RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 Mata Pelajaran Pendidikan Islam Kelas 6 Yakin Tarikh / Hari 21 Januari 2023 (Selasa) Masa 10.40-11.40 pagi (60 minit) Bilangan Murid 36 Orang (20 Lelaki dan 16 Perempuan) Topik/Tajuk Rukhsah Solat Ketika Sakit Pengetahuan sedia ada Murid-murid telah mengetahui tentang kewajipan solat dan tatacara solat yang sempurna. Standard Kandungan 4.2 Merumus konsep solat ketika sakit serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. Standard Pembelajaran 4.2.1 Menyatakan maksud solat ketika sakit. 4.2.2 Memperincikan tatacara melaksanakan solat ketika sakit. 4.2.4 Menganalisis kepentingan menunaikan solat ketika sakit. Objektif Pembelajaran Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyebut maksud solat ketika sakit dengan betul selepas penerangan daripada guru. 2. Menerangkan tatacara melaksanakan solat ketika sakit dengan betul selepas aktiviti tunjuk caranya. 3. Menyenaraikan 3 kepentingan menunaikan solat ketika sakit dengan betul selepas aktiviti soal jawab. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir reflektif dan kritis Kemahiran membanding dan membezakan Gabung Jalin Al-Quran: Dalil Naqli kewajipan solat Penyerapan Sains: Sains Hayat (Manusia) Penerapan Nilai Bersyukur, Taat, Bertangungjawab Amalan Pedagogi Masa Kini Pembelajaran Konstektual Kemahiran Insaniah Kemahiran Komunikasi Kemahiran Menyelesaikan Masalah EMK Kretiviti: Menggunakan imaginisasi dan menajana idea cara solat dalam keadaan sakit Penilaian PDP Lisan, Penulisan, Pemerhatian Bahan Bantu Mengajar Papan putih, projector slide, komputer riba, pembesar suara, kerja mahjong.
LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI Set Induksi (5 minit) ● Guru menayangkan video youtube - Bacaan doa dan video berkaitan topik. ● Murid menonton tayangan video dan menganalisis tentang video yang ditonton. ● ● Jom sama-sama membaca doa sebelum belajar terlebih dahulu disamping menghayati adab-adab belajar ● Sebelum masuk topik pembelajaran pada hari ini, Sila tonton video di bawah ● Jom kita bermain teka silang kata di bawah. MPP, MRP LANGKAH (10 minit) ● Guru memaparkan skide powerpoint nota berkaitan maksud Rukhsah Ketika Solat. ● Sila baca nota di bawah berkaitan tajuk kita iaitu RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT : ● Berdasarkan pembacaan anda di atas, sila jawab soalan yang berada di slide terakhir... klik pada jamboard di bawah : ● Sila jawab kuiz di bawah. 6C, 3E
● Murid memahami pengertian rukhsah dan solat ketika sakit. ● Guru meminta murid memberi respon dan menjawab soalan "mengapakah keringanan solat diberikan kepada orang sakit?" yang terdapat dalam slide powerpoint.menggunakan aplikasi jamboard. ● Murid memberikan jawapan mereka dalam aplikasi jamboard yang telah disediakan. ● Guru menggunakan aplikasi HotPotatoes untuk membuat aktiviti pengukuhan bagi sub topik yang telah dipelajari. ● Murid menjawab kuiz yang disediakan
LANGKAH (17 minit) ● Guru memaparkan nota berbentuk slide pdf dan powerpoint berkaitan sub topik "tatacara solat ketika sakit" ● Murid membaca nota berkaitan tatacara solat ketika sakit berdasarkan slide yang disediakan. ● Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan seterusnya menyuruh pelajar menjawab soalan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan iaitu menjelaskan jenis-jenis tatacara solat ketika sakit dalam aplikasi padlet. ● Murid menjawab soalan yang telah diberi mengikut kumpulan masing-masing dalam aplikasi padlet. ● Sila baca nota di bawah berkaitan tajuk kita yang seterusnya iaitu TATACARA SOLAT KETIKA SAKIT : ● Berdasarkan kumpulan yang telah dibahagikan, tulis jawapan anda dalam padlet di bawah : ● Sila buat latihan di bawah sebagai aktiviti pengukuhan bagi sup topik ini : 6C, 3E
● Guru meminta murid menjawab soalan pengukuhan bagi sub topik ini dalam aplikasi Quizizz. ● Murid menjawab soalan kuiz yang disediakan secara individu. LANGKAH (15 minit) ● Guru memaparkan poster info grafik berkaitan "Kepentingan Menunaikan Solat Ketika Sakit" ● Murid membaca, memahami dan meneliti sub topik berkaitan kepentingan menunaikan solat ketika sakit. ● Guru menggunakan aplikasi wordwall untuk menguji tahap kefahaman murid berkaitan sub topik yang dipelajari ● Sila baca nota di bawah, mari kita hayati kepentingan menunaikan solat ketika sakit. ● Berdasarkan apa yang telah kamu belajar, sila buat latihan di bawah tentang kepentingan menunaikan solat ketika sakit. ● Sila buat latihan di bawah sebagai aktiviti pengukuhan bagi kepentingan menunaikan solat ketika sakit : 6C, 3E
● Murid menjawab soalan yang diberikan ● Guru membuat pengukuhan dengan menyuruh murid membuat latihan menggunakan aplikasi HotPotatoes. ● Murid menjawab latihan yang diberikan. Penutup: ● Guru mengulangi semula maksud rukhsah solat ketika sakit, tatacara solat ketika sakit dan kepentingan menunaikan solat ketika sakit menggunkan aplikasi youtube, video. ● Tonton video di bawah, kita ulang kaji semula secara keseluruhan tajuk RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT. ● Dengar baik-baik kesimpulan pembelajaran pada topik kali ini. 6C, 3E
● Guru memberi penutup : kognitif - ulangkaji topik yang dipelajari sosial - menyuruh mengamalkan dalam kehidupan seharian. ● Murid memahami semula maksud rukhsah solat ketika sakit, tatacara solat ketika sakit dan kepentingan menunaikan solat ketika sakit dan seterusnya mengamalkannya dengan beradab dan istiqamah.