Tun Dr. Ismail Al-Haj
bin
Dato’ Haji Abdul
Rahman
“Tidaklah seorang hamba
yang diamanahkan oleh Allah
ke atas sekumpulan manusia,
lalu dia mati sedangkan dia
melakukan penipuan terhadap
mereka, melainkan Allah
mengharamkan baginya
syurga.”
-Hadis Riwayat Imam al-
Bukhari
NAMA: NUR AMIRAH BINTI MD
JAILANI
KELAS: 5 SAINS
ALAMAT EMAIL:
[email protected]
SEKOLAH: SMK BUKIT GAMBIR
ALAMAT SEKOLAH: Kampung
Sungai Ekor, 84800 Bukit
Gambir, Tangkak, Johor.
PENDAHULUAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Syukur Alhamdulillah, buku skrap tentang tokoh pemimpin TUN
DR.ISMAIL ABDUL RAHMAN berjaya disiapkandengan jayanya.
Jutaan terima kasih buat pihak penganjur kerana memberi peluang
kepada kami para SLB mengenali lagi dan mengambil tahu tentang
para pemimpin hebat di Johor, terima kasih kerana membantu kami
untuk mengenali mereka dan mencontohi kepimpinan hebat
mereka.
Tokoh utama yang ingin saya sampaikan di sini adalah TUN
DR.ISMAIL ABDUL RAHMAN. Faktor yang mendorong saya
memilih beliau adalah kerana saya berasa kagum dengan semangat
kepimpinan beliau dalam usaha membantu negara untuk merdeka
dan terus maju. Beliau merupakan orang penting dalam
kemerdekaan negara Malaysia, namun apa yang agak menyedihkan
sekarang, nama beliau semakin tidak dikenali oleh generasi muda,
kepimpinan beliau juga sering tidak mendapat perhatian para
pemimpin muda.
Akhir kata, saya, Nur Amirah ingin berkongsi kepada anda tentnag
tokoh hebat negara kita, TUN DR.ISMAIL ABDUL RAHMAN. Saya
menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada tersilap
bicara sepanjang buku skrap ini dibaca.
TERIMA KASIH!
BIODATA TUN DR.ISMAIL ABDUL RAHMAN.
NAMA: Ismail Al-Haj bin Dato’ Haji Abdul Rahman
TARIKH LAHIR: 4 November 1915
TEMPAT KELAHIRAN: Johor Bahru, Johor, Malaysia.
TARIKH MENINGGAL DUNIA: 2 Ogos 1973 (umur 57)
TEMPAT PERSEMADIAN: Makam Pahlawan, Masjid Negara,
Kuala Lumpur
PASANGAN: Toh Puan Norashikin binti Dato’ Mohd Seth
ANAK ANAK:
*Mohamed Tawfik Ismail
*Zailah Ismail
*Badariah Ismail
*Tarmizi Ismail
*Zamakhshari Ismail
*Ariff Ismai
IBU BAPA:
*Datin Zaharah Abu Bakar
*Dato’ Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin
SAUDARA:
*Dato’ Suleiman (abang)
*Toh Puan Khadijah (adik)
*Abdullah (adik)
*Aishah (adik)
*Md Yassin (adik)
*Rafiah (adik)
*Toh Puan Dr. Zubaidah (adik)
*Fatimah (adik)
PEKERJAAN: Timbalan Perdana Menteri
PROFESION: Ahli politik, Doktor
PENDIDIKAN
Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat
pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah dan
kemudian melanjutkan pelajaran di English College,
kedua-duanya di Johor Bahru. Setelah lulus dengan
cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah,
beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward
College of Medicine, Singapura dari tahun 1936
hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat
tawaran melanjutkan pengajian di Queen's College,
The University of Melbourne, Australia sehingga
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS) pada tahun 1945. Beliau
mendapat penghargaan dan menjadi kebanggaan
negara kerana menjadi anak melayu pertama lulus
Ijazah Perubatan dari Universiti tersebut. Sekembali
ke Tanah Air, beliau menyertai Jabatan Kesihatan
Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik
perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik
Tawakkal di Johor Bahru.
KERJAYA
Selepas tamatnya perang clunia keclua, Tun Dr. Ismail pulang kc Tanah
Melayu selepas berjaya memperolehi ijazah dalam biclang perubatan
daripada Universiti Melbourne. 51 Selepas pulang ke Tanah Melayu pada
tahun 4 J ulai 1945, Tun Dr. Ismail telah memulakan tugasnya sebagai
Pegawai Perubatan cli Jabatan Pcrubatan Johor Bahru. Namun. pacla tahun
1947, Tun Dr. Ismail telah membuka kliniknya sendiri yang dinamakan Klinik
Tawakkal.52 Tun Dr. Ismail tidak bercadang untuk mel ibatkan diri clalam
arena pol itik selepas pulang ke Tanah Melayu. Sebaliknya, beliau ingin
meneruskan keljaya scbagai scorang clokor perubatan.
Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato'
Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul
Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan
Presiden UMNO pada 1951.
Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada
tahun 1957. Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau
sehingga tahun 1959.
Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September
1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-
sebab kesihatan. Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri telah diisi oleh Tun Abdul Razak.
Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal
Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun
Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN dan meminta beliau untuk
menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Beliau
kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal
Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.
Semasa hayat beliau, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri
Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jawatan
terakhir yang dipegang oleh beliau adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua
selepas Tun Abdul Razak pada 1970.
SUMBANGAN
Sumbangan beliau terhadap negara amat besar. Pada 1 Januari 1956,
beliau turut serta dalam rombongan ke London untuk
memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Oleh itu, sumbangan yang
terbesar beliau adalah menuntut hak kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu dan membantu negara dalam menyatukan semula
hubungan antara kaum selepas 13 Mei 1969. Beliau berupaya
memulihkan keamanan dalam negeri dan sanggup menawarkan
khidmat bakti agar bangsa terselamat daripada kemusnahan
penjajahan dan api perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan
hidup dan nilai keperibadiannya yang tinggi demi melihat
pembangunan masyarakat dan negara dengan sepenuhnya.
Sebagai penghormatan untuk beliau, beberapa nama tempat
diletakkan nama beliau untuk memperingati jasa beliau antaranya,
di sebuah kawasan Segambut, Kuala Lumpur telah dinamakan
Taman Tun Dr. Ismail, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di UTM Skudai,
Kolej Tun Dr. Ismail di UPM Serdang, Kolej Kediaman Tun Dr.
Ismail di UTHM Batu Pahat serta Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail di
UKM Cheras (PPUKM). Selain itu, Pidato Tun Dr. Ismail turut
diadakan dua tahun sekali oleh Akademi Perubatan Malaysia.
Antara anugerah yang beliau perolehi ialah pingat Panglima Mangku
Negara (PNM) oleh Yang Dipertuan Agong pada 31 Ogos 1959, Ijazah
Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Malaya pada Jun
1964, Anugerah Kehormat daripada pemerintah Vietnam (‘Vietnam
National Order Grand Officer’) oleh kerajaan Republik Vietnam
(Oktober 1965), Bintang Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor
(SPMJ) Oktober 1965, Bintang Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM)
oleh Yang Dipertuan pada April 1966 yang membawa gelaran Tun.
Selain itu, pada Mac 1970 beliau mendapat Anugerah Bintang
Republik Indonesia daripada Presiden Sukarno, Ijazah Kehormat
Doktor Undang-undang dari Universiti Malaya (1964) dan Universiti
Sains Malaysia (Jun 1973).
NILAI KEPIMPINAN
TUN DR.ISMAIL ABDUL RAHMAN
YANG PATUT DICONTOHI
Keperibadian dan kesungguhan Tun Dr. Ismail sebagai pemimpin
negara terbukti apabila beliau menjadi orang kepercayaan dua
orang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman dan
juga Tun Abdul Razak. Malahan ketika menjawat jawatan
Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah diberi
kepercayaan untuk memegang dua buah kementerian yang
penting iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian
Perdagangan dan Industri. Tun Dr. Ismail merupakan seorang
pemimpin negara yang amat dihormati oleh masyarakat sehingga
ke hari ini. Selain seorang yang bersikap tegas dan adil, beliau
juga merupakan seorang pemimpin yang amat mementingkan
ketepatan masa. Sikap Tun Dr. Ismail yang tegas ini memang
diakui oleh ternan mahupun lawan. Beliau dikatakan sebagai
seorang yang kurang bicara. mahal dengan senyuman dan kata-
katanya adalah muktamad (keputusannya)!(' Selain itu, Tun Dr.
Ismail merupakan seorang pemimpin yang tidak bersifat
perkauman. Hal ini dapat dilihat dalam hampir kesemua ucapan
beliau sepanjang menjadi menteri, ini menunjukan bahawa beliau
tidak bersifat perkauman dan mementingkan hubungan antara
kaum. Ketika menjadi ahli UMNO, Tun Dr. Ismail begitu lantang
memperjuangkan soalsoal perundingan kemerdekaan Tanah
Melayu daripada pihak British bersama-sama Tunku Abdul
Rahman. Dalam hierarki pentadbiran UMNO, Tun Dr. Ismail
merupakan orang nombor tiga selepas Tunku Abdul Rahman dan
Tun Abdul Razak yang menjadi tunjang kekuatan parti..Selain itu,
ketokohan Tun Dr. Ismail dalam berpolitik telah menyebabkan
beliau telah dilantik mewakili UMNO untuk berunding dengan
pihak MeA bagi membentuk perikatan. Kewibawaan dan impak
yang positif telah ditinggalkan oleh Tun Dr. Ismail kepada delegasi
negara seterusnya. Malahan Presiden Amerika Syarikat ke 36,
Lyndon Baines Johnson pernah mengambil petikan daripada
ucapan Tun Dr. Ismail. Hal ini memhuktikan bahawa pemimpin
peringkat antarabangsa mengiktiraf Tun Dr. Ismail sehagai
seorang pemimpin yang berwihawa.
KESIMPULAN
Tun Dr. Ismail adalah merupakan seorang tokoh politik
Malaysia yang amat berjasa kepada negara. Ketokohan serta
sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah
disegani. Berdiri sebagai orang kuat di bawah pimpinan dua
orang Perdana Menteri menunjukkan bahawa bakat serta
ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara amatlah
diperlukan. Tun Dr. Ismail adalah seorang pemimpin yang jujur,
berprinsip dan tegas dalam menyatakan pendiriannya mengenai
sesuatu perkara, terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan
tugasnya sebagai pemimpin negara. Tun Dr. Ismail bukanlah
seorang ahli politik dalam erti kata yang lazim, beliau lebih
merupakan seorang pentadbir yang cekap dan memang
sewajarnya beliau menjadi orang kanan kepercayaan Tunku
Abdul Rahman dan Tun Razak. Sumbangan pemikiran beliau
yang luar biasa memberi inspirasi kepada Akademi Perubatan
Malaysia menganjurkan pidato Tun Dr.Ismail setiap dua tahun
sekali. Sebagai mengenang jasa beliau, namanya terpahat di
Kolej Tun Dr Ismail, UPM, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail,
UTHM, Batu Pahat Johor dan Taman Tun Dr Ismail di kawasan
Selangor dan Kuala Lumpur. Sebagai menghargai jasa dan
sumbangan beliau, Universiti Malaya menganugerahkan Ijazah
Kehormat Kedoktoran Undang-Undang kepada beliau pada
tahun 1964. Pemimpin pemimpin dan generasi muda sekarang
perlu mencontohi dan mengenali lebih dalam lagi tentang tokoh
negara kita, Tun Dr.Ismail Abdul Rahman agar nama beliau
terus diingati dan kepimpinan beliau sentiasa dijadikan
pedoman.
TUN DR.ISMAIL ABDUL
RAHMAN
DALAM
KENANGAN….
RUJUKAN
http://penatokoh.blogspot.com/2014/
01/tun-drismail-dato-hj-abdul-
rahman.html
https://ms-
my.facebook.com/pkkm.um/posts/193
1022320455154/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_A
bdul_Rahman
https://www.hmetro.com.my/nuans
a/2019/06/466702/kenang-jasa-
tun-ismail
Mohd Tajuddin Haji Abdul Rahman
(1987). Tun Dr Ismail: Negarawan
Berjasa. Selangor: Pelanduk
Publications.