CERPEN
KUIH BAKUL
LIMAU
MANDARIN
CERPEN: KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN
SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira
apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng
yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu
tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih
menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya
itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina
dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa
keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung
lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini
bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim
Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau
menceritakan segala-galanya termasuklah punca
kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya.
Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng
disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka
berkumpul sebagai sebuah keluarga semula
TEMA
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul
semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka
melupakan konflik yang melanda mereka.
PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim
Meng membawa malang kepada keluarga dan
perniagaannya.
ii. Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim
Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah
punca segala kesedihannya.
iii. Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya
tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan
dengan Lim Foong.
NILAI
i. Nilai keberanian
Contoh: Sim Pau berani menyatakan kebenaran
bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim
Foong.
ii. Nilai keikhlasan
Contoh: Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim
Meng daripada lemas.
iii. Nilai kasih sayang.
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong
yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.
PENGAJARAN
i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap
seseorang tanpa usul periksa.
Contoh: Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim
Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian
Lim Foong.
ii. Kita mestilah bersikap jujur.
Contoh: Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu
Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang
dilakukan oleh Lim Foong.
iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak
bermoral.
Contoh: Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia
dikejar oleh orang yang menagih hutang.