1 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) Nama : NURUL AIDA BINTI NOOR AZMAN Angka Giliran : 2021212340015 Nombor Kad Pengenalan : 010115 03 0218 Kumpulan/Unit : PISMP PAI A JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM/PERSATUAN Nama Pensyarah : ENCIK ROHIMI BIN JAMEL Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
2 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pendahuluan 3 1.1 Latar Belakang Kajian 3 1.2 Objektif Kajian 3 2.0 Sejarah Penubuhan 4 3.0 Kaedah Dan Proses Penubuhan 7 4.0 Ciri-Ciri Persatuan 7 5.0 Aktiviti Yang Dilakukan Atau Perkhidmatan Yang Ditawarkan 7 5.1 Program Smart Learning 7 5.2 Karnival Silat Cekak Explorace 8 5.3 Program Pesilat Bangsa Beradat 8 6.0 Perbandingan Perkhidmatan 8 7.0 Strategi menjana sumber kewangan 9 8.0 Analisis SWOT Dan Cadangan Penambahbaikan. 10 8.1 strengths (kekuatan) 10 8.2 Weakness (Kelemahan) 10 8.3 Opportunities (Peluang) 11 8.4 Threats (Ancaman) 11 8.5 Cadangan Penambahbaikan 11 9.0 Penutup 12 Rujukan 13 Lampiran 14
3 LAPORAN KAJIAN KES PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM) 1.0 Pendahuluan Kelab atau persatuan adalah satu entiti kumpulan yang dianggotai oleh sekumpulan ahli yang mempunyai matlamat dan minat yang sama dengan memiliki sifat bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti. (Kamus Dewan, 2007). Bagi tugasan ini, saya telah memilih Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang merupakan salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan seni silat ini merupakan salah satu lambang warisan dan kesenian dalam sesebuah negara. Oleh itu, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah diperkenalkan sejak tahun 1965 dan sehingga kini telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah cawangan di 12 buah negeri. Sesuai dengan cita-cita PSSCM untuk mendaulatkan Seni Silat Melayu, PSSCM telah bersama-sama terlibat di dalam semua aktiviti Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) serta di dalam setiap program pembangunan negara yang ingin melihat masyarakat Melayu khususnya terus maju dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Justeru, laporan ini adalah berkaitan sejarah dan proses penubuhan, ciri-ciri persatuan, strategi penjanaan kewangan dan analisis dari sudut strengths, weaknesses, opportunities dan threats (SWOT) Persatuan Seni silat Cekak Malaysia. 1.1 Latar Belakang Kajian Tugasan ini dilaksanakan pada 5 Julai sehingga 14 Julai 2023. Sepanjang melaksanakan tugasan, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil untuk mendapatkan maklumat persatuan dan kelab yang aktif di seluruh Malaysia daripada GPK Kokurikulum. Saya juga mencari makalumat tambahan melalui laman web Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (ROS). Ibu pejabat Persatuan ini terletak di Kuala Lumpur malah PSSCM turut mempunyai laman web sendiri bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkenaan persatuan. Segala maklumat yang disediakan telah memudahkan capaian saya untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Persatuan ini banyak bergiat aktif dalam semua usaha untuk menyeimbangkan pembangunan negara dan pembangunan sosial selaras dengan Dasar Sosial Negara.
4 1.2 Objektif kajian i. Mengenal pasti sejarah penubuhan Persatuan Seni silat Cekak Malaysia. ii. Mengenal pasti aktiviti- aktiviti yang dijalankan bagi mengaktifkan pergerakan persatuan. iii. Mengetahui strategi penjanaan kewangan dan pengumpulan dana bagi menjalankan aktiviti dan perkhidmatan. iv. Menganalisis kelebihan dan kelemahan persatuan untuk tujuan penambahbaikan. 2.0 Sejarah Penubuhan Menurut sejarah, Silat Cekak berasal dari negeri Kedah yang mana Silat Cekak juga dikenali sebagai Silat Papan Sekeping. Pada zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II, para panglima kerajaan Kedah kebanyakannya mengamalkan Silat Cekak untuk mempertahankan diri. Pada mulanya, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah, Panglima Ismail yang pernah menewaskan seorang batak yang bernama Tuah telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Kemudian, Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping. Maka, silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, bertemu dengan Yahya Said dan telah berjaya mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini. Penubuhan persatuan ini bertujuan untuk menghidupkan kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan serta memperkenalkan dan mempersebatikan pusaka bangsa. Persatuan ini juga mampu membuka mata masyarakat belia bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Kini, persatuan ini telah aktif dalam arena pendidikan sama ada di sekolah rendah atau menengah mahupun universiti selama lebih 50 tahun.
5 Nama persatuan : Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Status : Aktif No. Rujukan : PPM-004-14-14052013 Kategori : Budaya Subkategori : Pendidikan Taraf persatuan : Kebangsaan Persatuan ini terdiri daripada beberapa jawatankuasa yang kebanyakannya disandang oleh graduan UTHM, UIAM dan UUM. Berikut merupakan senarai jawatankuasa persatuan: Jawatan Nama YM Guru Utama & Presiden Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah Naib Presiden I Prof. Madya Ar. Dr. Haji Abdul Majid Bin Ismail Naib Presiden II Safaran Bin Haji Ahmad Setiausaha Agung Haji Mohd Hafiz Bin Jamil Penolong Setiausaha Agung I Haji Khaharuddin Bin Abdul Rahman Penolong Setiausaha Agung II Dr. Wan Zul Azzlan Bin Wan Jusoh Bendahari Agung Dr. Wan Mohd Adzhar Bin Mohd Salim Penolong Bendahari Agung Dr. Suradi bin Abdul Rahman Ketua Penerangan Ts. Rostam Bin Hamzah Penolong Ketua Penerangan Encik Ahmad Effendy bin Zailanudin Ahli Jawatankuasa Pusat 1. Rosman bin Mat Deli 2. Haji Mohd Fizol Bin Mohd Saad 3. Sazarin Bin Sardomo 4. Mohd Zaini Bin Marzuki 5. Haji Faizal Bin Mohd Yusof 6. Haji Suhaimi Bin Mohd Yunan
6 7. Sharudin Bin Yasin 8. Mohamad Fadillah Bin Muhamad Ares 9. Mohd Fuad Bin Arshad 10.Haji Rosli Bin Abd Rahim 11.Mohd Faizal Bin Abdul Rahman Penasihat Undang-Undang Riza Makhzan Bin Ariffin Juruaudit 1. Malek Rizal Bin Hizat 2. Mazlan Bin Zolkifli 3.0 Kaedah Dan Proses Penubuhan Pada 28 Disember 1965 bertempat di rumah Shafie Darus Batu, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah, Silat Cekak berjaya dihidupkan kembali menerusi Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Seni mempertahankan diri Silat Cekak ini kemudian telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada akhir tahun 1970. Seterusnya, Silat Cekak bergiat aktif di kedai makan milik Encik Hussain Bin Ahmad Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur di samping beberapa kelas telah dibuka di Kampung Baru. Kegiatannya di Kuala Lumpur telah berjalan di bawah naungan Seni Silat, Persatuan Bawean Putra, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Pada 19 Ogos 1971, Silat Cekak telah mula berkembang dan didaftarkan secara rasmi oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Pada tahun 1975, buat pertama kalinya Y.M. Al-Marhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad memperkenalkan lambang rasmi PSSCM. Beliau bukan sahaja menjadi guru utama di PSSCM, malah telah diamanahkan untuk menjadi penaung pertama PSSCM. Ibarat patah tumbuh hilang berganti, tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Tuan Haji Ishak Bin Itam bermula pada 21 September 1986 sehingga 3 Jun 2009. Selepas zaman Y.M. Haji Ishak Bin Itam, pucuk impinan Silat Cekak telah mula diterajui oleh Y.B.Datuk Haji Maideen Kadir Shah sehingga kini.
7 4.0 Ciri-Ciri Persatuan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia merupakan sebuah persatuan yang mempunyai ciri-ciri berikut : I. Pembelajaran Sepanjang Hayat - Proses pembelajaran Silat Cekak merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan seterusnya memupuk nilai-nilai murni yang tersirat dalam buah-buah Silat Cekak supaya dapat berjasa kepada agama, bangsa, dan tanah air. II. Keseimbangan Rohani Dan Jasmani - Didikan Silat Cekak tidak hanya terhad kepada pembelajaran silat sahaja, aktiviti dan majlis keagamaan serta kemasyarakatan turut dititik beratkan bagi memastikan nilai murni agama dan budaya dapat diterapkan. III. Pembelajaran Sistematik - Matapelajaran Silat Cekak Malaysia telah disusun dengan sistematik 3 tahap untuk memberi pemahaman yang lebih jitu, membolehkan ia dipelajari dalam tempoh yang singkat. 5.0 Aktiviti Yang Dilakukan Atau Perkhidmatan Yang Ditawarkan 5.1 Program Smart Learning Pada 7 April 2013, PSSCM telah mengadakan satu program ilmu Silat Cekak di dewan TTL 2 Universiti Kuala Lumpur BMI yang bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang teknik-teknik yang berkesan dalam seni mempertahankan diri Silat Cekak. Slot ini telah dikendalikan oleh Encik Azman bin Abdul Malik iaitu Penvelia Kelas Latihan PSSCM UiTM Kampus INTEC dan dibantu oleh ahli-ahli dari UiTM Kampus INTEC. Selain itu, terdapat juga pembentangan kertas kerja bertajuk "Kemahiran Insaniah" semasa program ini berlangsung.
8 5.2 Karnival Silat Cekak Explorace PSSCM juga telah menganjurkan Karnival Silat Cekak yang bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, Perak dan karnival ini telah disertai sebanyak 80 kumpulan. Penganjuran Karnival Silat Cekak ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk melakukan aktiviti di luar kampus dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PSSCM dari seluruh Malaysia. Melalui carnival ini, Kumpulan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan (KKJ) telah berjaya menjadi johan Explorace yang dianjurkan oleh PSSCM ini sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM3 000. 5.3 Program Pesilat Bangsa Beradat Pada 29 Disember 2018 bertempat di Port Dickson, seramai 50 ahli PSSCM cawangan Negeri Sembilan bersama-sama 28 buah pertubuhan silat yang lain menjayakan persembahan demonstrasi. Program in telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson. Pada program itu, Tuan Haji Baharudin bin Abdul Rahim selaku Yang DiPertua PSSCM (Cawangan Negeri Sembilan) telah membuat penyerahan Buku Jubli Emas & Buku Silat Cekak Silat Akademik Jilid 1, 2 & 3 kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim. 6.0 Perbandingan Perkhidmatan Persatuan yang berteraskan seni mempertahankan diri dan budaya ini juga mendapat persaingan dengan persatuan yang sama terutamanya di sekolah-sekolah mahupun universiti tempatan. Terdapat beberapa perbandingan perkhidmatan antara cawangan Persatuan Seni Silat Cekak mengikut tempat, contohnya dalam aspek yuran keahlian. Menerusi Portal Rasmi PSSCM, sumber kewangan PSSCM bergantung kepada yuran keahlian PSSCM. Setiap penuntut PSSCM akan dikenakan yuran semasa mengikuti pembelajaran Sesi Silat Cekak Malaysia seperti berikut: Jenis Bayaran Jumlah Yuran Pendaftaran RM 10 Yuran Tahunan RM 25 Pengkeras I (Ijazah I) RM 20.30 Pengkeras I (Ijazah II) RM 20.30
9 Pengkeras I (Ijazah III) RM 20.30 Yuran Kursus RM 30 (Setiap bulan selama 7 bulan) Bayaran ini boleh diubahsuai mengikut tempoh latihan yang dipersetujui. Namun begitu, terdapat juga yuran ahli yang berlainan bagi setiap cawangan PSSCM di Malaysia atau sekolah-sekolah mengikut keperluan dan kehendak cawangan masing-masing. Sebagai contoh, sumber kewangan PSSCM SK Banggol Guchil telah menetapkan bayaran yuran ahli seperti berikut: Jenis Bayaran Jumlah Yuran Pendaftaran RM 30 Yuran Tahunan RM 10 Yuran Khusus RM 50 Bayaran ini boleh diubahsuai mengikut tempoh latihan yang dipersetujui. 7.0 Strategi menjana sumber kewangan PSSCM peringkat Malaysia menjana sumber pendapatan melalui derma dan sumbangan ikhlas dari agensi-agensi luar yang terlibat dalam bidang silat. Di samping itu, PSSCM juga memperoleh sumber kewangan melalui peruntukan daripada kerajaan. Sebagai contoh, sepanjang tahun 2003, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 102.1 juta kepada lapan kementerian khusus bagi membantu menjayakan aktiviti badan-badan bukan kerajaan termasuk badan-badan silat. Sumber kewangan bagi PSSCM SK Banggol Guchil pula melalui strategi berikut: I. Yuran keahlian tahunan sebanyak RM10.00 bagi murid manakala guru sebanyak RM20.00. II. Yuran pendaftaran bagi setiap pertandingan yang dianjurkan. III. Gerai jualan makanan dan minuman ketika adanya acara-acara besar di sekolah seperti Hari Kejohanan Olahraga atau Hari Kokurikulum.
10 8.0 Analisis SWOT Dan Cadangan Penambahbaikan. 8.1 strengths (kekuatan) Antara kelebihan PSSCM yang dapat dilihat ialah seseorang individu dapat mempertahankan diri daripada sebarang ancaman mahupun anasir jahat yang melanda. Selain itu, PSSCM ini boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat khususnya siswa siswi di Universiti. Dengan kaedah yang ada, Silat Cekak ini mampu untuk menangkis serangan dengan mudah, cepat dan tepat. Di samping itu, PSSCM in juga menawarkan pengajaran Silat Cekak secara berpakej dan diajar sehingga tamat pengajian. Kebiasaannya, pakej sehingga tamat silat ini dapat disempurnakan dalam tempoh 7 bulan dan boleh diselaraskan dengan keperluan sesuatu kelas seperti di sekolah-sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Selepas tamat pengajian, penuntut-penuntut Silat Cekak ini boleh meningkatkan lagi kemahiran secara bersendirian atau mengikuti kelas-kelas kemahiran yang diadakan dari masa ke semasa. Di samping itu, sebagai silat yang berasaskan gerakan seni, Silat Cekak ini tidak menekankan keperluan kekuatan mahupun tendangan luar biasa untuk mengalahkan musuh. 8.2 Weakness (Kelemahan) PSSCM ini mempunyai kelemahan kerana kurang mendapat sambutan masyarakat khususnya dalam kalangan golongan muda. Hal ini kerana faktor globalisasi dan modenisasi yang menyebabkan ramai golongan muda kurang berminat untuk menyertai aktiviti yang berbentuk kebudayaan dan warisan kerana leka dengan gajet masing-masing. Ini menyebabkan adakalanya keadaan di gelanggang silat agak sunyi dan menimbulkan kehampaan dalam diri guru silat yang terlibat. Sekiranya kelemahan ini terus dibiarkan, ia boleh melenyapkan Seni Silat dalam kalangan masyarakat. Kelemahan seterusnya ialah kekangan masa yang dihadapi oleh ahliahli khususnya siswa siswi universiti. Hal ini sedemikian kerana jadual kelas yang padat dan kesibukan menyelesaikan tugasan yang dialami para pelajar boleh menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat menghadirkan diri ke sesi latihan seni Silat Cekak.
11 8.3 Opportunities (Peluang) Dari aspek peluang pula, ahli-ahli PSSCM sering diundang untuk membuat pertunjukan atau persembahan dalam pelbagai majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, Hari Kebangsaan, Minggu Budaya dan Warisan yang mana peluang ini mampu menyumbang kepada sumber pendapatan persatuan. Contohnya, jemputan persembahan Seni Silat Cekak Malaysia di Festival Silat Dunia Melayu Dunia Islam di Melaka Mall yang bertarikh 4 hingga 5 Jun 2011. Selain itu, semua ahli PSSCM juga berpeluang untuk mengikuti pelbagai program dan kursus khas yang dianjurkan oleh PSSCM. Hal ini mampu mengukuhkan lagi pengetahuan setiap ahli berkaitan ilmu pengetahuan dan kemahiran silat cekak. Di samping itu, ahli PSSCM juga berpeluang untuk menyertai pertandingan Silat Cekak di mana-mana cawangan silat di seluruh Malaysia. Dengan menyertai pertandingan tersebut, ahli-ahli PSSCM dapat menambah pengalaman baru di samping boleh menambah lagi kenalan baru. 8.4 Threats (Ancaman) PSSCM ini juga mempunyai ancaman misalnya, para penuntut terdedah dengan risiko kecederaan semasa latinan Silat Cekak dialankan. Buktinva, melalui kajian kes Silat Cekak oleh Marylyn Anne Atot (Mac, 2017), beliau telah menemu bual Pengerusi Persatuan Silat Cekak UNIMAS iaitu Zechariah Sikong (Abang Zyech). Menurut Abang Zyech terdapat salah seorang daripada ahli mereka yang tercedera pada pergelangan kaki akibat kesilapan sewaktu mendarat. Perkara ini sememangnya sangat membimbangkan kerana bukan sahaja menyebabkan kecederaan, malah lebin parah boleh menyebabkan kematian. Akhir sekali, ancaman biasa yang tidak terlalu serius adalah ancaman hujan kerana ancaman ini boleh merencatkan sekiranya latihan silat dilakukan dikawasan yang terbuka. 8.5 Cadangan Penambahbaikan Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi membolehkan orang ramai terutamanya golongan muda tertarik dengan PSSCM ini ialah menyebarkan poster dan video berkaitan dengan PSSCM di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan Tiktok supaya lebih ramai yang boleh melihat tentang kelebihan persatuan ini seterusnya tertarik untuk menyertai persatuan ini. Selain itu, PSSCM perlulah menyusun jadual untuk latihan silat dengan efektif supaya tidak menganggu waktu belajar murid-murid seperti mengadakan latihan silat sebanyak dua kali dalam seminggu. Di samping itu, PSSCM juga boleh menyediakan makanan secara percuma kepada ahli Silat Cekak yang menghadiri latihan silat setiap petang. Hal ini menyebabkan ahli silat lebih tertarik dan bersemangat untuk menghadiri setiap kali latihan silat diadakan.
12 9.0 Penutup Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mempertahankan Silat Cekak supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menyertai cawangan-cawangan PSSCM di tempat masing-masing dan bergiat aktif didalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Penyertaan pemuda pemudi dalam PSSCM juga amat penting supaya dapat melahirkan generasi seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
13 Rujukan Marylyn Anne Atot. (2017). Kajian Kes Silat Cekak. Diakses pada 14 Disember 2021 dari SCRIBD: https://www.scribd.com/document/343420540/Kajian-Kes-Silat-Cekak Nor Ardini. (2019). Aktiviti PSSCM. Diakses pada 13 Disember 2021 dari https://prezi.com/p/ogklqro3zlj7/aktiviti-psscm/ Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. (2019). Asal-Usul Silat Cekak Malaysia. Diakses pada 14 Disember 2021 dari silatcekak.org: https://www.silatcekak.org.my/asal-usul-silatcekak-malaysia/ PSSCM. (1975). Suara Cekak Bil 1. Kuala Lumpur: Terbitan PSSCM. PSSCM. (1976). Suara Cekak Bil 2. Kuala Lumpur: Terbitan PSSCM. Rafizi. (2006). Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Diakses pada 13 Disember 2021 dari https:/rafizirazak.com/2006/05/persatuan-seni-silat-cekak-malaysia.html Shukri. (2018). Peranan Seni Silat Cekak Malaysia Dalam Pembangunan Seni Warisan Budaya Melayu Sepanjang Era. Universiti Sains Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
14 Lampiran 1 Aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh PSSCM Program Smart Learning pada tahun 2013 Karnival Silat Cekak Explorace PSSCM
15 Program Pesilat Bangsa Beradat PSSCM
16 Lampiran 2 Surat Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan
17 Lampiran 3 Contoh Laporan Majlis Mesyuarat Agung PSSMC Kali Ke-9 2012 Mesyuarat agung ini di adakan bertujuan untuk melantik exco-exco baru bagi menggantikan exco yang lama bagi meneruskan kesinambungan pentadbiran PSSCMKPL bagi penggal berikutnya. Butir-butir Mesyuarat Agung PSSCM-KPL Ke -9: Tarikh : 24 December 2011 Tempat : DKA 2/1 Masa : 8.30 malam Agenda yang di bentangkan semasa mesyuarat agung adalah sepeti berikut: Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-8 Kata – kata aluan dari Pengerusi Mesyuarat Sementara MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-8 Perlantikan Setiausaha Sementara sebagai Pencatat Minit Mesyuarat Meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-8 Menerima laporan aktiviti PSSCMCNS-KPL bagi sesi 2012 Menerima laporan penyata kewangan PSSCMCNS-KPL bagi sesi 2012 Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan segala tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PSSCMCNS-kplyang diadakan sepanjang sesi 2012 yang diadakan sebelum MAT PSSCMCNS-KPL kali ke-8 Pengisytiharan Pembubaran Jawatankuasa Kerja ( JKK ) PSSCMCNS – KPL Perlantikan AJK PSSCMCNS-KPL yang baru bagi sesi 2012 Membincangkan usul-usul berbangkit Ucapan penangguhan Perlaksana Majlis Pengerusi Majlis Khairulanwar Bin Ibrahim Farah Adilah Binti Mohd Fauzi Pengerusi Mesyuarat Nur Izzati Binti Rosli Pencatat Minit Mesyuarat Nurul Syaza Ain Binti Samsur
18 Lampiran 4 Sijil Pendaftaran Penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia