The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Penggunaan Projek Inovasi Digital Yang Bertajuk Pengurusan Emosi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ivy Kong, 2020-11-07 11:38:25

PENGURUSAN EMOSI

Panduan Penggunaan Projek Inovasi Digital Yang Bertajuk Pengurusan Emosi

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pengurusan Emosi

1.0 Pengenalan

Menurut Rogers (1983), inovasi bermaksud idea, amalan atau bahan
yang boleh membawa pembaharuan kepada seseorang individu atau
suatu sistem sosial. Oleh itu, selaras dengan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) untuk mencetus
inovasi dan pencapaian prestasi yang lebih tinggi dalam kalangan bakal
guru, sebuah projek inovasi berbentuk digital bagi Bimbingan dan
Kaunseling telah dihasilkan.

2.0 Tajuk Projek

➢Pengurusan
Emosi

3.0 Jenis Projek

➢Wix.com (Website builder)

4.0 Format Projek

➢Wix.com https://www.wix.com/
➢Educandy https://www.educandy.com/
➢Wordwall https://wordwall.net/

5.0 Fungsi Hasil Projek

➢ Membantu murid-murid dalam menguasai keupayaan
untuk mengurus emosi diri melalui penghasilan projek
secara menyeluruh.

6.0 Objektif Kurikulum

➢ Murid dapat menyatakan emosi mengikut situasi.
➢ Murid dapat mengenal pasti serta memahami emosi sendiri dan orang lain.
➢ Murid dapat mempunyai keupayaan untuk mengawal emosi.
➢ Murid dapat memiliki kecerdasan emosi bagi mencapai suatu keseimbangan

yang sebenar dalam kehidupan.

7.0 Keperluan Sistem/ Peralatan/
Kemudahan Sokongan

SISTEM/ PERALATAN/ KEMUDAHAN FUNGSI
SOKONGAN
Komputer • Mencari maklumat
• Membina projek inovasi digital
Wix.com • Mengakses permainan digital
Educandy • Menubuhkan laman web
Wordwall • Menyediakan soalan-soalan kuiz
• Menghasilkan permaianan digital

8.0 Ciri-Ciri Keselamatan
Yang Perlu Dipatuhi

➢ Tidak klik pada pautan atau link lain untuk mengelakkan komputer daripada serangan virus
dari pautan laman lain.

➢ Memastikan komputer mempunyai perisian Anti-virus untuk melindungi sistem komputer.
➢ Tidak mendedahkan maklumat peribadi semasa melayari internet.
➢ Menggunakan Internet Firewall untuk membantu menghalang penggodam, virus dan worms

daripada mengakses computer.
➢ Elakkan daripada terlalu banyak menggunakan soket sambungan untuk mengelakkan

berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.

9.0

PANDUAN PENGGUNAAN

Pengurusan Emosi

ILUSTRASI LANGKAH PENGGUNAAN

▪ Menyediakan komputer dengan kemudahan internet.

▪ Klik Google Chrome
▪ Taip URL laman web yang ditubuhkan iaitu - untuk masuk

ke projek “Pengurusan Emosi”.
▪ Atau scan QR code yang disediakan untuk menggunakan

projek “Pengurusan Emosi”.

ILUSTRASI LANGKAH PENGGUNAAN

▪ Halaman pertama menyediakan panduan penggunaan
projek “Pengurusan Emosi”.

▪ Selepas membaca, gunakan projek “Pengurusan Emosi”
dengan urutan berikut:

i. Apa Itu Emosi?
ii. Jenis-Jenis Emosi
iii. Kepentingan Emosi
iv. Strategi Mengurus Emosi
v. Permainan

ILUSTRASI LANGKAH PENGGUNAAN

▪ Langkah pertama ialah menekankan halaman “Apa Itu
Emosi?”

▪ Murid-murid boleh membaca penerangan emosi yang
disediakan.

▪ Kemudian, murid-murid dikehendaki belajar sambil
menyanyi melalui video yang disediakan iaitu “Lagu
Emosi”.

ILUSTRASI LANGKAH PENGGUNAAN

▪ Langkah kedua ialah menekankan halaman “Jenis-Jenis
Emosi”.

▪ Murid-murid boleh membaca penerangan berkaitan
dengan jenis-jenis emosi.

▪ Murid-murid kemudian dikehendaki menonton video
untuk mendapat maklumat lanjut.

▪ Dengan tujuan memastikan pemahaman murid terhadap
jenis-jenis emosi, satu kuiz telah disediakan untuk
menjawab.

ILUSTRASI LANGKAH PENGGUNAAN

▪ Langkah ketiga ialah menekankan halaman “Kepentingan
Emosi”.

▪ Murid-murid boleh membaca keempat-empat
kepentingan emosi yang disediakan.

▪ Selepas itu, murid-murid dikehendaki menonton video
yang disediakan untuk memahami kepentingan emosi
secara mendalam.

ILUSTRASI LANGKAH PENGGUNAAN

▪ Langkah keempat ialah menekankan halaman “Strategi
Mengurus Emosi”.

▪ Murid-murid boleh membaca cara-cara pengurusan emosi
yang disediakan dengan jelas.

▪ Kemudian, murid-murid dikehendaki menonton video
yang disediakan iaitu “Strategi Mengurus Emosi” untuk
mengetahui langkah yang lain dalam mengatasi masalah
emosi.

ILUSTRASI LANGKAH PENGGUNAAN

▪ Langkah kelima ialah menekankan halaman
“Permaian”.

▪ Murid-murid boleh main permainan digital yang
bertema emosi.

10.0 Cadangan Aktiviti
Pembelajaran

➢ Aktiviti mengenali jenis-jenis emosi
➢ Aktiviti menyanyi sambil belajar
➢ Aktiviti bermain sambil belajar

11.0 Platform Hasil Produk

12.0 Brosur Projek

12.0 Brosur Projek

13.0 Rumusan

Kesimpulannya, penggunaan alat inovasi digital ini secara meluas
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dapat membentuk
murid yang lebih berdaya saing, produktif dan celik IT serta memupuk
kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Justeru, projek inovasi yang
berbentuk laman web dan permainan digital ini dihasilkan untuk
membantu murid memahami emosi, mengawal emosi dan menguasai
kemahiran mengurus emosi dalam kehidupan seharian.


Click to View FlipBook Version