The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdsafarudy03, 2022-05-17 10:05:01

KUMPULAN 2 DRAFT TBM

KUMPULAN 2 DRAFT TBM

SOALAN
e. Pengharaman khinzir jelas disebut dalam wahyu Al-Quran yang diturunkan
oleh Allah SWT. Fakta sainstifik juga menemukan khinzir itu boleh
mendatangkan mudarat kepada manusia. Bezakan pengharaman khinzir
berdasarkan fakta-fakta sainstifik dan menurut perspektif Islam.

TAJUK : PENGHARAMAN KHINZIR BERDASARKAN DUA
PERSPEKTIF IAITU ISLAM DAN SAINSTIFIK
Pendahuluan

Islam telah menetapkan kepada umatnya apa yang dibolehkan dan apa
yang diharamkan dalam kehidupan seseorang muslim. Apa yang ditetapkan itu
adalah bagi menjaga kesihatan, kesejahteraan dan kesempurnaan hidup. Khinzir
adalah binatang yang diharamkan kepada umat Islam memakan atau
mengunakannya ia merupakan dosa besar dan perbuatan yang tidak beriman.
Kini makanan dan barangan yang dijual di supermarket, pasar- pasar dan
digunakan seharian tanpa disedari adalah daripada bahan yang diharamkan iaitu
mengandungi daging khinzir atau produk sampingannya semakin meluas di
pasaran. Ini amat membahayakan kepada umat Islam. Oleh itu, video ini akan
membincangkan tentang pengharaman khinzir dari segi perspektif Islam dan
fakta-fakta sainstifik.

Dari segi perspektif dalam Islam pengharaman khinzir adalah seperti berikut;

1. ِ‫إِنَّ َماِ َح َّر َمِ عَلَيْكُمُِ الْ َميْتَةَِ َوالدَّ َمِ َولَ ْح َمِ الْ ِخن ِزي ِر‬

Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu
memakan bangkai, dan darah, dan daging babi.

(Surah al-Baqarah: 173)
2. Ibnu Kathir berkata, “Begitu juga dilarang memakan daging babi baik

yang mati dengan cara disembelih atau mati dalam keadaan tidak seperti
biasanya. Lemak babi juga haram dimakan sebagaimana dagingnya
kerana penyebutan daging dalam ayat cuma menunjukkan keumuman
(aghlabiyyah) atau dalam daging juga sudah termasuk pula lemaknya,
atau hukumnya diambil dengan jalan qiyas (analogi).” ( Ibnu Kathir

adalah seorangan sejarawan Islam yang terkenal dan Meninggal pada tahun
774 Hijrah.)

3. Ramai sejarawan Islam yang memberi pandangan bahawa Khinzir adalah
haiwan yang diharamkan dan banyak perkara yang boleh dijadikan bukti
pengharaman khinzir antaranya ialah khinzir dapat memberi
kemudaratan terhadap kehidupan dan kesihatan tubuh badan.

4. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam
ketika mengulas berkenaan pengharaman daging babi menyebut: Perkara
ketiga yang diharamkan Alah SWT ialah daging babi. Ini adalah kerana
tabiat yang sihat akan memandangnya kotor dan tidak akan
menyukainya. Sebab babi ini, makanan yang sangat disukainya ialah dari
benda-benda yang kotor, jijik dan najis. (Beliau adalah Pengerusi Kesatuan

Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa
sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.)

Fakta sainstifik
1) Kajian Saintis mendapati memakan daging khinzir boleh
mendatangkan 70 jenis penyakit kerana terdapatnya cacing yang
dibawa oleh daging khinzir. Cacing ini boleh memasuki badan
manusia dan membawa jangkitan seperti Trichinella Spiralis dan
Teania Solium.
2) Menurut Dr Murad Hoffman (saintis Jerman), memakan daging babi
yang dijangkiti cacing babi bukan sahaja merbahaya tetapi juga boleh
meningkatnya kandungan kolestrol dan melambatkan proses
penguraian protein dalam tubuh dan boleh mengakibatkan diserang
kanser usus, iritasi kulit, eksim, dan rematik.
3) Dr.Joseh Mercola pakar kesihatan daripada Amerika membuat Kajian
dan mendapati daging babi boleh memberikan bahaya kepada
kesihatan dalam pelbagai peringkat. Menurut kajian oleh Consumer
Reports, 69 peratus daripada sampel-sampel daging babi yang diuji
mengandungi bakteria berbahaya Yersinia enterocolitica yang boleh
menyebabkan masalah-masalah kesihatan.”
4) Menurut sainstifik juga khinzir adalah mamalia yang tidak berpeluh.
Hal ini menyebabkan toksin yang harusnya keluar melalui peluh akan
kekal dalam badan khinzir dan bergabung dengan dagingnya. Dan
untuk menyejukkan badan khinzir akan berendam kedalam lumpur.

Kesimpulan

Kejadian khinzir yang diharamkan oleh Allah SWT kepada umat
menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang terbaik, syumul(sempurna) lagi
benar di sisi Allah SWT. Ia amat menitik beratkan penganutnya agar sentiasa
mendapat kesihatan yang baik, tidak memakan haiwan yang buruk perangainya
yang dapat mempengaruhi seseorang yang memakannya. Allah SWT
mengangkat martabat manusia ke peringkat yang terpuji bukannya hamba yang
rendah martabatnya sepertimana Firman Allah dalam surah al-Tin ayat 9 yang
bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya.” Terdapat banyak hikmah yang diperolehi apabila kajian-kajian
yang dilakukan mutaakhir ini menambahkan keimanan kepada umat Islam,
bahawa setiap yang diharamkan itu pastinya mempunyai hikmah yang
tersembunyi walaupun rasullullah SAW tidak menyebutkan secara saintifik
semasa ayat Allah diturunkan, berkat kesungguhan saintis, sarjana, usaha
penyelidikan yang dilakukan amat memberi impak yang positif kepada umat
manusia. Usaha ini perlu diperluaskan lagi agar mereka dapat mendedahkan
rahasia yang ditemui untuk faedah ummah. Kemudaratan yang ada pada khinzir
tidak dapat disangkalkan lagi.

Rujukan
• https://www.academia.edu/14477879/Pengharaman_khinzir
• https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3185-al-kafi-1143-

hikmah-pengharaman-khinzir
• https://iluminasi.com/bm/10-sebab-saintifik-dibuktikan-saintis-

mengapa-khinzir-haram-kepada-manusia.html


Click to View FlipBook Version