The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24410262, 2023-06-21 00:29:16

NO GET (PERIBAHASA TING 5)

NOTA TARGET PERIBAHASA TING 5

Keywords: NOTA TARGET PERIBAHASA TING 5

Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. Sudah kalah baru berkubu Sudah terhantuk baru tengadah Isu gejala sosial perlu diatasi secepat mungkin, jangan sudah terperosok baru hendak membaiki lantai. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 8/68 Contoh Ayat


Belukar sudah menjadi rimba Kesalahan yang tidak dapat dibaiki lagi Nasi sudah menjadi bubur Masalah pencemaran alam sekitar sukar diatasi sekiranya keadaan bertambah teruk kerana belukar sudah menjadi rimba. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 9 Contoh Ayat kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna


Malang tidak berbau kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya. Guruh tak berbunyi, malang tidak berbau Kecederaan semasa bersukan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana malang tidak berbau. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 17 Contoh Ayat


Duduk sama rendah berdiri sama tinggi Orang yang sama darjat bersukat sama paras, bertimbang sama berat Perpaduan antara kaum perlu diperkukuh agar Malaysia mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 46 Contoh Ayat


Sediakan payung sebelum hujan selalu waspada dan berhati-hati : harus berusaha, jangan sampai terlambat Ali perlu belajar dari sekarang untuk berjaya dalam peperiksaan kerana sediakan payung sebelum hujan. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 106/68 Contoh Ayat beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis


Gading mana yang tidak retak Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna. Sepanjang 20 tahun bekerja, ini kali pertama Abu membuat kesalahan kerana gading mana yang tidak retak. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 106 Contoh Ayat tidak ada elok yang tidak bercacat


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 107 Contoh Ayat Laut mana yang tak berombak


Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Sama-sama bertanggungjawab Walaupun syarikat yang dibina oleh mereka mengalami kerugian namun Ali, Ah Kow dan Muthu tidak berputus asa kerana mereka telah berjanji sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 144 Contoh Ayat sama lebur sama binasa


Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya. Kita seharusnya menjaga nama baik Malaysia semasa melancong ke negara lain kerana telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 144 Contoh Ayat kerana nila setitik rosak susu sebelanga seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit


Yang bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat.. Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim Kita seharusnya melakukan pekerjaan itu seperti orang dahulu kala kerana yang bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 144 Contoh Ayat lah baris nan berpahat, lah jalan nan berturut Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang


Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa tahu Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit diperoleh tetapi dihebohhebohkan. Ah Low tidak suka menghebohkan kejayaannya kerana dia berpendapat jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa tahu. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 186 Contoh Ayat Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung


Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu masih kecil. Ibu bapa seharusnya memupuk minat membaca anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. MAKSUD SAMA MAKSUD BUKU TEKS TING 5 MS 189 Contoh Ayat Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari


Click to View FlipBook Version