The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO G5 F1060_F1050_F1024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yfaqiha00, 2021-04-20 22:41:33

sukan dan perpaduan

E-FOLIO G5 F1060_F1050_F1024

e-folio penghayatan etika dan perpaduan
Sesi : jun 2020

Program : jabatan kejuruteraan elektrik (Jke)

Tajuk : Sukan dan perpaduan

Nama pensyarah :Pn nurul amalia bt ruslan

AHLI KUMPULAN

BIL. ISI KANDUNGAN M/S
1.
2. PERKARA 4
3.
PENGHARGAAN 5-6
4. 7-8
OBJEKTIF 35
36-38
PENGENALAN 39-43

TOPIC : 1.1 ISU MEMUPUK PERPADUAN 44-45
1.2 HALANGAN DAN KESUKARAN DALAM MEMUPUK 46-48
PERPADUAN
1.3 KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH 49
PIHAK KERAJAAN DALAM MENYUBURKAN INTERGRASI 50
PERPADUAN DI MALAYSIA
1.4 USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DIPERINGKAT
MASYARAKAT SETEMPAT
1.5 KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL
DI PERINGKAT SEKOLAH

5. KESIMPULAN
6. SENARAI RUJUKAN

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada
saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami,Puan Amalia kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan
panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga
telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang
tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini. Walaupun kami
terdiri daripada pelbagai bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara
sepasukan. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang
diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan
sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.

Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan kepada
sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak
langsung.

BIL OBJEKTIF M/S

1. Mengetahui definisi sukan. 9
2. Mengetahui definisi perpaduan. 10
3. Membincangkan kepentingan perpaduan kaum. 11
4. Menyenaraikan peranan sukan dari segi perpaduan 12-13
5. Menyatakan contoh-contoh sukan. 14

BIL OBJEKTIF M/S

6. Membincangkan peranan sukan dalam menyatupadukan 15-19
perpaduan kaum. 20-23
24-30
7. Mengenal pasti faktor yang menyumbang pengukuhan 31-32
kepada perpaduan kaum. 33-34

8. Membincangkan peranan ikon sukan dalam memupuk
perpaduan.

9. Menyenaraikan usaha-usaha kerajaan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

10. Membincangkan faedah-faedah bersukan dalam
perpaduan.

PENGENALAN

Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara
kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong
pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila
pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita
memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.

Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya
dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-
sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan
dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan
integriti dalam kalangan peserta.

Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum,
menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan
kedaulatan negara.

“Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia
berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,”. Kata Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara
untuk melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan
negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh yang
demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai
satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.

Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi
minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh
kepada peraturan. “Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya
kepimpinan dan integriti yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama
dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut
cabaran sebagai satu pasukan.

1) Definisi Sukan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang
membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi
berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

2) Definisi Perpaduan

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat tolenransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas.Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Intregrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum , daerah dan
wilayah tempat tinggal , budaya , adat resam , cara hidup , latar belakang , kepercayaan
dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma
dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama
secara adil dan saksama.

3) Kepentingan Perpaduan Kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin
keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah
untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969
yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai
masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar
kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan
kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat
yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air
dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan
dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara.
Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam
mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan
negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara
satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota
masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota masyarakat
memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.

4)PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

I)Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan kaum.

II)Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain

III)Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama
dan saling memahami
antara kaum.

IV)Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara
dengan negara lain

5) CONTOH-CONTOH SUKAN 9) Gimnastik
10) Golf
1) Bola Sepak 11) Gusti
2) Badminton 12) Hoki
3) Bola Jaring 13) Judo
4) Olahraga 14) Ping pong
5) Ragbi 15) Memanah
6)Bola Baling 16) Silat
7) Tinju
8) Tennis

6) Peranan Sukan Dalam Menyatupadukan Perpaduan Kaum

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang
boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola
sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan
Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal
Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi
perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali
kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun
mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang
Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat
penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang
pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.

Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia
juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini
termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya
sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan
Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat
Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga
merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.

Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir
Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara
keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator
penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan
warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di
pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua
peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan
supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika
dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung
kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga
segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan
tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali
gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian
sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah
tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu,
menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.

( Rajah contoh ‘semangat satu negara , satu matlamat )

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas,
sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan
mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan
perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses
meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan
adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan
dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip
1Malaysia.

( Rajah contoh generasi sihat dan cergas )

Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan
dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai
industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan
tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan
kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang
terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah
pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan
masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk
Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan
pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama
penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara,
perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang
sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan
fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai
kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan
negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang
melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.

7) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa
ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan
dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi
iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa
memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih
sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk
menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi
semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi
cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

( Rajah contoh peristiwa 13 mei 1969 )

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran
yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun
ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah
ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan
JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini
bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan
untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang
kaum

( Rajah contoh MAGERAN
17 MEI 1969 )

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran
politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini.
Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat
atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula
dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang
merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha
memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948
hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk
bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat
bekerjasama antara satu sama lain.

( Rajah contoh logo Parti Perikatan { UMNO,MCA,MIC} )

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang
utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

( Rajah contoh Tun Abdul Razak , Penyata Razak , Akta Pelajaran 1961 )

8) Peranan Ikon Sukan Dalam Memupuk Perpaduan

Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara,
peranan ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif
perpaduan kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang
melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan
peminat tempatan. mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa
dan agama yang berkongsi minat yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita
dapat melihat mereka ini bersorak dan meraikan apa jua keputusan perlawanan.

Dan ini bukan sahaja berlaku dikawasan stadium ataupun gelanggang, ada juga yang
bersorak dan berarak dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara mereka. tidak
kurang juga ada yang berkongsi pendapat tentang ikon sukan Negara dilaman sosial
juga diantara bebilang kaum, bangsa dan agama. Bukan itu sahaja ada juga yang
memakai baju sukan ikon Negara kegemaran mereka bersama-sama. Lihat sahaja
contoh ketika perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan harimau Malaya.
Hampir separuh keseluruhan stadium dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan
yang memakai jersi harimau Malaya. Tidak ada rasa kekok langsung diantara mereka
walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum dan agama.

Perpaduan dalm Negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak
menjadi alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan
sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai
ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Maka, perpaduan bukan
sekadar dalam masyarakat, tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan
organisasi sukan agar perpaduan tidak dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme
penting dalam melentur semangat “kekitaan”.

( Rajah contoh semangat kekitaan )

Dalam membangunkan pretasi sukan, Ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk
penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan
mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih daripada itu, menghargai dan
mencipta ‘semangat satu Negara, satu matlamat’. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh
melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan
mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga
mampu menjadi sebahagiaan dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di
Negara ini. Sukan adalah penjana dalam mempertahankan keharmonian. Kemuafakatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Negara ini dibawah prinsip satu Malaysia.

( Rajah contoh rakyat bersatu dalam meyokong pasukan Malaysia )

Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Sebelum sesuatu pertandingan, para atlet atau pemain akan berkumpul di kem
latihan. Disitulah mereka tinggal, makan, berehat dan berlatih bersama-sama.
Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan
persefahaman yang erat. Ketika pertandingan atau permainan berlangsung, mereka
akan bersatu hati, saling membantu untuk menjayakan misi Negara. Rakyat jelata
sebagai penyokong dan peminat sukan, juga membantu perpaduan Negara.
Misalnya, para penyokong pasukan Negara menunjukkan semangat kebangsaan
mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai
sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998. Mereka berganding bahu
membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM sepenuhnya.

Sukan juga dapat mengangkat martabat Negara ke mercu yang lebih tinggi.
Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir
dalam sukan antarabangsa. Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia
Berjaya merampas piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun
kehilangannya. Pasukan badminton piala Thomas telah menjadikan nama Malaysia
disebut-sebut di seluruh dunia.

BIODATA DATUK LEE CHONG WEI

Nama penuh:Lee Chong Wei

Tarikh Lahir:21 Oktober 1982

Tempat Lahir:Penang,Malaysia

Kerjaya:Pemain Badminton
Keseorangan Lelaki

Dalam sukan Olimoik Beijing pula, datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama
Negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton. Pencapaian ratu
skuasy Negara Datuk Nicol Ann David ebih membanggakan beliau telah menjadi juara
dunia sebanyak 4 kali, iaitu pada tahun 2005,2006,2008 dan 2009 serta menduduki
rangking pertama dunia sejak tahun 2006. Manakala Shalin Zulkifli pula ialah seorang
pemain boling 10 pin professional berbangsa Malaysia dan dan bekas pemain nombor
satu Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan
dan antarabangsa dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan satu
pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.

Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan
merupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam
kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalinkan hubungan
diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap
Negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan
mengikis perasaan perkauman.

BIODATA DATUK NICOL ANN
DAVID

Nama penuh:Datuk Nicol Ann David

Tarikh Lahir:26 Ogos 1983

Tempat Lahir:Pulau Pinang , Malaysia

Kerjaya:Seorang Pemain Skuasy
Profesional Warga Malaysia

9)Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Semangat
Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar

1. Penubuhan sekolah sukan bukit jalil untuk menempatkan
murid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.

2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun 2011

3. Setiap tahun , kejohanan majlis sukan sekolah-sekolah
malaysia (MSSM) dianjurkan untuk mengembangkan
bakat murid dalam bidang sukan.

4. Pengenalan rancangan integrasi murid untuk
perpaduan (rimup)sejak tahun 1986.

( MSSM ) ( RIMUP )

10) Faedah-faedah Bersukan Dalam Perpaduan.

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri
dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan
masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran
pergerakan asas dan kompleks.

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di
antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan
semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan
dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan
peningkatan kecemerlangan dan imej negara.

Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi
yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada
atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan
lain-lain pihak yang berkaitan.

1.1 Masalah Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Perpaduan rakyat manjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh
Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari Sembilan cabaran
untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi “Mewujudkan
bangsa Malaysia bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa
dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan
antara kaum, berasaskan persamaan hak keadilan”.

Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi “Mewujudkan
masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum
bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-
masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada
negara”. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk
“Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu
system social yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri
dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

1.2 Halangan dan Kesukaran Untuk Perpaduan dan Integrasi.
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan
di Malaysia. Di antaranya ialah ;

• AGAMA DAN KEBUDAYAAN : Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan
kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, Bahasa,
kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang
mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang
terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang
pergaulan baik antara pelbagai kaum.

• DASAR PENJAJAH BRITISH : Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan
perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan
keselamatan mereka sendiri. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan
yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi
terbatas dan lahirlah sikap prasangka negative yang kukuh antara rakyat
tempatan yang berbilang etnik.

• SISTEM PENDIDIKAN, PERSEKOLAHAN DAN BAHASA YANG
BERLAINAN : Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan
nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak
mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara
nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan
ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang
berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di
samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa
mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

• AMALAN EKONOMI YANG BERLAINAN : Setiap etnik menjalankan aktiviti
ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini
mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan rasa serta
mengakibatkan perpaduan negara terancam.

• PERBEZAAN POLITIK MENGIKUT BANGSA, KAUM DAN ETNIK :
Kewujudan persatuan politik, social dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum
dan etnik tertentu telah memperkuatkan identity sesuatu kumpulan dan
menimbulkan perasaaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya
memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti
politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu
sensitive seperti Bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga
memburukkan lagi masalah perpaduan.

• PENDUDUK JEPUN : Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu
menambahkan jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina.
Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara
ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar
dan polis. Keadaan ini menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan
kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

1.3 Kaedah dan Langkah Yang Telah Diambil Oleh Pihak Kerajaan Dalam
Menyuburkan Integrasi dan Perpaduan Di Malaysia.

Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 (L1)

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan
ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk
etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat
pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula,
terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh
kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majority parti Perikatan dalam pilihanraya
umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan
penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan
rakyat berbilang kaum. Kemuncak menifestasi ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali
sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggngjawabkan untuk
mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang
licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan
antara kaum.

Peristiwa ini menunjukan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika
terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi,
politik dan social antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970,
Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini
ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk
menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi Baru.

Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi
kebngasaan negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan
rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara permuafakatan dan
bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan
keadaan yang tidak diingini.

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara. (L2)

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa
sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah
dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa “Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”.

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa
pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu
pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga
dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang
diingininbagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan
Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran Dan Assunnah dan Pendidikan
Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama,
menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan
santun dan saling menghormati sesama manusia.

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah. (L3)

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di
Melaka.Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku
timbalan perdana menteri pada ketika itu , telah menyarankan
supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di
Pahang,beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan
kemakmuran negara agar terus berkekalan.Dengan tertubuhnya Kelab Rukun
Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab
Rukun Negara di Sekolah ,maka pengetahuan,pemahaman,penghayatan warga
sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara
kearah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkatkan dan
diperkukuhkan

1.4 Usaha Yang Boleh Dijalankan Diperingkat Masyarakat Setempat

Program Permuafakatan Masyarakat-
Program permuafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-
program ilmiah seperti ceramah motivasi,aktiviti keagamaan,makan beradab,gotong
royong,majlis perkahwinan dan sebagainya

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat-
program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan.pelbagai acara
dijalankan melibatkan semua peserta.selain dapat menghilangkan perasaan tertekan
dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman,keteguhan
,perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

Acara Kebudayaan dan Kesenian-
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti
permainan tradisi,boria,dikir barat,persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia
dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat.selain dapat berhibur,semua
yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.

Majlis Sambutan Hari Raya,Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali-

Setiap kali menjelang hari perayaan,masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi
seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga
masyarakat.Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama.Sumbangan
yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang
berkemampuan.Ucapan selamat yang diberikan disambut dengan penuh kemesraan
dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum
dalam komuniti tempatan.

Aktiviti Riadah-

Seterusnya,kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian
dalam pelbagai program yang dianjur oleh pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa
Tempatan,Majlis Belia Malaysia,Jabatan Agama Islam,Rakan Muda,INMIND dan
sebagainya.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik,mencari harta
karun,perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma'al hijrah,larian Merdeka dan
sebagainya.setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai
kaum dan lapis masyarakat.Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti
perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.

1.5 Kaedah Dan Langkah Yang Boleh Di Ambil Di Peringkat Sekolah

Sekolah Penyayang - (L!)
satu program yang dilaksanakan disekolah dengan menekankan konsep "Sekolahku
Syurgaku" dan "Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi" dengan penyertaan
bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan ibubapa dan Guru.Amalan ini dapat
mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar
yang suka menolong dan menghormati orang lain,berbudi pekerti mulia,serta
menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan
ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) -(L2)
sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar
melayu,namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari
Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara berkelompok turut diadakan dimana
pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama
dengan sekolah-sekolah lain yang mempunyai pelajar berbilang kaum.Jawatankuasa
RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai.Kesan
penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik,ia
membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya
menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum -(L3)
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,permainan dan unit
beruniform.Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam
perkhemahan,persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada
situasi yang berlainan dan beragam.Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-
program yang dijalankan.Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru
penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi.Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi
peraturan dan disiplin yang ditentukan.Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang
dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina
kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin,berharmoni,bersatu padu dan
berintegrasi

Sambutan Bulan Patriotisme dan kemerdekaan -(L4)
setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulang tahun kemerdekaan
Negara.Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara,
Unit Bimbingan dan Kaunseling,Kelab Guru dan Kakitangan,Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan
pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG,alumni tokoh-tokoh dan sejarawan ,Agensi dan
Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan.Acara yang dilaksanakan ialah seperti
ceramah kemerdekaan,tayangan gambar berbentuk patriotik,pembacaan sajak,sketsa,pentomen,kibaran
"Jalur Gemilang",hiasan bilik darjah dan asrama,pidato,forum,penulisan esei,derma darah,pameran melukis
tokoh Negara,perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan.Pelajar juga terlibat dalam
program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.Penyertaan
pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan
pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,bersifat patriotisme yang tinggi dan
cintakan kehidupan bersatu padu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah- (L5)
sekolah menggalakkan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat
bersejarah,perlimen,Putrajaya,Bandaraya Melaka,Memorial,Tugu Negara,Muzium
Negara,Rumah-rumah kebajikan,asrama anak-anak yatim dan miskin,penjara,Rumah
perlindungan kanak-kanak,asrama orang kurang upaya,sekolah,Universiti dan
sebagainya.Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti
perbincangan,gotong-royong,persembahan kesenian dan kebudayaan,pertukaran
maklumat dan sebagainya.kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan
memberi kesedaran kepada pelajar pentingnya berbudi bahasa,mengamalkan toleransi dan
perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah- (L6)
Program ini meliban semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan
sekolah.Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti ceramah matkotivasi,pembinaan
jati diri,kerohanian,kembara ikhtiar hidup,kewarganegaraan dan riadah.Suasana
perkhemahan yang dijalankan diluar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para
pelajar.Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru,mereka dapat merasai
keindahan alam Malaysia,nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.



SENARAI RUJUKAN :

1. SEJARAH MALAYSIA,FAJAR BAKTI SDN BHD
2. MALAYSIA KITA,INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA JPN 1991
3. MALAYSIA KITA,INTERNATIONAL LAW BOOK SERVICE 2007
4. BUKU PANDUAN RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN,KPM 2005
5. PENGAJIAN AM KENEGARAAN MALAYSIA,MOHD THAJUDIN ABD,MUTHALIB

EAST VIEW,1997
6. PENGAJIAN AM KERTAS 900/1 ,PROF MADYA,DR CHEU HOCK TONG,PUSTKA

SARJANA 2001
7. NEGARA KITA,INTAN,KUALA LUMPUR ,1986
8. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PINDAAN 1987,JABATAN PERCETAKAN

KERAJAAN,KUALA LUMPUR 1988
9. MENGENAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA,TUN MOHAMMAD SUFFIAN HASHIM,DBP

1984


Click to View FlipBook Version