Pengasas
Madrasah Al-Masriyah
Tuan Guru Haji Mohammad
Salleh Al-Masri
https://mylink.la/nkisskpm2022
Pengasas
Madrasah Al-Masriyah
Tuan Guru Haji Mohammad
Salleh Al-Masri
Sejarah Hidup Tuan Guru Haji Mohammad Salleh Al-Masri
Tuan Guru Haji Mohammad Salleh Al-Masri, Ulama Melayu Pertama Belajar Di Al-
Azhar, Republik Arab Mesir.
Tuan Guru Haji Mohammad Salleh berasal dari Rasah,Negeri Sembilan dan dilahirkan
pada tahun 1875.Ayahnya bernama Baki Lundang dan ibunya Mariah Bt Mohammed
Ali.Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.Berpendidikan
tiga tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Seremban dan kemudian melanjutkan
pengajiannya ke Bersilam, Langkat di Sumatera di atas minatnya yang mendalam
dalam bidang agama.
Beliau menuntut di sana dengan ditemani oleh dua orang sepupunya, iaitu Abdul
Rahman dan Yaacub Mohammed Ali Hanafiah.Mereka bergurukan Tn. Syeikh Abdul
Wahab. Setelah beberapa tahun menuntut di sana, beliau pun pulang dengan gelaran
Fakeh Mohammed Saleh.Kemudian beliau meneruskan pengajiannya dengan Tn. Guru
Haji Minal (Tn. Guru Hj. Zainal Abidin Pettani) di Sungai Dua, Butterworth dan
kemudiannya berpindah pula ke Padang Lalang, Bkt Mertajam dan berguru pula
dengan Tn Guru Imam Hj. Ahmad.
https://mylink.la/nkisskpm2022
Pengasas
Madrasah Al-Masriyah
Tuan Guru Haji Mohammad
Salleh Al-Masri
Sejarah Hidup Tuan Guru Haji Mohammad Salleh Al-Masri
Di atas keazaman dan dorongan Tn Guru Hj Ahmad, Fakeh Mohammed Salleh mencatat
sejarah iaitu putera Melayu yang terulung yang melanjutkan pengajiannya ke Universiti
Al-Azhar, di Mesir pada tahun 1899 dengan menggunakan passport Penang.Setibanya
di sana,beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir yang telah mengganggapnya
sebagai pengintip Turki kerana wajah beliau mirip denagn rakyat Turki.Sewaktu itu,
Mesir dan Turki dalam konfrontasi.Tetapi alhamdulillah beliau akhirnya dibebaskan
juga oleh pihak berkuasa Mesir.
Sewaktu menuntut di Mesir, beliau telah menempuh berbagai-bagai penderitaan
terutama tentang kematian ayahandanya yang tersayang.Malah sumber kewangan
bagi membiayai pengajiannya terputus akibat kesan daripada kematian
ayahandanya.Denga perasaan yang berbelah bagi, beliau telah mengambil keputusan
untuk pulang saja ke Tanah Air.Tetapi hasrat tersebut tergendala apabila seorang
hartawan dari Bukit Mertajam sanggup menaja pengajiannya setelah mengetahui akan
penderitaannya di Mesir.Beliau ialah Tuan Hj Abbas yang kemudiannya telah menjadi
bapa mertua kepada Mohammed Salleh.
https://mylink.la/nkisskpm2022
Pengasas
Madrasah Al-Masriyah
Tuan Guru Haji Mohammad
Salleh Al-Masri
Sejarah Hidup Tuan Guru Haji Mohammad Salleh Al-Masri
Akhirnya beliau telah berjaya menggenggam segulung ijazah B.A. Hons pada tahun
1905.Setelah pulang ke tanahair,beliau telah melangsungkan perkahwinannya dengan
Hajjah Saadiah Bt Hj Abbas.Selang tujuh tahun kemudian,beliau telah dikurniakan
seorang cahayamata lelaki bernama Abdul Hadi.Abdul Hadi yang merupakan satu-
satu harapan untuk menjadi penggantinya kelak telah pulang ke rahmatullah pada
tahun 1942 semasa menuntut di Mekah.Begitu juga Aishah anak kedua mereka telah
meninggal dunia dalam usia 2 ½ tahun.Enam bulan kemudiannya lahir pula puteri
yang ketiga iaitu Rahmah yang kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak murid
Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh iaitu Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Masri yang
berkelulusan MA dari Universiti Al Azhar.Mereka kemudiannya telah dikurniakan
seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh yang keempat juga seorang
puteri namanya Rifkah yang telah dijodohkan denga anak kepada Tuan Imam Hj.
Ahmad iaitu Hj. Abdul Mukmin.Rifkah telah meninggal dunia pada tahun
1945;meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed
Salleh yang kelima,yang mana telah berkahwin dengan Hj Osman Bin Hj Muhammad
yang berasal dari Bagan Serai.Hasil daripada perkahwinan tersebut telah dikurniakan
seorang puteri.
https://mylink.la/nkisskpm2022
Pengasas
Madrasah Al-Masriyah
Tuan Guru Haji Mohammad
Salleh Al-Masri
Sejarah Hidup Tuan Guru Haji Mohammad Salleh Al-Masri
Anak beliau yang keenam ialah seorang bernama Ahmad Zaki.Beliau berkelulusan B.A.
Hons di Mesir dan bertugas sebagai Diplomat Kementerian Luar Saudi Arabia.Beliau
pernah berkhidmat sebagai Setiausaha ketiga di Kedutaan Saudi di Jepun Setiausaha
kedua di Venezuela dan 7 tahun sebagai Setiusaha Pertama serta merangkap sebagai
Timbalan Duta di London.Telah berumahtangga dengan anak jutawan Syeikh Saad Al-
Yamani dan hasil daripada perkahwinan tersebut telah lahir dua orang puteri.Akhir
sekali,anak bongsu kepada Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh Masri juga seorang
perempuan, bernama Saudah.Beliau telah berkahwin dengan Haji Ahmad Fuad Bin
Hassan yang berasal dari Kuala Kangsar dan telah dikurniakan enam orang
cahayamata; dua lelaki dan empat perempuan.
Pada tahun 1906,Tuan Haji Abbas (mertua kepada Haji Muhammad Salleh) telah
mewakafkan sebidang tanahnya untuk dijadikan tapak pembinaan sebuah
madrasah.Di Madrasah tersebutlah,Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh telah
mencurahkan segala ilmu pengetahuannya kepada masyarakat di sekitar Bukit
Mertajam.Tetapi sebaliknya Madrasah tersebut telah menjadi sasaran buruk oleh
masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
https://mylink.la/nkisskpm2022
Pengasas
Madrasah Al-Masriyah
Tuan Guru Haji Mohammad
Salleh Al-Masri
Sejarah Hidup Tuan Guru Haji Mohammad Salleh Al-Masri
Perkara yang tidak diingini ini berlaku kerana Tuan Hj. Salleh Al Masri bukanlah anak
tempatan. Faktor inilah yang merupakan isu utama penduduk di kawasan tersebut.
Keselamatannya sering terancam.Tetapi segala cabaran ini telah dihadapi dengan
penuh kesabaran.Dengan berkat kesabaran dan kegigihannya itu,Madrasah Masriyah
telah berkembang semakin pesat dengan pertambahan bilangan murid-murid yang
hamper seribu orang; yang datangnya dari Thai,Indonesia,Singapura,Brunei,Kemboja,
Laos dan segenap pelusuk Tanah Melayu.
Madrasah itu ditadbirnya bersama-sama dua orang menantunya iaitu Tuan Sheikh
Ahmad Saad Al Masri dan Tuan Haji Osman Muhammad.Pada tahun 1950,Tuan Haji
Mohammed Salleh telah bersama-sama isterinya iaitu Hajjah Saadiah telah berangkat
ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji serta menziarahi pusara anak
sulong Allahyarham Haji Abdul Hadi.Tidak berapa lama kemudiannya,isterinya pula
telah meninggal dunia ketika masih lagi dalam ihram sebelum sempat beliau
menunaikan fardhu haji.Dua tahun selepas kematian isterinya yang pertama Tuan Haji
Mohammed Salleh telah berkahwin pula dengan Hajjah Zaharah Bt Hj
Ahmad.Kesihatannya berambah uzur selepas sahaja kematian isterinya yang pertama.
https://mylink.la/nkisskpm2022
Pengasas
Madrasah Al-Masriyah
Tuan Guru Haji Mohammad
Salleh Al-Masri
Sejarah Hidup Tuan Guru Haji Mohammad Salleh Al-Masri
Pentadbiran Al- Masriyah telah diserahkan kepada menantu bongsunya, Tuan Guru
Haji Ahmad Fuad kerana beliau kemudiannya telah berpindah ke Kubang Semang
sementara Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Al Masri telah berangkat ke Mekah dan
menetap di sana selama tiga tahun dan Tuan Guru Haji Osman Muhammad telah
dilantik sebagai kadhi.
Menantu-menantu Tuan Guru Haji Mohammed Salleh telah mendahuluinya pulang ke
rahmatullah.Semua jenazah telah diuruskan sendiri oleh beliau.Mula-mula jenazah
menantunya iaitu Haji Osman Muhammad pada 1960,Tuan Guru Haji Ahmad Fuad
Hassan pada tahun 1966 dan akhir sekali Tuan Guru Haji Ahmad Saad pada tahun
1970.Setahun kemudian (1971) beliau membuat keputusan untuk berangkat ke Tanah
Suci Mekah kerana merasakan ajalnya hampir tiba,serta beliau ingin sekali untuk
bersemadi bersama-sama dengan isterinya yang pertama serta anaknya yang dikasihi
yang telah dahulu meninggalkan beliau.Berita tentang keberangkatan beliau telah
disiarkan di akhbar.Ianya telah mendapat kunjungan daripada sanak saudara yang
datang dari segenap pelusuk Tanah Melayu.
Pada penghujung bulan Mei keberangkatannya itu telah ditemani oleh isterinya Hajjah
Zaharah serta cicitnya, iaitu Tuan Haji Ahmad Hassan Sallehuddin.
https://mylink.la/nkisskpm2022
Pengasas
Madrasah Al-Masriyah
Tuan Guru Haji Mohammad
Salleh Al-Masri
Sejarah Hidup Tuan Guru Haji Mohammad Salleh Al-Masri
Setelah sepuluh hari beliau di sana, beliau telah diserang penyakit (dalam perut).Beliau
telah kembali ke rahmatullah sewaktu azan maghrib sedang bergema. Beliau telah
dikebumikan di perkuburan Al-Maala di samping isteri dan anaknya.
Pada 11hb. Jun 1971 bersamaan 8 RabuilAkhir, adalah kali terakhir beliau melihat dunia
dan meninggalkan seorang balu berserta empat orang anak, empat belas orang cucu
serta beberapa orang cicit.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH MEREKA…AMIINN..
SEMOGA KITA MENJADI PENERUS PERJUANGAN ULAMA'-ULAMA' TERDAHULU..
AMIN..
https://mylink.la/nkisskpm2022