BAHASA MELAYU
TAHAP 2
IMBUHAN SISIPAN
DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU FAIZAH BINTI HAMZAH
Apakah yang dimaksudkan
dengan imbuhan sisipan?
Imbuhan sisipan ialah imbuhan
yang menyisip di bahagian tengah
kata. Terdapat empat bentuk
sisipan iaitu –el-, -er-, -em-, -in-
Imbuhan Sisipan (-el-)
tapak telapak
coreng celoreng
kopak kelopak
tunjuk telunjuk
Contoh ayat:
1. Adik menangis kerana telapak tangannya luka
terkena pisau.
2. Bunga raya mempunyai lima kelopak.
Imbuhan Sisipan (-er-)
gigi gerigi
sabut serabut
klip kerlip
suling seruling
Contoh ayat:
1. Bunyi tiupan seruling itu sungguh merdu.
2. Fikirannya serabut sejak kehilangan telefon
bimbit.
Imbuhan Sisipan (-em-)
kuning kemuning
gentar gementar
kuncup kemuncup
gilang gemilang
Contoh ayat:
1. Ali berasa gementar ketika menyampaikan
ucapan di hadapan rakan-rakannya.
1. Majlis hari lahirnya disambut dengan
penuh gemilang.
Imbuhan Sisipan (-in-)
sambung sinambung
Contoh ayat:
1. Latihan ini ialah sinambung tajuk
yang kita pelajari hari ini.
Kata Berimbuhan Sisipan
Situasi 1 Situasi 2
Gemilang cemerlang
telapak kelopak
celoreng semerbak
berselerak kerlip
gementar sinambungan
serabut
LATIHAN
Tambahkan imbuhan sisipan bagi perkataan di
bawah.
guruh gemuruh
getar geletar
serak selerak
kupas kelupas
sisih selisih
gobok gerobok
Terima
kasih