The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarahrahmat26, 2021-06-16 04:01:47

KARANGAN KEPERIHALAN

KARANGAN KEPERIHALAN

KARANGAN KEPERIHALAN

Karangan yang berbentuk gambaran atau
keperihalan merupakan suatu bentuk
penulisan yang memerihalkan atau
menggambarkan apa-apa yang dilihat,
didengar, dan dirasakan.

Karangan jenis ini menuntut daya imaginasi yang
tinggi. Anda dapat memuatkan bahan yang dikutip
daripada pengalaman sendiri atau mungkin
khayalan semata-mata. Pengetahuan yang luas
tentang apa-apa yang anda gambarkan akan
membantu anda menghasilkan karangan yang baik,
logik, dan bernas.

Biasanya, karangan jenis ini memerlukan anda
memerihalkan seseorang, sesuatu pengalaman,
sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau
pemandangan, sesuatu peristiwa atau acara,
sesuatu benda dan sebagainya.

Karangan jenis gambaran atau keperihalan tidak
mempunyai format khusus. Walau bagaimanapun,
karangan jenis ini tidak dapat lari daripada disiplin
karangan yang lazim, iaitu perlu ada pendahuluan,
isi-isi penting, dan penutup.

Karangan jenis gambaran atau keperihalan tidak
mempunyai format khusus. Walau bagaimanapun,
karangan jenis ini tidak dapat lari daripada disiplin
karangan yang lazim, iaitu perlu ada pendahuluan,
isi-isi penting, dan penutup.

Perkara-perkara yang hendak anda gambarkan itu
mestilah jelas, menarik, mempunyai perbandingan
yang sesuai, dan dapat memberikan kesan yang
mendalam.

Anda digalakkan menggunakan bahasa yang
lancar, kreatif dan menarik semasa menulis karangan
jenis keperihalan dan gambaran ini. Penggunaan
dialog digalakkan di tempat-tempat yang sesuai.

Anda digalakkan agar menggunakan teknik
saspens untuk menimbulkan rasa cemas pembaca.
Namun begitu, jangan menggunakan teknik
penyampaian yang sama berulang-ulang.

Dalam bahagian pengenalan, anda bolehlah
menceritakan peristiwa awal sebelum peristiwa
utama berlaku. Pada bahagian penutup pula,
anda digalakkan untuk menceritakan bagaimana
peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan
perasaan anda terhadap sesuatu peristiwa yang
anda tulis itu.


Click to View FlipBook Version