NAMA:
NAVEENA A/P VASUDEVAN
KELAS:
4ST
ALAMAT E-MEL:
[email protected]
NAMA SEKOLAH:
SMK TAMAN DESA JAYA
ALAMAT SEKOLAH:
JALAN DANAU 40, TAMAN DESA JAYA ,
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
TOKOH PEMIMPIN
JOHOR
MUHAMMAD SALLEH
BIN PERANG
PENGENALAN
Semasa era penjajahan British, Johor merupakan negeri Melayu
yang terakhir menerima Penasihat British. Sehingga tahun 1914,
hubungan persahabatan antara Johor dengan British telah berjaya
mengekalkan kedaulatan negeri Johor. Kejayaan Johor
mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaannya juga disebabkan
oleh kebijaksanaan pemerintah dan pengenalan sistem birokrasi
moden yang berjaya membawa kestabilan dan kemakmuran
ekonomi kepada negeri Johor.
Antara tokoh berwibawa yang berusaha untuk mengekalkan
kedaulatan Johor ialah Dato’ Muhammad Salleh Bin Perang.
Datuk Mohd. Salleh Perang ialah birokrat Johor yang
bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan
gambir dan lada hitam. Beliau telah dianugerahkan dengan
gelaran Dato’ Bentara Luar Ketika pemerintahan Sultan Abu
Bakar. Sumbangan Dato Bentara Luar kepada negeri Johor
sungguh besar, sehingga beliau dikenali sebagai arkitek
pembangunan Johor Moden
BIODATA TOKOH
Dato Bentara Luar Muhammad Salleh Bin Perang telah dilahirkan
pada tahun 1841 di Teluk Belanga, Singapura. Menurut sumber
daripada buku Pejuang Terbilang Johor, keluarga Dato bentara Luar
memang berkait rapat dengan Temenggung Ibrahim. Sejak dahulu
lagi keluarga beliau telah berkhidmat sebagai panglima-panglima
Temenggung sebelumnya. Pada zaman persekolahnnya beliau
sering menerima hadiah pelajaran kerana kepintarannya.
Kerjaya awal beliau ialah sebagai Pesuruhjaya Polis. Kerana
kepandaian sebagai pentadbir yang cekap, beliau telah dilantik
sebagai Dato Bentara Luar Johor ketika pemerintahan Maharaja
Abu Bakar. Ketika memegang jawatan tersebut beliau telah
melukis peta bagi negeri Johor. Peta tersebut adalah peta yang
lengkap sekali bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu
ketika itu. Dan jasanya yang besar buat negerinya dan bangsanya
ialah membuka bandar Batu Pahat dengan perkenan Sultan Abu
Bakar . Tokoh terbilang ini kembali ke rahmatullah pada tahun
1915 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmodiah , Johor
Bahru.
PENDIDIKAN Pada tahun 1850 , beliau telah diajar mengaji al-
DATO’ Quran dan menuntut ilmu agama Islam tanpa
BENTARA bayaran dengan seorang Alim tetapi digantikan
LUAR dengan kerja-kerja mengangkat air dan membelah
MUHAMMAD kayu.
SALLEH BIN
PERANG Selepas dua tahun, beliau dimasukkan pula ke
sekolah Inggeris Bukit Zeon. Pada zaman
persekolahan, beliau merupakan seorang murid
yang pintar dan sering menerima hadiah-hadiah
pelajaran. Selama tempoh beliau di sekolah tersebut
dan juga kerana kecerdikan beliau, Guru Besar
telah memperakukan beliau kepada seorang lagi
cikgu baru supaya dijadikan sebagai Guru Penolong
Kanan. Pelajaran Mohd Salleh terganggu seketika
kerana kekecohan yang berlaku diantara orang-
orang Sultan Ali dan DYMM Temenggung Tun
Ibrahim. Walau bagaimanapun, Gabenor British
telah campur tangan dan membantu memulihkan
keadaan. Pada masa itu, Johor mula menunjukkan
kemajuan setelah bakal raja iaitu Ungku Abu Bakar
pulang.
KERJAYA TOKOH
Pada tahun 1856, Muhammad Salleh Perang telah memulakan kerjayanya
sebagai kerani kepada Encik Long, Menteri kepada Temenggung Ibrahim.
Kemudiannya, beliau telah dilantik sebagai kerani kepada Ungku Abu
Bakar yang kemudiannya menjadi Sultan Johor
Antara tugasan penting ketika menjawat jawatan sebagai kerani kepada
Ungku Abu Bakar ialah memberikan khidmatnya dalam menguruskan
mesyuarat, surat menyurat, mahkamah, polis, menjaga pemajak hasil candu
dan surat sungai semasa Temenggung Ibrahim dan anaknya Ungku Abu
Bakar berusaha mengalihkan pusat pentadbiran dari Teluk Belanga ke
Iskandar Puteri.
Pada tahun 1868, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis. Antara
tugasnya yang lain, beliau mengawasi keamanan negeri kerana kestabilan
dalam negeri membawa kemajuan pentadbiran dan pembangunan ekonomi.
K E J AYA A N
GEMILANG
Contents Here
Contents Here
Contents Here
Contents Here
Contents Here
KERJAYA TOKOH
Semasa berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis, beliau telah berkenalan dengan Tuan
Langley dan Tuan Major McCallum yang mahir dalam ilmu mengukur tanah.
Dato Bentara Luar belajar ilmu tersebut daripada kedua-dua tokoh. Hasil daripada
kreativiti setelah melihat alat pengukur bernama Gunter’s Chain, beliau telah mencipta
alat pengukur yang baru. Alat pengukut tersebut dibentuk daripada utasan rotan yang
ditandakan lengkap dengan jarak inci, kaki, ela hingga ke rantai panjangnya.
Dalam tahun 1883, Dato’ Luar mengetuai Jabatan Tanah Negeri Johor.
Dalam tahun 1887 pula, beliau mengetuai Jabatan Ukur dan Hal Ehwal Gambir lada
merangkap jawatan Pesuruhjaya Kerajaan bagi daerah Muar dan Kesang.
Dato’ Luar juga menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang kanan, juga pegawai
ketiga terkanan dalam sekreteriat negeri, selepas Menteri Besar dan timbalannya.
Beliau juga menjadi ahli kanan badan kehakiman dan Mahkamah Rayuan Negeri
Johor.
KEJAYAAN .
GEMILANG
Contents Here
Contents Here
Contents Here
Contents Here
Contents Here
SUMBANGAN TOKOH
Antara sumbangan Dato’ Bentara Luar ialah beliau berjaya mengukur,
membesar dan menyambung jalan utama di bandar Johor Bahru yang
telah diberikan nama Jalan Tebrau. Seterusnya, beliau cuba melakar
rupa bentuk negeri Johor. Beliau mula cuba melakar peta tersebut pada
tahun 1874 dan siap sepenuhnya pada tahun 1878. Dengan kejayaan itu,
beliau telah mencatat nama sebagai orang Melayu pertama yang
melakar peta negeri Johor yang lengkap dengan maklumatnya ditulis
menggunakan tulisan jawi.
Peta itu menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan
atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk muka
bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang pertama
sekali dilukis bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu
Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar
Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893). Beliau juga menjadi
Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil
semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan
arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor.
Beliau juga memainkan peranan yang besar dalam pembukaan Bandar
Batu Pahat. Dato’ Bentara Luar telah ditugaskan untuk membina sebuah
bandar sebagai pusat pentadbiran dan kemajuan daerah itu. Beliau telah
membangunkan rumah atap bagi pejabat kerajaan seperti pejabat
daerah, mahkamah, pejabat polis, penjara dan rumah sakit. Beliau juga
telah menyusun pentadbiran Batu Pahat dengan menentukan jawatan
mengikut kelayakan masing-masing.
Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina
membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Sistem
Kangcu Cina. Kebolehan beliau berbahasa Cina juga menjadikan beliau
disukai oleh masyarakat Cina dan faktor ini membawa kemajuan
ekonomi dan keharmonian di Daerah Batu Pahat.
Untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang tinggi, beliau telah
memerintahkan penduduk tempatan membuat parit-parit. Untuk
menggalakkan penduduk membina parit, beliau bersetuju menamakan
parit-parit itu mengikut nama individu atau kumpulan yang membina
parit. Jadi, tidak hairanlah pada hari ini, terdapat ratusan parit di daerah
Batu Pahat.
Dato’ Bentara Luar juga telah mencipta rekod perkhidmatan yang lama
sebagai Pegawai Kerajaan Johor ( 1856-1912)
NILAI KEPIMPINAN YANG PERLU
DICONTOHI GENERASI SEKARANG
o Kita mestilah berani menghadapi pelbagai cabaran dalam
usaha memajukan dan membebaskan negara
o Kasih sayang terhadap negara atau tanah air
sendiri
o Kasih sayang terhadap negara atau
tanah air sendiri
o Berwaspada agar tidak berlaku campur tangan
kuasa asing bagi memusnahkan keamanan
tanah air kita
Bijaksana dalam memgambil keputusan dan
melancarkan strategi
Sepanjang hayat Dato' Bentara
Luar, beliau telah membuktikan
kesetiaannya kepada Raja dan
telah membuktikan bahawa
PENUTUP beliau mampu memperlihatkan
hasil kerja yang terbaik dengan
Pada 3 April 1909, Dato' menggunakan daya usaha
Bentara Luar telah sendiri. Dato' Bentara Luar
menerima surat daripada menuduh Dato' Bentara Luar
Dato' Seri Amar DiRaja membuat penyelewengan tetapi
menyuruh beliau bersara tidak dapat membuktikannya.
daripada jawatannya. Akhirnya pada 21 Mei, 1912,
Dalam pentadbiran Batu Dato' Bentara Luar terus
Pahat juga tidak bersara dan usia beliau ketika
dikecualikan yang mana itu ialah 71 tahun. Beliau
Pegawai-pegawai Negeri digantikan oleh Ungku Ahmad Beliau telah kembali
menilai sama ada segala bin Ungku Muhamad Khalid ke rahmatullah pada
perkhidmatan Dato' menjadi Pesuruhjaya Kerajaan hari Jumaat, 2 Julai
Bentara Luar itu dikira Batu Pahat. Di bawah Ungku 1915 (pukul 6.15
sebagai jasa atau tidak. Ahmad, Pesuruhjaya Kerajaan petang) bersamaan
Daerah berpadu dengan dengan 18 Syaaban
Penolong Penasihat British 1333 dan
untuk menjalankan dikebumikan di
pentadbiran. Tanah Perkuburan
Mahmoodiah, Johor
Bahru.
RUJUKAN http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.p
hp?section=sm02&spesifik_id=116&ttl_id=2
http://warisandbl2.wordpress.com/
http://bentara.iqramaya.com/Sasilahdbl.html
http://harikeluargabentara.iqramaya.com/index.ph
p/galeri/permata-johor
Pejuang Terbilang Johor, Yayasan Warisan Johor,
2002