The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SINOPSIS KESELURUHAN, TEMA, PERSOALAN, WATAK DAN PERWATAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94122773, 2021-08-01 08:36:16

JEJAK MONPUS

SINOPSIS KESELURUHAN, TEMA, PERSOALAN, WATAK DAN PERWATAKAN

Keywords: Jejak Monpus

NOVEL JEJAK MONPUS

TINGKATAN 2

Karya : Zulaiha Paikon

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Mengisahkan Zahar penuntut jurusan Biologi, Fakulti Sains Kaji Hayat di Universiti Teknologi Malaysia . Dia begitu obses
dengan dunia serangga sejak kecil lagi. Sebagai pencinta serangga, dia membina sebuah makmal kecil di sebelah rumahnya.
Dia menghadapi dilema apabila ulat bulu spesies Pus Pus kesayangannya, hampir pupus. Zahar perlu segera
menyelamatkan spesies itu. Dia menemui Monarch, ulat bulu spesies baru, di sebuah pulau terpencil. Zahar berjaya
mencantumkan spesies Monarch dengan Pus Pus, dan menghasilkan spesies baru, Morgan. Pada masa yang sama,
Kampung Maju Jaya, kampung tempat Zahar tinggal, dilanda wabak. Penduduk kampung menuduh Zahar penyebabnya.
Bagi membersihkan namanya, Zahar pun menyiasat. Dia akhirnya mengetahui bahawa wabak itu sebahagiannya berpunca
daripada kilang kelapa sawit yang beroperasi di kampung itu. Zahar bertekad untuk mencari penawar. Dia
bagaimanapun,terpaksa mengorbankan Morgan kesayangannya. Belum sempat penawar dihasilkan, bahan eksperimennya
dicuri oleh Arifin, samseng kampung yang sangat memusuhinya.

Masalah akhirnya selesai apabila Arifin ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes penipuan dalam
penjualan benih cambah sawit 'haram' serta pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation
Berhad dan Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. Zahar meneruskan misi mencipta penawar,dan akhirnya berjaya
menghasilkan MONPUS sejenis racun serangga biologi. Hasil inovasinya itu, Zahar meraih anugerah dalam majlis Anugerah
Produk Inovasi, UTM. Kejayaannya mencipta MONPUS juga menyatukan semula ibunya Qistina dan ayahnya Dr. Baharuddin
yang lama terpisah.

TEMA Kecintaan seorang pemuda terhadap ilmu Sains dan dunia penyelidikan.
PERSOALAN Contohnya, Zahar, seorang pemuda yang berusia 22 tahun amat menyukai pelbagai jenis
serangga dan gemar melakukan pelbagai penyelidikan terhadapnya. Minatnya itu tersemai sejak
dia masih kecil lagi. Dia banyak mengumpul serangga seperti kumbang, ulat beluncas dan labah-
labah. Dia juga mempunyai sebuah makmal khas untuknya memupuk minatnya dalam bidang
penyelidikan terhadap serangga-serangga yang dikumpulnya. Dia kerap menghabiskan masa
lapangnya di makmalnya itu melakukan penyelidikan.

1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Qistina agak keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu
Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu. Hal ini kerana Zahar pernah cedera
semasa mengikuti Perkhemahan Kembara Biologi Alam. Keadaan ini menunjukkan Qistina amat
menyayangi anak tunggalnya itu.

2. Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Zahar telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat untuk mencipta
penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya.

3. Sifat suka berdendam dalam masyarakat.
Ripin menaruh dendam terhadap Zahar yang telah menangkapnya mencuri tong gas. Walau
bagaimanapun, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sejak kejadian itu,
dia sentiasa mencari peluang untuk membalas dendamnya.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Zahar (Watak Utama) 2. Qistina Asraf (watak sampingan)
(a) Anak tunggal dalam keluarga. (a) Ibu kepada Zahar.
(b) Berumur 22 tahun. (b) Seorang yang cantik dan bergaya walaupun
(c) Amat menyayangi ibunya yang hidup tanpa suami. umurnya telah mencecah 40-an.
(d) Mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap (c) Bekerja sebagai guru Bahasa Melayu di
serangga sejak kecil lagi. Sekolah Menengah Sri Yasin.
(e) Mengambil jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat, (d) Guru yang berdedikasi, rajin, dan komited
Universiti Teknologi Malaysia. terhadap kerjaya.
(f) Seorang yang gigih, rajin, dan tabah dalam (e) Penyayang.
menjalankan penyelidikan sains berkaitan dengan (f) Pemaaf.
kehidupan serangga.
(g) Berani.
(h) Suka membantu orang lain.
(i) Bijak.

WATAK DAN PERWATAKAN

3. Mawar (watak sampingan)
(a) Mawar merupakan rakan sekuliah dan sekampung dengan Zahar.
(b) dia tinggal bersama-sama dengan keluarga di Ladang South Malaya, kira-kira
lima kilometer dari kampung Zahar.
(c) merupakan anak sulung daripada lima beradik.
(d) seorang yang sangat mengambil berat akan diri Zahar. Sewaktu zahar terjatuh
di Kem Kaizen dan ditikam oleh Ripin, dia berasa sangat sedih dan memberikan
kata-kata semangat kepada Zahar untuk pulih.
(e) bertanggungjawab memberikan inspirasi kepada Zahar selain ibunya, Qistina.

4. Ripin (watak sampingan/ watak hitam)
(a) kutu kampung yang terlibat dalam aktiviti menghidu gam.
(b) ditangkap dan dibelasah oleh Zahar sewaktu mencuba mencuri tong gas di
rumahnya.
(c) berdendam dengan Zahar selepas peristiwa tersebut.
(d) menuduh Zahar sebagai punca ulat bulu menyerang Kampung Maju Jaya.
(e) cemburu akan kejayaan Zahar yang sering mendapat anugerah dan pingat.


Click to View FlipBook Version