Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
BIODATA
MURID
NAMA : LIM ZHI QIAN
KELAS : 6 MERAH
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LABIS
ALAMAT EMEL : [email protected]
ALAMAT SEKOLAH: : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LABIS
85300 LABIS , JOHOR
TELEFON SEKOLAH : 07-9251703
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
PENDAHULUAN
Buku skrap ini dibuat bertujuan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang salah seorang
daripada tokoh pemimpin Johor. Tokoh pemimpin Johor yang telah saya pilih ialah Mejar Dato'
Haji Mohd Said bin Sulaiman, (1876 – 1955) , tokoh pemimpin Johor yang terbilang. Beliau
seorang tokoh cendekiawan yang terkenal dengan panggilan “Orang Teluk Belanga”
Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman ialah seorang tokoh pemimpin Johor
intelektual yang begitu berjasa dalam sejarah kerajaan negeri Johor. Beliau menjadi setiausaha
peribadi sultan yang berkaliber dan taat kepada sultan. Beliau juga seorang sarjana yang sangat
produktif dalam bidang kesusasteraan Melayu. Beliau juga penggubal Lagu Bangsa Johor. Beliau
seorang tokoh sastera Johor yang paling hebat kerana pandangannya yang jauh dan mendapat
kedudukan penting bagi kerajaan Johor di pentas dunia.
Dalam proses menyiapkan buku skrap ini, saya telah dibantu oleh guru-guru dan
ibu bapa saya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih saya rakamkan untuk guru-
guru dan ibu bapa tersayang. Sumbangan tokoh pemimpin yang dikagumi ini telah banyak
memberi iktibar kepada saya agar dapat menabur bakti kepada negara apabila saya dewasa nanti.
Besarlah harapan saya agar buku skrap digital ini dapat membantu para pembaca
lebih mengenali Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman , tokoh pemimpin Johor yang terbilang
dan disegani. Selamat membaca !
Nama : Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Sulaiman
Tarikh Lahir: 7 Oktober 1876
Tempat Lahir: Teluk Belanga,Singapura
Tarikh Meninggal Dunia : 27 Ogos 1955
Pencapaian :
Bintang kebesaran Seri Mahkota Johor dan Seri
Paduka Mahkota Johor
Anugerah Kerabat Diraja daripada DYMM
Sultan Ibrahim
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
PENDIDIKAN TOKOH
Belajar di Sekolah Melayu Teluk Belanga, Sanggup belajar Bahasa Inggeris dalam
Singapura ketika berusia lima tahun. Darjah Tiga pada waktu petang di Sekolah
Beliau juga menerima pendidikan Al-Quran Inggeris Cawangan Kampung Baru.
pada masa itu
Beliau terpaksa berhenti sekolah ketika
Meneruskan pendidikan Inggeris di Sekolah Darjah Lima kerana keluarga membawa
Raffless ( Raffless School) selepas tamat beliau ke Mekkah.
Darjah Empat di Sekolah Melayu.
Sekembalinya ke tanah air, beliau meneruskan usaha mempelajari Bahasa Inggeris secara
tidak formal pada petang daripada seorang pegawai kanan yang juga merupakan ahli
keluarganya yang bertugas di Pejabat Keretapi Muar.
Demi kepentingan pelajaran pelajaran, beliau Beliau tamat persekolahannya setakat
mendaftar semula untuk bersekolah di Sekolah Darjah Tujuh ketika usia 16 tahun
Anglo-chinese Singapura hingga Darjah Tujuh kerana masalah kesempitan wang.
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
SUMBANGAN TOKOH
Beliau turut bergiat cergas dalam bidang ketenteraan di Johor. Pada tahun 1914, Tok Mejar
melibatkan diri dalam Angkatan Tentera Johor (Johore Military Forces) sebagai Staff Officer.
Beliau banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan Timbalan Setia Negeri. Atas
sumbangan itu beliau telah dikurnia pangkat 'Major'.
Sebagai seorang penulis dan ahli sejarah, beliau sentiasa merakamkan aktiviti-aktiviti Timbalan
Setia Negeri bagi tatapan generasi akan datang.
Semasa beliau sebagai Setiausaha Peribadi kepada Almarhum Sultan lbrahim Johor, beliau
merupakan seorang penulis yang prolifik dan produktif. Beliau dianugerahi gelaran 'Pendeta
Johor' sebagai penghormatan atas sumbangan beliau dalam bidang persuratan Bahasa Melayu.
Beliau bertugas menyusun dan menubuhkan Johor Volunteer Forces dengan pangkat Leftenan.
Beliau diserapkan dalam Johor Military Forces (Timbalan Setia Negara) sebagai staff officer
dengan pangkat kapten atas kepimpinan yang terserlah. Beliau membuka cawangan lain di
Mersing, Segamat dan Pontian. Pangkat beliau sebagai Mejar bertanggugjawab memantau
Johor Military dan Johor Volunteer Forces sentiasa berjalan dengan baik dari struktur
pentadbiran dan kebajikan setiap anggota-anggotanya.
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
SUMBANGAN TOKOH
Beliau yang berbakat bermain piano membuat penggubalan dan pindaan Lagu Bangsa Johor
agar Lagu Bangsa Johor dapat dinyanyikan dalam bahasa Melayu dengan iringan pancaragam.
Semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, beliau selaku
pembesar Johor menyumbangkan jasa kepada sultan. Beliau akur dan taat setia kepada Sultan
Ibrahim. Beliau bertanggungjawab dan berdedikasi untuk melaksanakan tugas-tugas yang
dipikulnya.
Sumbangan terbesar sebagai penunjang Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor
(Pakatan). Pada tahun 1888, beliau bersama-sama Abdul Rahman Andak ialah pelopor yang
bertanggungjawab dan menjadi penggerak utama Pakatan Belajar dan mengajar pengetahuan
Bahasa Melayu di Negeri Johor. Beliau bersama-sama Abdul Rahman Andak dan Pakatan
Bahasa Melayu Diraja Johor telah sedaya upaya memartabatkan Bahasa Melayu demi
kepentingan masyarakat sejagat. 16 buah telah diterbit dan dirujuk oleh generasi baru.
Beliau dianugerahkan bintang kebesaran Seri Mahkota Johor, dan Seri Paduka Mahkota Johor.
Beliau sebagai ilmuan dan penulis prolifik. Segala ilmu yang terkandung dalam karya-karya
melambangkan keperibadian tamadun Melayu dan menjadi sebahagian daripada sumber
berharga negara.
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
KERJAYA TOKOH
Pada tahun Beliau berkhidmat di Pejabat Pos
1898,bekerja Besar sehingga menjadi Ketua
sebagai juruwang Pejabat Pos Besar.
di Pejabat
Perbendaharaan di Beliau juga menjadi Pada tahun 1910, beliau
Istana Besar Johor pembantu dan penyelidik telah dilantik oleh DYMM
bagi pegawai tentang hal- Sultan Ibrahim sebagai
Selepas tamat pengajian, hal kerajaan dan Setiausaha Sulit Baginda
beliau mula bekerja menulis persuratan Melayu. selama 42 Tahun.
rencana di sebuah syarikat
percetakan 'British and
Foreign Bible Society' di
Singapura.
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
Nilai Ulasan
gigih dalam pembelajaran ilmu Beliau sebagai ilmuan dan penulis prolifik
penggerak ilmu
Beliau menjadi penggerak utama Pakatan Belajar
berpandangan jauh dan Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu di Negeri
Johor
Beliau merakamkan aktiviti-aktiviti Timbalan Setia
Negeri bagi tatapan generasi akan datang.
kewibaan dan berkaliber Beliau menyusun dan menubuhkan Johor Volunteer
Forces dan membuka cawangan. Beliau memantau
Johor Military dan Johor Volunteer Forces agar
sentiasa berjalan dengan baik dari struktur pentadbiran
dan kebajikan setiap anggota-anggotanya.
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
Nilai Ulasan
tabah Beliau gigih berusaha walaupun dihimpit kemiskinan
dan kesulitan hidup, tanpa mengenal erti putus asa
kegigihan dan Beliau menjawat jawatan sebagai penolong Pos
kesungguhan serta Master-general.
berdisiplin
Beliau menjadi setiausaha peribadi Sultan Johor
tulus hati dan ketaatan
Beliau membuat penggubalan dan pindaan Lagu
kreatif dan inovasi Bangsa Johor agar Lagu Bangsa Johor.
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
PENUTUP
Sepanjang proses menyiapkan buku skrap digital ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai
positif yang telah saya pelajari.
Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman, salah seorang tokoh pemimpin Johor intelektual
yang begitu berjasa dalam sejarah kerajaan negeri Johor. Beliau telah memberikan sumbangan yang
tidak terkira dan menabur bakti terutamanya kepada negeri Johor sepanjang hayatnya.
Peranan dan sumbangan beliau yang begitu besar bukan sahaja sebagai orang kanan Sultan
Ibrahim Johor malah sebagai ilmuan dan penulis prolifik. Kepelbagaian dalam penulisan beliau telah
memperkaya dan mencorakkan lagi tradisi kegemilangan ilmu dan menjadi sebahagian daripada
sumber berharga negara.
Sebagai rakyat negeri Johor, kita seharusnya mengenang jasa Mejar Dato' Haji Mohd Said
bin Sulaiman kerana tanpa kehadiran beliau tidak wujudlah negeri Johor yang mengagumkan dunia
pada zaman silam. Sumbangan dan usaha beliau haruslah kita kenang dan syukuri.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Sulaiman
seorang tokoh pemimpin Johor yang terbilang dan jasa bakti beliau telah dikenang zaman-berzaman.
Semoga buku skrap digital saya ini akan dapat memberikan manfaat dan menjadi iktibar kepada
semua pembaca
Akhir kata, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih
kepada guru-guru kerana telah banyak membantu dan membimbing saya menyempurnakan buku
skrap digital ini.
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
SUMBER RUJUKAN
• https://www.thepatriots.asia/pendita-johor-mejar-dato-hj-mohd-said-bin-hj-sulaiman/
• https://pdfslide.net/documents/mejar-dato-haji-muhammad-said-bin-haji-sulaiman.html
• https://padlet.com/hafizal7044/nm5cxvydj77s
• https://www.slideshare.net/intannurhazwani/mejar-dato-haji-mohd-said-bin-haji.
• http://warisanterasilmuonline.blogspot.com/2014/06/mohd-said-sulaiman-
cendikiawan.html.
• https://jantungmelayu.com/2018/03/pakai-patut-melayu-buku-panduan-pakaian-orang-
melayu/
• http://worldcat.org/identities/lccn-nr95040304/
• https://pdfslide.tips/documents/cerita-majer-said-sulaiman.html
• https://www.facebook.com/majalahbukuterpakai/photos/pcb.1234558313392448/123455
6590059287
• https://books.google.com.my/books/about/Mejar_Dato_Haji_Mohd_Said_bin_Haji_Sulai.
html?id=WsAP75N05ZsC&redir_esc=y
• http://malcat.uum.edu.my/kip/Author/Home?author=Mohd.+Said+bin+Haji+Sulaiman+D
ato%27+Haji+1876-1955
• https://www.johor.gov.my/kerajaan/lambang-kerajaan/lagu-bangsa-johor
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Bangsa_Johor
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
LAMPIRAN
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman
Tokoh Pemimpin Johor : Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Sulaiman