The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarahrahmat26, 2021-10-19 23:07:21

RINGKASAN (KERJAYA IMPIAN)

RINGKASAN (KERJAYA IMPIAN)

MENULIS

KERJAYA IMPIAN

Tulis isi-isi penting tentang keistimewaan kerjaya jururawat lelaki di hospital berdasarkan
petikan. Kemudian, tulis ringkasan berdasarkan isi-isi penting tersebut.

Kerjaya sebagai jururawat ialah kerjaya yang mulia. Mereka membantu doktor untuk mengurus
pesakit di hospital. Dahulu kerjaya ini dimonopoli oleh kaum wanita. Kini, golongan lelaki
menjadikan jururawat sebagai kerjaya pilihan mereka juga.

Golongan lelaki tertarik dengan kerjaya ini kerana mereka hendak berbakti kepada
masyarakat. Seperti jururawat wanita, jururawat lelaki membantu doktor ketika merawat
pesakit. Kehadiran mereka dapat mengurus pesakit terutamanya pesakit Yang agresif. Pesakit
seperti ini sukar untuk dikawal serta memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk
mengendalikan mereka.

Selain itu, sesetengah pesakit lelaki lebih selesa sekiranya mereka diurus oleh jururawat
lelaki terutamanya pesakit yang mengalami masalah kaum lelaki. Mereka berasa malu jika
diuruskan oleh jururawat wanita.

Dengan bertambahnya bilangan jururawat lelaki di hospital, kualiti perkhidmatan di
hospital akan semakin memuaskan orang ramai. Peranan mereka amat penting dalam suasana
kerja yang berisiko. Ketahanan mereka dalam mengawal emosi menyebabkan kehadiran mereka
di unit kecemasan dan trauma amat diperlukan sama ada oleh doktor mahupun pesakit.

Seterusnya, kehadiran jururawat lelaki menyebabkan beban dalam kalangan jururawat
wanita juga dapat dikurangkan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengendalian
peralatan perubatan yang bersaiz besar dan berat. Jelas sekali bahawa kerjaya sebagai jururawat
ialah kerjaya yang mulia. Jasa mereka kepada masyarakat adalah sangat besar.

Isi-isi penting
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ringkasan:
_____________________________________________________________________________________

(………. patah perkataan)

Click to View FlipBook Version