapat beberapa fungsi face oil yang sangat signifikan kepada kecantikan kulit kita. Antaranya adalah: 1. Melembapkan Kulit • Kecantikan kulit sering dikaitkan dengan tahap kelembapan kulit. Kelembapan kulit pula biasanya banyak berganting kepada cuaca, suhu mahupun rutin penjagaan kulit seharian kita. Penggunaan face oil boleh membantu melembapkan kulit yang kering dan hasilnya tekstur kulit akan menjadi lebih halus, gebu dan berseri. 2. Merawat Masalah Kulit Berminyak • Ramai di antara kita tidak sedar antara punca utama masalah kulit berminyak adalah kulit kita sebenarnya kering! Kekeringan kulit ini akan menyebabkan kulit menghasilkan banyak minyak untuk melembapkan kembali kulit. Namun begitu, penghasilan 5


4. Memudarkan Parut • Demam campak.. Masalah kulit sewaktu kecil.. Luka.. Ini semua menyumbang kepada parut di kulit kita kan? Sedikit sebanyak ia mencacatkan penampilan kita. Di sinilah face oil mampu membantu memperbaiki tisu kulit yang rosak ini agar parut dapat dipudarkan. Secara beransur-ansur anda akan dapati parut anda pudar serta tisu kulit menjadi lebih halus. Antara minyak yang sangat berkesan memudarkan parut adalah minyak Tamanu (Tamanu Oil). 5. Merawat Jerawat • Face oil mengandungi kandungan antibakteria yang dapat menghapuskan bakteria penyebab jerawat. Penggunaan face oil mampu menyelesaikan masalah ini secara lembut dan berkesan. Sekali lagi Tamanu Oil juga digunakan bagi merawat masalah ini. Jadi ia kerapkali digunakan bagi menyelesaikan masalah jerawat secara total termasuklah memudarkan parutparut jerawat. Kelebihan dan fungsi face oil ini sangat menakjubkan. Sungguhpun begitu, majoriti wanita Malaysia tidak banyak didedahkan dengannya. Agak rugi begitu bagi kita kerana ini merupakan salah satu rahsia kecantikan Cleopatra dahulu! Bahkan banyak selebriti antarabangsa yang mengamalkannya termasuklah Miranda Kerr dan Kate Middleton. 6


10 FACE OIL TERBAIK Di sebalik pelbagai kelebihan face oil, terdapat pelbagai juga jenis face oil untuk dipilih. Yang mana terbaik? Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada keperluan jenis kulit individu tersebut. Jadi minyak yang sangat serasi dengan saya, tak semestinya berkesan dengan anda. 2. Kulit Berminyak • < Jojoba Oil > Jojoba Oil adalah sejenis minyak yang sangat mirip kepada sebum semulajadi kulit kita. Disebabkan itu, ia sangat membantu menyeimbangkan pengeluaran minyak semulajadi kulit. Hasilnya kulit kurang berminyak dan tidak melekit. • < Grapeseed Oil > Minyak ini ringan, cepat meresap, berantikoksidan tinggi dan anti-radang. Jadi bagi pemilik kulit berminyak, minyak jenis ini sangat sesuai kerana ia tidak terlalu melekit dan tidak berkilat di muka. Minyak ini menjadikan kulit berminyak tampak sihat dan segar. Di bawah ialah beberapa pilihan minyak yang sesuai mengikut jenis kulit: 1. Kulit Berjerawat • < Pumpkin Seed Oil > Ia merupakan minyak yang sangat kaya dengan nutrien seperti Vitamin A, C dan Zinc. Minyak ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berjerawat kerana kandungan antioksidan dan semua nutriennya membantu menghalang sebum dari menyumbat pori-pori yang boleh menyebabkan jerawat. • < Grapeseed Oil > Minyak ini pula sangat ringan dan sangat cepat meresap ke dalam kulit. Ia mengandungi antioksidan tinggi dan bersifat anti-radang. Jadi ia mengurangkan iritasi penyebab jangkitan yang berpotensi menjadi jerawat. 7


3. Kulit Kering • < Almond Oil > Sebagaimana Grapeseed Oil, minyak ini sangat ringan tetapi mampu melembapkan kulit secara lebih mendalam. Ia tidak berbau, menjadikan sangat sesuai bagi yang sensitif terhadap bau minyak. • < Apricot Kernel Oil > Minyak ini juga sangat cepat menyerap malahan sangat kaya dengan lembapan. Dan juga sepertimana Almond Oil, ia mempunyai bau yang sangat tipis. 4. Kulit Matang • < Argan Oil > Ia juga dipanggil ‘Liquid Gold’. Minyak ini pantas menyerap tanpa meninggalkan sisa berminyak pada kulit. Ia berupaya meningkatkan proses pembaharuan sel kulit, mengurangkan garis-garis halus serta menghilangkan kedutan. • < Rosehip Seed Oil > Minyak Rosehip Seed Oil merupakan minyak yang kering dan bertindak pantas menembusi lapisan kulit. Ia kaya dengan antioksidan, vitamin C dan juga mampu meningkatkan dan menggalakkan penghasilan kolagen. Sifat ini membolehkannya mengurangkan kedutan, memudarkan parut serta mencerahkan kulit. 5. Kulit Sensitif / Mudah Radang • < Borage Seed Oil > Minyak ini mengandungi ‘Gamma Linolenic Acid’ (GLA) yang diketahui dapat mengurangkan keradangan jika disapu pada kulit. Sifat ini menjadikannya sangat sesuai untuk penghidap eczema dan dermatitis. • < Avocado Oil > Minyak yang sangat melembapkan. Ia juga penuh dengan vitamin B, antioksidan vitamin A dan vitamin C. Sangat sesuai untuk yang berkulit sensitif dan mudah radang. 8


Di bawah ialah jadual ringkasan 10 minyak terbaik face oil dan jenis kulit yang sesuai dengannya. Berjerawat Berminyak Kering Matang Sensitif Pumpkin Seed Oil √ Grapeseed Oil √ √ Jojoba Oil √ Almond Oil √ Apricot Kernel Oil √ Argan Oil √ Rosehip Seed Oil √ Borage Seed Oil √ Avocado Oil √ JENIS KULIT JENIS FACE OIL 9


RESEPI DIY FACE OIL Jom buat sendiri face oil terbaik khusus untuk diri anda! Tapi sebelum itu, anda perlulah pastikan apakah jenis kulit anda samada jenis biasa (1), jerawat (2), berminyak (3), kering (4), matang (5) atau sensitif (6). Pilih sifat yang paling menggambarkan jenis kulit anda. Seterusnya, ikut resepi di bawah ini untuk penyelesaian DIY masalah-masalah kulit anda ;) 1. Kulit Biasa • 10ml Jojoba Oil • 5ml Rosehip Seed Oil • 2 titis Lavenver Essential Oil • 2 titis Geranium Essential Oil • 1 titis Frankincense Essential Oil 2. Kulit Jerawat • 10ml Jojoba Oil • 5ml Argan Oil • 2 titis Tea Tree Essential Oil • 3 titis Lavender Essential Oil 3. Kulit Berminyak • 10ml Jojoba Oil • 5ml Argan Oil • 4 titis Cypress Essential Oil • 2 titis Rosemary Essential Oil Bagi membuat sendiri face oil anda, anda perlulah: i. Gunakan botol kaca berwarna gelap yang bertutup rapat bagi membancuh dan menyimpannya ii. Mengikut ukuran setiap ramuan dengan tepat iii. Pastikan anda masukkan carrier oil terlebih dahulu sebelum essential oil iv. Setelah siap, tutup botol kaca dan goncangkannya secara ‘upside down’ v. Biarkan selama 3 hari sebelum menggunakannya vi. Sebelum menggunakan, lakukan ‘patch test’ terlebih dahulu untuk memastikan anda tidak alergik padanya. Titiskan face oil itu ke pelipat di sebelah dalam siku dan perhatikan reaksinya dalam tempoh 48 jam. Sekiranya tiada keradangan, tahniah! Anda telah berjaya hasilkan face oil anda sendiri! 10


4. Kulit Kering • 10ml Rosehip Seed Oil • 5ml Sweet Almond Oil • 2 titis Frankincense Essential Oil • 2 titis Geranium Essential Oil • 2 titis Jasmine Essential Oil 5. Kulit Matang (Aging) • 10ml Rosehip Seed Oil • 5ml Argan Oil • 2 titis Rose Essential Oil • 2 titis Frankincense Essential Oil • 2 titis Helichrysum Essential Oil 6. Kulit Sensitif • 10ml Sweet Almond Oil • 5ml Jojoba Oil • 2 titis Helichrysum Essential Oil • 2 titis Lavender Essential Oil • 2 titis Franchincense Essential Oil Resepi-resepi yang dikongsikan ini boleh diubahsuai mengikut keserasian kulit anda terhadap jenisjenis minyak yang pelbagai. Anda boleh bereksperimen sendiri untuk mendapatkan kombinasi minyak yang sesuai dengan jenis kulit anda. Cara penggunaan face oil ini sangatlah mudah. Anda hanya perlu menggunakannya beberapa titis 11 sahaja (3-4titis), titiskan di atas tapak tangan serta gosok tangan anda, kemudian ratakan pada wajah. Dengan cara menggosok titisan minyak di atas tapak tangan, ia akan memudahkan lagi minyak diserap oleh kulit secara maksimum. Anda boleh gunakan dua kali sehari (pagi & malam) untuk kesan yang cepat. Semoga perkongsian resepi ini dapat membantu anda mengembalikan kejelitaan semulajadi anda ;)


Pernah tak anda terfikir untuk buat sendiri produk penjagaan kulit terutamanya kulit muka? Tak kisah lah samada untuk pakai sendiri atau nak bagi hadiah pada ibu dan kawan-kawan atau juga untuk tujuan bisnes. Jom kita consider buat sendiri Serum Vitamin C. Terdapat banyak Serum Vitamin C ni di pasaran. Harga pun berbeza-beza. Ada yang mahal sampaikan berpeluhpeluh tengok harga, ada yang harga sedang-sedang saja (yang ni ramai mampu beli), ada juga yang murah sangat macam tak lojik di akal. Kekadang terfikir juga, serum harga mahal-mahal ni bahan apa yg digunakan sampai harga eksklusif sangat. Yang murah ni pulak macam menakutkan, selamat ke tidak nak guna? Haaa.. Macam-macam persoalan bermain di fikirankan? Hihi.. Anda tak perlu fikir sangat, jom Mira nak kongsi satu resepi best! Resepi macam mana nak buat Serum Muka Vitamin C. Yeah!!! Vitamin C adalah salah satu antioksidan semulajadi yang sangat hebat manfaat serta khasiatnya. Tumbuh-tumbuhan boleh memproses Vitamin C melalui proses sintesis untuk digunakan. Namun begitu, badan kita tidak dapat memproses atau menghasilkan sendiri Vitamin C. Sebab itu kita memerlukan buah-buahan seperti limau, buah beri, betik dan sayuran hijau seperti brokoli utk mendapatkan sumber Vitamin C. Vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral melalui pemakanan bahkan ia boleh diambil secara topikal (luaran). < 3 MANFAAT SERUM VITAMIN C > [ 1. MENGHALANG PENUAAN ] Ini adalah manfaat Vitamin C yang paling popular. Oleh kerana Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat dan berkesan, ia adalah 12 DIY: SERUM MUKA VITAMIN C


pilihan yg sgt bagus utk merawat dan menghalang kulit dari proses penuaan. Ada kajian yang dijalankan menunjukkan 68 - 74℅ perubahan positif telah berlaku kepada kulit yang telah disapu dengan Vitamin C, antara kesannya ialah kurang kedutan, tekstur kulit lebih anjal, serta tona kulit lebih cerah dan sekata. [ 2. MENGURANGKAN PIGMENTASI ] Walaupun pigmentasi tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan kita, namun ia akan menyebabkan kulit kita menjadi gelap dan bertompok. Pigmentasi terjadi apabila kulit kita menghasilkan banyak melanin. Melanin biasanya diperlukan untuk melindungi kulit dari sinaran UV, oleh sebab itu, bila kita terdedah kepada matahari, kulit akan menjadi gelap. Biasanya kita akan menggelarnya kulit terbakar. Walau bagaimanapun melanin yg berlebihan menjadikan kulit berjeragat. Vitamin C adalah antioksidan yg dapat mencerahkan kembali kulit yg gelap akibat pembentukan melanin dan ia juga bertindak menghalang pembentukan melanin yg berlebihan. [ 3. MENGGALAKKAN PENGHASILAN KOLAGEN ] Vitamin C membantu badan membina kolagen dengan cara merangsang enzim-enzim yang bertanggungjawab terhadap keberkesanan molekul kolagen. Kesannya, ia menghasilkan sokongan kepada jaringan tisu kulit serta merawat parut, luka dan mencerahkan tona kulit. < HOMEMADE VITAMIN C SERUM > Baiklah sekarang mari Mira kongsikan cara-cara untuk membuat sendiri Serum Vitamin C untuk anda. Bahanbahan yang diperlukan adalah:- (a) mangkuk kecil (b) pemukul adunan (whisk) (c) serbuk Vitamin C (d) air bertapis (filtered) (e) aloe vera gel (f) minyak Vitamin E (g) frankincense essential oil (h) botol kaca berwarna gelap 13


Cara-caranya:- <Langkah 1> Dengan menggunakan mangkuk kecil, satukan serbuk Vitamin C dan air bertapis serta kacau sebati. <Langkah 2> Tambahkan aloe vera gel dan kacau lagi. <Langkah 3> Kemudian masukkan minyak Vitamin E dan Frankincense Essential Oil dan kacau lagi sehingga sebati. <Langkah 4> Setelah siap, masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam botol kaca yang berwarna gelap untuk mengelakkan serum teroksida akibat pendedahan kepada cahaya yg berlebihan Mudah bukan? Sekarang anda dah boleh hasilkan serum muka sendiri di rumah. Yang paling penting ianya selamat dan tiada kesan sampingan negatif. Selamat mencuba! 14


TEH BUNGA: RAHSIA DAN MANFAAT Anda suka minum teh? Tahukah anda teh sangat kaya dengan antioksidan? Teh telah menjadi amalan dan rahsia kesihatan bagi masyarakat China zaman dahulu. Bercakap soal teh, masyarakat China begitu arif dgn kualiti teh baik dari segi pilihan daun, jenis daun, warna, rasa mahupun aroma teh itu sendiri. Teh tidak hanya dibancuh dan diminum begitu sahaja, tetapi teh boleh dibancuh dan disediakn dengan cara menambah bunga-bungaan yang telah dikeringkan untuk mendapat manfaat kesihatan yang optimum. Teh bunga atau dikenali sebagai "blooming tea" adalah kombinasi teh hijau atau teh hitam dengan beberapa jenis bunga. Bunga yang telah dikeringkan akan dibungkus di dalam daun teh dan dibentukkan dalam bentuk bujur atau bulat. Apabila ia direndam di dalam air panas, ia akan mengembang seolaholah bunga yg sedang mekar. Sebab itu ia dinamakan "blooming tea". Antara bunga yang biasa digunakan seperti Jasmin, osmanthus, globe amaranth, marigold, lily, ros dan byk lagi. Setiap jenis bunga ini mempunyai khasiat-khasiat tertentu. Jasmin misalnya, membantu menyegarkan nafas, mengawal tekan darah dan menyeimbangkan hormon. Globe amaranth pula sgt bagus merawat batuk dan melegakan kahak. Manakala lily pula sangat bagus merawat masalah insomnia. Antara beberapa khasiat dan manfaat teh bunga yg perlu anda tahu : [i. KAYA ANTIOKSIDAN] Teh sangat dikenali dengan kandungan antioksidannya yang sangat tinggi, oleh kerana itu teh sangat digemari kerana ia membantu menyingkirkan toksin dari badan. Selain dari keunikan dan rasa teh bunga yang enak, kandungan antioksidan yang terkandung di dalamnya sangat istimewa sehingga 15


ia tidak dapat dijumpai dalam manamana teh biasa. Ini kerana campuran teh bersama bunga memiliki manfaat yang baik dan berbeza bagi setiap jenis bunga yg digunakan. [ii. MENYEGARKAN KULIT] Amalan meminum teh bunga setiap hari boleh membantu anda mendapatkan kulit yg segar dan cantik kerana kandungan polyphenol yang trdapat di dalam teh bunga berupaya menyingkirkan toksin dari badan dan menghalang kulit dari radiasi akibat sinaran UV. [iii. MENINGKATKAN METABOLISM] Teh bunga berupaya meningkatkan metabolisma badan. Ia bertindak membakar lemak-lemak badan yang tidak diperlukan bagi mengelakkan anda mengalami obesiti. Ia juga membntu mengekalkan kandungan lemak sihat yang diperlukan oleh badan. Jika anda merancang untuk menurunkan berat badan secara sihat, teh bunga adalah pilihan yg tepat dan selamat. [iv. MENGURANGKAN RISIKO KANSER] Oleh kerana kandungan antioksidan yang tinggi di dalam teh bunga, ia berupaya mengurangkan risiko anda mendapat kanser. Pengambilan makanan dan minuman yg tidak menentu dan terkawal akan meningkatkan risiko kanser. Dengan meminum teh bunga ia membantu menghalang sel badan anda dari kerosakan akibat radikal bebas yang menyebabkan anda berisiko mendapat kanser. [v. MENGAWAL STRESS] Minum teh bunga adalah salah satu cara terbaik untuk untuk anda mengurangkan dan mengawal stress. Ia mengandungi kandungan theanine dan asid amino yang bertindak menenangkan dan menstabilkan mental. Stress tidak dapat dihapuskan begitu sahaja, cara yang paling bijak untuk menghindarkan diri anda dari stress adalah untuk belajar mengawal tekanan dengan cara yang paling selesa dan mudah. Salah satu cara paling mudah ialah hanya dengan menghirup secawan teh bunga. 16


Banyak manfaat dari Alam semulajadi yang anda boleh dapat jika anda rajin mengkaji dan bijak membuat pilihan. Semoga artikel kali ini banyak memberi manfaat kepada kehidupan anda terutamanya kesihatan dan kecantikan diri. Selamat minum teh bunga! 17


4 JENIS ESSENTIAL OIL PALING MUJARAB MERAWAT JERAWAT Kenapa jerawat sukar dirawat? Dah baik, tapi berulang kembali? Jerawat asyik tumbuh di tempat yang sama? Dah pakai ubat jerawat, dah pulih tapi kulit jadi sensitif dan pedih? Penting untuk anda tahu, penggunaan ubat jerawat yang mengandungi bahan kimia yang kuat boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Walau bagaimanapun masalah jerawat ni masih boleh dirawat dengan selamat dan berkesan dengan hanya menggunakan essential oil. Mudah je, tak payah bancuh pape. Jom saya share! Saya akan kongsikan 4 JENIS ESSENTIAL OIL PALING MUJARAB untuk merawat jerawat sekaligus mengoptimumkan kesihatan dan kecantikan anda. Dalam satu kajian di Amerika 70℅- 90% remaja di sana mengalami masalah jerawat, dan angka ini terus meningkat saban hari dan tahun. Kebanyakan dari kita yang mempunyai masalah jerawat sukar untuk mendapatkan rawatan yang betul-betul berkesan membasmi jerawat. Kebiasaannya mereka ini lebih mudah dan cendurung mendapatkan rawatan berbentuk ubatan dan kimia accelerant untuk kesan yang cepat. Namun begitu, kebenarannya adalah produk-produk komersial yang banyak berada di pasaran mengandungi banyak bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan sampingan biarpun pada zahirnya kita nampak seakan-akan produk itu bagus kerana dapat menyelesaikan masalah jerawat Kita. Lebih parah lagi, jika produk yang kita gunakan langsung tidak berkesan 18


menghilangkn jerawat bahkan memburukkan lagi masalah jerawat yang dihidapi. Melalui penggunaan essential oil yang tepat, anda boleh merawat masalah jerawat tanpa kesan sampingan. [1] TEA TREE OIL Minyak tea tree mengandungi ejen pembasmi kuman semulajadi dan juga bersifat anti kulat. Kajian menyatakan minyak tea tree sangat berkesan merawat masalah jerawat biasa sehinggalah jerawat yang lebih teruk seperti vulgaris. Penggunaan : Titiskan 2-3 titik minyak tea tree pada bebola kapas (cotton ball) yang bersih dan sapukan pada kawasan berjerawat. Boleh juga dititiskan didalam pembersih muka anda. [2] LAVENDER Lavender memang terkenal dengan kuasa penyembuhan menyeluruh terhadap pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi kandungan antioksidan tinggi yang boleh menyingkirkan kotoran dan toksin dari kulit dan badan. Penggunaan lavender boleh mengurangkan iritasi pada kulit, menyuburkan kulit, memudarkan jeragat dan juga parut, disamping menenangkan, dan mengurangkan stress Penggunaan : Titiskan 2-3 titik minyak lavender dan sapukan pada kawasan berjerawat, atau larutkan 5 titis minyak lavender ke dalam air sebagai aromaterapi untuk menenangkan anda kerana stress boleh meningkatkan penghasilan sebum yang mungkin menyumbat pori-pori. [3] CLARY SAGE Kandungan penting yg ada di dalam Clary Sage dipanggil 'linalyl acetate' yang berupaya mengurangkan keradangan kulit, dan bertindak secara semulajadi merawat jerawat dan iritasi. Ia juga menyeimbangkan pengeluaran minyak pada kulit. Kajian menyatakan Clary Sage juga bertindak menenangkan, mengurangkan stress dan juga menyokong keseimbangan hormon Penggunaan: Sapukan 1-3 titis minyak Clary sage ke kawasan berjerawat atau larutkan 2-4 titis Clary sage ke dalam minyak carrier seperti jojoba oil dan sapu pada kawasan bermasalah. 19


[4] JUNIPER BERRY Minyak Juniper Berry mengandungi kandungan antibakteria semulajadi yang menjadikannya sebagai salah satu rawatan semulajadi popular dan berkesan menentang jangkitan bakteria dan juga iritasi kulit. Ia sangat sesuai dijadikan 'home remedy' untuk jerawat dan juga kecantikan kulit. Selain itu, Juniper Berry mengandungi kandungan yang dapat mengurangkan stress serta menyingkirkan toksin dari kulit dan badan. Penggunaan : Untuk kulit sensitif anda boleh larutkan 2-3 titis minyak Juniper Berry bersama 15ml minyak jojoba sebelum menyapunya pada kulit. Selamat mencuba! Semoga anda berhasil mendapatkan kulit bebas jerawat secara semulajadi. 20


MAKANAN UNTUK KECANTIKAN Apa yg membolehkan atau menghalang kita dari cantik semulajadi? Ia adalah input yg kita masukkan atau lakukan pada badan kita. Apa yang kita makan, apa yang kita pakai dan apa yang kita lakukan, semuanya mempengaruhi kesihatan dan kecantikan kita. Saya akan kongsikan 4 makanan mudah yg boleh diamalkan utk kelihatan sihat, cantik dan bertenaga. Jika diamalkan berterusan, ia juga boleh menjadi rahsia awet muda anda ;) Jom kita pertimbangkan setiap satu makanan supplement alternatif mudah ini untuk diterapkan ke dalam diet harian kita. Di mana kosmetik mencantikkan dari luar, diet akan mencantikkan kita dari dalam ke luar. Jom mula! [ 1 ] BETIK Buah-buahan tempatan. Mudah ditanam di keliling rumah. Tapi tahukah anda ia sangt bagus untuk kulit? Malahan kita boleh dapati beberapa produk scrub diperbuat menggunakan betik. >> Apa Kebaikannya? << Ia mengandungi Vitamin C serum, Vitamin A, dan Exfoliant. Ia mencerahkan dan mengetatkan kulit. Unsur Papain, sejenis enzim pencernaan padanya juga mampu mengurangkan keradangan (kemerahan) pd kulit. >> Resepi Makanan << a) Smoothie: Blend betik, susu Almond dan madu. Ia bagus sebagai pemulih kulit. b) Makan segar begitu saja [ 2 ] HABBATUS SAUDA . Bijian hitam yg banyak boleh didapati di pelbagai pasaraya dan pasar tani. Juga makanan sunnah dan penawar pelbagai penyakit. 21


>> Apa Kebaikannya? << Bagi kulit, ia membantu merawat kelastikan dan kesegaran kulit. Ini kerana ia mengandungi Essential Fats, Oleic Acid, Amino Acid, Potassium dan fiber. >> Resepi Makanan << a) Dressing salad. Taburkan sahaja pada hidangan salad anda. b) Makan begitu sahaja [ 3 ] LEMON Mgkin tak perlu diperkenalkan lagi lemon sebagai petua kecantikan kerana ia sedia ada popular sebagai jus minuman pagi. Boleh diminum ketika perut kosong juga. Ia sekarang ini mudah didapati di pasarayapasaraya. >> Apa Kebaikannya? << Ia mengandungi Flavanoid Limonoid, yang membunuh bakteria dalam mulut dan usus. Malahan ia juga membantu mengelak jerawat yang berpunca dari bakteria. Selain itu, ia juga menyingkirkan toksin larut lemak dan hormon lama (yg mengakibatkan pori-pori terbuka dan menerukkan kulit berminyak). Kombinasi fungsi-fungsi ini membersihkan kulit dari jangkitan dan menjadikannya tampak segar. >> Resepi Makanan << a) Air panas + perahan separuh lemon di awal pagi. b) Dressing salad: Tambahkan ke atas hidangan salad bersama minyak zaitun. [ 4 ] TOMATO Tomato pula mempunyai banyak kelebihan bagi kita, orang Malaysia. Iklim kita yang panas menyebabkan sukar bagi kita untuk mengelak sinaran UV yang berlebihan. Tomato boleh membantu. >> Apa Kebaikannya? << Tomato mampu menukarkan kulit kusam kepada segar dengan mengawal dehidration. Lycopene di dalamnya menghalang kerosakan UVA dan UVB pada kulit. Jadi sedikit sebanyak, ia sangatlah bersesuaian dgn iklim kita, terutamanya ketika menjelang Equinoks. (Minum air masak banyak ye semua) 22


>> Resepi Makanan << a) Tomato Jus: Blend dan tambah air. Pilih tomato organik utk mengelak pestiside kimia. Sebelum keluar ketika hari panas, minum jus ini terlebih dahulu. Baik. Itu sahaja 4 makanan mudah utk mula cantik semulajadi. Harap anda terus dapat amalkan. Semoga anda semua terus sihat dan cantik semulajadi ;) 23


Mira Oh Organik! Nukilan: Sekian saja, edisi Oh Organik kali ini. Diharapkan anda dapat memanfaatkan sebaik mungkin semua artikel karangan kami. Saya doakan semua berjaya di dunia dan akhirat. Amin ;) P/S: Bagi yang berminat untuk terus mengikuti siri #CantikSemulajadi ini secara langsung dari saya. Anda boleh join grup Broadcast saya! Klik pada link di bawah ini: https://chat.whatsapp.com/5r08w8hJykA8 Es67hK5cpQ SIRI CANTIK SEMULAJADI


BUNTU MASALAH KULIT? JOM CANTIK RAYA NI ;) https://ohorganik.onpay.my/o rder/form/fo FACE OIL KELUARAN OH ORGANIK! Tempah Sekarang di:


Click to View FlipBook Version