BAGI ANDA YANG MASIH DALAM IKATAN PERTUNANGAN,
YANG BAKAL MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN DENGAN
PASANGAN ANDA, WAJIB BACA SAMPAI HABIS.TIPS KE 6
PALING BERKESAN DIAMALKAN OLEH SEMUA BAKAL
PENGANTIN.
Jodoh merupakan salah satu perkara yang telah ditentukan Allah di Luh Mahfuz. Setiap
daripada kita pasti akan dikurniakan pasangan masing-masing sama ada di dunia mahupun
di akhirat kelak.
Selalu tak korang dengar ucapan dibawah ni ?
“Ajal maut, rezeki dan jodoh itu semua merupakan rahsia Allah S.W.T” ??
Dari situ, kita kena yakin bahawa jodoh kita pasti ada cuma masanya saja yang belum
tiba.Alhamdulillah rezeki korang sebab dah berjumpa jodoh.Dan in shaa Allah tak lama lagi
bakal menempuh alam sebenar perkahwinan.Semoga semuanya baik-baik saja.
==============
BERTUNANG
==============
Apa definisi bertunang ni sebenarnya?
Bertunang sebenarnya salah satu kaedah untuk mengenali pasangan korang dengan lebih
teliti. Ini merupakan fasa perkenalan dan persediaan bagi korang dan pasangan.
Islam memandang pertunangan itu sebagai satu jalan untuk mencapai matlamat yang besar
iaitu berkahwin tapi bukanlah tiket sah utk sebuah perkahwinan ye.Boleh je,tak
bertunang.Terus je nikah je.Terpulang kepada masing2.
Dalam kemanisan pertunangan, kita berisiko untuk melakukan perkara diluar jangkaan.
Contohnya seperti bergaduh even sekecil2 benda, syak wasangka buruk, cemburu buta,
melanggar batas pergaulan dan yang lebih buruk ada sehingga ke tahap berzina.Nauzubillah
mintak dijauhkan..
Sampai satu tahap apabila merasakan hubungan tidak lagi sehaluan, Akhirnya
masing-masing mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan.
Betul apa orang2 tua cakap;
“Bertunang ni penuh dengan dugaan dan cabaran”
Jadi, seeloknya dinasihatkan utk korang yang bertunang lama tu, better awal kan sikit majlis
korang.Bukan apa, lagi lama tempoh bertunang, makin banyak dan hebat ujian yg
datang.Masa ni la syaitan akan main peranan sebaik2nya sebab mereka sgt benci kita buat
baik lagi2 nak mendirikan masjid.
Ada garis panduan yang perlu kita fahami dan ikuti untuk memastikan ikatan
pertunangan itu mendapat redha dan rahmat Ilahi seterusnya membentuk
rumahtangga yang sakinah, mawaddah warahmah.
Dekat bawah ni ada 7 tips bagi korang yg dalam ikatan pertunangan dan ingin
kekalkan hubungan tanpa ada rasa ragu2 terhadap pasangan korang;
#1- Menjaga Batas Pergaulan
Walaupun sudah bertunang, masih ada batasan antara korang dan pasangan. Masing-masing
perlu faham tentang agama, adab dan akhlak dalam pergaulan. Tidak semestinya sudah
bertunang, semua benda korang boleh langgar je.
Pasangan bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan, kecuali jika ada mahram.Tidak
boleh berpegangan tangan dan tidak boleh menayangkan aurat kepada pasangan. Dilarang
sama sekali!
Dalam proses pertunangan, seharusnya kita dan pasangan perlu sehabis daya mengelakkan
diri dari perbuatan dosa dan maksiat even dalam chatting sekalipun. Setiap batasan agama
perlu dijaga, agar kita dan pasangan tidak terjebak dengan fitnah atau zina.
#2- Mengeratkan Hubungan Dengan Keluarga Pasangan
Kadang2 kita ni bila dah busy dengan kerja dan persiapan perkahwinan, sampai terlupa
keluarga pasangan!
Korang pernah dengar x ayat ni;
“Apabila seseorang itu berkahwin, dia bukan sahaja mengahwini
pasangannya malah mengahwini seluruh isi keluarganya.”
Nampak scary kan?Tapi itulah realiti nya.So, masa ni la korang ambil kesempatan ‘pikat hati’
mertua.Tapi jangan lepas je kawen, korang terus berubah.Pangkat mertua sama seperti ibu
bapa kandung kita juga.Jadi, teruskan pikat hati mereka dan layanlah mereka sama seperti
keluarga kita sendiri.
Kalau yang duduk jauh tu, korang boleh la contact parents pasangan tanya khabar.Kalau yg
dekat tu, boleh la datang ziarah.Jangan dtg melenggang.Seeloknya bawaklah buah tangan
#3- Berbincang Ketika Berselisih Faham
Apabila korang dan pasangan duduk berjauhan, maka akan muncul lah bisikan syaitan untuk
memporak-perandakan hubungan korang. Ketika inilah saat paling getir dalam proses
pertunangan.Betul x?
Ada masanya timbul khabar angin yang memperkatakan perihal buruk pasangan. Baik dari
percakapan langsung mahupun dari media sosial. Masa itulah, segala ‘benda jahat’ akan
terlintas di fikiran;
“Apakah aku tersalah memilih pasangan?”
Adalah lebih elok, kita face to face dengan pasangan sambil ditemani mahram. Berbincang
dengan cara baik dan sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian. Boleh juga meminta
nasihat dan pandangan dari keluarga kedua belah pihak.Mungkin mereka lebih
berpengalaman.Tak gitu?
#4- Mengamalkan Sikap Bertolak Ansur
Setelah mengikat tali pertunangan, sesetengah orang sukar untuk bersabar dan
bertolak ansur dengan pasangan. Janganlah begitu. Rintangan dan cabaran dalam
pertunangan tidaklah sehebat cabaran dalam perkahwinan.Kalau cabaran sewaktu
bertunang pun dah goyang, apatah lagi ketika dalam alam perkahwinan.Macam2
ujian hebat yg korang & pasangan akan hadapi.Seriously!
Sebaiknya, korang perlu banyak bersabar dan mengawal sikap buruk dalam diri
masing2. Semakin dekat dengan majlis perkahwinan, semakin banyak tekanan akan
muncul. Daripada sekecil2 perkara sehinggalah perkara besar.
Masing-masing perlu bijak menangani masalah dan menunjukkan sikap bertolak
ansur dengan pasangan. Jika pasangan korang tidak bersetuju dengan sesuatu
perkara, maka dengarlah pula pendapatnya.Pastikan ada “2 ways
communication”.Itu sangat2 penting even korang dah kawen nanti sekali pun.
Walaupun kita rasa keputusan kita tepat tapi jangan pula rasa pandangan pasangan
langsung tidak penting!
NO NO NO..DILARANG SAMA SEKALI !
#5- Memahami Situasi Pasangan
Banyak kes pasangan bertunang memutuskan ikatan pertunangan dengan sebab dan alasan
tidak lagi sehaluan. Jika diamati, kebanyakan dari mereka adalah pasangan yang sudah pun
mengenali antara satu sama lain mungkin sudah bertahun lamanya.
Sebenarnya, bukan tidak sehaluan tetapi kita yang tidak mampu untuk memahami situasi
pasangan. Mana tak nya, pasangan kerja siang dan malam hanya untuk mengumpul wang
hantaran tidak termasuk lagi yang lain-lain.
Tetapi kita pula sangka buruk yg bukan2 terhadap pasangan kononnya mereka tidak ada
masa untuk kita. Kadangkala, kita marah atau cemburu tak tentu pasal apabila melihat
pasangan kita berjalan dengan kenalannya ataupun rakan sekerjanya.
Kita selalu berfikiran negatif terhadap pasangan kita sedangkan pasangan kita langsung tidak
seperti yang kita bayangkan. Cubalah untuk memahami situasi pasangan. Siasat atau
bertanyalah dahulu sebelum membuat sebarang andaian yang merugikan.OKAY?
#6- Menerima Kelebihan Dan Kekurangan
Setelah bertunang, kita hanya memerlukan masa beberapa bulan atau setahun saja lagi
untuk mengenali pasangan. Kadangkala, kita belum masak dengan perangainya atau belum
melihat sifat tersembunyinya.
Namun, kita perlu setkan dalam akal dan hati kita bahawa setiap manusia pasti mempunyai
kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Ketika bercinta, komitmennya berbeza dan
pasti berubah setelah berumah tangga.
Percayalah, apabila kita sentiasa bersyukur dan menerima pasangan apa adanya, pasti Allah
tambahkan lagi nikmat yang tak disangka-sangka. Kata ustaz Hasrizal abd jamil dalam salah
satu bukunya yang berjudul, Aku Terima Nikahnya;
“Dalam soal berumah tangga jangan terlalu memilih dan hanya
mencari yang sempurna. Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya
disyukuri, kekurangannya diredai.”
#7- Perancangan Selepas Berkahwin
Sebelum menginjak ke alam rumah tangga, pastikan korang dan pasangan terlebih
dahulu memikirkan dan berbincang tentang perancangan setelah berkahwin.
Contohnya, tentang tempat tinggal.
Setelah berkahwin, kebanyakan isteri perlu mengikut suaminya sama ada berpindah
ke rumah mertua ataupun berpindah ke rumah sendiri.
Kalau perkara sebegini tidak dibincangkan terlebih dahulu, takut nanti apabila sudah
berkahwin, perkara ini menjadi asbab kepada pergaduhan atau lebih teruk lagi jika
ada campur tangan mertua.
Walaupun nampak simple,tapi jangan ambil mudah.Perkara ini yang tak ramai
pasangan yang akan bincang.Masing2 bincang hanya untuk waktu majlis sahaja,
lepas je berkahwin dah taktau arah tuju anda terutama kepada yang bakal menjadi
ketua keluarga.
Untuk korang yg bakal menempuh alam perkahwinan tak lama lagi, ada sedikit
pesanan.Jangan tinggalkan asas kehidupan kita iaitu Al-Quran. Adalah lebih elok sekiranya
jadikan Al-Quran sebagai hantaran. Semoga permulaan hidup ke alam perkahwinan lebih
diberkati.
Al-Quran Walimatulurus adalah Al-Quran yg sangat2 sesuai digunakan sebagai hantaran.
Bukan setakat itu je, korang boleh jugak gunakan selepas kawen nanti. Boleh mengaji
bersama pasangan. Kan lebih indah dan sweet tu. Sama-sama belajar dan sama-sama dapat
pahala.Alololo..
Kesimpulannya, hakikat pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah.
Dalam usia pertunangan, korang dan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai
perkara baru dan sentiasa mencuba untuk menyesuaikan diri menghadapi episod
rumah tangga yang akan datang.Banyakkan bersabar dan bersyukur dengan segala
yg tertulis untuk kita.