1
PERKARA MUKA SURAT
2
ISI KANDUNGAN 3
4
ATURCARA MAJLIS 5
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 6
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK SUNGAI 7 - 17
BALANG DARAT 18
19
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG 20
PIBG KALI KE 40
AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE 40 TAHUN
2022
PROGRAM SEKOLAH BERSAMA PIBG
AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SK SUNGAI
BALANG DARAT SESI 2020/2022
SEKALUNG PENGHARGAAN
2
2.30 Petang - Kehadiran dan Pendaftaran Tetamu
- Taklimat PBD
- Persembahan Multimedia
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Perasmi
- Cabutan Bertuah
- Majlis Menandatangani MOU Rakan Strategik
SK Sungai Balang Darat
- Penyampaian Cenderamata Perasmi, Rakan Strategik
dan AJK PIBG sesi 2020/2022
- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 40
- Cabutan Bertuah
- Penyerahan BAP
- Bersurai
3
KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG SESI 2020/2022
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana
dengan rahmat dan izinNya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada Guru Besar Sk Sungai Balang Darat, selaku penasihat semua
jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan semua AJK PIBG kerana
kita berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-40 pada tahun
2022.
PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti dan bergerak seiring dengan
perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah. Penyatuan hati dan keprihatinan semua pihak
serta usaha yang berterusan merupakan ramuan penting dalam pendidikan masa kini.
Saya mengharapkan semangat ini menjadi kekuatan kepada PIBG dan sekolah
mencapai kegemilangan di masa akan datang
Sebagai YDP PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan
tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Kami sentiasa memikirkan
kebajikan anak-anak di sekolah dan ingin memberikan yang terbaik bagi membantu
meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi
memastikan SK Sungai Balang Darat terus melakar kejayaan dan saya juga berharap
supaya semua AJK PIBG yang dilantik akan dapat meneruskan usaha dengan lebih
baik bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.
Sekian, terima kasih.
MD FAUZI BIN HJ JAMIL
Yang Dipertua PIBG
Sk Sungai Balang Darat
4
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Asalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menitip
sepatah dua kata dalam Majlis Meyuarat Agung PIBG Kali yang ke 40 pada tahun 2022 ini.
Tahniah kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat,
Muar yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas-tugas yang
telah diamanahkan.
Alhamdulilah, sesungguhnya Tuhan mengabulkan doa saya yang menanam hasrat
untuk bersemuka dengan semua ibu ayah dalam majlis ini. Namun demikian, kita masih lagi
tertakluk kepada SOP COVID 19 iaitu antaranya kita masih mengekalkan pemakaian pelitup
mika bagi sesiapa yang memasuki premis sekolah.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru
mengajar dan pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, tetapi perlu seiring dengan
komitmen ibu bapa. Oleh itu, saya berharap pertemuan dalam mesyuarat kali ini dapat
dimanfaatkan untuk sama-sama memantapkan kecemerlangan anak-anak SK Sungai Balang
Darat.
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak sangat penting. Anak-anak akan
mempunyai motivasi yang tinggi apabila ibu bapa sendiri menjadi fasilitator untuk memantau
dan membimbing pembelajaran anak-anak.
Saya sebagai wakil pihak sekolah, sangat berterima kasih kepada semua pihak yang
telah memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak sekolah ketika program-program
sekolah dilaksanakan. Komitmen dan sokongan padu secara berterusan daripada ibu bapa,
maka anak didik sekolah ini akan dilahirkan sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah,
akademik dan kokurikulum. Ucapan setinggi terima kasih juga kepada Rakan Strategik
sekolah yang banyak menyumbang untuk memenuhi keperluan anak-anak dalam
pembelajaran supaya lebih selesa dan kondusif dalam menimba ilmu seiring dengan
pendidikan masa kini iaitu pembelajaran Abad ke 21.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG 2020-2022 yang
diketuai oleh Encik Mohd Fauzi Bin Hj Jamil yang begitu banyak memberi sokongan baik
dalam bentuk kewangan, idea mahupun sokongan moral banyak meningkatkan prestasi murid
untuk menjadi yang terbaik sepanjang pembelajaran di SK Sungai Balang Darat ini. Barisan
PIBG ini banyak membantu menjayakan hala tuju sekolah serta kecemerlangan akademik
yang disasarkan. Ini akan membawa kepada peningkatan prestasi dan kualiti kerja guru-guru
dan kakitangan sekolah yang akhirnya membawa kecemerlangan prestasi sekolah dan murid.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi bersama-sama dalam majlis hari ini.
Sekian ,terima kasih.
NOORLINA BINTI MESKON
Guru Besar
SK Sungai Balang Darat, Muar.
5
PENASIHAT : PN. NOORLINA BINTI MESKON (GURU BESAR)
PENGERUSI : EN. ZULKIFLI BIN MOHD TAHIR
NAIB PENGERUSI 1
NAIB PENGERUSI 2 (GPK PENTADBIRAN)
: EN. NOR FAIZAL BIN MOHD YUSOP (GPK HEM)
PENGACARA MAJLIS : EN. MOHD YUNUS BIN ABU BAKAR
PENDAFTARAN
BACAAN DOA (GPK KOKURIKULUM)
PERSIAPAN TEMPAT / : PN. MEILIZA BINTI ZAITUN
BACKDROP & : PN. SARINA BINTI MOHD ARIPIN
BANNER : EN. MOHD FAKHRUL ANUAR BIN MOHD ROMLI
JAMUAN : CIK NORSAFURA BINTI SHAMSURI
SIARAYA / FLYERS & PN. NORSIWATI BINTI IBRAHIM
MULTIMEDIA EN. NORAZIZAN BIN ADNAN
: PN. NOOR AINI BINTI ISMAIL
JURU GAMBAR PN. SITI MARDIANA BINTI SALLEH
: EN. MUHAMMAD SHAFIQ AFFENDY BIN ABU
BUKU ATURCARA / BAKRIM
MINIT MESYUARAT PN. SITI SALWA BINTI AHMAD
CABUTAN BERTUAH : EN. MOHD FAKHRUL ANUAR BIN MOHD ROMLI
& CENDERAHATI PN. SITI SALWA BINTI AHMAD
PENDAFTARAN : PN. CHE KU RABIAH AL ADAWIYYAH BINTI CHE KU
SIJIL PENGHARGAAN ALI
PENCATAT MINIT : PN. AIZAH BINTI MOHD JUFRI
PN. SITI ROSYATIM BINTI ATAN
: PN. NORASIKIN BINTI MD NOH
: PN. FATIMAH BINTI TAMJIS
CIK NORSAFURA BINTI SHAMSURI
6
1 . Ucapan Yang Dipertua PIBG
2. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali
Ke-39 Tahun 2021
3. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG
4. Membahaskan usul-usul yang telah ditapis.
5. Hal-hal lain
6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020-2022 dan perlantikan AJK PIBG
sesi 2022-2024
7. Ucapan penangguhan
7
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BALANG DARAT, MUAR
KALI KE 39
Tarikh : 03 Oktober 2021
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)
Kehadiran : 61 orang
Pengerusi : En. Md Fauzi Bin Hj Jamil
Perasmi (YDP PIBG)
: En. Nazaruddin Bin Hj Abu
Ketua Kampung
Sungai Balang Besar
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS (PN. NORSIWATI BINTI IBRAHIM)
1.1 Pengerusi majlis mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dapat kita
berkumpul dan bertemu secara maya pada malam ini bagi menjayakan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 39 Sekolah
Kebangsaan Sungai Balang Darat 2021.
1.2 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua atas kesudian meluangkan masa menghadiri
mesyuarat pada malam ini bagi merealisasikan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 39 sesi 2021.
1.3 Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat
bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, kemuafakatan antara
ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahter kehidupan yang
semakin mencabar.
1.4 Justeru kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu
bapa amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketrampilan
bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum bahkan sahsiah diri
yang cemerlang.
8
2.0 TAKLIMAT PELAKSANAAN MODUL PEMUGARAN LITERASI DAN
NUMERASI KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID PEMULIHAN KHAS.
(PN. SARINA BINTI MOHD ARIPIN – GURU PENYELARAS PEMULIHAN
KHAS)
2.1 Puan Sarina membentangkan rangka pelaksanaan program modul
pemugaran literasi dan numerasi yang ditujukan kepada murid tahap 1
dan merupakan strategi untuk memperkukuhkan kemahiran asas
literasi dan numerasi murid sepanjang PdPR dijalankan.
2.2 Tempoh pelaksanaan program bermula pada minggu ini dan berakhir
pada 10 Disember 2021. Namun pada Januari, Februari dan Mac,
murid-murid masih lagi berada di kelas dan tahap yang sama. Jadi
mereka akan dinilai melalui penilaian pentaksiran tahap murid selepas
melaksanakan modul literasi dan numerasi.
2.3 Sepanjang projek ini dijalankan, guru akan bekerjasama dengan ibu
bapa dalam membantu pelaksaan literasi dan numerasi iaitu dengan
memberikan penekanan kepada asas 3M kepada murid supaya murid
dapat menguasai membaca, mengira dan menulis.
2.4 Skop pembelajaran pemulihan berpandukan modul numerasi dan
literasi yang dibekalkan kepada murid. Kerjasama ibu bapa sangat
diharapkan bagi melaksanakan program pemulihan ini di rumah
sepanjang tempoh PdPR sehingga pembelajaran secara bersemuka.
Hal ini kerana pada bulan 10, 11 dan 12 guru akan melaksanakan ujian
bagi mengenalpasti peningkatan tahap murid melalui modul yang telah
mereka gunakan.
2.5 Modul ini juga adalah satu cara membantu murid menguasai kemahiran
rendah dalam 3M, jadi ibu bapa tidak perlu risau dalam membantu anak-
anak kerana modul ini mudah untuk digunakan.
3.0 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR (PN NOORLINA BINTI MESKON)
3.1 Puan Noorlina memperkenalkan diri sebagai Guru Besar baru
menggantikan Puan Yusnita yang telah berpindah.
3.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan
oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru sepanjang tahun ini dan berharap
agar komitmen dan kesepakatan yang diberikan ini akan berterusan
pada masa akan datang.
9
3.3 Guru Besar menerangkan tentang penataran PdPR dan pendekatan
yang digunakan oleh guru dan ibu bapa dalam memastikan kelancaran
PdPR sepanjang berdepan dengan pendemik Covid-19. Beliau amat
berharap agar komuniti sekolah dan ibu bapa dapat menjalinkan
hubungan dua hala yang baik untuk memastikan pembelajaran anak-
anak dapat dilaksanakan.
3.4 Beliau bersama dengan En. Md Fauzi bin Hj Jamil YDP PIBG telah
menghadiri taklimat Penataran PdPR 3.0 secara atas talian PPD dan
diberikan amanah untuk menyebarluaskan kepada ibu bapa. Dapatan
daripada taklimat Penataran PdPR 3.0 :
3.4.1 Guru perlu lebih empati dan bekerjasama dalam membantu
murid yang ada masalah keciciran pembelajaran.
3.4.2 Pengurusan sekolah dan guru perlu tahap kesabaran yang
lebih tinggi menangani kehendak dan keperluan murid.
3.4.3 Pengurusan sekolah dan guru akan sentiasa merancang
program dengan mengambil kira Fasa Pemulihan Negara dan
SOP sedia ada agar murid tidak keciciran.
3.4.4 Guru besar dan guru-guru sudah berusaha buat yang terbaik.
Cuma usaha harus ditingkatkan agar ia memudahkan semua
pihak yang terlibat dengan PdPR ini.
3.4.5 Isu mata pelajaran elektif yang mengakibatkan ibu bapa
terpaksa membeli bahan PSV dan sebagainya. (guru ambil
maklum keadaan ekonomi ibu bapa yang kekurangan bahan
dalam memenuhi keperluan pembelajaran
serta menyesuaikan dengan keadaan sedia ada.)
3.4.6 Kita tidak perlu yakin bahawa PdPR itu bagus, tetapi perlu
yakin bahawa PdPR adalah pelantar pembelajaran yang perlu
dilaksanakan dalam tempoh pendemik.
3.4.7 Pentaksiran akan dijalankan untuk mengukur tahap
penguasaan murid agar dapat dibantu kelemahan mereka.
Pengusaan 3M (Membaca, Menulis, Mengira) diutamakan.
3.4.8 Peranan ibu bapa dan komuniti dalam membantu anak-anak
Mendapatkan maklumat berkaitan PdPR serta memberi
bantuan kepada sekolah dari segi material.
3.5 Pengoperasian pembukaan sekolah :
3.5.1 Pembukaan semula sekolah adalah mengikut Fasa Pelan
Pemulihan Negara (PPN) dan kehadiran murid ditetapkan pada
kadar 50% daripada enrolmen, mengikut penggiliran minggu.
Namun ada beberapa kelas yang akan hadir 100% tanpa
penggiliran iaitu kepada murid prasekolah dan sekolah kurang
murid (<150 murid)
10
3.5.2 Bagi fasa 1, semua murid masih melaksanakan PdPR, apabila
beralih kepada fasa 2, sekolah dibuka kepada murid
berkeperluan khas di sekolah kebangsaan pendidikan khas
dan program pendidikan khas integrasi hadir tanpa
penggiliran. Fasa 3 pula sama seperti fasa 2 tetapi murid
prasekolah dan tadika swasta hadir tanpa penggiliran serta
yang terakhir iaitu fasa 4, murid tahap 1 dan 2 hadir secara
penggiliran atau tanpa penggiliran mengikut jumlah murid.
3.5.3 Penambaikan SOP dan kelonggaran peraturan iaitu murid perlu
mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan memakai pakaian
yang sesuai dan kemas untuk ke sekolah.
3.5.4 Keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah,
pensanitasi tangan boleh digunakan jika tiada air dan sabun,
saringan kesihatan dilaksanakan setiap hari di pintu masuk dan
suhu 37.5°C dan bergejala tidak dibenarkan masuk.
3.5.5 Ujian kendiri covid-19 murid sekolah KPM dan tindakan
susulan selepas ujian kendiri dilaksanakan. Bagi murid yang
positif Covid-19 akan ditempatkan di dalam bilik isolasi, pihak
sekolah akan maklumkan kepada PKD dan ibu bapa supaya
dapat membawa murid ke fasiliti kesihatan berhampiran bagi
penilaian kesihatan.
3.5.6 Bagi pengoperasian kantin, semua pekerja kantin perlu
mendapat vaksin lengkap dan mematuhi SOP yang dikeluarkan
MKN dari semasa ke semasa, murid makan dan minum dalam
bilik pdp semasa rehat dengan seliaan guru manakala bagi
kelas yang menggunakan penyaman udara, perlu makan di
ruang terbuka dengan seliaan guru. RMT akan berjalan seperti
biasa.
3.5.7 Murid dan ibu bapa sama-sama memahami tanggungjawab
mereka terhadap pengoperasian pembukaan sekolah.
3.5.8 Program imunisasi Covid-19 kanak-kanak 12 hingga 17 tahun
akan dijalankan pada 6 Oktober 2021. Seramai 18 orang murid
tahun 6 yang bakal mengambil program ini tetapi ada beberapa
orang murid yang tidak dapat menerima vaksin kerana umur
tidak cukup 12 tahun.
3.6 Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa tentang
pengoperasian sekolah dari semasa ke semasa melalui aplikasi media
sosial. Guru besar juga mengucapkan tahniah kepada ibu ayah yang
banyak memberikan sokongan padu kepada guru-guru dalam
melaksanakan program dan aktiviti sekolah.
11
4.0 UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG (EN. MD FAUZI BIN HJ JAMIL)
4.1 Beliau ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan
rahmat dan izinNya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
4.2 Beliau juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas
dan tahniah kepada Guru Besar Sk Sungai Balang Darat, selaku
penasihat semua jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
dan semua ahli PIBG kerana kita berjaya mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke-39 pada tahun 2021.
4.3 Kami AJK PIBG telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara
yang terbaik terutamanya dalam aspek kebajikan anak-anak kita di
sekolah. Kami juga sentiasa bekerjasama dalam memastikan
pembangunan sahsiah murid agar anak-anak kita dapat meneruskan
kehidupan mereka dalam menghadapi pendemik Covid-19 dan turut
serta dalam aktiviti pembelajaran mereka,
4.4 Penyatuan hati dan keprihatinan semua pihak serta usaha yang
berterusan merupakan ramuan penting dalam Pendidikan masa kini.
Beliau mengharapkan semangat ini menjadi kekuatan kepada PIBG dan
sekolah mencapai kegemilangan di masa akan datang.
4.5 Beliau yakin mesyuarat ini akan memudahkan persatuan ibu bapa dan
guru (PIBG) mengatur langkah dan strategi untuk mengukuhkan dan
meningkatkan lagi kualiti Pendidikan.
5.0 UCAPAN PERASMI (EN. NAZARUDDIN BIN HJ ABU)
5.1 Ucapan alu-aluan oleh En Nazarudin Bin Hj Abu selaku Ketua Kampung
Sungai Balang Besar. Beliau mengucapkan terima kasih dan bersyukur
atas undangan ke Mesyuarat Agung PIBG SKSBD kali ke-39 dalam
norma baru.
5.2 Untuk makluman pihak sekolah dan ibu bapa, pembangunan kampung
Sungai Balang bermula pada tahun hadapan, pembangunan yang
mampan akan diwujudkan oleh kerajaan khususnya di Muar selaku Muar
Bandar Diraja iaitu konsultan dari sebuah syarikat ingin mewujudkan
pulau di bahagian persisiran pantai.
5.3 Projek ini juga memberi peluang pekerjaan kepada lepasan universiti dan
lepasan SPM.
12
5.4 Beliau sangat berharap agar pihak sekolah dan ibu bapa sentiasa
berganding bahu dalam melaksanakan dan menjayakan apa jua program
dan aktiviti sekolah dari semasa ke semasa.
5.5 En Nazarudin merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKSBD kali ke-39.
6.0 RESPON EN. MD FAUZI BIN HJ JAMIL (YDP PIBG)
6.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis.
Alhamdulillah kerana masih dapat meneruskan dengan agenda kita pada
malam ini iaitu Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke
39 Tahun 2021.
6.2 Beliau menyatakan matlamat mesyuarat malam ini adalah untuk mencari
titik persamaan antara kita semua. Sebagaimana yang telah dinyatakan,
salah satu daripada hasrat kita ialah penyatuan hati dan keprihatinan
semua pihak sama ada ibu bapa, guru-guru dan semua terutama PIBG
di bawah pimpinan beliau.
7.0 PENGESAHAN MINIT LEPAS
7.1 Pembentangan minit mesyuarat yang lepas.
7.2 Sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM30 setahun. Permohonan
kelulusan tidak dibuat kerana tiada kutipan bagi tahun 2021 akibat
pendemik Covid-19.
7.3 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
7.3.1 Dicadang untuk disahkan oleh En Yusrizan bin Hj jamil.
7.3.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Azizah binti Mat Yusak
8.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 1 JAN HINGGA 22
SEPTEMBER 2021 (EN. AZIZAN BIN ADNAN- BENDAHARI PIBG)
8.1 Pembentangan penyata kewangan bagi tahun 2021 oleh bendahari
PIBG iaitu En. Norazizan bin Adnan .
8.1.1 Disahkan untuk disahkan oleh En. Iskandar bin Misman.
8.1.2 Disokong untuk pengesahan oleh En. Azmi bin Bukhari
13
9.0 PEMBENTANGAN USUL (YDP PIBG)
9.1 Usul 1 : Waktu PdPR, ada masa line tidak kuat,kena kongsi telefon yang
line kuat.jadi kerja sekolah siap lambat.harap cikgu-cikgu
jangan tutup pintu penghantaran kerja sekolah
Nama pemberi usul : Daing ku Aminahnor binti Mohamad
9.1.1 Respon : Guru besar menyatakan bahawa tugasan PdPR
diberikan tempoh selama seminggu untuk
penghantaran.
9.2 Usul 2 : Keluarga Sekolah Jiran Murid
Nama pemberi usul : Mohd Fazli bin Jamian
9.2.1 Respon : Tidak dapat dibincangkan kerana tiada penjelasan
lanjut oleh pihak pemberi usul.
9.3 Usul 3 :Tahun hadapan saya harap longgarkan sikit pakaian sekolah.
Nama pemberi usul : Jahlailawati binti Salamat
9.3.1 Respon : Guru besar telah maklumkan dalam pengoperasian
pembukaan sekolah berkaitan dengan pakaian
murid.
9.4 Usul 4 : Mohon guru sediakan denda untuk murid yang tidak mahu sertai
kelas online, tidak hantar kerja sekolah dan tidak siapkan kerja
sekolah. Contohnya guru telefon murid tersebut dan mohon
tunjuk sebab. Saya sebagai ibu mohon sangat pada cikgu-
cikgu. Saya dah kering idea dah nak suruh anak-anak saya
sertai kelas sedangkan saya sudah sediakan kemudahan
handphone untuk anak-anak supaya mudah mereka masuk
kelas mengikut jadual.
Nama pemberi usul : Norazlina binti Ahmad
9.4.1 Respon : Denda murid yang tidak mengikuti kelas PdPR dan
tidak menghantar tugasan. Guru Besar menyatakan
bahawa pihak sekolah tidak akan mengambil
sebarang tindakan yang melanggar SOP. Tindakan
secara peringatan akan dilaksanakan oleh pihak
sekolah melalui unit kaunseling sekolah dengan
kerjasama pentadbir. Pihak sekolah sangat
memahami keupayaan serta kekangan yang
dihadapi segelintir ibu bapa dan murid dalam
melaksanakan PdPR.
14
10.0 HAL-HAL LAIN
10.1 Bendahari PIBG memohon agar dapat diwujudkan akaun bagi tujuan
penyimpanan duit PIBG. Guru besar bersetuju namun beliau menyarankan
agar bendahari turut memegang sedikit amaun secara tunai bagi keperluan
yang mendesak.
10.2 Guru besar berharap agar ibu bapa penjaga agar tidak memasukkan
sebarang iklan atau perkongsian yang di luar objektif kumpulan Whatsapp
kelas tersebut diwujudkan.
10.3 GPK Pentadbiran mengucap tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa
yang membantu anak-anak dalam sesi PdPR. Beliau mencadangkan agar
murid-murid terus menghantar hasil tugasan sepanjang sesi PdPR
berlangsung.
10.4 GPK Kokurikulum mencadangkan agar pihak PIBG dapat
mengeluarkan sedikit dana bagi meraikan murid-murid terbaik PdPR
mingguan.
11.0 PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi YDP PIBG.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.16 malam.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
..........................................… .......................................
(Che Ku Rabiah Al Adawiyyah Binti Che Ku Ali) (En. Fauzi Bin Hj Jamil)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SK Sungai Balang Darat SK Sungai Balang Darat
Tarikh : 14 Oktober 2021 Tarikh : 14 Oktober 2021
15
USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
TAHUN 2022
BIL NAMA PEMBERI USUL TINDAKAN/ULASAN
USUL
1. Siti Mardiana Binti 1. Perlu buat awning di kantin. Cuaca
Salleh panas ketika murid-murid rehat.
Awning dipasang sehingga tembok
Anak : kantin. Selain itu meja plastik dan
Keysha Syafiah Binti kerusi wajib ditambah kerana meja
Mohamed Hamka sedia ada tak dapat tampung.
6 cemerlang
2. Mohon sumbangan dari ibu bapa,
bekas anak2 murid SKSBD, orang
perseorangan untuk membeli dan
memasang pendingin hawa
(aircond) di Dewan Tertutup
sekolah.
2. Siti Fazillah Binti 1. Minta tolong sesiapa yang ambil
Misbahon anak dengan kereta jangan parkir di
depan tempat menunggu.
Anak:
Muhammad Firman
Putra Bin Mizan
1 Bijak
Putri Aifa Nurasyikin
Bte Mizan 3 Cerdik
16
AJK PIBG SESI 2022/2024
Yang DiPertua
Naib Yang DiPertua
Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari PN. AIZAH BINTI MOHD JUFRI
EN. MOHD FAKHRUL ANUAR BIN MOHD
ROMLI
EN. NORAZIZAN BIN ADNAN
AJK Ibu Bapa AJK Guru
1. 1. EN. MUHAMMAD SHAFIQ
2. AFFENDY BIN ABU BAKRIM
3.
4. 2. PN. SARINA BINTI MOHD ARIPIN
5.
6. 3. CIK NORSAFURA BINTI
7.
8. SHAMSURI
9.
10. 4. PN. FATIMAH BINTI TAMJIS
5. PN. MEILIZA BINTI ZAITUN
Juruaudit : PN. SITI MARDIANA BINTI SALLEH
17
PROGRAM SEKOLAH BERSAMA PIBG
BIL PROGRAM CATATAN
1. SAMBUTAN HARI KANAK- KANAK 8 DISEMBER 2021
(GOOGLE MEET)
2. SAMBUTAN MAULIDURRASUL SKSBD 9 DISEMBER 2021
(GOOGLE MEET)
3. MAJLIS APRESIASI SKSBD 22 FEBRUARI 2022
(GOOGLE MEET)
3. MAJLIS TAARUF PRASEKOLAH 10 MAC 2022
TAHUN 2022
(GOOGLE MEET)
4. TAKLIMAT ORIENTASI DAN PROGRAM 13 MAC 2022
TRANSISI TAHUN 1 2022
(GOOGLE MEET)
5. TAHLIL PERDANA 21 APRIL 2022
(GOOGLE MEET)
6. SUKANEKA HARI GURU 22 MEI 2022
7. SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI 23 MEI 2022
RAYA
8. KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022 25 MEI 2022
9. MEMBAIKPULIH KERUSI MEJA KANTIN Dalam proses
18
AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG
SK SUNGAI BALANG DARAT
SESI 2020/2022
PENASIHAT : PN. NOORLINA BINTI MESKON
YANG DIPERTUA PIBG : EN. MOHD FAUZI BIN JAMIL
NYDP PIBG : EN NORLI BIN BASIRON
SETIAUSAHA PIBG : PN. CHE KU RABIAH AL ADAWIYYAH
BT CHE KU ALI
BENDAHARI : EN. NORAZIZAN BIN ADNAN
AJK PIBG (WAKIL GURU) : PN NORASIKIN BT MD NOH
PN NORAINI BT ISMAIL
PN AIZAH BT JUFRI
PN SITI ROSYATIM BT ATAN
AJK PIBG (WAKIL IBU/BAPA) : EN ISKANDAR BIN MISRAN
EN YUSRIZAN BIN HJ. JAMIL
EN AZMI BIN BOHARI
TN HJ MUSA BIN MOHD EHSAN
EN ISMAIL BIN BAHRAN
PN KAMSIAH BINTI TOHID
PN AZIZAH BINTI MAT YUSAK
PN NORHASLINDA BT. SHARIFF
PN ARNI NAZIHA BINTI HANAPI
PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN NORSIWATI BINTI IBRAHIM
EN SHAMSUL BIN SELAMAT
19
20