AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
BAHAGIAN I
1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
Kelab ini dinamakan KELAB POLIS DAERAH PERAK TENGAH dan selepas
ini disebut Kelab. Alamat berdaftar Kelab ialah IBU PEJABAT POLIS
DAERAH PERAK TENGAH, 32600 SERI ISKANDAR, PERAK atau tempat
lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa dari masa kesemasa. Alamat tersebut
tidak boleh diubah tanpa sebarang kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan
terlebih dahulu.
2. TAFSIRAN
Di dalam Perlembagaan ini, melainkan ada suatu perkara atau perkataan yang
berlainan maksudnya maka:
‘Anggota’ ertinya anggota berdaftar Kelab ini.
‘Pegawai Kanan Polis’ ertinya pegawai polis yang berpangkat Inspektor
Percubaan dan ke atas.
‘Pegawai Rendah Polis dan Konstabel’ ertinya anggota polis yang berpangkat
Konstabel hingga Sub Inspektor.
‘Pegawai Awam’ ertinya kakitangan awam yang bertugas dengan Ibupejabat
Polis Daerah Perak Tengah.
‘Yuran’ ertinya jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh Anggota Kelab
sebagai yuran bulanan.
‘Anggota Jawatankuasa Pentadbir Kelab’ ertinya Anggota Jawatankuasa
Pentadbir Kelab sepertimana terkandung dalam Para 9.
‘Anggota Jawatankuasa Biasa’ (AJK) ertinya anggota yang dipilih untuk
mewakili Bahagian atau Balai atau kumpulan berkenaan sebagai Anggota
Jawatankuasa Pentadbir Kelab.
‘Bahagian’ ertinya Bahagian-bahagian Polis di dalam Daerah Perak Tengah.
‘Balai’ ertinya Balai-Balai Polis dalam Daerah Perak Tengah
Page 1 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
BAHAGIAN II
3. TUJUAN
Tujuan Kelab ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan anggota dan
menjalankan aktiviti keagamaan, sosial, sukan dan sebarang aktiviti yang pada
pendapat Jawatankuasa Pentadbir Kelab boleh memberi manfaat kepada
anggota termasuk keluarga,
Disamping itu juga ianya mempunyai objektif seperti berikut:
3.1 Menjalinkan kerjasama dan hubungan baik serta persefahaman dengan
lain-lain pertubuhan atau kelab yang sah dan mempunyai tujuan yang
sama.
3.2 Menggalakkan anggota dan keluarga bergiat aktif di dalam bidang
sukan dengan memberikan kemudahan, peralatan sukan, sokongan
dan insentif.
BAHAGIAN III
4. KEANGGOTAAN
Keanggotaan Kelab ini adalah terdiri daripada semua Pegawai Kanan Polis,
Pegawai Rendah Polis dan Konstabel dan Pegawai Awam yang bertugas di
bawah pentadbiran Ibupejabat Polis Daerah, Perak Tengah.
5. PENERIMAAN MENJADI ANGGOTA
5.1 Penerimaan menjadi anggota hendaklah dibuat dengan mengisi borang
permohonan menjadi anggota dengan disokong oleh Perwakilan bagi
Bahagian, Balai atau Kumpulan di mana anggota tersebut bertugas dan
dikemukakan kepada Setiausaha Kelab.
5.2 Setiausaha hendaklah mengemukakan permohonan tersebut kepada
Jawatankuasa Pentadbir untuk pengesahan dan kelulusan.
5.3 Mana-mana pemohon yang permohonannya telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Pentadbir, maka berhaklah ia sebagai seorang anggota
Kelab ini berkuatkuasa dari tarikh kelulusan.
Page 2 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
6. TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN ANGGOTA
6.1 Setiap anggota Kelab mempunyai tanggungjawab dan kewajipan
sebagai seorang anggota dan tertakluk kepada Perlembagaan dan
Peraturan Kelab yang berkuatkuasa.
6.2 Mana-mana anggota yang gagal mematuhi Perlembagaan atau
Peraturan Kelab ataupun bertindak mencemarkan nama baik Kelab
boleh dikenakan hukuman gantung atau dipecat keanggotaannya oleh
Jawatankuasa Pentadbir Kelab.
6.3 Jawatankuasa Pentadbir Kelab hendaklah memberi notis terlebih
dahulu kepada anggota sebelum sebarang tindakan diambil ke atasnya
bagi memberi peluang kepada anggota tersebut untuk membuat rayuan
atau membela diri.
7. BERHENTI MENJADI ANGGOTA
Keanggotaan seseorang anggota Kelab akan terhenti dengan sendirinya atas
sebab-sebab berikut mengikut mana-mana yang berkenaan dan tidak boleh
menuntut sebarang bayaran atau apa-apa juga bentuk bayaran atau
sumbangan daripada Kelab:
7.1 Meninggalkan perkhidmatan kerana meletakkan jawatan, ditamatkan
perkhidmatan dan dibuang kerja.
7.2 Bersara dari Pasukan Polis.
7.3 Meninggal dunia.
7.4 Berhenti dari berkhidmat dalam Pasukan Polis.
7.5 Digantung kerja.
7.6 Bertukar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Perak ke
Daerah/Bahagian/Formasi Polis yang lain.
Page 3 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
BAHAGIAN IV
8. ANGGOTA JAWATANKUASA PENTADBIR KELAB (AJK)
Pengelolaan dan Pentadbiran Kelab diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa
yang mengandungi mereka yang dilantik atau dipilih untuk memegang jawatan-
jawatan yang diperuntukan seperti berikut;
8.1 Yang Dipertua
8.2 Timbalan Yang Dipertua
8.3 Pengerusi
8.4 Timbalan Pengerusi
8.5 Setiausaha
8.6 Penolong Setiausaha
8.7 Bendahari
8.8 Penolong Bendahari
8.9 Seorang Anggota Jawatankuasa (AJK) Biasa bagi mewakili setiap
perwakilan berikut::
8.9.1 Bahagian Cawangan Khas
8.9.2 Bahagian Siasatan Jenayah
8.9.3 Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
8.9.4 Bahagian Siasatan Jenayah Komersil
8.9.5 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
8.9.6 Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
8.9.7 Bahagian Pengurusan
Page 4 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
8.9.8 Bahagian Logistik
8.9.9 Bahagian Ketenteraman Awam
8.9.10 Balai Polis Seri Iskandar
8.9.11 Balai Polis Bota
8.9.12 Balai Polis Parit
8.9.13 Balai Polis Kampung Gajah
8.9.14 Balai Polis Jejawi
8.9.15 AJK Sukan dan Rekreasi
8.9.16 AJK Kebajikan
8.9.17 AJK Pegawai Awam
9. PERLANTIKAN / PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA PENTADBIR
KELAB (AJK)
Pemilihan Anggota Jawatankuasa Pentadbir Kelab (AJK) hendaklah dibuat
dan diputuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kecuali untuk jawatan
tetap (Ex-Officio) dan jawatan-jawatan mengikut Peruntukan yang telah
ditetapkan.
9.1 Yang Dipertua - Penyandang jawatan Ketua Polis
(Ex-Officio) Daerah dengan sendirinya dilantik untuk
memegang jawatan.
9.2 Timbalan Yang Dipertua - Penyandang jawatan Timbalan Ketua
(Ex-Officio) Polis Daerah dengan sendirinya dilantik
untuk memegang jawatan.
9.3 Pengerusi - Dipilih dalam Mesyuarat Agung
Tahunan
Page 5 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
9.4 Timbalan Pengerusi - Dipilih dalam Mesyuarat Agung
Tahunan
9.5 Setiausaha - Dipilih dalam Mesyuarat Agung
Tahunan
9.6 Penolong Setiausaha - Dipilih dalam Mesyuarat Agung
Tahunan berdasarkan calon yang
mendapat jumlah undi kedua terbanyak
semasa pemilihan jawatan Setiausaha.
9.7 Bendahari - Dilantik oleh Yang Dipertua
9.8 Penolong Bendahari - Dilantik oleh Yang Dipertua
9.9 Anggota Jawatankuasa - Dipilih dalam Mesyuarat Agung
BIasa (AJK) Tahunan
10. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA JAWATANKUASA
PENTADBIR (AJK) KELAB
Tugas dan tanggungjawab Anggota Jawatankuasa Pentadbir Kelab (AJK)
adalah tertakluk kepada Perlembagaan dan keputusan Mesyuarat Agung
dalam mengelola dan mentadbir perjalanan Kelab.
Jawatankuasa mempunyai tugas dan tanggungjawab dengan kuasa-kuasa
seperti berikut:
10.1 Mengkaji dan membuat keputusan tentang perjalanan pentadbiran dan
kewangan Kelab berpandukan kepada Perlembagaan dan keputusan
Mesyuarat Agung.
10.2 Membuat dan meminda peraturan-peraturan tertentu dari masa
kesemasa untuk kesempurnaan semua perkara atau aktiviti yang tidak
bertentangan dengan Perlembagaan.
10.3 Menubuhkan Jawatankuasa Kecil bagi tujuan tertentu yang difikirkan
perlu dan munasabah serta menurunkan kuasa-kuasa untuk
menyelaras dan mengendalikan aktiviti Kelab.
Page 6 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
10.4 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan untuk tujuan tertentu dalam satu
masa mengikut keperluan untuk tujuan tertentu yang difikirkan perlu dan
munasabah untuk dilaksanakan.
10.5 Melantik dan memilih bagi mengisi kekosongan dalam Jawatankuasa
apabila berlaku kekosongan atau jawatan lain yang diberi kuasa.
10.6 Menjalankan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab lain yang
perlu bagi menyempurnakan kewajipan untuk menjaga kebajikan dan
kepentingan anggota dan keluarga anggota
11. TUGAS-TUGAS DAN KEWAJIPAN ANGGOTA JAWATANKUASA
PENTADBIR KELAB (AJK)
Anggota-anggota Jawatankuasa adalah tertakluk kepada Perlembagaan dan
Peraturan Kelab dalam menjalankan tugas dan kewajipan masing-masing
seperti berikut:.
11.1 YANG DIPERTUA
11.1.1 Menjadi pemutus undi jika ada undi yang sama bagi sebarang
perkara yang dibincangkan.
11.1.2 Meluluskan atau menolak sebarang permohonan pendahuluan
dari anggota untuk tujuan tertentu.
11.1.3 Menandatangani cek-cek Kelab.
11.1.4 Melantik Pengerusi Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan
untuk tujuan tertentu dan menurunkan kuasa-kuasa tertentu
jika perlu.
11.1.5 Mengarahkan Juruaudit untuk memeriksa akaun Kelab dan
mengemukakan laporan bertulis kepada Jawatankuasa atau
Mesyuarat Agung pada bila-bila masa.
11.1.6 Menentukan sebarang perubahan jawatan dalam
jawatankuasa dan penyerahan tugas kepada pengganti
dilaksanakan dengan sempurna dan terator.
Page 7 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
11.1.7 Mengarahkan mana-mana Anggota Jawatankuasa Kelab
untuk menjalankan tugas-tugas tertentu dari masa kesemasa
apabila difikirkan perlu dan munasabah untuk dilaksanakan
berkaitan dengan Kelab.
11.1.8 Menggunakan kuasa budibicaranya menolak atau meluluskan
perbelanjaan tidak melebihi RM1,000.00 (RM: Satu Ribu
Sahaja) dalam satu masa bagi tujuan tertentu dan munasabah
untuk dilaksanakan.
11.2 TIMBALAN YANG DIPERTUA
Timbalan Yang Dipertua adalah mempunyai tugas dan tanggungjawab
dengan kuasa-kuasa dalam melaksanakan kewajipan seperti berikut:
11.2.1 Memangku Jawatan Yang Dipertua dan menjalankan tugas-
tugas dan tanggungjawab dengan kuasa-kuasa seperti Yang
Dipertua semasa ketiadaannya.
11.2.2 Membantu Yang Dipertua dalam melaksanakan tugas-tugas
dan tanggungjawab untuk mengelola dan mentadbir Kelab.
11.2.3 Menentukan kesempurnaan dan kelancaran semua aktiviti-
aktiviti Kelab terhadap anggota Kelab.
11.2.4 Menandatangani cek-cek Kelab semasa ketiadaan Yang
Dipertua.
11.3 PENGERUSI KELAB
Pengerusi Kelab adalah mempunyai tugas dan tanggungjawab dengan
kuasa-kuasa dalam melaksanakan kewajipan seperti berikut:
11.3.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat
Ahli Jawatankuasa Pentadbir Kelab (AJK) sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) bulan.
11.3.2 Membuat keputusan dalam Jawatankuasa bagi sesuatu isu
yang dibincangkan, sebelum diangkat kepada Yang Dipertua
untuk tindakan selanjutnya.
Page 8 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
11.3.3 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Yang Dipertua
atau Timbalan Yang Dipertua.
11.4 TIMBALAN PENGERUSI KELAB
Timbalan Pengerusi Kelab adalah mempunyai tugas dan
tanggungjawab dengan kuasa-kuasa dalam melaksanakan kewajipan
seperti berikut:
11.4.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) bulan jika ketiadaan
Pengerusi atas sesuatu sebab.
11.4.2 Membantu Pengerusi untuk mengelola, menyelaras dan
mentadbir aktiviti Kelab.
11.4.3 Memangku tugas Pengerusi serta menjalankan tugas-tugas
dan tanggungjawab dengan kuasa-kuasa sebagai Pengerusi,
sementara menunggu Pengerusi yang baru semasa
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).
11.5 SETIAUSAHA
Setiausaha adalah mempunyai tugas dan tanggungjawab dengan
kuasa-kuasa dalam melaksanakan kewajipan seperti berikut:
11.5.1 Memberi notis untuk memanggil semua mesyuarat dan
menyampaikan semua dokumen yang berkaitan untuk
dipertimbangkan dan kelulusan mesyuarat.
11.5.2 Mengendalikan semua urusan rasmi, surat-surat atau lain-lain
tugas yang diarahkan oleh Yang Dipertua, Timbalan Yang
Dipertua, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.
11.5.3 Mengesahkan bersama-sama Yang Dipertua semua
dokumen, surat-surat atau lain-lain perkara mengikut Undang-
Undang.
11.5.4 Mencatit dan menyediakan semua minit mesyuarat termasuk
mengambil tindakan perkara yang diputuskan dalam
mesyuarat.
Page 9 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
11.5.5 Menyimpan dan mengendalikan Buku Daftar Anggota yang
mengandungi butir-butir peribadi anggota yang sentiasa
kemaskini.
11.5.6 Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan butir-butir yang
dikehendaki mengikut Sek. 14(1) Akta Pertubuhan 1966 dalam
tempoh dua puluh lapan hari (28) hari dari tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan bersidang.
11.5.7 Mengkaji dan mengulas setiap permohonan pendahuluan
wang dari anggota untuk dimajukan kepada Yang Dipertua
untuk dipertimbangkan.
11.5.8 Menyedia dan mengemukakan Laporan Tahunan
Jawatankuasa untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
11.5.9 Menjalankan tugas-tugas lain mengikut keputusan mesyuarat
dengan persetujuan Yang Dipertua dari masa kesemasa.
11.6 PENOLONG SETIAUSAHA
Penolong Setiausaha hendaklah memangku jawatan Setiausaha serta
menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab dengan kuasa-kuasa
sebagai Setiausaha.
11.7 BENDAHARI
Bendahari Kelab adalah mempunyai tugas dan tanggungjawab dengan kuasa-
kuasa dalam melaksanakan kewajipan seperti berikut:
11.7.1 Mengendalikan semua urusan kewangan Kelab mengenai
penerimaan dan pengeluaran mengikut Undang-Undang
dan Peraturan yang telah ditetapkan.
11.7.2 Menandatangani semua cek Kelab bersama-sama Yang
Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua semasa
ketiadaannya.
Page 10 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
11.7.3 Menyelenggara dan mengemaskini semua buku-buku
11.7.4 akaun, baucer dan bil untuk menentukan semua adalah
11.7.5 betul.
11.7.6 Menyediakan dan mengemukakan Penyata Kewangan
11.7.7 untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Jawatankuasa.
Menguruskan pengauditan Penyata Kewangan Tahunan
oleh Juruaudit yang telah dilantik atau apabila dikehendaki
pada bila-bila masa oleh Juruaudit Dalam atau Juruaudit
Luar.
Membayar secara tunai perbelanjaan yang tidak melebihi
RM500.00 (RM: Lima Ratus Ringgit Malaysia) dalam satu
resit mengikut keperluan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang telah ditetapkan oleh
Anggota Jawatankuasa Pentadbir Kelab (AJK) dengan
persetujuan Yang Dipertua dari masa ke semasa.
11.8 PENOLONG BENDAHARI
Penolong Bendahari hendaklah memangku Jawatan Bendahari serta
menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab dengan kuasa-kuasa
sebagai Bendahari semasa ketiadaan Bendahari..
11.9 AJK KEBAJIKAN
AJK Kebajikan tertakluk kepada kuasa yang diberikan oleh
Jawatankuasa Pentadbir dan perlu melaksanakan segala kewajipan
termasuklah penugasan berikut:
11.9.1 Menguruskan dan mengelolakan semua aktiviti atau hal-hal
kebajikan anggota dan keluarga anggota.
11.9.2 Mengkaji dan mengemukakan laporan terhadap masalah
kebajikan anggota atau keluarga anggota kepada
Jawatankuasa untuk pertimbangan.
Page 11 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
11.9.3 Mengemukakan cadangan atau syor kepada Jawatankuasa
untuk pertimbangan berkaitan hal-hal kebajikan yang perlu
dilaksanakan.
11.10 AJK BAHAGIAN / BALAI / PEGAWAI AWAM
AJK Bahagian / AJK Balai / Pegawai Awam adalah tertakluk kepada
kuasa yang diberi oleh Jawatankuasa dalam melaksanakan kewajipan,
dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas berikut:
11.10.1 Menjaga dan menentukan kebajikan anggota dan keluarga
anggota di bawah jagaan masing-masing sentiasa
terpelihara.
11.10.2 Mengemukakan permohonan pendahuluan wang daripada
anggota kepada Setiausaha untuk dimajukan kepada Yang
Dipertua untuk pertimbangan dan kelulusan.
11.10.3 Membantu Bendahari mengutip yuran, bayaran balik
pendahuluan atau lain-lain bayaran tertentu yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa.
12. MESYUARAT ANGGOTA JAWATANKUASA PENTADBIR (AJK)
12.1 Mesyuarat Anggota Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) bulan.
12.2 Notis dan agenda megyuarat hendaklah dibuat dan diedarkan
kepada Ahi Jawatankuasa sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelun
mesyuarat bersidang.
12.3 Korum Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah mengandungi tidak
kurang dari dua pertiga (2/3) daripada jumlah Anggota Jawatankuasa
tidak termasuk Pengerusi.
12.4 Semua usul atau cadangan hendaklah diputuskan secara undian dan
Pengerusi mempunyai undi pemutus kepada sebarang usul atau
cadangan yang mendapat jumlah undi yang sama.
12.5 Anggota Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan adalah disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di
dalam Jawatankuasa.
Page 12 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
13. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
13.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sebelum akhir bulan
April tiap-tiap tahun. Walaubagaimanapun sekiranya atas sebab-
sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan maka mesyuarat tersebut
diadakan pada bulan-bulan berikutnya dengan kelulusan
Jawatankuasa dan persetujuan Yang Dipertua.
13.2 Notis memberitahu mesyuarat ini hendaklah dibuat oleh Setiausaha
sekurang-kurangnya empat belas hari (14) sebelum tarikh mesyuarat
bersidang.
13.3 Agenda, Minit Mesyuarat, Penyata Kewangan dan lain-lain dokumen
hendaklah diedarkan kepada Anggota Jawatankuasa untuk
dimaklumkan kepada anggota-anggota dalam tempoh sepuluh (10)
hari sebelum mesyuarat bersidang
13.4 Sebarang usul dan lain-lain perkara yang hendak dibincangkan
hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha tidak lewat dari tiga (3)
hari sebelum mesyuarat bersidang.
13.5 Korum untuk mengadakan mesyuarat hendaklah tidak kurang
13.6 daripada satu ratus (100) orang anggota atau setengah dari jumlah
anggota berdaftar mengikut mana-mana yang lebih rendah.
Agenda mesyuarat hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti
berikut iaitu Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat,
Membincangkan perkara berbangkit, Menerima dan meluluskan
laporan Tahunan, Menerima dan meluluskan Penyata Kewangan,
Pemilihan dan Pelantikan Anggota Jawatankuasa, Membentangkan
dan membahaskan usul dan Membincangkan hal-hal lain.
13.7 Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi tidak
13.8 kurang satu ratus (100) orang anggota atau separuh dari jumlah
keseluruhan anggota mengikut mana yang terendah.
Sekiranya kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu
yang telah ditetapkan, maka mesyuarat tersebut hendaklah
ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa
tetapi tidak lebih dari tiga puluh (30) hari dari tarikh mesyuarat yang
dibatalkan.
Page 13 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
13.9 Sekiranya kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu
yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu,
maka berkuasalah anggota yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi
ia tidak berkuasa untuk meminda Undang-Undang Kelab atau
membuat sebarang keputusan yang melibatkan semua anggota.
13.10 Sebarang usul tergempar yang dikemukakan dalam mesyuarat ini
hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong sebelum ia boleh
diterima untuk dibahaskan atau dibincangkan.
13.11 Dalam pemilihan Anggota Jawatankuasa calon-calon yang tidak
mendapat tempat bagi memenuhi jawatan akan dijadikan calon
simpanan mengikut keutamaan berasaskan jumlah undi yang
diperolehi untuk mengisi kekosongan jika berlaku.
13.12 Apabila Jawatankuasa terbubar, Yang Dipertua atau Timbalan Yang
Dipertua hendaklah menjadi pengerusi sementara sebelum pengerusi
baru dilantik.
14. MESYUARAT AGUNG KHAS
14.1 Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa apabila
difikirkan perlu dan munasabah dengan persetujuan Yang Dipertua
14.2 Mesyuarat tersebut hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh
jawatankuasa atau dengan permohonan bertulis yang ditandatangani
oleh tidak kurang dari lima puluh (50) orang anggota dengan
menerangkan tujuan atau sebab-sebab untuk mengadakannya.
14.3 Mesyuarat atas permintaan anggota hendaklah diadakan pada suatu
tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat permintaan diterima
oleh Yang Dipertua,
14.4 Notis memberitahu mesyuarat ini hendaklah dibuat oleh Setiausaha
sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat
bersidang.
Page 14 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
14.5 Para 13.5 dan 13.7 Undang-Undang yang menerangkan mengenai
korum dan penangguhan di mana ia juga boleh digunakan untuk
mesyuarat ini, tetapi dengan syarat sekiranya korum tidak mencukupi
selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat Agung Khas atas permintaan anggota, maka mesyuarat
tersebut hendaklah dibatalkan dan mesyuarat tersebut tidak boleh
diadakan dalam tempoh enam (6) bulan atas permintaan anggota
dengan tujuan yang sama.
14.6 Setiausaha hendaklah mengedarkan salinan Minit Mesyuarat Agung
Khas dan keputusan yang dibuat kepada anggota-anggota seberapa
segera yang boleh.
BAHAGIAN V
15. KUMPULAN WANG KELAB
Kumpulan Wang Kelab ini boleh mengandungi sumber-sumber seperti berikut:
15.1 Yuran bulanan
15.2 Dividen Akaun Tetap & Semasa
15.3 Komisen atau Dalal
15.4 Pemberian Kumpulan Wang Polis
15.5 Kutipan atau keuntungan dari sebarang aktiviti yang diluluskan oleh
Anggota Jawatankuasa Pentadbir Kelab (AJK)
15.6 Sumbangan sah dari orang perseorangan, syarikat atau mana-mana
pihak yang tidak menyalahi sebarang undang-undang dan peraturan
yang masih berkuatkuasa dalam negara ini.
Page 15 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
16. YURAN
16.1 Setiap anggota dikenakan yuran bulanan yang ditetapkan dan jumlah
yuran tersebut tidak boleh dipinda tanpa kelulusan Mesyuarat Agung
Tahunan dan mendapat kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan. Kelab
tidak mengenakan sebarang yuran masuk untuk menjadi anggota
tertakluk kepada Fasal 4 Perlembagaan ini.
Jumlah yuran bulanan anggota adalah seperti berikut :-
16.1.1 Pegawai Kanan Polis : RM 18.00
16.1.2 Pegawai Rendah Polis dan Konstabel : RM 12.00
16.1.3 Pegawai Awam : RM 12.00
16.2 Yuran hendaklah di bayar kepada bendahari tiap-tiap bulan tidak lewat
dari sepuluh (10) haribulan bagi bulan berkenaan. Anggota yang lewat
membayar yuran dari tarikh yang telah ditetapkan akan menerima
surat peringatan.
16.3 Anggota yang tidak menjelaskan yurannya selama tiga (3) bulan
berturut-turut atau lebih akan menerima surat amaran yang
ditandatangani oleh Setiausaha dan hilanglah hak-hak istimewa
seorang anggota sehingga hutang yurannya dijelaskan.
16.4 Anggota yang membiarkan hutang yurannya selamaenam (6) bulan
atau lebih dengan sendirinya berhenti menjadi anggota. Jawatankuasa
boleh mengambil tindakan terhadapnya dengan syarat ia berpuas hati
yang anggota itu telah menerima kenyataan berkenaan hutang terlebih
dahulu.
16.5 Tahun kewangan Kelab ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada
31hb Disember tiap-tiap tahun.
Page 16 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
17. WANG SIMPANAN TETAP DAN SEMASA
17.1 Jawatankuasa boleh memperuntukan sejumlah wang yang difikirkan
perlu untuk disimpan dalam akaun Simpanan Tetap dan/atau akaun
Semasa dimana-mana Bank.
17.2 Jawatankuasa boleh menentukan jumlah dan tempoh yang diperlukan
bagi menyimpan wang dan Akaun Simpanan Tetap.
17.3 Dividen simpanan tersebut boleh terus disimpan atau dikeluarkan
mengikut kelulusan Jawatankuasa dan persetujuan Yang Dipertua
BAHAGIAN VI
18. AKAUN-AKAUN
18.1 Semua akaun-akaun hendaklah di atas KELAB POLIS DAERAH
18.2 PERAK TENGAH. Jenis-jenis akaun yang dikehendaki adalah seperti
berikut iaitu Akaun Simpanan Tetap, Akaun Semasa dan Akaun Wang
Tunai.
Bendahari adalah bertanggungjawab dalam mengendalikan semua
akaun dengan mencatitkan di dalam buisu. Akaun (main account)
untuk membezakan Pendapatan dan Perbelanjaan
18.3 Semua akaun hendaklah ditutup setiap penghujung bulan dan
Bendahari hendaklah membentangkan penyata kewangan bulan
tersebut dalan Mesyuarat Jawatankuasa,
18.4 Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai dalam tangan tidak
melebihi RM500.00 (Lima Ratus Ringgit Malaysia) dalan satu masa.
Wang ini adalah untuk kegunaan tertentu atas kecemasan dengan
persetujuan Yang Dipertua dimana penggunaan cek tidak dapat
dilakukan.
18.5 Sebarang perbelanjaan atau pengeluaran yang melebihi RM500.00
(RM: Lima Ratus) hendaklah dibayar dengan cek yang ditandatangani
oleh Yang DiPertua atau Timbalan Yang Dipertua dan Bendahari.
Page 17 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
18.6 Resit rasmi hendaklah dikeluarkan oleh Bendahari untuk sebarang
penerimaan wang atau cek di atas nama Kelab.
18.7 Semua pengeluaran cek KELAB POLIS DAERAH PERAK TENGAH
hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua atau Timbalan Yang
Dipertua dan Bendahari.
19. COP RASMI KELAB
Cop Rasmi mengandungi perkataan KELAB POLIS DAERAH PERAK TENGAH
hendaklah digunakan ke atas semua resit, bil, cek dan lain-lain dokumen rasmi
yang dikeluarkan oleh Kelab.
20. JURUODIT LUAR
Mesyuarat Agung Tahunan bolehlah melantik seorang Juruaudit Luar yang
bertauliah yang bukan anggota Kelab untuk mengaudit penyata kewangan tahunan
yang juga mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
20.1 Memegang jawatan sehingga ia meletakkan jawatan atau diberhentikan
oleh Mesyuarat Agong.
20.2 Dikehendaki mengaudit sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan
mengemukakan laporan dan pengesahan bertulis kepada Mesyuarat
Agung Tahunan.
20.3 Jawatankuasa dengan persetujuan Yang Dipertua boleh mengarahkan
Juruaudit Luar untuk memeriksa penyata kewangan pada bila-bila masa
apabila dikehendaki.
20.4 Jawatankuasa boleh menentukan jumlah bayaran yang dikenakan untuk
urusan pengauditan oleh Juruaudit Luar dari masa kesemasa.
21. JURUODIT DALAM
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah melantik dua (2) orang Juraudit Dalam dari
kalangan anggota dan hendaklah memegang jawatan sehingga ia meletakkan
jawatan atau diberhentikan oleh Mesyuarat Agung.
21.1 Tugas dan tanggungjawab Juraudit Dalaman adalah seperti dalam
Hukuman Tetap Ketua Polis Negara A 503.
Page 18 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
21.2 Ia dikehendaki mengaudit penyata kewangan satu bulan sekali. Juruodit
juga perlu menjalankan tugasnya apabila diarahkan oleh Jawatankuasa
pada bila-bila masa dan hendaklah mengemukaian laporan dan
pengesahan bertulis kepada Jawatankuasa.
BAHAGIAN VII
22. SUMBANGAN TUNAI DAN KEMUDAHAN SUKAN
Anggota Jawatankuasa boleh:
22.1 Menentu dan memperuntukan sebarang sumbangan elaun dan
kemudahan sukan yang difikirkan perlu dan munasabah sebagai
galakan kepada pasukan atau pemain yang mewakili Kelab samada
peringkat Daerah, Kontinjen atan Kebangsaan.
22.2 Memperuntukan sejumlah sumbangan bagi perbelanjaan mengikut
tempoh latihan yang diperlukan bagi sebarang latihan intensif sebagai
persiapan untuk menyertai mana-mana pertandingan.
22.3 Meluluskan sebarang permohonan pembelian alat-alat kelengkapan
sukan yang diperlukan untuk aktiviti sukan melibatkan anggota.
22.4 Memberi saguhati sebagai penghargaan kepada pasukan atau pemain
atau orang tertentu yang telah berusaha atau mendapat kejayaan atau
mengharumkan nama Kelab dalam bidang sukan.
23. DERMA ATAU KUTIPAN KHAS
23.1 Jawatankuasa berkuasa meluluskan jumlah kutipan sebagai derma
atau kutipan khas yang dikenakan ke atas anggota untuk tujuan
tertentu yang difikirkan perlu untuk dilaksanakan berdasarkan
kebajikan kepada anggota atau keluarga anggota.
23.2 Memberi sumbangan atau derma kepada anggota atau keluarga
anggota untuk menampung perbelanjaan pengebumian apabila
berlaku kematian anggota dan keluarga.
Page 19 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
23.3 Memberi sumbangan berbentuk wang atau kemudahan atau barangan
keperluan kepada anggota atau keluarga anggota yang ditimpa
kemalangan atau bencana.
23.4 Membuat kutipan khas untuk tujuan menganjurkan atau mengelolakan
aktiviti tertentu yang diluluskan oleh Jawatankuasa dan persetujuan
Yang Dipertua dari masa kesemasa.
BAHAGIAN VIII
24. PEMEGANG AMANAH HARTA
24.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah melantik dua (2) orang anggota
Pemegang Amanah Harta dari kalangan anggota dan mereka
hendaklah menyandang jawatan sehingga meletakkan jawatan atau
diberhentikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
24.2 Semua harta Kelab adalah diletakian di bawah tanggungan mereka
dengan menandatangani Surat Amanah (Deed of Trust) yang
mengandungi perkara-perkara berkaitan dengan kewajipan dan tugas
sebagai Pemegang Amanan Harta yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa.
24.3 Pemegang Amanah Harta tidak boleh menjual, menarik balik atau
menukar milik sebarang harta Kelab tanpa kebenaran atau kuasa yang
diberikan oleh Mesyuarat Agong.
24.4 Pemegang Amanah Harta boleh dilucutkan dari jawatan apabila
didapati uzur kerana penyakit, lain-lain sebab yang membolehkan ia
tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, meninggal dunia
atau bertukar dari Daerah Perak Tengah.
25. HARTA KELAB
25.1 Semua bentuk harta yang dibeli atau pemberian atau diperolehi dari
atau menggunakan nama Kelab adalah dikirakan sebagai harta milik
Kelab.
25.2 Sebarang penggunaan harta Kelab hendaklah mendapat kebenaran
dari Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua.
Page 20 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
26. LARANGAN
Adalah menjadi kesalahen kepada Kelab ini atau anggota-anggotanya yang
didapati melanggar larangan-larangan berikut:
26.1 Faedah-faedah seperti yang terkandung di bawah Sek. 2 Akta
Pertubuhan 1966 tidak boleh diberi kepada mana-mana anggota
Kelab.
26.2 Semua bentuk perjudian atau permainan yang berbentuk perjudian
atau atau loteri di dalam bangunan Kelab atau menjalankan loteri
samada khas untuk anggota atau tidak atas nama Kelab atau
Jawatankuasa.
26.3 Wang Kelab ini tidak boleh digunakan untuk membayar denda atau
perkhidmatan guaman kepada mana-mana anggota Kelab ini.
27. PERATURAN-PERATURAN
27.1 Jawatankuasa boleh membuat peraturan-peraturan tertentu dari masa
kesemasa untuk kesempurnaan dan keberkesanan sesuatu perkara
atau aktiviti atau ke atas mana-mana perkara yang tidak diperuntukan
dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan.
27.2 Semua peraturan-peraturan hendaklah dibuat atau dipinda dalam
Mesyuarat Jawatankuasa yang dihadiri oleh tidak kurang dari dua
pertiga (2/3) jumlah Anggota Jawatankuasa tidak termasuk Pengerusi.
27.3 Sebarang peraturan atau pindaan yang dibuat hanya akan dikuatkuaa
dari tarikh ia diluluskan oleh Jawatankuasa dan disahkan oleh Yang
Dipertua.
28. TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
Diantara Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa boleh memberikan tafsiran
kepada mana-mana bahagian Undang-Undang ini dan apabila perlu dan
mustahak hendaklah memutuskan suatu perkara yang tidak terkandung dalam
Undang-Undang ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak
selaras dengan dasar yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, maka
keputusan Jawatankuasa adalah muktamad jika ia tidak diubah oleh Mesyuarat
Agung Tahunan.
Page 21 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
29. PINDAAN PERLEMBAGAAN
Sebarang pindaan atau pembatalan atau penambahan kepada Undang-Undang
ini atau mana-mana bahagian daripadanya hendaklah dengan kelulusan
Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas yang diadakan untuk
tujuan tersebut dengan persetujuan Yang Dipertua. Semua Pindaan atau
pembatalan atau penambahan hanya akan berkuatkuasa selepas mendapat
kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan.
30. PEMBUBARAN
30.1 Kelab ini hanya boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan
tidak kurang dari dua pertiga (2/3) jumlah anggota yang berdaftar dan
diisytiharkan dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan untuk
tujuan tersebut.
30.2 Sekiranya berlaku pembubaran maka segala hutang dan tanggungan
Kelab yang sah mengikut Undang-Undang dan Peraturan hendaklah
dijelaskan dengan cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung Khas
dan Akta Pertubuhan. Baki wang akan dibahagikan kepada anggota-
anggota yang berdaftar semasa tarikh pembubaran dibuat.
30.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran ini hendaklah disampaikan
kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh pembubaran dibuat.
Page 22 of 22
AGM 2022/2023 - CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB