The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tokoh Pemimpin Johor-Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siawseechia, 2021-04-22 21:52:59

Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor-Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

BIODATA
MURID

NAMA : LIM ZHI QIAN

KELAS : 6 MERAH

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LABIS

ALAMAT EMEL : [email protected]

ALAMAT SEKOLAH: : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LABIS

 85300 LABIS , JOHOR

TELEFON SEKOLAH : 07-9251703

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Buku skrap ini dibuat bertujuan untuk mengenali tokoh pemimpin Johor dengan lebih dalam. Tokoh
pemimpin Johor yang saya pilih ialah Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman (1876 – 1955) ,
tokoh pemimpin Johor yang terbilang. Beliau seorang tokoh cendekiawan yang terkenal.

Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman ialah seorang tokoh pemimpin Johor
intelektual yang begitu berjasa dalam sejarah kerajaan negeri Johor. Beliau menjadi setiausaha
peribadi sultan yang berkaliber dan taat kepada sultan. Beliau juga seorang sarjana yang sangat
produktif dalam bidang kesusasteraan Melayu. Beliau juga penggubal Lagu Bangsa Johor. Beliau
dikenali tokoh sastera Johor yang paling hebat kerana berpandangan jauh dan mendapat kedudukan
penting dalam kerajaan Johor di pentas dunia.

Sepanjang masa saya menyiapkan buku skrap ini, saya telah dibantu oleh guru-guru
dan ibu bapa saya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih saya rakamkan kepada
guru-guru dan ibu bapa yang tersayang. Sumbangan tokoh pemimpin yang dikagumi ini telah
banyak memberi iktibar kepada saya agar dapat menabur bakti kepada negara apabila saya dewasa
nanti.

Besarlah harapan saya agar buku skrap digital ini dapat membantu para pembaca
lebih mengenali Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman , tokoh pemimpin Johor yang terbilang
dan disanjungi. Selamat membaca !

Nama : Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Sulaiman
Tarikh Lahir: 7 Oktober 1876
Tempat Lahir: Teluk Belanga,Singapura
Tarikh Meninggal Dunia : 27 Ogos 1955

Pencapaian :

Bintang kebesaran Seri Mahkota Johor dan Seri

Paduka Mahkota Johor

Anugerah Kerabat Diraja daripada DYMM

Sultan Ibrahim

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

PENDIDIKAN TOKOH

Belajar di Sekolah Melayu Teluk Belanga, Beliau mempelajari Bahasa Inggeris semasa
Singapura ketika berusia lima tahun. darjah tiga di Sekolah Inggeris Cawangan
Beliau juga menerima pendidikan Al-Quran. Kampung Baru.

Meneruskan pendidikan Inggeris di Sekolah Beliau terpaksa berhenti sekolah ketika
Raffless ( Raffless School) selepas tamat darjah lima kerana dibawa ke Mekkah.
darjah empat di Sekolah Melayu.

Sekembalinya ke tanah air, beliau mempelajari Bahasa Inggeris secara tidak formal daripada
seorang pegawai kanan, merupakan ahli keluarganya yang bertugas di Pejabat Keretapi Muar.

Demi pelajaran, beliau mendaftar semula bersekolah Beliau tamat persekolahannya setakat
di Sekolah Anglo-chinese Singapura hingga darjah darjah tujuh ketika usia 16 tahun
tujuh kerana masalah kesempitan wang.

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

SUMBANGAN TOKOH

Beliau bergiat dalam bidang ketenteraan di Johor dan melibatkan diri dalam Angkatan Tentera
Johor (Johore Military Forces) sebagai Staff Officer pada tahun 1914. Beliau banyak memberi
sumbangan terhadap kemajuan Timbalan Setia Negeri dan dikurniakan pangkat 'Major'.

Sebagai seorang penulis dan ahli sejarah, beliau sentiasa merakamkan aktiviti-aktiviti Timbalan
Setia Negeri bagi tatapan generasi akan datang.

Semasa beliau sebagai Setiausaha Peribadi Almarhum Sultan lbrahim Johor, beliau merupakan
seorang penulis yang prolifik dan produktif. Beliau dianugerahi gelaran 'Pendeta Johor' sebagai
penghormatan atas sumbangan beliau dalam bidang persuratan Bahasa Melayu.

Beliau bertugas menyusun dan menubuhkan Johor Volunteer Forces dengan pangkat Leftenan.
Beliau diserapkan dalam Johor Military Forces (Timbalan Setia Negara) sebagai staff officer
dengan pangkat kapten atas kepimpinan. Beliau membuka cawangan dan sebagai Mejar
memantau Johor Military dan Johor Volunteer Forces.

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

SUMBANGAN TOKOH

Beliau yang berbakat bermain piano membuat penggubalan dan pindaan Lagu Bangsa Johor
agar Lagu Bangsa Johor dapat dinyanyikan dalam bahasa Melayu dengan iringan pancaragam.

Semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, beliau selaku
pembesar Johor menyumbangkan jasa kepada sultan. Beliau akur dan taat kepada sultan.

Sumbangan terbesar sebagai penunjang Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor
(Pakatan). Pada tahun 1888, beliau dan Abdul Rahman Andak menjadi penggerak utama
Pakatan Belajar dan mengajar pengetahuan Bahasa Melayu di Johor serta memartabatkan
Bahasa Melayu. 16 buah buku telah diterbit dan dirujuk oleh generasi baharu.
Beliau dianugerahkan bintang kebesaran Seri Mahkota Johor, dan Seri Paduka Mahkota Johor.

Beliau sebagai ilmuan dan penulis prolifik. Segala ilmu yang terkandung dalam karya-karya
melambangkan keperibadian tamadun Melayu dan menjadi sumber berharga negara.

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

KERJAYA TOKOH

Pada tahun 1898, Beliau berkhidmat di Pejabat Pos
sebagai juruwang Besar sehingga menjadi ketua
di Pejabat Pejabat Pos Besar.
Perbendaharaan
di Istana Besar Beliau juga menjadi Pada tahun 1910, beliau
Johor pembantu dan telah dilantik oleh
penyelidik bagi pegawai DYMM Sultan Ibrahim
Selepas tamat pengajian, tentang hal-hal kerajaan sebagai Setiausaha Sulit
beliau sebagai penulis dan persuratan Melayu. Baginda selama 42
rencana di sebuah syarikat Tahun.
percetakan 'British and
Foreign Bible Society' di
Singapura.

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Nilai Ulasan

gigih dalam pembelajaran ilmu Sebagai ilmuan dan penulis prolifik
penggerak ilmu
Sebagai penggerak utama Pakatan Belajar dan
berpandangan jauh Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu di Johor

kewibaan dan berkaliber Rakamkan aktiviti Timbalan Setia Negeri bagi
tatapan generasi akan datang.

Susun dan tubuhkan Johor Volunteer Forces serta
membuka cawangan. Beliau memantau Johor
Military dan Johor Volunteer Forces.

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Nilai Ulasan

tabah Beliau gigih berusaha walaupun dihimpit kemiskinan
dan kesulitan hidup.
kegigihan dan Beliau menjawat jawatan sebagai penolong Pos
kesungguhan serta Master-general atas kesungguhan terhadap tugas.
berdisiplin
Beliau menjadi setiausaha peribadi Sultan Johor
tulus hati dan ketaatan
Penggubal Lagu Bangsa Johor agar Lagu Bangsa
kreatif dan inovasi Johor dapat dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

PENUTUP

Sepanjang proses menyiapkan buku skrap digital ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai positif
yang telah saya pelajari.

Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman, tokoh pemimpin Johor intelektual yang begitu
berjasa dalam sejarah kerajaan negeri Johor. Beliau telah memberikan sumbangan yang tidak terkira
dan menabur bakti terutamanya kepada negeri Johor sepanjang hayatnya.

Peranan dan sumbangan beliau yang begitu besar bukan sahaja sebagai orang kanan Sultan
Ibrahim Johor malah sebagai ilmuan dan penulis prolifik. Kepelbagaian dalam penulisan beliau telah
memperkaya dan mencorakkan tradisi kegemilangan ilmu dan menjadi sumber berharga negara.

Sebagai rakyat negeri Johor, kita seharusnya mengenang jasa Mejar Dato' Haji Mohd Said bin
Sulaiman kerana tanpa kehadiran beliau tidak wujudlah negeri Johor yang mengagumkan dunia pada
zaman silam. Sumbangan dan usaha beliau haruslah kita kenang dan syukuri.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman
seorang tokoh pemimpin Johor yang terbilang dan jasa bakti beliau telah dikenang zaman-berzaman.
Semoga buku skrap digital ini dapat memberikan manfaat dan menjadi iktibar kepada semua pembaca

Akhir kata, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih
kepada guru kerana telah membantu dan membimbing saya menyempurnakan buku skrap digital ini.

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

SUMBER RUJUKAN

• https://www.thepatriots.asia/pendita-johor-mejar-dato-hj-mohd-said-bin-hj-sulaiman/
• https://pdfslide.net/documents/mejar-dato-haji-muhammad-said-bin-haji-sulaiman.html
• https://padlet.com/hafizal7044/nm5cxvydj77s
• https://www.slideshare.net/intannurhazwani/mejar-dato-haji-mohd-said-bin-haji.
• http://warisanterasilmuonline.blogspot.com/2014/06/mohd-said-sulaiman-

cendikiawan.html.

• https://jantungmelayu.com/2018/03/pakai-patut-melayu-buku-panduan-pakaian-orang-

melayu/

• http://worldcat.org/identities/lccn-nr95040304/
• https://pdfslide.tips/documents/cerita-majer-said-sulaiman.html
• https://www.facebook.com/majalahbukuterpakai/photos/pcb.1234558313392448/123455

6590059287

• https://books.google.com.my/books/about/Mejar_Dato_Haji_Mohd_Said_bin_Haji_Sulai.

html?id=WsAP75N05ZsC&redir_esc=y

• http://malcat.uum.edu.my/kip/Author/Home?author=Mohd.+Said+bin+Haji+Sulaiman+D

ato%27+Haji+1876-1955

• https://www.johor.gov.my/kerajaan/lambang-kerajaan/lagu-bangsa-johor
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Bangsa_Johor

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

LAMPIRAN

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman

Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman


Click to View FlipBook Version