The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nor salwa, 2021-06-27 11:39:00

SEJARAH TOK JANGGUT

SEJARAH TOK JANGGUT

1

2

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 3

BIODATA DIRI 4

BIODATA TOK JANGGUT 6

SEBAB PENENTANGAN 7

PERISTIWA 8

PENENTANGAN

KESAN & PENGAJARAN 11

PENUTUP 12

3

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PERTAMA SEKALI, SYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERANA TELAH MENGIZINKAN
SAYA UNTUK MENYIAPKAN FOLIO INI.
KEDUA, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA IBU SAYA KERANA TELAH BANYAK
MEMBANTU SAYA MENCARI BAHAN-BAHAN UNTUK MENYIAPKAN FOLIO INI.
KETIGA, UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU ZAKIYAH BINTI AHMAD KERANA
TELAH MENGAJAR SAYA CARA-CARA UNTUK MEMBUAT FOLIO INI.
AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH BANYAK MEMBANTU
MENYIAPKAN FOLIA INI.
ALHAMDULILLAH, SAYA SUDAH DAPAT MENYIAPKAN FOLIO INI DENGAN
JAYANYA.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

4

BIODATA DIRI

NAMA:
ABDULLAH FAHMI BIN SYAHIFUL BAHRY

UMUR:
11 TAHUN
TARIKH LAHIR:
31 OGOS 2010
TEMPAT LAHIR:
HOSPITAL UNIVERSITI SAINS KUBANG KERIAN
MAKANAN KEGEMARAN:
CHICKEN CHOP
MINUMAN KEGEMARAN:
AIR TEH SUSU
KENANGAN MANIS:
BERJALAN-JALAN DENGAN KELUARGA
KENANGAN PAHIT:
JATUH BASIKAL
CITA-CITA:
PEGUAM

5

TOKOH
SEJARAH

6

TOK JANGGUT

BIODATA TOK JANGGUT

– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan
janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga

7

SEBAB PENENTANGAN

a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan
petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.

b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai
pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan
ternakan lembu serta kerbau.

c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di
bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap
dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan
kemarahan penduduk terhadap British.

d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah
menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut
menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap
British di Pasir Puteh.

8

PERISTIWA PENENTANGAN

Nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan,
malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan
perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang
kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan
kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah
sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

9

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh
yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat
Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok
Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang
menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat
bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak
berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok
Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi
Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah

10

air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga
kini.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota
Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang
Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

11

KESAN DAN PENGAJARAN

Pengajaran daripada kisah Tok Janggut ini, kita hendaklah sanggup
menggadaikan nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada
penjajah. Sentiasa meletakkan agama sebagai panduan hidup kita dan
sanggup membela nasib negara, bangsa dan agama

12

PENUTUP

SEMOGA KITA MENDAPAT PENGAJARAN DARI KISAH YANG
DIPAPARKAN DI DALAM FOLIO INI. SEMOGA IA AKAN MEMBERI
PENGAJARAN KEPADA KITA UNTUK MENJADI PELAJAR YANG
LEBIH CEMERLANG.


Click to View FlipBook Version